Anda di halaman 1dari 5

Strategi-Strategi Pembelajaran Reflektif

(Berfikir Mengenai Apa Yang Difikirkan)

Oleh

Ahmad Fuad Muhammad1

Kertas ini memberi tumpuan kepada apa yang dikenali sebagai


kemahiran-kemahiran metakognitif. Pada asasnya ia bermaksud apa
yang kita pelajari dan bagaimana kita mempelajarinya. Dengan lebih
memahami stail-stail dan proses-proses pembelajaran individu,
pelajar akan lebih bersedia untuk belajar. Apabila pengajar lebih
memahami bagaimana pelajar-pelajar belajar, usaha-usaha
pengajarannya akan menjadi lebih efisyen dan berkesan.

Apa itu Sains Cognitif (Cognitive Science)?

• Satu bentuk penyiasatan saintifik yang bermula pada tahun 1956


(Simon, 1980).
• Merupakan bidang ‘disiplin’ yang agak baru hasil usaha tumpuan
bersama para psikologis kognitif, para penyelidik “artificial
intelligence,” para linguistik dan juga para falsafah untuk
memahami bagaimana minda manusia berfungsi.
• Matlamat utamanya ialah untuk mencari suatu persefahaman
bersama mengenai sistem-sistem akal (intelligent systems) dan
sifat/kudrat akal manusia (nature of human intelligence).
• Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang disiplin ini telah memberi
pemahaman yang lebih mendalam berkaitan bagaimana ilmu
pengetahuan diperolehi, disimpan, digiatkan, diproses, dan
diintegrasikan (dihayati). Penyelidikan dalam disiplin ini juga telah
meningkatkan pemahaman tentang interaksi minda manusia
dengan dunia luar.

Perbezaan Antara Ahli Pakar (Experts) dengan Ahli Baru


(Novices)

Sains kognitif telah menghasilkan pemahaman yang lebih baik


mengenai kecekapan (competence) ataupun ketidak kecekapan
(incompetence) manusia dan juga proses-proses yang mendasari
pemikiran yang baik dan penyelesaian masaalah. Hasil keputusan
daripada beberapa penyelidikan yang relevan dengan teknologi

1
Perunding Latihan/Pendidikan (afuadm@gmail.com)

1
pendidikan terutamanya kajian-kajian perbandingan antara
kecekapan ahli pakar (expert) dengan ahli baru (novice) dari segi
pelbagai aspek tertentu didapati seperti berikut:

• Pengalaman memainkan peranan utama dalam pemajuan


kepakaran diri seseorang individu. Ianya pula bergantung kepada
jenis dan bentuk pengalaman yang diterima.

Kepakaran

Pengalaman

• Ahli pakar (expert) menggunakan lebih masa daripada ahli baru


(novice) dalam usaha untuk memahami sesuatu masaalah.
Implikasi kepada pengajaran → mereka bentuk aktiviti pembelajaran supaya
pelajar mampu melakukan sesuatu seperti seorang pakar.

• Ahli pakar berkemampuan untuk dapat melihat atau mengerti


lebih mendalam pola-pola (patterns) yang bermakna.
249 – 7396
555 – 1234

• Kebanyakan ahli pakar bergantung/percaya kepada bayangan


model mental (mental models) untuk mencari penyelesaian
kepada masaalah (problem solving).
• Ahli pakar memberi tumpuan ke atas aspek-aspek yang
relevan sahaja berkaitan sesuatu masaalah dengan berusaha
dalam ruang kemampuan mental yang terhad.
• Ahli pakar bergantung kepada strategi-strategi yang lebih
mantap dalam penyelesaian masaalah berbanding ahli baru.
• Ahli pakar mempunyai kemahiran-kemahiran metakognitif
(metacognitive skills) yang lebih kuat berbanding ahli baru.
Metakognisyen (metacognition) ialah berfikir mengenai apa yang
difikirkan (thinking about thinking), mengetahui “apa yang kita
tahu” dan “apa yang kita tidak tahu”. Kajian menunjukkan
bahawa pembelajaran boleh ditingkatkan melalui pengajaran
secara langsung dalam strategi-strategi metakognitif. Hasil
keputusannya mencadangkan pengajaran secara langsung
strategi-strategi berfikir amat manfaat dan berguna.

2
Apakah Pembelajaran Reflektif?

Pembelajaran reflektif menghuraikan seorang pelajar yang


menyedari akan kemajuan proses pembelajarannya. Ianya
merangkumi kesedaran ‘apa yang dia tahu’ dan ‘apa yang dia tidak
tahu’. Seorang pelajar yang reflektif akan berusaha untuk
mengekalkan kemajuan pembelajarannya dengan tepat bagi
pencapaian matlamatnya dan berkebolehan untuk membuat
penyesuaian keatas prestasi dan tabiat belajarnya bagi
merangsangkan proses pembelajaran. Para pelajar yang reflektif
didapati menunjukkan pemilikan kebolehan metakognitif.

Apakah Metakognisyen (Metacognition)?


Metakognisyen (metacognition) ialah berfikir mengenai apa yang
difikirkan (thinking about thinking), mengetahui “apa yang kita tahu”
dan “apa yang kita tidak tahu”. Kajian menunjukkan bahawa
pembelajaran boleh ditingkatkan melalui pengajaran secara
langsung dalam strategi-strategi metakognitif. Hasil keputusannya
mencadangkan pengajaran secara langsung strategi-strategi berfikir
amat manfaat dan berguna.

Mengujudkan Persekitaran Metakognitif

Pengajar perlu mengujudkan suasana persekitaran metakognitif


yang kondusif bagi memupuk pembangunan golongan pemikir-
pemikir baik yang terdiri daripada pelajar-pelajar sepanjang hayat
dan penyelesai masaalah yang berjaya. Persekitaran metakognitif
menggalakan kesedaran untuk berfikir dan memikir strategi-strategi
yang dibincangkan.

Dalam membentuk suasana persekitaraan metakognitif, pengajar


patut menampilkan diri sebagai satu model perlakuan metakognitif
untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran tentang apa yang
difikirkan.

Aktiviti-aktiviti seperti penyelesaian masaalah dan penyelidikan


menyediakan peluang untuk membangunkan strategi-strategi
metakognitif. Pengajar perlu menumpukan perhatian pelajar
terhadap bagaimana tugas-tugas ini dilaksanakan. Matlamat-
matlamat dalam proses, selain daripada matlamat isi kandungan
perlu dibentuk dan dinilai bersama pelajar supaya mereka
menyedari yang pemahaman dan pemindahan proses-proses berfikir
memperbaiki pembelajaran mereka.

3
Dalam dunia yang berubah dengan pantas, cabaran pengajaran ialah
membantu pelajar membentuk kemahiran-kemahiran yang tidak
akan menjadi usang. Strategi-strategi metakognitif menjadi suatu
keperluan pada abad ke-21 ini. Ianya akan membolehkan pelajar-
pelajar menangani situasi-situasi baru yang mencabar.

Strategi-Strategi Membentuk Kemahiran-Kemahiran


Metakognitif

Mengenalpasti “apa yang kita tahu” dan “apa yang kita tidak tahu.”

• Pada awal sesuatu aktiviti pelajar secara jujur perlu membuat


keputusan-keputusan berkaitan pengetahuan mereka. Bertanya
pelajar untuk fikirkan “Apa yang dia sudah tahu mengenai ......”
dan “Apa yang dia hendak belajar mengenai ......” Sambil pelajar
melakukan aktiviti ini, tanya mereka untuk mengesahkan,
menjelaskan, dan menghuraikan setiap peringkat pemikiran
mereka.

Berbicara tentang berfikir

• Bercakap tentang berfikir adalah penting kerana pelajar-pelajar


memerlukan sesuatu perbendaharaan berfikir. Semasa situasi-
situasi membuat perancangan dan penyelesaian masaalah,
pengajar patut berfikir secara verbal (think aloud) supaya pelajar
boleh mengikuti proses-proses berfikir yang didemonstrasikan.
“Modeling” dan perbincangan boleh membentuk perbendaharaan
pelajar akan keperluan untuk berfikir dan berbicara mengenai
pemikiran mereka. Melabelkan proses-proses berfikir bila pelajar
menggunakannya adalah penting bagi pelajar mengenali
kemahiran-kemahiran berfikir.

Menyimpan Jurnal Berfikir

• Salah satu kaedah dalam membangunkan metakognisyen ialah


melalui penggunaan jurnal atau log pembelajaran. Ianya
merupakan suatu diari dimana pelajar boleh mengenang/melihat
kembali pemikiran mereka, mencatat kesedaran mereka terhadap
kesangsian dan ketidak keselarian, serta komen-komen tentang
bagaimana mereka menangani kesulitan-kesulitan yang dihadapi.

Merancang dan Mengatur Sendiri

4
• Pelajar-pelajar mesti memikul tanggungjawab yang bertambah
dalam merancang dan mengatur sendiri proses pembelajaran
mereka. Adalah susah bagi seorang pelajar untuk mempunyai
arah-tuju sendiri (self-directed) apabila pembelajarannya
dirancang dan dikawal selia oleh orang lain.
• Pelajar boleh diajar untuk membuat rancangan aktiviti-aktiviti
pembelajaran yang meliputi anggaran keperluan masa,
menyusunatur bahan-bahan, dan menjadualkan prosedur-
prosedur yang perlu bagi menyempurnakan sesuatu aktiviti.

Mengulas Semula Proses Berfikir

• Aktiviti-aktiviti penutup harus memberi tumpuan kepada


perbincangan pelajar mengenai proses-proses berfikir bagi
membentuk kesedaran terhadap strategi-strategi yang boleh
diguna pakai pada situasi pembelajaran yang lain.
• Kaedah tiga langkah seperti berikut adalah berguna dan
bermanfaat. Pertama, pengajar membimbing para pelajar dalam
mengulas semula aktiviti-aktiviti, pengumpulan data mengenai
proses-proses berfikir dan perasaan mereka. Kemudian, kumpulan
pelajar mengklasifikasikan idea-idea yang berkaitan,
mengenalpasti strategi-strategi berfikir yang digunakan. Akhir
sekali, mereka menilai kejayaan yang dicapai, menolak strategi-
strategi yang tidak sesuai, mengenalpasti mana-mana yang
berguna dan boleh dipakai pada masa akan datang, dan cuba
mencari atau memperolehi pendekatan-pendekatan alternatif
yang boleh menghasilkan harapan baik.

“Verbalise Your Thoughts”


afm