Anda di halaman 1dari 10

Buku dibaca dari:

http://books.google.com.my/books?id=cc8sKAeER5YC&pg=PA37&lpg=PA37&dq=penyelidikan+ berbentuk+sejarah&source=bl&ots=eAsVXlA_u&sig=ChaTnhHkERa4z9psaCe_1aU5j_E&hl=en&s a=X&ei=msMDT5GLIHNrQe7noXjDw&ved=0CDYQ6AEwAw#v=onepage&q=penyelidikan%20ber bentuk%20sejarah&f=false

Menurut Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: teori, analisis & interpretasi data yang dikarang oleh Azizi Yahaya: Penyelidikan Sejarah Definisi penyelidikan sejarah ialah penyusunan sistematik yang

membabitkan kajian dan penilaian data yang berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa lampau. Ia mengkaji punca,kesan ataupun corak(trend) peristiwa dan secara tidak langsung menganalisis apa yang berlaku sekarang, seterusnya membuat ramalan apa yangbakal berlaku pada masa akan dating melalui kajian. Ramai penyelidik dahulu berpendapat penyelidikan sejarah adalah jenis penyelidikan yang tidak berunsurkan cirri-ciri saintifik langsung. Kenyetaan itu benar apabila penyelidikan itu distruktur dan dijalankan dengan lemah. Fakta menyatakan, biasanya penyelidikan sejarah tidak termasuk latihan kawalan langkah-langkah proseduryang lain. Walau bagaimanapun, kajian sejarah yang baik melibatkan kajian secara sistematik, mempunyai objektif, kaedah pengumpulan data serta analisis. Melalui pengalaman, teori, isu, dan latihan, pendidikan menjadi mudah difahami semua. Mengambil isu pengredan sebagai contoh, isu ini bukan baru dalam bidang pendidikan, begitu juga pembelajaran secara

kumpulan(cooperative learning). Isu ini sebenarnyaadalah inovasi daripada idea pada tahun 1970-an dahulu. Pengetahuan tentang sejarah pendidikan

menghasilkan pemanaman tentang hal-hal yang berkisar sekitar evolusi system pendidkan yang terkini termasuklah pendedahan berkaitan metode pengajaran dan kaedah aplikasi yang terbukti tidak berkesan dan tidak dapat dilaksanakan.

Definisi Masalah Mempelajari sejarah pendidikan mungkin mewujudkan tanggapan

sebenarnya tiada apa yang baru dan terkini dalam bidang pendidikan. Pendidikan juga tidak pernah mempelajari sesetengah kaedah dan latihan yang dipraktikkan dan adakalanya tidak dilaksanakan mengikut kesesuaian.

Contohnya, selama 150 tahun ,pengajaran secara individu dan berkumpulan bersilih ganti digunakan sebagai kaedah utama dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, Miehl tidak melihat peralihan ini sebagai bandul jam yang bergerak daripada satu teknik kepada satu teknik sahaja tanpa sebarang perubahan. Sebaliknya, dia melihat perubahan dalam pendidikan sebagai fenomena berputar iaitu fenomena spiral. Setiap putaran berputar secara berperingkat kepada peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi. Dalam putaran ini, pembaharuan dan penyelesaian masalah yang diabaikan selama ini dapat dikaji semula. Perbezaan metode putaran ini adalah ia mengutamakan pendapat dan cadangan yang dianjurkan. Secara tidak langsung, perubahan yang berlaku meninggalkan sejarahdalam bidang pendidikan, keadah lama mungikn diperbaharui ataupun ditingkatkan cara pelaksanaannya. Semuanya berlaku dengan kebijiaksanaan daripada pengalaman keduadua kaedah pengajaran yang diproses melalui fenomena putaran. Pada setiap peringkat baru dalam putaran itu, setiap konsep menjadi lebih jelas dan bahasa pendidikan menjadi lebih tepat. Miehl membuat kajian tentang corak putaran ini dalam beberapa isu yang berkaitan pendidikan termasuklah persoalan tentang pengajaran secara individu ataupun secara kelompok. Sepanjang tempoh kajiannya, kesedaran timbul bagi membantu pelajar supaya lebih cekap dan mahir. Kajian ini melibatkan beberapa ahli kumpulan. Maklumat baru berkaitan dinamik kumpulan juga diberi. Profesion ini juga dapat membawa perubahan dan pemahaman yang lebih baik tentang individu dalam kumpulan. Pada setiap peringkat putaran, praktik yang dilaksanakan menjadi lebih sofisikated supaya pendidikan dapat belajart

daripada pengalaman ketika mereka berada pada kedudukan peringkat rendah dalam putaran. Secara tidak langsung, pengalaman itu membentuk proses baru bagi setiap putaran yang berlaku sebelumnya. Miehl berpendapat, pengetahuan tentang sejarah pendidikan bukan sahaja dapat meningkatkan pemahaman tentang apa yang terjadi pada system pendidikan sekarang, malah dapat meramal dan membantu mencorakkan apa yang berlaku bagi membentuk trend masa depan. Proses Penyelidikan Sejarah Beberapa peringkat yang terlibat dalam menjalankan penyelidikan sejarah sama seperti kajian-kajian jenis lain. terdapat beberapa peringkat, iaitu pernyataan permasalahan, penghuraian soalan-soalan yang memerlukan jawapan hipotesis. Dalam penyelidikan sejarah juga, penyelidikan dapat menanipulasi ataupun mengawal mana-mana aspek, tetapi tidak dapat sekali-kali mengubah peristiwa masa lampau. Namun begitu, para penyelidik dapat mengaplikasikan objektif yang berunsur saintifik dalam menentukan apa yang berlaku pada masa lampau. Pernyataan Permasalahan Tujuan penyelidikan sejarah tidak semestinya berkisar berkaitan apa yang diketahui ramai. Tujuan penyelidikan sejarah adalah menghurai, membuat anggapan dan mengawal fenomena. Secara semula jadi, ia menghapuskan pengawalan fenomena. Oleh itu, tujuan sebenar kajian yang berunsur sejarah adalah menghuraikan, menerangkan, menjelaskan dan membuat tanggapan bukannya mengemukakan yang baru. Ia juga tidak bertujuan membuktikan pandangan ataupun menyokong mana-mana kedudukan penyelidik. Penyelidik dapat memeriksa atau menguji benar ataupun tidak suatu pandangan dengan dan hipotesis-hipotesis yang perlu diuji, penilaian data, dan

pengeluaran sintesis secara lisan tentang keputusan ataupun tentang kesahan

melihat secara langsung ataupun tidak kepada bukti yang wujud secara bertentangan. Mungkin terdapat data yang dapat menyokong hampir pelbagai jenis kedudukan. Tugas penyelidik adalah menilai secara terperinci dan mengambil kira semua bukti yang dapat membantu mencapai kesimpulan yang kukuh dan dapat dipertahankan. Kajian yang menunjukkan analisis kritikal yang kurang bermutu tidak perlu diambil kira. Ia biasanya melibatkan kejiadian berat sebelah dalam pengumpulan data dan proses menganalisis. Bagi mengelakkan kejiadian seperti ini berlaku, penyelidk perlu mengelak daripda menggunakan topic yang melibatkan hati dan perasaan orang yang terlibat dalam kajian. Adalah lebih mudah bagi kita menjadi objektif apabila kita tidak melibatkan emosi. Seperti penyelidikan-penyelidikan lain, sebuah kajian penyelidikan sejarah juga bertujuan membongkar ilmu pengetahuan baru ataupun menjelaskan, memperbetulkan dan menambah ilmu pengetahuan atau maklumat sedia ada. Penyelidikan sejarah juga menghadapi masalah-masalah tertentu, sama seperti penyelidikan-penyelidikan lain. Sumber seperti History of Education Quarterly contohnya dapat member bimbingan kepada para penyelidika dan juga member cadangan serta usul-usul yang bernas dalam menjalankan penyelidikan. Sumber Quartely ini

mengandungi pelbagai jenis artikel yang bertajuk Cathedral of Culture: The Schoolhouse in American Education Thought and Practice Since 1820 dan artikel yang bertajuk Do Young Children Need Intellectual Stimulation? Experts Advice to Parents, 1900-1985. Kesemua ini adalah penting, sama ada dalam penyelidikan sejarah mahupun penyelidikan-penyelidikan lain dalam

menghasilkan permasalahan yang mudah dikendalikan dan ditakrifkan. Apabila masalah tidak dikendali dan ditakrif dengan baik, ia menyebabkan pengumpulan data yang membingungkan, menyusahkan, menyukarkan proses menganalisis dan mensintesis data, serta proses melengkapkan kesimpulan yang cukup.

Selain daripada itu, hal yang dapat dikaitkan dengan penyelidikan sejarah adalah kemungkinan pemilihan permasalah yang mempunyai data yang tidak mencukupi. Berlainan dengan penyelidik bagi penyelidikan jenis lain, penyelidik sejarah tidak dapat menghasilkan ataupun mengadakan data dengan

menyelenggarakan sumber-sumber seperti ujian pencapaian, senarai perkaraperkara yang berunsur psikologi, ataupun soalan-soalan yang ditujukan kepada subjek-subjek terlibat. Penyelidik sejarah dihadkan kepada mengumpul data yang sedia ada. Oleh itu, apabila terdapat data yang tidak mencukupi, masalah yang timbul perlu disiasat secara terperinci dan menyeluruh. Adalah lebih baik menyelidik secara mendalam permasalahan yang diberi takrifan yang baik dengan menggunakan satu soalan yang tepat dan khusus, daripada menyiasat permalasahan yang meluas ataupun permasalahan yang mmpunyai data yang tidak mencukupi. Pengumpulan Data Dalam kajian sejarah, ulasan kajian-kajian yang lepad dan langkahlangkah kajian dilihat sebagai proses yang sama. Kebiasaannya, ulasan kajiankajian yang lepas dilakuakan apabila data-data yang berkaitan sebagai permulaan bagi mengenal pasti masalah, tetapi dilihat sebagai bentuk tulisan yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan kajian yang dijalankan. Ia membawa makna yang lebih meluas bagi kajian sejarah. Bentuk tulisan yang dimaksudkan dapat berbentuk dokumen yang sah, rekod, minit masyuarat, surat dan lain-lain dokumen yang mungkin tidak mempunyai butir-butir yang terperinci. Apabila hal ini berlaku, penyelidik perlu mengesan lebih dahulu data itu. Lebih memburukkan keadaan, dalam kes-kes yang tertentu, penyelidik terpaksa menghabiskan wang dan masa bagi mencari sumber maklumat yang masih belum pasti kesahannya. Kajian sejarah dalam bidang pendidikan juga melibtakan temu bual bersama responden yang terlibat dalam proses ataupun peristiwa yang sedang dikaji. Tetapi, kajian yang dilakukan mungkin agak sukar apabila responden yang

ditemu bual tidka dapat mengingat dnegan jelas maklumat yang diperlukan. Masalah yang sama juga berlaku dalam situasi di mana sumber maklumat hanya diperoleh melalui sumber bertulis semata-mata. Sumber begini lebih sukar dikenal pasti kerana ia mungkin terdapat pada lokasi yang jauh daripada penyelidik. Lebih memburukkan keadaan, sumber itu tidak dapat member bantuan yang diharapkan oleh penyelidik. Sumber data dalam kajian kes bersejarah dapat dikategorikan kepada dua iaitu sumber utama dan sumber kedua. Sumber utama ialah sumber yang didapati melalui temu ramah dengan orang yang terlibat dalam suatu kajian, ataupun daripada dokumen asal, manakala sumber kedua ialah sumber yang diperoleh melalui pembacaan dan kajian buku-buku rujukan dan ensiklopedia, serta temu bual bersama saudara mangsa yang terlibat dalam kemalangan contohnya. Walau bagaimanapun, sumber utama dilihat sebagai sumber yanglebih sahih. Ini kerana, semakan jauh data itu dipindahkan ke dalam bentuk lisan mahupun tulisan, semakin berkurangan ketepatan data itu. Ini berlaku pada data yang dikumpulkan melalui sumber kedua, yang dipindah kepada seseorang dalam bentuk lisan ataupun bentuk cetak. Memandangkan data dan maklumat sukar diperoleh melalui sumber utama, kebanyakan data dan maklumat bagi kajian sejarah bergantung kepada data daripada sumber kedua. Adalah lebih mudah melakukan kajina dan penyelidikan yang mempunyai sumber utama yang kukuh dan yang sedia ada berbanding memilih membuat kajian yang sukar bagi mendapatkan bahan-bahan dan maklumat-maklumat berkaitan. Tidak dapat dinafikan, bahan-bahan serta data-data yang diperoleh daripada sumber utama adalah lebih baik dan tepat tetapi kebanyakan data yang digunakan, diperoleh daripada sumber kedua. Semakin banyak bahan dan maklumat yang diperoleh daripada sumber utama, semakin baik penyelidikan itu. Sumber mengkaji dan mengabstrak bahan dan maklumat berkaitan masalah yang hendak dikaji seperti merekod maklumat bibliografi yang lengkap

dan menyusun data dari setiap sumber adalah penting bagi memastikan kajian yang dijalankan lancer dan hasilnya tepat serta memuaskan. Analisi data: kritikan luaran dan dalaman Dalam kajian kes yang dibuat oleh penyelidik bagi jurnal professional, kita dapat menganggap kajian yang dilakukan oleh penyelidik itu tepat dan setiap aturan kerja serta keputusan yang diperoleh daripada hasil kajian itu juga benarbenar berlaku seperti yang dinyatakan dalam laporannya. Tetapi ia berlainan dengan kajian sejarah kerana sumber-sumber sejarah hanya wujud dalam kajian penyelidik. Sumber daripada data sejarah mestilah berteraskan analisis saintifik bagi dikenal pasti sebagai benar (kritikan luaran) dan tepat (kritikan dalaman). Sebagai contoh, apabila Aristotle menyatakan seekor lalat mempunyai lima kaki, ia dianggap benar atau fakta yang benar kerana pernyataan itu dikeluarkan oleh orang yang terkenal. Autoriti yang berkuasa dalam suatu bidang mungkin mempunyai pendapat berkaitan bidang yang lain tetapi mereka tidak semestinya berdasarkan fakta. Fakta-fakta yang direkodkan adalah rasmi tetapi ia tidak bermakna segala maklumat yang tercatat dalam rekod adalah tepat dan benar. Contohnya, jawatankuasa sekolah mungkin mengatakan guru-guru tidak mempunyai autoriti di dalam kelas. Ia mungkin suatu pendapat, namun begitu ia bukan bukti yang objektif. Oleh itu bagi sumber, kebenarannya mestilah dipastikan. Contohnya, adalah surat ini benar-benar ditulis oleh Albert Einstein? Pengadilan mestilah dilakukan bagi memastikan ketepatan kandungannya. Kritikan luaran yang mengesahkan kebenaran sumber ataupun data tidak menjadi masalah dalam kajian pendidikan. Terdapat beberapa teknik saintifik yang dapat digunakan apabila penyelidik mengalami8 masalah kerana sumbersumber yang diperolehi adalah agak lama dan using ataupoun kebenaran sumber itu diragui. Jangka usia satu dokumen ataupoun peninggalan sejarah (relic) yang ditemui dapat ditentukan dengan menggunakan bahan-bahan kimia

dan uji kaji fizikal. Manakala, kritikan dalaman yang menentukan ketepatan dianggap sebagai tugas yang sukar. Bagi memastikan ketepatan dokumen, terdapat empat factor yang mesti diambil kira seperti berikut: 1. Latar belakang penulis dokumen itu mestilah dipastikan. Siapakah penulisnya dan adalah dia berpengetahuan? 2. Perbezaan masa antara waktu data direkodkan dengan kajian yang dijalankan. 3. Kecenderungan (bias) dan tujuan penullis. Kita sering menulis laporan atau merekod maklumat yang tidak tepat, secara sengaja ataupun tidak. Ini kerana manusia sering mengingati perkara yang ingin mereka ingati dan menokok tambah maklumat bagi menjadiikannya lebih menarik. Masalah yang serius mungkin berlaku apabila penulis mempunyai motif atau tujuan tertentu, sama ada sengaja ataupun tidak dalam mentafsirkan maklumat itu. 4. Konsistensi data. Setiap maklumat ataupun bukti yang diterima mestilah dibandingkan dengan maklumat ataupun bukti yang lain bagi memastikan ia konsisiten. Apabila pemerhati tidak bersetuju dengan pemerhati yang lain, testimony pemerhati itu diragui. Oleh itu, sumber yang diperoleh menunjukkan ketepatan maklumat itu. Sintesis Data Merujuk analisis literature berkaitan, data sejarah perlu disusun dan disintesiskan bagi mencari kesimpulan dan generalisasinya. Kajian literature tidak sepatutnya dijadikan cirri penambahan pada isi-isi kajian, malah penyelidikan sejarah tidak dapat diambil sebagai susunan kronologi peristiwa. Para pengkritik mempersoalkan pembentukan generalisasi peristiwa masa lampau yang tidak dapat sepenuhnya diduplikasikan. Perkara ini mendapat sokongandan mempunyai merit yang tersendiri dalam penyediaan generalisasi yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, generalisasi bukanlah perkara asas kajian sejarah. Adalah mustahil bagi

sebarang penyelidikan walaupun penyelidikan eksperimental menduplikasikan peristiwa sebenar penyelidikan berbentuk pendidikan yang berkait rapat dengan manusia. Penyelidikan sejarah menjadi sumber tambahan dalam melihat peristiwa lampau dengan lebih hampir dan tepat.

Kesimpulan Penyelidikan sejarah dapat dikategorikan sebagai penyelidikan yang mempunyai darjah ketepatan yang rendah berbanding jenis-jenis kajian yang lain. secara umumnya, kajian sejarah dapat didefinisikan sebagai usaha mempelajari dan menggali fakta-fakta serta menyusun kesimpulan berkaitan peristiwaperistiwa lampau. Data-data yang diperoleh hendaklah dinilai dan ditafsirkan secara sistematik bagi pemahaman yang maksimum. Hasil-hasil penemuan kajian masa lalu dapat dijadikan rujukan bagi kajian mendaatang. Kajian berbentuk sejarah banyak bergantung kepada penyelidikan yang berteraskan eksperimen dan penyelidikan deskriptif. Kuasa pengawasan penyelidik ke atas sampel juga terbatas

memandangkan pemboleh ubah bebas berada di luar jangkauan penyelidik sehingga kesahannya banyak bergantung kepada ketajaman penyelidik dalam melakukan penilaian dan interpretasi. Sampelnya juga tidak terkawal dan sumber mendapatkan data adalah terhad. Definisi masalah adalah langkah pertama dalam menjalankan kajian penyelidikan bersejarah. Dalam bahagian definisi masalah ini, ia memfokuskan kepada satu pendekatan berputar. Setiap putaran yang berlaku selepas putaran yang sebelumnya memberikan faedah bagi membina pendekatan baru daripada pengalaman yang berlaku. Sebagai contoh, dua kaedah pengajaran iaitu pengajaran individu dan pengajaran berkumpulan mengikut corak berputar dan pendidik mendapat lebih banyak manfaat daripada setiap tahap putaran yang

menaik

sebelumnya.

Ini

bermakna

para

pendidik

dapat

menggunakan

pengalaman lepas daripada tahap yang bawah bagi membina yang baru pada tahap yang lebih tinggi. Ini menjadikan kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh para pendidik bertambah baik dari semasa ke semasa. Secara kesimpulannya, tujuan lapangan kajian sejarah dengan melalui peringkat-peringkat seperti pendefinisian masalah, perumusan soalan yang perlu dijawab ataupun hipotesis yang perlu diuji, pengumpulan data yang sistematik, penilaian data, dan penghasilan sintesis lisan bagi hasil pencarian kajian atau pengesahan/tidak pengesahan hipotesis, adalah bagi mengenal pasti kebenaran suatu perkara dan bukannya memberitahu kenyataan yang sama. Kajian penyelidikan perlulah bersih dan tulen tanpa sebarang campur tangan penyelidik.