Anda di halaman 1dari 27

Siri 1(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia)

Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia


Muhammad Nuruddin Bashah
BA (hons) Engineering UM

Pendahuluan

Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini (2008), masih


banyak kedengaran negara-negara yang terjebak dengan peperangan
dalaman, perang saudara atau yang lebih terkenal digelar perang puak
pemisah atau gerakan separatism. Secara umumnya ia kelihatan
seperti suatu tindakan yang penuh keganaasan, melampau, agresif
serta dilihat sebagai puak penderhaka. Dalam aspek yang lain gerakan
separatism ini juga merupakan suatu gerakan kemerdekaan. Ada tanah
tertentu yang diagih-agih secara tidak adil oleh penjajah lama mereka.
Ada yang dijajah secara terhormat seperti Patani dan pelbagai lagi
tujuan gerakan kemerdekaan ini.

Separatism merujuk kepada tindakan pemisahan akibat tuntutan


budaya, etnik[1] asal, agama di mana kelompok tertentu ingin
memisahkan diri daripada tanah besar (negara yang induk) dan
memiliki autonomi atau kuasa penuh politik bagi membina negara
yang baru serta berdaulat. Tindakan ini bergantung kepada situasi
tempatan sama ada bertujuan untuk kemerdekaan, ingin memiliki
kembali hak asasi yang terancam serta ingin memiliki kuasa penentu,
inginkan wilayah lama kembali atau menyahkan pengkolonialan yang
sedia ada[2].

Tulisan ini cuba mempamerkan beberapa gerakan pemisah secara


umum dan adil untuk diteliti dan hipotesis awalnya adalah; semua
bangsa yang tertindas tanpa mengira agama akan bertindak sebagai
kaum pemisah yang mungkin menggunakan kekerasan dan
peperangan awam.

Hari ini dunia Islam dicalit dengan tomahan dan panggilan sebagai
pengganas. Media tajaan barat yang anti Islam pula telah
memanipulasikan banyak gerakan pemisah (baca dengan
kemerdekaan) yang ingin menubuhkan wilayah/negara Islam sebagai
punca berlakunya keganasan. Media tidak pula memaparkan
kekejaman tentera kerajaan yang menentang gerakan pemisah
tersebut, malah kematian rakyat awam banyak disebabkan sikap
tentera kerajaan yang menggunakan senjata berbahaya dan berjarak
jauh ketika menentang gerakan ini.

Terlalu kerap kaum muslim dikaitkan dengan gerakan penderhaka,


pemisah dan sebagainya melalui pemesongan fakta dan kronologi
sebenar. Gerakan separatis Quebec di Kanada, Gerakan separatis Tamil
Elam (Macan Tamil) di Srilangka, Gerakan Bouganville Revoy Army di
Papua New Guinea, Gerakan Moro Islamic Liberation Front di Filipina,
Irish Republican Army (IRA) di Irlandia Utara, The Pattani United
Liberation Organisation (PULO), Barisan Revolusi Nasional (BRN),
Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) di Thailand dan
sebagainya adalah sederetan contoh gerakan pembebasan[3].
Kesemuanya menggunakan senjata dan hakikatnya itu sahajalah jalan
yang sesuai dengan tuntutan mereka kerana mereka juga dilayan
dengan senjata.

Pada asalnya gerakan pemisah (kemerdekaan) di wilayah Islam masih


diselubungi idea dan fahaman sekular atau berlandaskan patriotisme
bukan Islam tetapi kemudiannya mengubah dasar dan perjuangan.
Dengan kegagalan pergerakan sekular, pergerakan berlandaskan Islam
telah mendapat perhatian, sokongan dan tempat bersatu golongan
minoriti Islam yang tertindas. Dengan tercetusnya Revolusi Iran pada
1979, politik Islam menjadi pilihan dan ini telah melahirkan golongan
pejuang yang lebih ber-imejkan Islam pada 1980an. Di Filipina, MNLF
telah bertukar menjadi MILF (Moro Islamic Liberation Front), di
Palestine PLO telah diselubungi oleh Hamas dan Hizbollah, di Thailand
PULO, BRN dan BNPP telah ditenggelamkan oleh Barisan Bersatu
Mujahidin Patani (BBMP) (sekitar tahun 1985)[4]

Bahagian A: Gerakan Pemisah Islam

1. Gerakan Pemisah Islam Aceh

Akhir abad ke 18, ketika Inggeris dan Belanda berebut Selat Malaka,
Aceh bergolak. Atjeh Oorlog (Perang Aceh 1873-1913) yang
memerangi Kesultanan Aceh menjadi perang terpanjang Belanda, yang
rasminya tidak berkesudahan kerana Aceh menggabung ke dalam
perjuangan RI[5].

Aceh diiktiraf sebagai kuasa merdeka oleh Belanda dan Inggeris


semasa Perang Napoleon melalui perjanjian 1824[6]. Oleh sebab itulah
mereka hairan mengapa Indonesia terlalu ghairah inginkan wilayah
Aceh. Belanda mula mungkir janji apabila dalam Konferen Meja Bulat
1949 menyatakan bahawa Aceh adalah sebahagian daripada negara
baru sekular iaitu Indonesia.

Ketika Republik Indonesia masih baru dan lemah, Aceh kembali


bergolak di bawah pengaruh Tengku Daud Beureueh iaitu pemimpin
Pemberontakan Darul Islam[7]. Sukarno telah berkolaborasi dengan
Gerakan Darul Islam semasa penubuhan Indonesia dahulu dan ini
menghentikan seketika perjuangan bersenjata Aceh yang menyokong
Gerakan Darul Islam[8].
Gerakan Aceh Merdeka, atau GAM adalah sebuah organisasi (yang
dianggap pemisah) yang bertujuan agar daerah Aceh atau yang
sekarang secara rasmi disebut Nanggroe Aceh Darussalam bebas dari
Negara Kesatuan Republik Indonesia. Konflik antara kedua pihak telah
berlangsung sejak tahun 1976 dan menyebabkan kehilangan hampir
15,000 jiwa.

GAM dipimpin oleh Hasan di Tiro[9]. Pada 17 Julai 2005, setelah


perundingan selama 25 hari, pasukan perunding Indonesia berhasil
mencapai kesepakatan damai dengan GAM di Vantaa, Helsinki, Finland.
Penandatanganan nota kesepakatan damai dilangsungkan pada 15
Ogos 2005. Proses perdamaian selanjutnya dipantau oleh sebuah
pasukan yang bernama Aceh Monitoring Mission (AMM) yang
dianggotai oleh lima negara ASEAN dan beberapa negara yang
tergabung dalam EU. Di antara isi pentingnya adalah pemerintah
Indonesia akan turut membantu pembentukan parti politik tempatan di
Aceh dan pengampunan bagi anggota GAM.

Seluruh senjata GAM yang mencapai 840 pucuk habis diserahkan


kepada AMM pada 19 Disember 2005. Pada 27 Disember pula, GAM
melalui jurucakap tenteranya, Sofyan Daud, menyatakan bahawa
sayap tentera mereka telah dibubarkan secara rasmi. Bagaimana
dengan masa depan perjuangan Aceh yang ingin berdaulat serta
merdeka? Ada yang berpendapat peristiwa Tsunami adalah kemuncak
kepada berhentinya perjuangan pemisahan ini apabila GAM sendiri
menjadi mangsa dalam bencana alam ini. Adakah ia benar?

Kita tahu bahawa rakyat Aceh telah lama terluka. Luka ini tidak boleh
disembuhkan hanya melalui bantuan kemanusiaan yang dihulurkan
oleh Jakarta dan masyarakat antarabangsa kerana apa yang diinginkan
oleh Aceh ialah kedamaian, kedaulatan dan kebebasan yang
berkekalan. Konflik politik yang hangat berlangsung sebenarnya lebih
parah dan pedih jika hendak dibandingkan dengan pukulan tsunami.
Semasa Belanda menjajah tanah Indonesia, Aceh sahaja yang kekal
merdeka, malah Tengku Daud Beureuh yang menjadi pemimpin Aceh
dahulu pernah ditipu oleh Sukarno hingga Aceh terpaksa bergabung
dengan Republik Indonesia[10].

2. Gerakan pemisah Islam di Patani

Masalah dengan wilayah selatan Siam bukanlah masalah baru dalam


kerajaan Thailand. Bangkok sering menegaskan bahawa wilayah-
wilayah selatan yang didominasi oleh penganut Islam seperti Yala,
Songkhla, Patani, Narathiwat adalah milik mutlak mereka.Perdana
Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah berhujah, bumi selatan
Siam tidak akan diserahkan walau barang seinci pun kepada puak-
puak pemisah atau pengganas. Wujudkah puak pemisah di sana atau
mereka sebenarnya adalah pejuang kebebasan?[11]

Perlu difahami bahawa sebelum berdirinya kerajaan Thailand sekarang,


bumi Patani sudah berdiri sebagai satu entiti yang gagah. Sejarah
mencatatkan kerajaan Melayu Patani sudah bertapak ketika zaman
kerajaan Sukhotai pada kurun ke 13 lagi. Sesetengah ahli sejarah
berpendapat Patani sudah berada di bawah naungan kerajaan
Songkhla sewaktu pemerintahan Raja Ramkhamhaeng. Namun, ramai
sarjana Siam sendiri menolak teori tersebut. Lewat kurun ke 14,
kerajaan Sukhotai mula melalui zaman kemunduran dan diganti oleh
kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia. Hikayat Patani meriwayatkan
bahawa Sultan Mudzafar Shah, pemerintah Patani mempunyai
hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Ayuthia di utara
Thailand. Maka, terbukti kerajaan Patani telah lama wujud sebagai
negara berdaulat yang setara dengan kerajaan Sukhotai mahupun
Ayuthia.

Wilayah-wilayah ini semasa kemerosotannya menerima naungan Siam


dan membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Siam.
Penghantaran ufti bunga emas ini turut dilakukan oleh negeri-negeri
utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Kelantan. Namun,
penghantaran ufti ini tidak lebih daripada simbol penghormatan
bukannya menandakan negeri-negeri ini sebagai tanah jajahan Siam.

Perjanjian Bangkok 1909 telah menyebabkan negeri utara tanah


Melayu diserahkan kepada British manakala Patani diambil secara
rasmi oleh Siam. Tindakan Siam yang dilihat memihak kepada Jepun
dalam Perang Dunia Kedua menaikkan kemarahan British. Pelik sekali
apabila menjelang Perang dunia Kedua, Patani dan Negeri Utara
dipegang pula oleh Siam walaupun menerima pemerintahan Jepun.
Patani dan Negeri Utara telah lama dijadikan alat politik dan gula-gula
penjajah.

Golongan ulama begitu ramai dan berpengaruh di Patani sejak


berzaman lagi. Golongan tradisional ini yang memastikan umat Islam
di Thailand tidak hanyut binasa oleh proses asimilasi paksaan Thailand
yang cuba diimplementasi sejak dulu lagi. Pondok-pondok di Patani
terkenal malahan disinggahi oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri untuk
mencari ilmu-ilmu agama.Sejarah turut menyaksikan bahawa Tuan-
Tuan Guru yang berijazah pondok[12] ini memimpin gerakan rakyat
dalam usaha memerdekakan tanah tumpah darah mereka daripada
dicemari idealisme kuffar.

Dengan tercetusnya Revousi Iran pada 1979, pergerakan penentangan


Patani juga telah mengalami perubahan dengan menjadi lebih condong
kepada perjuangan berteraskan Islam. Pergerakan yang lebih sekular
seperti BRN(Barisan Revolusi Nasional) dan PULO (Patani United
Liberation Organisation) menjadi tidak kurang signifikan (pejabat BRN
and PULO di Arab Saudi hampir tidak beroperasi menjelang
pertengahan 1980an). Pergerakan lain seperti BNPP (Barisan Nasional
Pembebasan Patani) menjadi lebih rapat dengan pergerakan global
Islam. Pada 1979, BNPP telah meningkatkan program latihan
ketenteraan dan bergerak secara gerila menentang pasukan
keselamatan Thai. Pada 1985, golongan yang lebih radikal dan militan
dari BNPP, yang diketuai oleh timbalan pengerusinya Wahyuddin
Muhammad, telah berpecah dari organisasi induk BNPP untuk
membentuk Barisan Bersatu Mujahidin Patani (BBMP). Kemudian pada
1986, BNPP telah diubah nama kepada Barisan Islam Pembebasan
Patani (BIPP) untuk menyokong komitmen yang lebih kepada
pergerakan Islam.

Pergerakan di Selatan Thai sememangnya seiringan dengan 'trend' di


Dunia Islam sejagat pada akhir abad ke-20. Di serata dunia, kumpulan
minoriti Islam telah mula bangkit menuntut hak persamaan dan hak
kerakyatan, dan jika tuntutan ini tidak diendahkan, mereka akan mula
bangkit menentang. Peristiwa terakhir yang terburuk adalah pada
2004 iaitu pembunuhan beramai-ramai di Thak Bai.

3. Gerakan Pemisah Islam di Moro

The Moro National Liberation Front (MNLF), iaitu gerakan pembebasan


terbesar dalam organisasi bersenjata Moro yang kemudiannya bertukar
nama kepada Moro Islamic Liberation Front telah lama bersungguh
memperjuangkan penubuhan semula wilayah muslim yang berdaulat
di selatan Filipina[13]. MNLF hanya mengisytiharkan perjanjian damai
pada sekitar tahun 1996 sahaja selepas berdekad lamanya berjuang.
Pemisahan ini semestinya berasaskan pemisahan agama dan bangsa
asal Mindanao. Islam telah hadir di selatan Filipina sekitar abad ke-13
lagi manakala Kristian Sepanyol hanya datang menjajah pada era
1500an sahaja. Kesultanan Sulu Filipina juga memiliki jajahan
Islamnya di kepulauan Borneo serta pernah mengadakan hubungan
diplomatik dengan Kerajaan Islam Brunei. Tekanan ekonomi dan
budaya daripada penguasa Kristian di Manila menyebabkan rakyat
mula melancarkan gerakan pemisahan malah Filipina memiliki gerakan
gerila yang lebih ekstrim iaitu Gerakan Abu Sayyaf.

Hari ini sekali lagi pihak pemerintah Filipina menipu rakyat. Mahkamah
agung Filipina menangguh perjanjian penyerahan kuasa autonomi
kepada penduduk Islam menyebabkan MILF kembali melancarkan
mortar ke arah pihak tentera[14].

[1] Sesuatu yang berkaitan bangsa, ras, agama dan kebudayaan


manusia (lihat : http://www.thefreedictionary.com/ethnic). Bagi
pendapat penganalisa sosialis, usaha pihak separatis yang inginkan
kemerdekaan atas hujah sejarah dan hak asal adalah suatu perjuangan
yang tidak berguna. Mereka hanya memandang penstrukturan semula
ras dan komuniti berasaskan nilai ekonomi dan usaha mandiri sendiri
kaum tertentu untuk terus releven di sesuatu tempat.
[2] daripada Wikipedia, the free encyclopedia (Redirected from
Separatist movement)
[3] SEBAB-SEBAB MUNCULNYA KONFLIK SEPARATIS DI THAILAND
SELATAN Oleh: Adi Saputra1 Dr. Syahrial Syarbaini, MA2 Fakultas Ilmu
Sosial dan Ilmu Politik Universitas Budi Luhur
[4] Sejarah Patani yang tidak tercatat, Farish A. Noor dalam
http://www.geocities.com/ummahonline/kolum/farish/040512farish-
patani.htm
[5] Semasa Kesultanan Aceh dahulu ia pernah menjadi suatu kuasa
tentera yang menjadi ancaman kepada Belanda dan Portugis.
Diplomasi antarabangsanya terserlah apabila pernah menghantar
beberapa deligasi ke Turki untuk mengadap sultan Turki Uthmaniyyah.
Malah, Sultan Turki pernah menghadiahinya dengan meriam buatan
Turki. Rakyat Aceh tidak pernah menganggap mereka berada dalam
mana-mana Negara bangsa seperti Indonesia.
[6] Lee Kam Hing, "Aceh at the Time of the 1824 Treaty", dalam Reid
(ed), Verandah of Violence, mukasurat .74
[7] Nazaruddin Sjamsuddin, The Republican Revolt: A Study of the
Acehnese Rebellion, (Singapore: Institute of Southeast Asian Studies,
1985), mukasurat.6-9
[8] Sukarno berjanji akan member wilayah autonomi kepada Aceh
tetapi dimungkirinya.
[9] Hasan di Tiro adalah bekas penyokong Gerakan darul Islam
menentang Sukarno. Namun apabila menubuhkan GAM, ia lebih
kepada perjuangan kebangsaan nasionalisme Aceh sahaja.
[10] Aqil Fithri, Aceh sudah lama menangis dalam web Ummah.Online
[11] http://taimiyyah.blogspot.com/2004_10_01_archive.html
[12] Ulama'-ulama' pondok seperti Sheikh Ahmad Al Fatani, Sheikh
Abdul Samad Al Falimbani (dari Palembang) pernah beberapa kali
melancarkan perang jihad terhadap penjajah Siam yang zalim. Ini
menolak tohmahan pihak tertentu yang menyatakan ulama' pondok
tidak pernah berusaha berjuang menentang penjajah.
[13] Mark Turner, "Terrorism and Secession in the Southern Philippines:
The Rise of the Abu Sayyaf," Contemporary Southeast Asia, Vol. 17, No.
1 1995
[14] Sepatutnya perjanjian bersejarah itu dilakukan di Malaysia pada 5
Ogos 2008 tetapi secara mendadak ditangguhkan oleh Mahkamah
Agung. Lihat Utusan Malaysia 5 Ogos 2008.
Posted at 06:36 pm by Pendita Bitara
Komen membina Permalink

Siri 2(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia)

1. Gerakan Pemisah Islam di Uygur[15]

Republik Rakyat China telah menegaskan bahawa mereka adalah


negara pelbagai kaum pada 1949. Akan tetapi telah menjadi dasar
utama Komunism, pada 1957 telah wujud akta untuk menentang serta
menghalang penyebaran mana-mana agama iaitu The Communist
Party’s Anti Rightist Policy of 1957. Sekitar era Revolusi Kebudayaan
China (1066-76) melihat di mana kaum Uygur di Xinjiang yang
majoritinya beragama Islam telah diserang habis-habisan. Masjid
dibakar.
Walaupun pada sekitar tahun 1970 hingga kini, dasar China agak
longgar dalam memerangi agama, akan tetapi Xinjiang masih belum
ingin dibebaskan memandangkan ia menjadi jalan untuk
menghubungkan China dengan Asia Tengah melalui jalan-jalan , jalan
keretapi serta jaringan paip dengan Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan
Tajikistan[16].

The East Turkestan Islamic Movement (ETIM) adalah sebuah gerakan


ala militan-dakwah yang memperjuangkan kemerdekaan negeri-negeri
Islam seperti sebahagian Afghanistan iaitu Xinjiang yang kini berada
dalam wilayah China. Pengasasnya, Hasan Mahsum telah dibunuh oleh
Pakistan pada 2 Oktober 2003.

ETIM dianggap sebagai sebuah organisasi pengganas oleh kerajaan


China, Kazakhstan, Pakistan dan Amerika Syarikat. Kertas ini tidak
ingin menghuraikan bentuk penindasan dan kezaliman China terhadap
rakyat Uygur. Terlalu banyak dan zalim. Pembaca boleh membuat
kajian sendiri serta hayati perasaan dan keadaan mereka sejak tahun
1949 hingga kini.

Lihat sahaja tuduhan melulu pihak polis China yang mengatakan


bahawa pihak militan Gerakan Islam Turkestan Timur akan
melancarkan serangan dalam tempoh 1 hingga 8 Ogos sebelum
pembukaan Sukan Olimpik. Keselamatan dan ketumbukan tentera
diperketatkan di wilayah Xinjiang sepanjang sukan antarabangsa itu
kerana skeptikal dan sindrom ‘takut dengan bayang-bayang sendiri’
terhadap kaum muslim Xinjiang[17].

2. Gerakan pemisah Myanmar


Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) mempunyai rakyat
seramai 48 juta orang, 15 peratus daripadanya beragama Islam.
Bakinya kebanyakan beragama Buddha. Umat Islam tinggal di kawasan
Arakan yang terletak di negara tersebut.

Arakan merupakan sebuah kawasan yang paling kaya dari segi


simpanan minyak dan gas asli, dan penduduknya telah memeluk Islam
melalui pedagang-pedagang Arab. Perubahan ke arah Islam memuncak
dengan penubuhan kerajaan Islam pada tahun 1430. Negara ini telah
bertahan selama 350 tahun, sehinggalah penganut Buddha
menamatkannya dengan menakluki Arakan[18].

Serta-merta selepas umat Islam kehilangan kuasa politiknya pada


tahun 1783, penganut Buddha Burma telah memulakan polisi
menindas dan malah secara fizikal cuba menghapuskan umat Islam.
Negara ini kemudiannya dikoloni oleh British sehingga akhir abad ke-
19.

Kempen anti-Islam yang dilancarkan oleh penganut Budda semakin


rancak pada abad ke-20 dengan pembunuhan beramai-ramai di Arakan
pada tahun 1942 yang mengakibatkan kematian kira-kira 100,000
umat Islam.

Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948 apabila berakhirnya


pemerintahan British. Tetapi Jeneral komunis Ne Win, yang mendapat
kuasa melalui rampasan kuasa ketenteraan pada tahun 1948, telah
menggerakkan kesemua pasukan bagi menghapuskan seluruh umat
Islam. "Program Parti Sosialis Burma" telah menggunakan segala
macam cara untuk memesongkan umat Islam dari agama mereka.

Semua kemudahan pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat yang


serupa telah ditutup. Masjid-masjid telah ditukar menjadi pusat hiburan
ataupun kuil Buddha. Mengerjakan haji, berkorban di bulan Haji, solat
berjemaah dan segala macam bentuk ibadah yang lain telah
diharamkan. Kesan daripada tekanan-tekanan yang dilakukan,
sesetengah rakyat yang beragama Islam lari meninggalkan negara itu.
Rejim militari di Myanmar memulakan perang besar-besaran ke atas
umat Islam, terutama ke atas masjid-masjid, para imam dan orang-
orang soleh. Para pelajar Islam juga dipaksa menerima ajaran Buddha
di Arakan. Wanita-wanita Islam dibawa ke kem-kem, dengan alasan
untuk memberi “latihan profesional,” dan kemudian dirogol. Sesiapa
yang didapati hamil akan dipaksa mengahwini mana-mana ahli
pasukan keselamatan Buddha. Perkampungan dimusnahkan, rumah
ditukar menjadi stesen polis, dan mereka yang kehilangan rumah
berhadapan dengan kelaparan dan kemiskinan.

Pada 1992, kira-kira 700 orang umat Islam minoriti yang tinggal di
sempadan Bangladesh telah dihapuskan. Lebih dari 1,000 orang
menjadi mangsa pembunuhan pada tahun 1994[19].

Gerakan Militer Rohingya tidak dapat dielakkan kerana umat Islam


tertekan dengan tekanan ketenteraan Junta Tentera Myanmar. Adakah
mereka pengganas?

3. Gerakan pemisah Islam Kurdish[20]

Orang Kurdi adalah satu kelompok etnis yang menganggap diri mereka
penduduk asli suatu daerah yang sering dirujuk sebagai Kurdistan,
suatu wilayah yang meliputi sebagian Iran, Iraq, Syria, dan Turki[21].
Komuniti Kurdi juga boleh ditemui di Lebanon, Armenia, Azerbaijan
(Kalbajar dan Lachin, sebelah barat Nagorno Karabakh) dan, pada
beberapa tempoh terkini beberapa negara-negara Eropah serta
Amerika Syarikat. Secara etnik, kaum ini memiliki hubungan dengan
suku bangsa Iran. Mereka menggunakan bahasa Kurdi, suatu bahasa
Indo-Eropah dari cabang bahasa Iran.
Sepanjang sejarah, bangsa Kurdi selalu memperjuangkan
kemerdekaannya, dan untuk itu mereka telah berperang melawan
Sumeria,Assyria,Parsi, Mongolia, Tentera Salib Eropah, serta Turki.
Dengan jumlah perkiraan 30 juta orang, kaum Kurdis merupakan salah
satu kelompok etnik terbesar di dunia yang tidak memiliki negara-
bangsa sendiri. Pada abad ke-20, Turki, Iran, dan Irak telah
memadamkan pemberontakan-pemberontakan yang dilakukan oleh
kaum Kurdi.

Sama sahaja nasib kaum ini dengan bangsa Palestin yang diperkotak
katik hingga hilang tanah air.

Usaha bangsa Kurdi untuk menjadi bangsa yang merdeka semakin


sukar memandangkan geopolitiknya berada di tengah kawasan mewah
minyak. Hal ini menyebabkan negara umat Islam yang lain juga
menetang pembebasan tanah mereka.

Dilihat sejarahnya, kemerdekaan Kurdi sebenarnya pernah dijanjikan


oleh Presiden AS Woodrow Wilson (1856–1924) melalui Perjanjian
Sevres (The Treaty of Sevres)tahun 1920 antara Kekhalifahan Turki
Uthmaniyah dan sekutu AS untuk membagi-bahagikan wilayah bekas
kekuasaan Turki. Hanya saja,terbentuknya negara baru Turki[22] di
bawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk yang meliputi sebagian besar
wilayah Kurdistan telah terhapus harapan itu.

Sejak itu,konflik antara suku Kurdi dan Turki terus berkembang. Pasca
kemerdekaan Iraq tahun 1932, bangsa Kurdi semakin terpencil dan
terpecah-pecah. Mereka yang mendiami daerah-daerah sempadan ini
selalu menjadi korban pertikaian antara Iraq, Iran, dan Turki. Lantaran
kecewa dengan semakin tertutupnya peluang menuju kemerdekaan,
maka wujudlah kelompok-kelompok militan Kurdi yang kerap
melancarkan tindakan agresif.

Terpecahnya mereka dalam tiga wilayah negara yang berbeza juga


telah membuat suku ini semakin terpisah. Bahkan, negara-negara
tempat suku Kurdi berada sering dipaksa untuk mengasimilasikan
budaya mereka dengan kaum-kaim negara ‘tuan mereka’ iaitu Iran,
Iraq dan Turki hingga pemusnahan bangsa terbesar di dunia Arab ini.

Di Iran, suku Kurdi walaupun berasal dari rumpun bangsa Parsi, mereka
tetap dipinggirkan. Ini kerana mereka adalah para penganut Ahli
Sunnah Wal Jamaah yang berbeza dengan agama majoriti negara Iran.
Setelah bertahun- tahun lamanya melakukan penindasan kepada
kelompok Kurdi, Iran akhirnya dapat melemahkan kekuatan Kurdi. Pada
akhir 1920-an, misalnya, Iran berhasil membunuh pemimpin Republik
Mahabad Kurdistan, Qazi Muhammad dan Ismail Agha Simko.

Di bawah pemerintahan Ayatullah Khomeini, militer Iran juga berhasil


melakukan pembunuhan dua pimpinan karismatik Kurdistan[23], Abdul
Rahman Gasemblou (1989) dan Sadeq Sharafandi (1992). Nasib
bangsa Kurdi di Turki juga tidak lebih baik. Majoriti suku Kurdi memang
tinggal di bahagian tenggara Turki dan lebih setengahnya hidup di ibu
kota Ankara.

Sebagai keturunan bangsa Parsi, suku Kurdi menjadi salah satu


hambatan gerakan nasionalisme dan sekularisme Turki. Meskipun
mereka berhasil mendirikan Negara Darurat Kurdistan di wilayah Turki
pada 1922–1924 dan Republik Mahabad Kurdistan tahun 1946,
keduanya dapat dihancurkan oleh tentera Turki. Malah sejak 1924 Turki
melarang penggunaan bahasa Kurdi di tempat umum.
Operasi militer besar-besaran terus dilakukan untuk menumpaskan
gerakan prokemerdekaan yang mengakibatkan ribuan jiwa kehilangan
nyawa. Kekuatan terbesar Kurdi di Turki diwakili oleh Parti Pekerja
Kurdistan (PKK). Pada 1991, ketua PKK Abdullah Ocalan, ditangkap oleh
pemerintah Turki dan dijatuhi hukuman mati.Tekanan Turki ternyata
mampu melemahkan tuntutan kemerdekaan yang memaksa PKK
mengubah orientasinya pada perjuangan autonomi daerah khusus
Kurdistan.

Operasi-operasi militer pun kemudian kerap dilakukan untuk


menghapus kekuatan PKK. Apatahlagi wilayah perbatasan Turki-Iraq
memiliki potensi sumber alam yang melimpah (minyak, gas, air bersih,
dan sumber mineral). Maka, membiarkan rakyat Kurdi memerdekakan
diri tentulah sesuatu yang mustahil (Middle East Policy,2004).

4. Perjuangan kemerdekaan Bosnia dari Yoguslavia.

Islam telah masuk ke Eropah seawal zaman para Sahabat ra. Bermula
zaman Uthman Affan lagi, Islam telah mula menguatkan Angkatan /
Armada Laut-nya ke arah menguasai Laut Medditerranean, Laut Hitam.
Kesemuanya melingkari benua Eropah[24].

Tahun 1543M, kota Constantinopole, pusat pentadbiran Byzentium


Timur yang kebanyakannya bermazhab Kristian Ortodok jatuh ke
tangan Khilafah Uthmaniah pimpinan Sultan Mohd Al-Fateh, lalu Islam
tersebar masuk ke Eropah Timur dengan pesat termasuk Greece,
Bulgaria, Austria, Serbia, Bosnia (1463), Herzegovina (1482).

Tahun 1924M, Khilafah Islam runtuh. Kristian Eropah mula menguatkan


kembali kedudukan mereka di Eropah, namun setelah ratusan tahun
memimpin, jutaan umat Eropah menganut agama Islam. Komuniti
terbesar umat Islam dalam sebuah negara Eropah ialah di Bosnia-
Herzegovina dengan penduduk mencapai 6-7 juta orang. Ini berpotensi
untuk membentuk sebuah negara Islam berbanding umat Islam di
negara-negara lain dalam Eropah.

Josip Broz Tito (dikenali sebagai Tito) memimpin kesatuan Yugoslavia


(Serbia+Croatia+Bosnia Herzegovina+Montenegro) selama 35 tahun
(1945-1980) dengan sistem Komunis, menghapuskan identiti agama
dalam masyarakat. Akibatnya umat Islam hilang identiti, berkahwin
campur tanpa mengenal agama, hidup dalam kejahilan dan maksiat.
Ibu negara Yugoslavia ialah Belgrade, di Serbia. Oleh itu pusat negara,
ekonomi, kekuatan dan kelengkapan ketenteraan terletak di Serbia.

Kematian Tito pada tahun 1980 dan keruntuhan Komunisme pada 1991
di Soviet Union menyebabkan Yugoslavia di ambang perpecahan.
Semua negara di dalamnya kecuali Serbia (Kristian Ortodoks) mahukan
kemerdekaan. Serbia (bekas ibu negara Yoguslavia) yang
menganggap dirinya bekas negara Yugoslavia memberi amaran keras.
Croatia (Kristian Khatolik) mengumumkan kemerdekaan lalu PBB
menghantar Tentera Pengaman untuk mengelakkan peperangan
antara Serbia/Belgrade dengan Croatia. Kemudian Bosnia-Herzegovina
mengumumkan kemerdekaan dengan presidennya Ali Izzat. PBB tidak
pula menempatkan Tentera Pengaman!!

Pada 1992M negara Serbia menyerang umat Islam di negara Bosnia.


Bahkan etnik Serbia dalam negara Bosnia turut menyerang jiran rumah
sebelah mereka yang beragama Islam. Disebabkan kelengkapan dan
kekuatan tentera Yugoslavia ada pada Serbia, geografi Bosnia yang
terletak terkepung di tengah-tengah Yugoslavia (lihat peta Bosnia),
lebih 250,000 orang Islam dibunuh dan lebih 2 juta menjadi pelarian.
Di akhir tahun 1994, ramai Mujahidin terutamanya orang-orang Arab
masuk ke Bosnia untuk berjihad menyelamatkan saudara seIslam
mereka yang teraniaya. Mereka lebih tersusun dan berjaya dengan
adanya bimbingan dan pimpinan para Mujahidin yang berpengalaman
dalam Jihad di Afghanistan yang akhirnya meruntuhkan Soviet Union
pada tahun 1991.

Di tangan Mujahidin, bilangan tentera Serbia yang terbunuh dan


pelarian Serbia semakin meningkat. Bilangan pelarian Serbia
mencecah 80,000 orang. Jika Barat berdiam diri, bukan sahaja Serbia
dikalahkan (oleh Mujahidin), tetapi juga Jerman, Perancis, Itali dan lain-
lain.

Amerika (Bill Clinton) campurtangan dan menekan semua pihak yang


bertelagah (Serbia+Bosnia+Croatia) agar menandatangani Perjanjian
Damai Dayton. Slobodan Milosevic, Presiden Serbia ketika serangan
dan pembunuhan Serbia ke atas Bosnia (1992-95) didokong Kuasa-
kuasa Besar sepenuhnya, Rusia di depan dan Amerika (Clinton),
England (John Major), Perancis (Mitterand) di belakang. Segala ratapan
dan rayuan tidak dihiraukan. Lebih 250,000 orang dibunuh. Lebih 2
juta menjadi pelarian. Lebih 10,000 anak luar nikah dari para Muslimat
Bosnia dilahirkan seawal 1993 (sembilan bulan selepas serangan).
Yang memaksa Milosevic ke meja perundingan adalah kejayaan 500
orang Mujahideen Arab dalam Jihad Islami di bumi Bosnia (1995).

Perjanjian Dayton selain menegaskan “perdamaian”, ia juga meminta


Kerajaan Bosnia menghalau keluar mereka yang bukan warganegara
Bosnia dari bumi negara Bosnia[25], terutama warga Arab di kalangan
para Mujahideen. Perjanjian ini dengan sendirinya menamatkan Jihad
Islam yang sedang berputik di sana.
Pembunuhan beramai-ramai orang-orang Islam Bosnia oleh pasukan
Serbia dalam Perang Balkan yang berlangsung pada tahun 1992-1995
dikatakan sebagai kejahatan perang terburuk di Eropah setelah Perang
Dunia II. Lebih 200,000 Muslim Bosnia menjadi korban kekejaman
pasukan Serbia selama perang berlangsung, dan sekitar 20,000
muslimah menjadi korban perkosaan yang dilakukan secara sistematik
oleh pasukan Serbia. Salah satu tragedi yang menyayat hati adalah
perisiwa pembunuhan 8,000 lelaki dan remaja Muslim di
Srebrenica[26].

Pemerintah Serbia yang dipimpin Radovan Karadzic menggalakkan


tentera Serbia dan membiarkan pembunuhan demi pembunuhan
sehingga 8.000 lelaki Muslim Bosnia menjadi korban dalam
pembunuhan beramai-ramai itu.

Pasukan Serbia juga cuba menghapus jejak pembunuhannya dengan


menggali kembali kuburan warga Muslim, dan jenazah korban
dipisahkan dalam kubur-kubur yang lebih kecil.

Setelah perang berakhir, peristiwa pembantaian warga Muslim ini


mulai mendapat perhatian dunia antarabangsa. Para keluarga korban
menuntut agar para penjenayah itu diseret ke Mahkamah
Antarabangsa. Setelah melalui perbahasan panjang, PBB akhirnya
menetapkan peristiwa Srebrenica sebagai peristiwa
pembersihan etnik atau genocide dan para pelakunya diumumkan
sebagai telah melakukan jenayah perang.
[15] Elizabeth Van Wie Davis, Uyghur Muslim Ethnic Separatism in
Xinjiang, China Asia-Pacific Center for Security Studies. January 2008
[16] Wilayah Islam ini kaya dengan petroleum dan gas asli. Kaum Han
telah ramai datang ke wilayah ini untuk mengaut hasil bumi wilayah
Islam tanpa rasa malu selepas beberapa dekad mereka merogol,
membakar dan membunuh orang Islam di Xinjiang.
[17] Utusan Malaysia 4 Ogos 2008
[18] Lihat banyak kes-kes penindasan Islam:
http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebang
kitanislam19.php
[19] Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kertas kerjanya Senario Umat Dan
Cabaran semasa-Perspektif Nasional dan Serantau yang dibentang
dalam Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia
pada 27-28 Oktober 2007 di Kelantan.
[20] http://opinibebas.epajak.org/opini/kurdi-bangsa-besar-yang-
termarginalkan-666/
[21] Asalnya mereka dipisahkan oleh Safavis di Iran dengan kuasa
Uthmaniyyah di Turki pada abad ke-16.
[22] Negara bangsa (nation state) menurut perkiraan barat di mana
wilayah Negara bangsa tidak akan berubah lagi kerana ditetapkan oleh
barat. Hal ini menyukarkan lagi orang Kurdis untuk merdeka.
[23] Kurdistan yang dimaksudkan adalah Negara Kurdis Iraq yang
berjaya mendapat sedikit kuasa autonomi, manakala Kurdis di Iran dan
Turki masih terpenjara. Parti Pekerja Kurdistan, Parti Demokratik
Turkistan ada;ah antara Parti yang menjaga bangsa Kurdis di Iran, Iraq
dan Turki.
[24] http://satuumat.blogspot.com/search/label/Info%20BOSNIA
[25] Inilah tujuan sebenar Perjanjian Dayton.
[26] Wilayah ini terpisah dari wilayah Bosnia yang lain (rujuk peta
Bosnia). Lantaran itulah pembunuhan di sini tidak dapat dibantu oleh
Sarajevo.
Posted at 06:24 pm by Pendita Bitara
Komen membina Permalink

Siri 3(Penilaian Umum berkaitan isu Gerakan Pemisah Sedunia)

Bahagian B: Bagaimana dengan gerakan pemisah bukan Islam?


Adakah gerakan pemisah bukan Islam juga berjuang demi agama?
Mereka juga berjuang untuk tanah air mereka. Namun begitu ada juga
tindakan mereka yang melampau tetapi tidak dihebahkan oleh media
dunia. Di sini cuba diperlihatkan sekilas berkenaan beberapa gerakan
pemisah bukan Islam, faktor-faktor serta implikasinya.
1. Gerakan pemisah Ireland

Ketika Ireland (Selatan) merdeka dari Great Britain pada tahun 1920,
penduduk Ireland Utara yang sebahagian besar beragama
Kristian Protestan dan masih setia terhadap Kerajaan Great Britain
memilih untuk kekal menjadi sebahagian negara itu. Mereka (Ireland
Utara) digelar golongan Kesatuan (union) sedangkan orang dari Ireland
Selatan disebut golongan Nasionalis. Tetapi permasalahan tidak
berhenti di sini tetapi berterusan, kerana orang-orang yang beragama
Kristian Katolik di Ireland Utara merasa didiskriminasi oleh Kerajaan
Britain. Rusuhan yang dinamai "The Troubles" mula terjadi dari tahun
1969.

Liberal Unionists mula ragu dengan kekuasaan dominasi golongan


Protestant.The Irish Republican Army (IRA) telah muncul dalam bentuk
gerila pemisah di mana bertujuan menjaga segmen Katholik dalam
populasi utara daripada sebarang tindakan yang membahayakan
kelangsungan golongan Khatolik daripada dominasi Protestant.

Tentera British mula memasuki Ireland Utara sekitar tahun 1970an


tetapi mereka dianggap oleh IRA (Khatolic) sebagai ‘orang luar’.

Parlimen dan Perlembagaan Ireland Utara telah digantung pada March


1972 oleh Perdana Menteri Britain Edward Heath.

Paling buruk adalah pada 1972 apabila 467 rakyat terkorban dan
purata 275 mati dari tahun 1971 hingga 1976. Hingga 1990an, hampir
3100 mangsa telah terkorban.
2. Gerakan Pemisah Georgia

Gerakan ini lebih kepada perjuangan memerdekakan tanahair. Perang


Ossetia Selatan 2008 tercetus pada 7 Ogos 2008, melibatkan negara
Georgia, Persekutuan Rusia dan republik-republik Ossetia Selatan dan
Abkhazia yang ingin berpisah dari wilayah Georgia. Perang tercetus
setelah perjanjian gencatan senjata antara Georgia dan Ossetia
Selatan tidak dapat bertahan (kedua-dua pihak saling menyalahkan
satu sama lain atas kegagalan gencatan senjata), lalu Georgia
menceroboh Ossetia Selatan dengan bala tentera yang besar yang
meranapkan kota Tskhinvali. Seorang pegawai kanan Kementerian
Pertahanan Georgia berkata negaranya hendak "memulihkan perintah
berperlembagaan" terhadap kawasan Ossetia Selatan. Kerajaan
Georgia berkata tenteranya telah dikerah untuk menamatkan bedilan
puak pemisah Ossetia Selatan terhadap orang awam Georgia.

Rusia bertindak balas pada hari kemudian dengan mengerahkan


tenteranya ke Ossetia Selatan, agar mengusir tentera Georgia dari
Tskhinvali sambil meneruskan pengeboman sasaran dan prasarana
tentera Georgia. Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin menyatakan
bahawa Georgia sedang "menghapuskan rakyat sendiri" sementara
Presiden Dmitry Medvedev menyatakan bahawa tujuan negaranya
adalah "untuk memaksa pihak Georgia agar beraman", serta beliau
"wajar melindungi nyawa dan maruah warga Rusia di mana jua mereka
berada," iaitu menyentuh pasukan pengaman Rusia dan mungkin juga
kira-kira 90% penduduk awam di Ossetia Selatan yang memegang
pasport Rusia. Konflik ini masih berlarutan.
3. Gerakan Pemisah Timur Laste

Sejarah Timor Timur berawal dengan kedatangan orang Australoid dan


Melanesia. Orang dari Portugal mulai berdagang dengan pulau Timor
pada awal abad ke-16 dan menjajahnya pada pertengahan abad itu
juga. Setelah terjadi beberapa peperangan dengan Belanda, dibuat
perjanjian pada 1859 di mana Portugal memberikan bahagian barat
pulau itu. Jepun menguasai Timor Timur dari 1942 sampai 1945,
namun setelah mereka kalah dalam Perang Dunia II, Portugal kembali
menguasainya.

Pada tahun 1975, ketika terjadi Revolusi Bunga di Portugal dan


Gabenor terakhir Portugal di Timor Leste, Lemos Pires, tidak
mendapatkan jawapan dari Pemerintah Pusat di Portugal untuk
mengirimkan bala bantuan ke Timor Leste yang sedang terjadi perang
saudara.

Setelah itu FRETILIN (parti Komunis) menurunkan bendera Portugal


dan mendeklarasikan Timor Leste sebagai Republik Demokratik Timor
Leste pada tanggal 28 November 1975. Menurut suatu laporan rasmi
dari PBB, selama berkuasa selama 3 bulan ketika terjadi kevakuman
pemerintahan di Timor Leste antara bulan September, Oktober dan
November, Fretilin melakukan pembantaian terhadap sekitar 60.000
penduduk awam (sebahagian besarnya pendukung fahaman integrasi
dengan Indonesia). Berdasarkan itulah, kelompok pro-integrasi
kemudian mendeklarasikan integrasi dengan Indonesia pada 30
November 1975 dan kemudian meminta dukungan Indonesia untuk
mengambil alih Timor Leste dari kekuasaan FRETILIN yang berhaluan
Komunis.

Pertikaian antara puak komunis, puak yang pro-Indonesia serta puak


yang menyokong Kemerdekaan awal Timor Laste terus berlaku dan
semakin buruk.

Pada 30 Ogos 1999, dalam sebuah referendum yang diadakan PBB,


sebahagian besar rakyat Timor Timur memilih merdeka dari Indonesia.
Dalam selang masa referendum sampai kedatangan pasukan
perdamaian PBB pada akhir September 1999, kaum anti-kemerdekaan
yang konon didukung Indonesia mengadakan pembunuhan balasan
besar-besaran, di mana sekitar 1.400 jiwa terkorban dan 300.000
dipaksa merempat ke Timor barat. Pada 20 Mei 2002, Timor Timur
diakui secara internasional sebagai negara merdeka.

4. Gerakan Tamil Eelam

Tamil Eelam adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan tamil di


Sri Langka yang ingin membina sebuah negeri impian di Utara dan
Timur Sri Langka. Nama lama bagi Sri Langka adalah Eelam. Liberation
Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sekarang menguasai sebahagian tanah
yang digelar mereka sebagai Tamil Eelam. Antara daerah yang
dipegang mereka (bukan kerajaan) adalah Kilinochchi, Mullaitivu dan
Vavuniya.

British telah menguasai seluruh Pulau Sri Langka dalam tahun 1815
dengan perwakilan daripada Eropah, Sinhalese, Tamil Sri Langka dan
golongan Burgher. Golongan Tamil mula bersifat cummunal
(perkauman) dan hanya inginkan golongan tamil sebagai ketua seluruh
kawasan tersebut. Maka bermulalah suatu puak pemisah yang ekstrim.
Namun begitu perlu kita ketahui juga, etnik terbesar di Sri Langka
adalah Singhala (Sinhalese).

Isu kumpulan pemisah Harimau Tamil telah mendatangkan kepayahan


dan azab kepada ramai umat Islam yang tinggal di kawasan-kawasan
yang terjejas di bahagian Utara dan Timur. Terkini, sebahagian kecil
masyarakat Sinhalese turut mengangkat senjata bagi menentang umat
Islam, menyerang perniagaan orang Islam, masjid-masjid dan juga
kehidupan peribadi umat Islam[27].

5. Gerakan pemisah Ambon


Masyarakat Kristian di Ambon tiba-tiba mengamuk pada sekitar tahun
1998 membunuh orang-orang kampung serta membakar kampung
serta masjid-masjid. Ambon adalah sebahagian daripada Kepulauan
Maluku yang pada suatu ketika adalah sebuah kerajaan Islam. Asal
perkataan Maluku adalah ‘Muluk’ yang bermaksud kerajaan. Wilayah
Maluku adalah meliputi Banda Naira, Ternate, Tidore dan Ambon.

Bangsa Eropah yang pertama sekali datang ke Maluku adalah Portugis


(1511). Selain membolot kekayaan alamnya, mereka juga
memperkenalkan agama Kristian. Pada tahun 1605 Belanda yang
menganut Kristen Protestan pula datang merebut kekuasaan Portugis
dan mengusirnya[28].

Ketika terjadi perang reformasi di Eropah, orang Belanda yang


bermazhab Protestan memerangi dan membasmi orang-orang Portugis
yang Khatolik. Kerana itu, sehingga tahun 1950 agama Kristian
Protestan menjadi begitu dominan di Ambon.

Namun, sekali lagi harus dicatat, bahawa Islam jauh lebih dahulu
berkembang di Ambon. Islam mulai masuk ke daerah ini sejak abad ke
7 (sekitar tahun 600an Masihi) . Sedangkan Khatolik abad ke 16
(1500an Masihi) manakala Protestan abad 17 (1600an Masihi). Jadi
yang meletakkan budaya kehidupan Maluku sebenarnya adalah Islam.

Masyarakat Kristian inginkan autonomi mereka di wilayah ini walaupun


asal kekuasaan adalah daripada kesultanan Islam. Adakah mereka
digelar pengganas?

Penutup: Pentingnya Analisis Sejarah[29]


Dasarnya, gerakan pemisah berlaku apabila sesuatu komuniti, etnik
dan penganut agama tertentu menerima tamparan, hambatan sosial
melampau serta diskriminasi tertentu. Malah ia berlaku berasaskan
nilai sejarah. Pembentukan Negara Bangsa pasca perang dunia kedua
juga banyak membawa kepada penerusan perjuangan ini kerana
penetapan wilayah peta dunia yang banyak merugikan sesuatu etnik
yang mungkin menjadi mangsa percaturan kuasa-kuasa besar. Umat
Islam perlu tahu apa itu PBB, bagaimana ia terbentuk dan tujuan
utama ia berlaku.

Imam Hassan Al Banna banyak meninggalkan kerangka kerja untuk


kita bersumberkan ilmu sejarah dan geo politik yang tajam iaitu
perlunya kita menganalisa sejarah, mengetahui aspek kelemahan
umat Islam serta langkah penyelesaian yang bermula dengan langkah
anjakan paradigma dan perspektif.

Kita juga akan adil dan saksama dalam menilai isu gerakan pemisah
(separatism movement) serata dunia yang semestinya ada hak mereka
di situ. Tulisan ini cuba untuk memberi fakta yang seimbang mengapa
sesuatu perjuangan pemisah itu berlaku penafian gelaran ‘terrorist’
diberikan kepada pejuang kemerdekaan wilayah Islam hari ini.

Menurut Prof. Mohamad Abu Bakar, gerakan keselamatan dan


ketenteraan dunia hari ini menggunakan tema yang sama iaitu
gerakan menentang pengganas di mana kita melihat perjuangan ini
mencirikan perjuangan pasca perang dingin. Jika dahulu dielektik
komunis-kapitalis lebih menjadi tema perjuangan, kini tema pengganas
menjadi justifikasi dan matlamat semua pihak akibat dorongan
Amerika Syarikat. Isu keganasan antarabangsa juga dijadikan hujah,
modal, dan rasional untuk menambat golongan lain dalam skema
memperkasakan pemahaman atau ideologi pihak pemerintah negara-
negara tertentu yang berkiblatkan barat[30].

Sebagai penutup mari kita perhatikan kata- kata Imam Hassan Al


Banna dalam bukunya, "Jika anda mengkaji kembali sejarah
kebangkitan berbagai bangsa, samaada Barat atau Timur, dahulu atau
sekarang, anda akan menjumpai kenyataan bahawa para pelopor
kebangkitan dapat menuai kejayaan karena memiliki manhaj tertentu
yang menjadi acuan dalam kerja mereka. Ulang kajilah sejarah
berbagai organisasi dan bangsa, anda akan mengetahui dengan jelas
bahawa apa yang saya katakan ini merupakan kunci kejayaan dalam
setiap kebangkitan. Jika anda layangkan ingatan pada sejarah
kelompok-kelompok yang menamakan dirinya Islam dan pada masa-
masa yang telah berlalu, lalu anda membuat perbandingan antara
tegaknya Daulah Abbasiyah di Timur dan kebangkitan negara-negara
moden di Eropah; mulai dari Perancis, Rusia, serta Turki, samaada pada
tahap pertama, iaitu masa penyatuan kelompok- kelompok kecil dan
masa pendirian pemerintahan, atau tahap masa kini, iaitu masa
pembentukan dasar-dasar negara dan penyebaran pandangan, niscaya
anda akan melihat bahawa semua itu tunduk pada manhaj yang telah
jelas langkah-langkahnya untuk menuju sebuah hasil yang telah
diperhitungkan yang menjadi orientasi kerja umat. " (Risalah "Hal
Nahnu Qaumun 'Amaliyun")

[27]
http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/kebang
kitanislam19.php
[28] http://www.mail-
archive.com/islam@ssi1.ssi.global.sharp.co.jp/msg00178.html
[29] Prof. Dr Abdul Hamid Al-Ghazali ,Tiang-tiang Kebangkitan Umat
(1)
[30] Prof. Mohamad Bakar ,TATA BARU DUNIA DAN TERORISME
ANTARABANGSA Amerika Syarikat, Eropah Barat dan Hubungan
Antarabangsa Semasa dibentang dalam Seminar Kempen Menentang
Terorisme Anjuran Persatuan Ulama' Malaysia pada 20 April 2002.
Posted at 06:17 pm by Pendita Bitara

Anda mungkin juga menyukai