Anda di halaman 1dari 16

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Sains hidrologi merupakan kajian tertumpu kepada teori kejadian air, kelakunan, sifat-sifat, edarannya, dan lain-lain. Kejuruteraan hidrologi pula ialah tentang kajian kegunaannya dalam kejuruteraan. Kadaralir puncak merupakan satu keperluan yang penting bagi sesuatu kawasan tadahan.

Banjir berlaku kerana kadaralir yang berlebihan pada suatu sungai. Kini, ramalan tentang kemungkinan kadaralir banjir boleh dilakukan dengan bantuan komputer. Sebelum proses menganggar kadaralir puncak, adalah penting untuk mengetahui beberapa perkara seperti kitaran hidrologi di bumi, komponen air larian yang perlu diambilkira dan kesan ciri-ciri legeh terhadap air larian.

Di samping itu, kaedah-kaedah ramalan hidrologi perlu dikaji supaya dapat memilih kaedah ramalan hidrologi yang paling sesuai bagi ciri-ciri kawasan kajian. Banjir kilat berlaku tidak kira masanya disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan negara kerana air larian permukaan di kawasan tersebut tidak dapat disalirkan dengan cepat dalam tempoh tertentu.

2.2

Kitaran Hidrologi

Kitaran hidrologi ialah pergerakan berkitar air dari laut ke atmosfera dan kemudiannya sebagai curahan ke aras bumi, di mana air berkumpul di dalam sungai dan mengalir semula ke dalam laut.

Kitaran hidrologi berlaku di bawah pancaran suria. Pemanasan pada permukaan laut menyebabkan proses penyejatan di mana air bertukar dari keadaaan cecair ke gas. Melalui proses kondensasi, gas ini ditukar kepada cecair dan membentuk awan. Hujan yang jatuh ke tanah mungkin dipintas oleh tumbuh-tumbuhan di mana air yang dipintas mungkin ditukar kepada bentuk gas melalui proses penyejatan. Manakala hujan yang jatuh pada permukaan tanah akan menyusup ke dalam tanah ataupun sebagai air larian permukaan. Air yang menyusup ke dalam tanah akan melalui lapisan tak tepu dan sampai ke lapisan tepu. Akhirnya, kedua-dua air larian permukaan dan air bawah tanah akan mengalir ke sungai, tasik dan laut. Dengan adanya tenaga haba daripada matahari, air akan tersejat ke atmosfera. Maka kitaran hidrologi berlaku secara berterusan.

Rajah 1.1 : Kitaran Hidrologi

2.2.1 Curahan

Curahan adalah vektor masuk bagi kitaran hidrologi. Ianya didefinasikan sebagai lembapan atau air yang jatuh ke bumi dari langit semada dalam bentuk hujan, gerimis, hujan batu, embun, salji dan lain-lain. Kajian tentang curahan adalah penting untuk membantu kerja perancangan dan

rekabentuk yang bersangkutan dengan pelaksanaan projek sistem pengairan, bekalan air, struktur kawalan banjir dan empangan.

2.2.2 Pemintasan

Pemintasan adalah bahagian daripada curahan yang jatuh, yang singgah dan melekat di daun-daun pokok atau bangunan kemudiannya akan tersejat waktu cuaca panas. Curahan bersih adalah bersamaan dengan hasil tambah aliran batang dengan jatuh telus. Kehilangan oleh pemintasan pula bersamaan dengan hasil tolak curahan kasar dengan curahan bersih. Jumlah air yang dipintas adalah fungsi kepada ciri lebat hujan, kepadatan pokok-pokok (jenis dan umur) dan musim. Kadar pemintasan adalah 10%-20% dari curahan bagi petumbuhan biasa dan 25% dari curahan bagi hutan yang padat.

2.2.3 Sejat Peluhan Sejat peluhan ialah gabungan sejatan dan perpeluhan. Sejatan ialah air yang tersejat dari permukaan tanah, permukaan air dan tumbuhan ke atmosfera. Faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan ialah sinaran matahari, angin, kelembapan.

Kehilangan air bagi sejatan mesti mempertimbangkan dua aspek utama iaitu penyejatan dan perpeluhan.

2.2.4 Penyusupan Dan Penelusan

Proses di mana air bergerak dari permukaan bumi ke bawah menerusi tanah dikenali sebagai penyusupan. Sebaik sahaja penyusupan telah melalui lapisan permukaan, ia akan telus ke bawah kerana pengaruh graviti sehingga ia sampai ke zon ketepuan pada permukaan bumi.

Curahan yang jatuh ke bumi akan masuk ke soil zone di permukaan bumi. Kemudian bergerak ke bawah sehingga zone of saturation dengan melalui intermediate zone dan capillary fringe.

2.2.5 Air Larian Permukaan

Air larian permukaan merupakan curahan lebihan yang tertinggal setelah semua kehilangan dipertimbangkan. Apabila hujan turun dengan lebat dan berlarutan, kuantiti air larian permukaan akan bertambah secara mendadak. Maka banjir akan berlaku sekiranya pengurusan air larian permukaan tidak dikawal dengan baik.

10

2.3

Komponen Air Larian

Channel precipitation, Qp merujuk kepada curahan yang jatuh terus pada permukaan air. Overlandflow, Qo mengalir sepanjang permukaan tanah manakala aliran di sub-permukaan dipanggil sebagai throughflow, Qt. Groundflow, Qg mewakili aliran air pada sub-permukaan yang dalam. Keempat-empat laluan air ini akan membawa air dari curahan dan bertemu pada saliran sungai.

2.3.1 Channel Precipitation, Qp

Sumbangan curahan yang jatuh terus pada permukaan air kepada jumlah air larian biasanya adalah sangat kecil ( 1%-2% daripada keseluruhan air larian). Walaubagaimanapun, bagi sesetengah kes, channel precipitation mungkin merupakan satu-satunya komponen untuk hidrograf. Contohnya di kawasan tasik yang besar, Qp menjadi komponen domina bagi air larian. Tambahan pula, Qp akan meningkat secara mendadak apabila berlaku ribut yang berlarutan.

2.3.2

Overland Flow (Qo)

Overland Flow merangkumi air yang mengalir di atas permukaan tanah ke aliran sungai. Salah satu punca berlaku overland flow ialah

11

ketidakupayaan air menyusup ke dalam tanah disebabkan kadar bekalan tinggi atau kapasiti penyusupan rendah.

2.3.3

Throughflow (Qt)

Air yang menyusup ke dalam tanah kemudiannya mengalir ke aliran sungai, sama ada sebagai aliran tak tepu atau sebagai aliran tepu di atas aras air bawah tanah. Fenomena ini dikenali sebagai throughflow.

2.3.4

Groundwater Flow (Qt)

Kebanyakan air hujan yang menyusup ke dalam tanah akan menelus melalui lapisan tanah ke lapisan air bawah tanah. Seterusnya tiba di aliran sungai utama sebagai aliran air bawah tanah dengan menerusi zon tepu. Oleh kerana air pada kedalaman yang dalam hanya boleh mengalir dengan perlahan, maka aliran keluar dari bawah tanah mungkin didapati lebih lewat selama beberapa hari, minggu atau tahun berbanding dengan masa curahan berlaku. Secara umumnya, air bawah tanah mewakili komponen utama air larian jangkamasa panjang.

12

2.4

Kesan Ciri-Ciri Legeh Terhadap Air Larian

Dalam meramalkan kadar dan kuantiti kadaralir pada kawasan tadahan, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan sifat-sifat kawasan tadahan. Dengan mengkaji kesan terhadap ciri legeh terhadap air larian, maka dapat menganggar air larian yang menyumbang kepada kejadian banjir serta langkah kawalan yang patut diambil.

2.4.1 Luas kawasan Tadahan

Keluasan sesuatu kawasan tadahan banyak mempengaruhi air larian puncak. Maka, semakin luas kawasan tadahan semakin berkurangan air larian puncak. Ini disebabkan oleh masa yang diambil oleh air untuk mengalir melalui saluran sungai ke keratan kawalan (masa tumpuan) dan juga pengurangan kepada keamatan purata lebat hujan berpunca daripada saiz ribut yang meningkat. Demikian juga, air larian minimum seunit luas bertambah dengan penambahan luas akuifer air bumi dan lebat hujan tempatan yang sedikit.

13

2.4.2 Kecerunan Tadahan

Kecerunan tadahan yang tinggi berupaya menghasilkan air larian yang laju dan seterusnya memberikan nilai discaj puncak yang lebih tinggi. Keupayaan penyusupan biasanya lebih rendah jika cerun bumi semakin curam kerana tumbuhan biasanya kurang tebal dan tanahnya senang dihakis, secara langsung kesan air larian menjadi semakin serius. Sebaliknya, jika kecerunan adalah kecil, air hujan adalah sukar dikeluarkan daripada kawasan tadahan dalam masa yang singkat. Oleh itu, terdapat lebih masa untuk proses penyusupan seterusnya mengurangkan jumlah isipadu air larian yang terhasil.

2.4.3 Keadaan Kelembapan Tanah

Parameter iklim ini bergantung kepada lebat hujan dan penyejatpeluhan. Keadaan lembapan tanah sebelum ribut berupaya mempengaruhi jumlah isipadu air larian yang terhasil oleh sesuatu ribut tertentu. Ia banyak mempengaruhi nilai discaj untuk banjir dengan kala kembali kurang daripada sepuluh tahun. Ini kerana kapasiti penyusupan berkurangan dengan masa untuk bekalan curahan tertentu. Apabila kekerapan sesuatu banjir meningkat, kapasiti penyusupan akan berkurangan sehingga ke suatu kadar yang tetap. Pada masa ini, pengaruh kelembapan tanah semakin berkurangan dan nilai kadar air larian boleh diperolehi tanpa mempertimbangkan ciri kelembapan ini.

14

2.4.4 Frekuensi Sungai

Corak pembangunan sungai di dalam tadahan boleh mempengaruhi kadar air larian. Satu tadahan yang mempunyai saliran yang baik akan mempunyai masa tumpuan yang pendek dan menghasilkan hidrograf banjir menaik yang lebih curam berbanding dengan tadahan yang mempunyai banyak lubang di permukaan atau kawasan paya. Salah satu kaedah untuk menganggar frekuensi sungai ialah dengan mengukur ketumpatan saliran. Ketumpatan saliran boleh ditakrifkan sebagai nisbah di antara jumlah saliran yang terdapat dalam kawasan tersebut dengan jumlah luas kawasan saliran tersebut. Jika kawasan tadahan terdapat ketumpatan saliran yang padat, masa aliran permukaan adalah pendek dan menghasilkan nilai puncak discaj yang lebih tinggi.

2.4.5 Simpanan

Simpanan sama ada semulajadi atau buatan manusia sangat mempengaruhi tindakbalas kawasan tadahan tersebut terhadap sesuatu kejadian ribut. Lazimnya. simpanan berperanan untuk melambatkan masa memuncak suatu hidrograf. Walaubagaimanapun, jumlah isipadu air larian tidak dipengaruhi oleh simpanan. Simpanan hanya menyimpan air hujan untuk suatu jangkamasa tertentu. Dalam tempoh air yang terperangkap dalam simpanan, kemungkinan proses penyusupan dan pengewapan akan berlaku lalu mengurangkan jumlah air larian.

15

2.5

Masa Aliran

Masa aliran air larian merupakan suatu elemen yang sangat penting dalam rekabentuk hidrologi. Di dalam rekabentuk sistem-sistem saliran, masa aliran air larian permukaan perlu dianggarkan. Contohnya, beberapa kaedah discaj puncak telah menggunakan masa tumpuan bagi memperolehi keamatan daripada lengkung IDF (Intensity-Duration-Frekuency). Kadang-kala, masa memuncak bagi hidrograf juga dikira menggunakan masa tumpuan. Di samping itu, sesetengah kaedah channel routing turut menggunakan masa aliran dalam hidrograf routing. Maka adalah amat penting anggaran masa aliran dalam pelbagai masalah rekabentuk hidrologi.

2.5.1 Masa Tumpuan, Tc ( Time of coefficient )

Definisi bagi masa tumpuan, Tc ialah masa yang diperlukan bagi suatu partikel air untuk mengalir dari titikyang paling jauh dari segi hidraulik dalam kawasan tadahan sehingga ke salur keluar ( outlet ). Faktor-faktor yang mempengaruhi masa tumpuan adalah panjang aliran, kecerunan laluan saliran dan kekasaran laluan saliran. Bagi saliran di bahagian hulu, mungkin akan mempengaruhi halaju air larian.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menganggar masa tumpuan bagi kawasan tadahan. Semasa memilih kaedah anggaran masa tumpuan, adalah penting memilih kaedah yang sesuai dengan jenis aliran air. Ini disebabkan sesetengah kaedah penganggaran masa tumpuan direkabentuk dan dikalibrasikan untuk digunakan bagi seluruh kawasan tadahan tetapi

16

sebahagian kaedah lain direkabentuk untuk sebahagian aliran air dan digunakan untuk mengira masa aliran bagi bahagian tersebut sahaja, adalah menjadi lebih mudah jika setiap bahagian diketahui ciri-cirinya.

2.6

Peramal Hidrologi

Banjir berlaku kerana kadaralir yang berlebihan pada suatu sungai. ramalan tentang kemungkinan kadaralir banjir boleh dilakukan menggunakan beberapa kaedah dari masa ke semasa, kaedah anggaran cuba diperbaiki kerana sistem saliran dan perparitan sentiasa berubah dari longkang primitif kepada jalan paip bawah tanah yang lebih kompleks.

Kerja perancangan sumber air bukanlah untuk menghapuskan semua bentuk banjir tetapi bertujuan mengurangkan kekerapannya, bahaya dan kerosakan kepada manusia.

2.6.1 Kadaralir Puncak Dan Analisis Hidrograf

Terdapat tiga kaedah yang digunakan dalam menganggar kadaralir puncak iaitu kaedah Rasional, kaedah Hidrograf dan formula Empirik.

17

2.6.1.1 Kaedah Rasional

Rumus untuk kaedah Rasional ialah : Qp = C i A Di mana, Qp C i A = = = = Kadar alir puncak (m3/s) pekali air larian keamatan hujan purata keluasan kawasan tadahan ( Persamaan 2.1 )

Kelemahan kaedah ini ialah rekabentuknya tidak berapa ekonomi. Nilai C untuk kawasan berpasir rata ialah 0.05 dan 0.95 untuk permukaan yang tidak telap air. Jadi, maklumat mengenai kawasan tadahan mestilah diketahui terlebih dahulu.

2.6.1.2 Kaedah Hidrograf Unit

Pada amnya, sebuah hidrograf unit ialah air larian, ianya disebarkan melalui masa tertentu, daripada kuantiti curahan lebihan yang jatuh pada suatu masa yang telah dikenalpasti digunakan secara seragam ke atas kawasan tadahan atau sub-legeh.

18

Terdapat tiga anggapan : Dengan hujan berkesan yang mempunyai keamatan seragam melanda suatu kawasan tadahan yang akan menghasilkan air larian untuk kala yang sama walaupun kuantitinya berlainan. Dua unit hujan berkesan yang berlainan keamatannya menimpa suatu kawasan tadahan dalam tempoh yang sama, T akan menghasilkan suatu hidrograf yang mana titik ordinat berkadar terus antara satu sama lain.

Prinsip tindihan digunakan ke atas hidrograf yang dihasilkan daripada hujan berkesan yang mempunyai keamatan seragam dan berkala berdampingan atau berasingan.

Cuaca pada kawasan tadahan akan mempengaruhi hidrograf unit. Kelemahan penggunaan kaedah ini ialah anggapan-anggapan yang ditetapkan bahawa kedua-dua kala masa, T dan luas kawasan tadahan adalah seragam. Namun, ianya masih lagi memberi keputusan yang dipercayai.

2.6.1.3Formula Empirik

Formula ini digunakan sejak dahulu lagi. Sebahagian daripadanya masih tidak mampu memberi anggaran yang tepat bagi faktor hidrologi yang terlibat. Untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat, data-data mestilah dikumpul dengan banyak apabila menggunakan kaedah empirik.

19

2.6.2 Pengenalan Perisian Pemodelan Kejuruteraan Moden

Sejak tiga dekad yang lalu, banyak perisian komputer komersil dibangunkan untuk pemodelan proses hidrologi tadahan. Antaranya, watershed Management System (WMS), Technical Release-55 (TR-55), Techniqcal Release-22 (TR-20), Hydrologic Engineering Center-5(HEC-5), dan Hyrologic Engineering Center-Hidrologic Modelling System (HECHMS), Storm Water Management Model (SWMM) dan lain-lain. Setiap jenis perisian ini mempunyai ciri-ciri yang berlainan dan beroperasi berasaskan prinsip fizikal hidrologi masing-masing. Jadual 1 menunjukkan nama dan ciri-ciri perisian.

20

Jadual 2.1 : Nama dan ciri- ciri perisian Nama Perisian Sambungan jadual Ciri-ciri sebelah -perisian aliran hidrologi 1 dimensi. -program komputer NRCS -sesuai untuk mensimulasi TR-20 -sesuai untuk mensimulasi air larian, hidrograf laluan, Aliran hidrodinamik menggabungkan atau memisahkan hidrograf di pertemuaan 2 Kualiti air batang sungai. Pengangkutan enapan sungai -Hidrologic Engineering Center-Hidrologic Modelling Sistem saliran System Air larian ribut -hasil pengubahsuaian perisian-perisian terbitan sebelumnya -sesuai untuk merekabentuk, pengurusan dan pengoperasian seperti HEC-1. sungai. mensimulasi proses kitaran hidrologi tadahan -untuk -Storm Water Management Model bersistem saliran bercabang. -untuk analisis masalah kuantiti dan kualiti air larian. -sesuai untuk semua keadaan geografi. -mampu mensimulasi kejadian curahan individu atau berterusan. -disertai dengan kemudahan analisis statistik. -Technical Release 55 -untuk pengiraan Isipadu larian ribut Kadaralir puncak TR-55 Hidrograf Isipadu simpanan empangan -mempunyai kelemahan dan had penggunaan Tempoh curahan maksimum 24 jam Bilangan sub tadahan maksimum 10 Masa penumpuan perlu di antara 0.1 jam-10jam.

MIKE 11

HEC-HMS

SWMM

Anda mungkin juga menyukai