Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALOR 73200 GEMENCHEH NEGERI SEMBILAN Kod Sekolah : NEE 5039

______________________________________________________________________________________ Tarikh 15 Jun 2011

Kepada Semua Ibubapa/Penjaga Pelajar-pelajar SMK Bukit Jalor 73200 Gemencheh Negeri Sembilan.

Tuan/Puan, KELAS TAMBAHAN SEKOLAH [PROGRAM LONJAKAN SAUJANA] Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan kelas tambahan sebagai salah satu Program Lonjakan Saujana. Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar dari Kelas Peralihan hingga Tingkatan 5 secara intensif. 3. Kelas tersebut akan diadakan pada setiap hari Selasa dan Khamis dari pukul 3.00 petang hingga 3.50 petang mulai 21 JUN 2011 [Selasa] . Pelajar akan di beri 2 kali rehat iaitu 10.10 pagi 10.30 pagi dan 1.50 petang-2.20 petang. Oleh itu pihak sekolah berharap tuan/puan dapat menyediakan wang saku yang secukupnya serta menguruskan pengangkutan mereka. 4. Semoga anak-anak tuan/puan akan mendapat lebih manfaat dengan adanya program ini. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah,

_______________________ Pn. Hjh Noraini Bt. Abd Manaf] Pengetua, SMK Bukit Jalor Gemencheh Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai