Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2011

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BAHASA ( WAJ 3104)

NAMA PELAJAR NO. ANGKA GILIRAN

: NUR FARIHAH BT. SEMAN (26360) :

NO. KAD PENGENALAN : 910815-02-5114 KUMPULAN / UNIT : J14

KOD MATA PELAJARAN : WAJ3104 NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN : TN.HJ. MOHD ISA B. SABAR : 15 OGOS 2010

BONEKA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU INSTITUT PERGURUAN IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

HALAMAN PENGAKUAN

Dengan ini saya mengaku bahawa tugasan bagi kerja khusus bagi subjek literasi bahasa ini ialah atas usaha dan hasil kerja dari saya sendiri dan saya turut merujuk kepada sumber yang telah dinyatakan di halaman bibliografi.

TANDATANGAN: NAMA PENULIS: NUR FARIHAH BT SEMAN TARIKH: 15 OGOS 2011

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN PENGENALAN KOLABORASI

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi saya peluang untuk bernafas di bumi ciptaanNya sekaligus dapat melaksanakan tugas saya sebagai pelajar dengan menyiapkan tugasan bagi Kerja Kursus Literasi Bahasa yang diberikan oleh pensyarah literasi bahasa bagi semester dua ini iaitu Tn. Hj. Mohd Isa B. Sabar

Akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun mengalami beberapa kekangan sewaktu menyiapkannya. Jutaan terima kasih saya ingin tujukan ikhlas dari hati saya kepada Tn. Hj. Mohd Isa B. Sabar kerana telah banyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar semasa sesi berkolaborasi bersama beliau. Disamping itu, terima kasih juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan yang telah banyak membantu dari segi sokongan padu dan kata-kata semangat yang telah diberikan

Hasil kerja saya ini diharapkan dapat memberi manfaat bersama kepada semua yang membaca supaya mengaplikasikan keadah boneka ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak .Akhir kata daripada saya, sekian,terima kasih.

1.0 PENGENALAN BONEKA

Dari sudut definisi, perkataan boneka berasal dari perkataan Portugis iaitu boneca. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, boneka bermaksud anak patung atau anak-anakan. Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek dapat dijadikan boneka dimana itu pemain akan cuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog. Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk

berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain daripada itu, penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.

2.0 SEJARAH BONEKA

Dari sudut sejarah, boneka boleh dikatakan salah satu alat mainan yang paling tua. Hal ini kerana boneka telah wujud semenjak zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno. Namun begitu, fungsi dan bentuk serta bahan untuk menghasilkan boneka ternyata amat berbeza antara dahulu dengan sekarang. Jika dahulu, boneka yang popular adalah boneka wayang kulit, tetapi sekarang boneka wayang kulit semakin luput dek kerana arus perubahan teknologi itu sendiri. Pada tahun 3000 hingga 2000 sebelum Masihi, boneka umumnya di buat daripada tanah liat, tulang, patahan kayu atau potongan kain. Bentuk-bentuk boneka juga masih sederhana dan penghasilannya membawa sebab-sebab tertentu. Salah satu sebab yang utama adalah fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yag bersifat ghaib. Misalnya, upacara-upacara ritual keagamaan pada zaman dulu. Boneka digunakan sabagai permainan

jelangkung, sihir dan juga upacara menyeru roh. Selain itu, anak perempuan pada zaman tersebut juga harus memiliki boneka yang dibuat bajunya sendiri dan wajib menyimpan boneka itu sehingga menjelang pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di altar Artemis untuk orang Yunani ataupun altar Diana untuk orang Romawi bagi menjalankan upacara keagamaan. Menjelang abad ke-20, pembuatan boneka berkembang dengan

pesatnya. Daripada menggunakan tanah liat dan tulang serta kayu sehinggalah menggunakan plastik dan vinil. Abad ini, boneka yang terdapat di pasaran kebanyakannya di buat daripada plastik dan vinil. Kelebihan boneka seperti ini bukan sahaja dapat di lihat dari segi ekspresi tetapi juga gaya. Contohnya, Barbie yang muncul pada tahun 1959 hasil ciptaan Ruth Handler. Boneka remaja ini memiliki aksesori, baju dan kelengkapan yang pelbagai, dan rambutnya boleh dicuci, dihias dan disisir sama seperti rambut manusia. Secara keseluruhan, boneka merupakan objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada melalui sentuhan atau arahan yang bertujuan

menyampaikan

mesej-mesej

tertentu.

Dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, penggunaan boneka sangat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan kusyuk melalui penggunaan boneka.

3.0 JENIS-JENIS BONEKA

3.1 Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

3.2 Boneka lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidilidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

3.3 Boneka wayang kulit

Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayangbayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

3.4

Boneka bertali

Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditariktarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

3.5 Boneka tongkat

Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi.

4.0 AKTIVITI BONEKA

Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Pertama, guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip, kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan cerita. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.

5.0 KAEDAH MENCIPTA BONEKA Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung tangan, sarung kaki, kertas, dan sebagainya.

5.1 Contoh cara membuat boneka sarung tangan. Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja.

Alat/ bahan: -Kain belacu, sarung tangan, pensel, gunting, jarum, benang jahit dan benang bulu Berus cat

Cara membuatnya: 1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputusputus itu, ini garisan pengguntingan. 2. Gunting garisan pengguntingan. 3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. 4. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. 5. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. 6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. 7. Boneka siap untuk dilakonkan.

6.0 PERSEMBAHAN BONEKA

6.1

Persekitaran Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Seeloknya dihamparkan

sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

6.2

Susun atur Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut

komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan.

6.3 Teknik penyampaian Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa menggunakan pentas. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

6.4 Persembahan Boneka Semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan. Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut: 1. Pentas kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa

menggeraklakonkan boneka. 2. Pentas rentang Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding. 3. Pentas tingkap Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas. 4. Pentas pintu Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. Kain, papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah. 5. Pentas meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka. 6. Pentas berlipat Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebgai bingkainya kemudian ditutup dengan kain. 7. Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah audien. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan.

8. Teknik overhead projektor (OHP) Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancar ke dinding atau kain layar.

7.0 BONEKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan boneka sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan menggunakan boneka dalam kelas adalah pembelajaran lebih seronok, pengajaran lebih tersusun, pembelajaran menjadi lebih dekat dan juga memperkayakan pengalaman. Kelebihan pertama menggunakan boneka dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas ialah pengajaran lebih tersusun. Mengikut pendekatan sistem, media ialah satu komponen dalam pembentukan

pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya lebih tersusun. Dengan bahan bantu mengajar seperti boneka, pengajaran lebih tersusun kerana boneka memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penyampaian cerita kanak-kanak. Kelebihan yang kedua adalah pembelajaran menjadi lebih dekat. Untuk makluman, sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dibawa melalui watak-watak yang digemari oleh kanak-kanak. Perkaraperkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkaraperkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke dalam kelas. Sebagai contoh ialah cerita-cerita istana. Watak-watak dalam istana boleh di dedahkan dalam kelas melalui penggunaan boneka.

Seterusnya, kelebihan ketiga ialah memperkayakan pengalaman. Seperti yang diketahui umum, terdapat pelbagai jenis boneka yang dihasilkan oleh pelbagai negara. Namun begitu, boneka dari setiap negeri adalah berbeza. Contohnya ialah Kelantan. Boneka yang popular di Kelantan ialah boneka wayang kulit. Jadi, negeri-negeri lain seperti Johor dan Kuala Lumpur mungkin tidak mengenali wayang kulit. Dengan adanya penggunaan boneka wayang kulit melalui persembahan media dan persembahan realistik dalam kelas,

pengetahuan dan pengalaman murid-murid di negeri-negeri tersebut akan bertambah. Kelebihan keempat ialah pembelajaran lebih seronok. Pembelajaran

berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku dalam kalangan murid. Dengan melihat pelbagai jenis boneka, pelajar akan lebih fokus untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronok kepada murid kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh sebab seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkah laku murid akan lebih mudah terhasil.

8.0 RUMUSAN

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang

pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanakkanak kepada penggunaan kata simbolik. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

REFLEKSI Proses mengumpul maklumat dimulakan dengan mencari sumber- sumber dalam internet berkaitan dengan boneka, penghasilan boneka dan juga penggunaan boneka. Selain itu, maklumat yang berkaitan dengan srategi pengajaran yang menggunakan boneka turut dicari di perpustakaan dengan merujuk beberapa majalah dan sebagainya yang bersesuaian dengan topik. Perbincangan dengan rakan sekelas dan pensyarah turut diadakan untuk berkongsi idea dan pendapat masing- masing mengenai tugasan ini.

Tugasan ini turut memberi peluang dan meningkatkan kesedaran saya, sebagai seorang pelatih dan bakal guru untuk melengkapkan kemahiran dan pengetahuan saya terutama dalam mengaplikasikan kepelbagaian strategi pengajaran nanti. Saya semakin menyedari kepentingan peranan dan tanggungjawab seorang guru itu dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang mampu menguasai dalam pembelajaran mereka. Tidak dapat dinafikan, daya atau tahap kreativiti seseorang itu berbeza. Namun, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk mengasah dan mencungkil bakat dan kreativiti pelajar mereka. Penghasilan boneka ini bukan sahaja hanya digunakan oleh guru sebagai salah satu alat pengajaran dan pembelajaran namun, dijadikan sebagai salah satu tugasan projek kepada pelajar. . Pada akhir kerja kursus ini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut

mengenai jenis pengajaran dan pembelajaran yang sesuai menggunakan boneka sebagai alat bantu mengajar .Disamping itu, penggunaan boneka dalam proses P&P juga boleh menarik minat pelajar untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh

guru dengan lebih mendalam. Pelajar juga tidak akan mudah berasa bosan semasa menjalani proses pengajaran dengan penggunaan boneka.

Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kerja kursus ini ialah kekurangan bahan- bahan rujukan dalam bentuk buku rujukan. Namun masalah ini dapat diatasi dengan membuat kepastian dengan berbincang dengan rakan-rakan dan juga bertukartukar pendapat. Tambahan lagi dengan kepelbagaian jenis boneka menyebabkan saya keliru untuk menghasilkan boneka.

RUJUKAN Buku

Internet www.slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah - United States

www.pentasboneka.blogspot.com

www.littleprincessfrocks.com/dollcorner/boneka_dolls.htm