Anda di halaman 1dari 6

RAMLEE AWANG MURSHID FANCLUB (RAMFC)

CATATAN PERBINCANGAN KALI 1/2008

Tarikh : 27 Oktober, 2008 (Isnin)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Restoran Kampung Pandan,
Jalan Yap Kwan Seng,
Kuala Lumpur.

HADIR :

1. Encik Attokz Dikulgai.


2. Cik Elle.
3. Encik Mielong.
4. Encik Akimsensei.
5. Encik Websutera
6. Cik Anim.
7. Puan Arms.
8. Cik Osheyanne.
9. Cik Thegc.
10. Puan Yana – Isteri Web Sutera
11. Puan Faizah – Isteri Attokz Dikulgai.
12. Cik Illaieyllaela.
13. Cik Sueonn.
14. Cik Fyena.
15. Cik Nizah85

1. KATA-KATA ALUAN DARI PENGERUSI

Cik Elle selaku pengasas ‘RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB’


(RAMFC) ini mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli kelab yang sudi hadir
pada hari ini. Perjumpaan ini diadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk
membincangkan mengenai dengan Penubuhan Majlis Tertinggi, Pendaftaran,
Nama, Logo, Aktiviti-Aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berkaitan dengan
kelab ini. Selain itu perbincangan ini juga boleh dilihat oleh ahli-ahli kelab yang
lain melalui saluran secara langsung menerusi internet.
2. PENUBUHAN MAJLIS TERTINGGI ‘RAMFC’

Setelah perbincangan ahli-ahli sebulat suara bersetuju Majlis Tertinggi RAMFC


adalah seperti berikut :

Penaung : RAMLEE AWANG MURSHID


Penasihat : Attokz Dikulgai
Pengasas : Elle
Presiden : Mielong
Timbalan Presiden : Akimsensei
Naib Presiden : Websutera
Setiausaha : Anim
Penolong Setiausaha : Arms
Bendahari : Osheyanne

AJK Negeri-Negeri :

Perlis & Kedah - Alias (Dato Marsani)


Pulau Pinang & Perak - hairil afzan haidir
Kuala Lumpur - GC, Frodo & Sabiah
Negeri Sembilan/Johor/Melaka - Sueonn & Nizah85
Kelantan - Edan
Pahang - Illaieyllaela/Tun Teja
Terengganu - Shira
Kelantan - Zaidan
Sabah - Budakhutan/Lindaamri
Sarawak - Fyena & Abg Kenyelang

Mesyuarat meminta pendapat ahli-ahli yang lain sekiranya terdapat bantahan atau
cadangan dalam masa 7 hari. Wakil negeri-negeri adalah bertujuan untuk
merekrut ahli-ahli baru dalam menyertai kelab ini dan seterusnya mengikuti
aktiviti kelab. Jika dilihat terdapat wakil terpaksa mewakili beberapa negeri tapi
ini adalah tempoh sementara sampai kita menemui calon yang berani tampil untuk
kami di negeri .yang tidak mempunyai wakil perorangan terutamanya disebelah
utara kerana wakil sedia ada adalah berasal dari negeri pantai timur. Harap semua
ahli dapat kerjasama dan bersetuju atas perlantikan sementara ini.

Nota :
Terdapat perubahan dalam email sebeluma kerana terdapat calon perwakilan baru
untuk negeri Pulau Pinang dan Perak. Tapi kami masih mecari calon sesuai untuk
negeri Kedah & Kedah kerana En.Alias adalah berasal dari Negeri Pahang dan
sedang belajar di Negeri Perlis. Juga ingatan untuk semua wakil negeri
terutamanya negeri yang mempunyai lebih dari seorang wakil supaya
berkerjasama antara satu sama lain dan gunakan perancangan lebih tersusun untuk
mengerakkan kelab dengan lebih strategik.
3. NAMA KELAB

Setelah perbincangan diadakan mesyuarat sebulat suara mengekalkan nama


‘RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB’ atau dengan nama ringkasnya
‘RAMFC’.

4. MAKNA ‘RAMFC’

Cik Illaieyllaela mencadangkan makna perkataan RAMFC seperti berikut :

R - Rasional
A - Agresif
M - Maju
F - Fan
C - Club

5. LOGO ‘RAMFC’

Logo rasmi RAMFC adalah seperti berikut :

Logo ini telah diterima melalui undian yang terbanyak yang dilakukan di website
www.clubram.blogspot.com.

Warna Hitam dan Putih bermaksud hitam putih kehidupan.


Bulatan bermaksud bermuafakat di antara ahli-ahli kelab.
6. PENDAFTARAN KELAB

Sesebuah kelab yang ditubuhkan boleh didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan


Malaysia (PPM) mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Register of Society). Setelah
perbincangan diadakan mesyuarat bersetuju untuk tidak mendaftarkan kelab ini di
atas beberapa sebab. Kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberikan maklumat
yang terkini peminat-peminat RAM dan sebarang perancangan untuk
mendaftarkan kelab ini akan dipertimbangkan sekiranya perlu.

7. YURAN AHLI

Memandangkan kelab ini tidak akan didaftarkan dibawah PPM, oleh yang
demikian yuran ahli tidak akan dikenakan kepada ahli-ahli kelab. Ini adalah
kerana menjadi kesalahan bagi sebuah kelab sekiranya mengenakan yuran kepada
ahli tanpa berdaftar dengan PPM. Sekiranya perkara ini berlaku tindakan undang-
undang akan dikenakan.

8. UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN

Setiap ahli wajib mematuhi undang-undang Negara, Syariah dan Kelab RAMFC.

9. OBJEKTIF, MISI DAN VISI KELAB

9.1. Misi
Merapatkan ukhuwah dikalangan peminat-peminat RAM.

9.2. Visi
Memartabatkan karya-karya penulis triller dan Novelis Malaysia.

10. AKTIVITI-AKTIVITI

Mesyuarat juga mencadangkan agar aktiviti-aktiviti ini dibahagikan kepada


beberapa peringkat iaitu :

10.1. Aktiviti Mingguan

Di antara aktiviti mingguan yang dicadangkan seperti berikut :-

a. Penulisan Daripada Encik Ramlee Awang Murshid.


b. Utusan Majlis Tertinggi.
c. Ahli Minggu Ini.
d. Segmen yang berbatuk ilmiah atau santai.
10.2. Aktiviti Bulanan

Di antara aktiviti bulanan yang dicadangkan seperti berikut :-

a. Ulasan Buku.
b. Membaca Naskah atau Fragmen.
c. Bengkel Penulisan
d. Ekpedisi ke

10.3.Aktiviti Tahunan

Di antara aktiviti tahunan yang dicadangkan seperti berikut :-

a. ‘Gathering’atau ‘Family Day’.


b. ‘Treasure Hunt’.
c. Bengkel Penulisan.

10.4. Lain-Lain Aktiviti

Lain-Lain aktiviti yang dicadangkan ialah membuat penjualan sticker atau


pelekat kereta, mug, pen, serta t–shirt kelab.

11. MEMPROMOSIKAN KELAB ‘RAMFC’

Buat masa ini sehingga akhir tahun 2008 ini, kelab ini akan lebih tertumpu kepada
aktiviti mempromosikan kelab ini kepada mereka yang berminat. Tujuannya
adalah untuk memperkenalkan kelab ini, disamping menambahkan ahli-ahli kelab
bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti. Dengan adanya beberapa aktiviti ini akan
dapat merapatkan hubungan sesama ahli. Satu database akan diwujudkan bagi
mengemasikini pendaftaran keahlian kelab ini. Cik Elle akan berusaha untuk
membuat database tersebut.

12. CADANGAN MEMBAIKKI PORTAL

Encik Attokz Dikulgai selaku orang yang berpengalaman dalam kelab ini
mencadangkan agar portal kelab ini diperbaikki iaitu dengan mempunyai
‘Domain Name’ dan ‘Web Hosting’ sendiri. Dengan adanya perkara tersebut ahli-
ahli akan lebih mudah berinteraksi di antara satu sama lain seperti membuat
forum-forum.
13. HAL-HAL LAIN

13.1. Diakhir perbincangan Cik Elle telah bermurah hati menaja cenderahati
untuk dihadiahkan kepada Thegc kerana beliau merupakan pemenang
kepada pertandingan mencipta kelab ‘RAMFC’. Tahniah diucapkan
kepada beliau.

13.2. Terima kasih juga ditujukan kepada Encik Websutera dan isteri, Puan Yana
di atas kesudian mereka menaja minuman pada perbicangan hari ini.

14. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak dan Cik Elle
selaku Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada
perbincangan pada hari ini. Mesyuarat ditunda pada jam 5.00 petang.

Catatan ini disediakan oleh :

Arms.
Penolong Setiausaha

Disahkan oleh :

Suhaimi Long

Presiden RAMFC

Anda mungkin juga menyukai