Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Tarikh Masa Tajuk Tingkatan HPU : : 24/11/ 2011 : 7.30 8.

.05 (35 minit) : Sajak Persahabatan : 2 Perempuan 7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton. 10.0 - Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera. HPK : 7.1 Mengenalpasti dan menyatakan gambaran keseluhuran, idea utama isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 10.5 Menghuraikan maksud, gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi. HHP : 7.1 Aras 1 (iv) Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mengenalpasti maklumat. 10.3 - Aras 2 (ii) Mengenalpasti penggunaan sinkof dan perulangan anafora dan epifora. Objektif : Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, pelajar dapat : 1. Mendeklamasikan sajak dengan nada yang betul. 2. Mengenalpasti gaya bahasa dalam sajak persahabatan. Aktiviti P&P : 1. Mendeklamasikan sajak 2. Mengenalpasti gaya bahasa dalam sajak 3. Menjawab soalan pemahaman dalam sajak persahabatan.

Pengisian Kurikulum : Sistem Bahasa : sebutan dan intonasi, kosa kata.

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir Kecerdasan Pelbagai : Verbal-Linguistik, Interpersonal, Intrapersonal. Kemahiran belajar cara belajar. Pembelajaran Konstektual Strategi Pengajaran : Direktif, Koperatif dan Kolaboratif. Kemahiran Generik : Konstektual

Penekanan Konsep 5P : Penggabungjalinan : 1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur 2. Kemahiran Membaca dan Menulis Penyerapan : Ilmu : Pendidikan Islam : Nilai-nilai murni : kasih-sayang, hormat menghormati Pemulihan : Meminta murid-murid membaca semula sajak Persahabatan dengan bantuan rakan yang boleh membaca dengan baik. Pengayaan Penilaian : Mencari gaya bahasa dalam sajak : Murid menjawab soalan pemahaman yang diberikan oleh guru Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP) : Bahan bercetak Komputer : Sajak , : Lagu dan lirik lagu.

Pengetahuan Perlu Ada : 1. Murid pernah mendengar dan mendeklamasikan sajak.

2. Murid dapat mengenalpasti gaya bahasa dalam sajak.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah dan Masa Isi Kandungan 1. Lagu sahabat selamanya nyanyian kumulan Padi. 2. Soalan : i. Pernahkah kamu mendengar lagu ini ? Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran a. Guru memainkan lagu Sahabat Selamanya dan meminta pelajar menghayati. Catatan

BBM : LCD Lirik lagu

Set Induksi (5 minit)

b. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan lagu ii. Lagu ini mengisahkan tersebut mengenai apa? c. Guru memperkenalkan iii. Siapa yang tajuk pelajaran hari ini. menyanyikan lagu ini

Teknik : - penyoalan.

Jangkaan jawapan : i. pernah ii. mengenai sahabat iii. kumpulan Padi

Langkah 1 (10 minit) Sajak Persahabatan (Rujuk pada Lampiran 1)

a. Guru memilih seorang pelajar untuk mendeklamasikan sajak Persahabatan. b. Guru meminta sepasang pelajar untuk mendeklamasikan sajak dan menyanyikan sajak menggunakan irama lagu yang diminati. - Guru membahagi pelajar kepada lima kumpulan.

Kecerdasan pelbagai : - Interpersonal - Intrapersonal Konstektual Teknik : Mestamu.

Makna perkataan sukar. - beralis lentik -alang kepalang - bertindik - prasangka -menguntum

- Setiap kumpulan di kehendaki mencari makna perkataan sukar dengan bantuan kamus. - guru meminta setiap kumpulan membentangkan tugasan masing-masing. - guru memberi ulasan bagi setiap pembentangan. Gaya bahasa : - Repitisi - Anafora - Responsi - Simile - Personafikasi Langkah 2 (15 minit) . a. Guru menerangkan jenis-jenis gaya bahasa sajak. b. Dalam kumpulan sedia ada, guru meminta setiap kumpulan mengeluarkan satu gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam sajak. c. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil tugasan masingmasing dengan menulis di papan putih. Penutup (5 minit) . Penutup kognitif Guru menyatakan semula gaya bahasa yang terdapat dalam sajak. Guru meminta pelajar bangun dan memegang tangan kawan sambil

Nilai : - kerjasama BBM : Sajak persahabatan.

Strategi : - direktif

Kemahiran Pelbagai : - interpersonal -kemahiran belajar cara belajar.

Penutup: - kognitif - sosial

menyanyikan lagu sahabat selamanya. LAMPIRAN 1 PERSAHABATAN


I Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. II Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. III Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan. IV Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka

bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti!

(Mohd. Amran Daud)