Anda di halaman 1dari 6

ICT DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Pengenalan Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju sepertimana yang diwawaskan

dalam Wawasan 2020. Dasar-dasar Pendidikan Negara sentiasa dikaji dan kurikulum pendidikan dikemas kinikan bagi meningkatkan mutu pendidikan dan memastikan keberkesanan pelaksanaannya sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran alaf baru. Kurikulum Sekolah Bestari digubal dengan mengambil contoh amalan-amalan yang terbaik di seluruh dunia serta menggabungkan elemen-elemen yang akan membolehkan sistem pendidikan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk : "memperkembangkan lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dan berilmu pengetahuan, mencapai berketerampilan,berakhlak masyarakat dan negara" Disamping memberi penekanan kepada usaha yang lebih gigih untuk membina kekuatan daya fikiran dan penerapan nilai secara eksplisit,ia juga menekankan perkembangan potensi pelajar secara individu untuk memanfaatkan pengetahuan ICT. mulia,bertanggungjawab keupayaan

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

Fenomena yang membawa perubahan dalam Pendidikan Matematik Budaya sekolah seharusnya perlu diubahkan daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM,1997). Mengikut pengarang buku 'Reshaping Schools Mathematics: A Philosophy and Framework For Curriculum (National Research
1

Council [NRC],1990) telah membincangkan kepentingan perubahan dalam Pendidikan Matematik. Antaranya ialah :

Pendidikan Matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarkat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan ideaidea baru yang canggih.

Ciri bidang Matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru

Perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif

Pandangan pelajar juga telah berubah dimana kanak-kanak zaman kini ingin belajar lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisadan menerokai penyelesaian masalah mereka.

Perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perbahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

Pengajaran Berbantukan Komputer Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik.Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM(National Council of Teachers of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya matematik perlu mengambil peluang yang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran malah mengubahkan kepentingan sesuatu topik dalam matematik. Aktiviti penyelesaian
2

masalah adalah bahagian yang terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui komputer (Lim, 1989). Pada pandangan pelajar-pelajar, pendidikan matematik merupakan sesuatu yang amat sukar, membosankan dan penuh dengan pola nombor dan hafalan.Pandangan ini dapat dikikis dengan penggunaan komputer. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhauser, 1993: Henderson and Landersman, 1992: Chozon, 1988: McCoy, 1991: Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi seperti spreedsheet, multimedia dan internet. Penggunaan perisian seperti Mikrosoft-Excell,The Geometer's Sketchpad dan Logo menarik minat pelajarpelajar Matematik. Perisian-perisian ini boleh membantu pelajar meneroka dan menyiasat pola nombor, memahami konsep dan prinsip-prinsip Matematik dengan mudah dan berkesan. Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh diangap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pemudahcara (fasilitator), penerang. Peranan ini boleh diambil alih oleh komputer. Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial,permainan dan simulasi (PPK,1993:Jamaludin, 1989).
3

Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharuddin & Mohd ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu

pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Tho & Ng, 1994: Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin dan Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh;
1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar berdasarkan kemampuan

masing-masing 2. memudahkan dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik 3. menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan 4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar 5. membantu pelajar mengulangi sesuatu pelajaran berulangkali

Pendidikan kini tidak lagi menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi bukan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannyaserta diberi bantuan khas oleh guru. Sistem penilaian ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama, selainmembenarkan pelajar terus ke arah yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila bila masa. Penggunaan Internet

Internet atau' International Network of Networks ' ialah suatu rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Kajian oleh Christle ( 1996 ) terhadap penggunaan mel elektronik ( e-mel) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawi selain daripada semangat belajar secara kumpulan ( Cooperaticve learning ), para pelajar juga semakin mesra denngan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka ' alam yang baru ditemui ' ( virtual reality )mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan - bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin ( 1994 ) menyatakan bahawa pembelajaran dan suasana baru sepereti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Dalam rangkaian internet terdapat berbagai - bagai jenis bahan termasuk artikel, imej, grafik, majalah, video. audio, kertas persidangan dan sebagainya. Matematik adalah seni, bentuk-bentuk geometri dan diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan suatu corak yang menarik dan berharga. Melalui internet, corak - corak yang menarik itu boleh dipamerkan dalam bentuk interaktif. Para guru dan pelajar akan berpeluang menghasilkan corak - corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing - masing. Selain daripada huraian konsep pennyelesaian masalah dalam internet, terdapat juga aktiviti - aktiviti yang meliputi pelbagai topik dalam matematik. Para guru boleh mambimbing pelajar memilih aktiviti - aktiviti yang berkaitan. Di sini guru harus bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan ke arah kendiri yang keratif dan berdikari. Guru yang berperanan sebagai fasilitator, galakkan pelajar untuk membina kemahiran sosial dan jugamenerap nilai - nilai moral dan etika yang baik serta nilai patriotism. Rangkaian sedunia ( www ) adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Maklumat - maklumat mengenai pendidikan matematik banyak dapat diterokai oleh guru dan pelajar sendiri. Antara tapak - tapak web yang kita boleh lawati ialah:b. http://forum.swarthmore/edu.arithmetic/arith.unit.html/

c. http://www.geocities.com/Athens/Acropolis/2766/tzz.html d. http://www.edven.com/Gold Medal Math.

Kemudahan internet juga memudahkan perhubungan antara guru dengan ibu bapa. Guru bolah terus berhubung dengan ibu bapa serta boleh membincangkan kemajuan anak mereka dalam pendidikan matematik melalui mel elektronik. Penutup Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna. Walaupun begitu, guru harus membantu pelajar untuk mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu self access, self paced dan self directed dan seterusnya menjayakan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari.

Anda mungkin juga menyukai