Anda di halaman 1dari 21

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bahasa Melayu sudah sekian lama menjadi bahasa perhubungan, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam system pendidikan di Malaysia. Dari aspek pendidikan sekolah rendah khasnya, mata pelajaran bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras. Antara kemahiran yang diterapkan dalam mata pelajaran ialah kemahiran lisan, kemahiran bacaan dan kemahiran menulis. Oleh itu, sudah sewajarnyalah bahasa Melayu sudah tidak menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia umumnya dan kepada pelajar khasnya. Namun begitu, daripada beberapa kajian yang telah dilakukan didapati bahawa bahasa Melayu masih menjadi masalah. Kelemahan murid-murid menguasai bahasa Melayu dengan betul kerisauan serta rungutan dalam kalangan ibu-bapa, guru-guru dan para cendekiawan.

Menurut laporan Lembaga Peperiksaan, penguasaan murid-murid terhadap bahasa Melayu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) khususnya dalam aspek penulisan karangan masih membimbangkan (Mahyuddin, 1999). Selain daripada lemah menyusun fakta-fakta penting, murid-murid juga lemah dalam aspek penulisan karangan seperti aspek ejaan.

Menurut Mahyuddin (1999), jika ditinjau dari sudut bahasa Melayu itu sendiri, aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang sebelum ini tidak diberi tumpuan. Penguasaan terhadap kemahiran-kemahiran asas dapat menyumbang kepada kemahiran-kemahiran seperti kemahiran berfikir dan kemahiran belajar (PPK,1994). Berdasarkan Sukatan Pelajaran (1993), Kurikulum Sekolah Rendah bertujuan untuk membolehkan murid-murid : i. Menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. ii. Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah.

Menurut Awang Sariyan (1983) dan Rahimah Hj Sarban (1988) aspek ejaan dalam penulisan merupakan aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah. Kesalahan yang dilakukan oleh murid_murid pada peringkat awal akan berlanjutan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Dalam bidang penulisan pula, kelemahan menguasai ejaan akan menjejaskan komunikasi bidang itu sendiri. Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam situsi penulisan Negara. Oleh hal yang demikian, kajian ini penting untuk mengkaji teknik yang terbaik untuk mengatasi masalah yang telah diutarakan ini. 1.2 Latar Belakang Kajian Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membuktikan keberkesanan teknik latih tubi dalam usaha mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan dalam penulisan karangan bahasa Melayu seterusnya membantu meningkatkan kualiti penulisan karangan. Penyelidikan dijalankan dengan melibatkan sekumpulan muridyang dipilih secar rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen yang mempunyai tahap yang sederhana. Sebelum pengajaran dijalankan ke atas kumpulan eksperimen, ujian pra terlebih dahulu dijalankan untuk kedua-dua kumpulan tersebut bagi mendapatkan data untuk perbandingan.

Selepas itu, kedua-dua kumpulan ini, iaitu kumpulan eksperimen diajar menggunakan teknik latih tubi manakala kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan teknik latih tubi. Pada peringkat akhir kajian, kedua-dua kumpulan ini diuji menggunakan ujian pos yang dijalankan pada masa yang sama. Keputusan ujian pra dan ujian pos dikumpul dan dianalisi bagi menguji keberkesanan teknik yang dijalankan.

Data yang diperoleh akan dianalisis untuk menentukan sama ada teknik yang dipilih sesuai atau tidak dalam usaha mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

Ujian Pra

Kumpulan Eksperimen

Kumpulan Kawalan

10 jam Sesi P&P

Ujian Pos

Selepas sesi

Soal Selidik

P&P

Rajah 1.1: Reka Bentuk Kuasai Eksperimental dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1.3 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan teknik latih tubi dalam usaha untuk mengurangkan kesilapan ejaan di samping untuk menggalakkkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan seterusnya dapat meningkatkan mutu penulisan karangan bahasa Melayu murid-murid.

1.4 Objektif Kajian Dalam kajian ini pengkaji telah menggariskan tiga objektif kajian iaitu : i. ii. Mengkaji keberkesanan latih tubi dari segi mutu karangan murid tahun 5. Mengkaji sejauh mana teknik latih tubi dapat mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan.

1.4 Persoalan Kajian Dalam kajian ini pengkaji telah menggariskan persoalan-persoalan kajian seperti berikut : i. ii. Adakah teknik latih tubi lebih berkesan jika dibandingkan dengan pembelajaran yang tidak menggunakan teknik latih tubi. Adakah teknik latih tubi dapat mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

1.6 Hipotesis Kajian Ho1 : Bilangan kesilapan ejaan bagi kumpulan eksperimen adalah lebih ketara berbanding murid dalam kumpulan kawalan Ho2 : Perbezaan min bilangan kesilapan antara ujian pra dan ujian pos lebih ketara bagi kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan.

1.7 Batasan Kajian Kajian ini akan ditadbir ke atas 40 orang murid di SK Permatqang Raja di daerah Larut Matang. Oleh sebab kajian ini tertumpu kepada murid tahun 5 daripada sebuah sekolah rendah sahaja, segala interpretasi yang berkaitan dengan dapatan-dapatan kajian adalah spesifik pada situasi yang tertentu sahaja dan hanya boleh diaplikasikan di sekolah yang dikaji sahaja. Hal ini bermakan segala dapatan kajian hanya benar dalam konteks muridmurid di sekolah itu sahaja.

Faktor yang tidak dapat

Faktor yang tidak dapat dikawal oleh pengkaji adalah ketepatan data. Hal ini adalah kerana kemungkinan segelintir sampel kajian tidak memberikan tumpuan sewajarnyan semasa menjawab soalan apabila mereka sedar tentang penglibatannya dalam proses penilaian untuk kajian sahaja. Keberkesanan teknik latih tubi bergantung kepada kemahirankemahiran interpersonal individu kerana kerjasama yang diberikan bukan semudah yang dijangkakan dan kemahiran itui tidak terjadi dengan sendirinya dan dalam sekelip mata sahaja.

Dalam kajian ini wujud kekangan masa yang agak terhad dan akan sedikit sebanyak mempengaruhi data yang dibuat. Selain itu wujud juga kesukaran terutamanya terdapat maklumat palsu daripada sampel kajian. Perbezaan individu juga mungkin mempengaruhi data yang dibuat, kita tahu setiap individu memproses maklumat dengan cara yang berbeza.

1.8 Definisi Istilah Istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut : i. Teknik

Menurut Kamus Dewan Bahasa (2007), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Juriah Long et al. (1990) pula mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tetentu. Teknik juga boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Secara keseluruhannya, teknik boleh didefinisikan sebagai merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

ii.

Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya.Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu.

iii.

Ejaan

Menurut Amran dalam Nuwairi Hj Khazaai (1992), ejaan ditakrifkan sebagai keseluruhan jalinan-jalinan kaedah yang mengatur pemakaian tanda-tanda atau gabungan visual untuk melambangkan kesatuan fonologi sesuatu bahasa. Rumus ituterdir daripada symbolsimbol tulisan yang secara konvensional diterima oleh anggota masyarakat bahasa berkenaan (Hartmann, dalam Nuwairi Hj Khazaai : 1992)

iv.

Penulisan

Menurut Kamus Dewan (2007), penulisan didefinisikan sebagai satu perihal atau kegiatan menulis atau mengarang. Manakala Zaaba (1965) pula mendefinisikan penulisan sebagai hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya dijadikan ayat, cerita, laporan dan penerangan. Nik Safiah Karim (1998) menghuraikan bahawa penulisan adalah hasil pertuturan kerana suara tidak dapat disampaikan ke tempat yang jauh, Maka penulisan mengambil alih peranan pertuturan. Maka tidak timbul tanggapan penulisan karangan penting sebab bahasa penulisan karangan penting sebab bahasa tulisan bukan sahaja difahami malah member peluang untuk berfikir.

v.

Bahasa Melayu

Merujuk kepada bahasa yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. Dalam konteks kajian, bahasa Melayu bermaksud salah satu daripada mata pelajaran teras yang diajar berdasarkan sukatan pelajaran sekolah rendah. (Mat Alwi bin Musa, 2000).

1.9 Kepentingan Kajian Secara rasionalnya teknik latih tubi dijalankan untuk membantu pengkaji mengenal pasti kebaikan dan kelemahan yang diperoleh hasil daripada perlaksanaan teknik pengajaran tersebut. Hal ini dapat member maklumat kepada guru dalam memilih teknik bersesuaian dan menarik minat murid. Selain itu, kajian pembelajaran menggunakan teknik latih tubi juga akan mendedahkan teknik yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan kepada pihak lain untuk membuat penilaian refleksi.

Dalam penggunaan teknik latih tubi ini murid akan diberikan, beberapa buah karangan yang perlu disalin semula . Sekiranya terdapat kesalahan ejaan yang dilakukan semasa menyalin karangan tersebut. Pengkaji meerasakan, teknik latih tubi ini amat berkesan dijalankan untuk penulisan karangan, kerana melalui cara ini murid akan dapat menyalin lebih banyak perkataan. Secara tidak langsung murid telah didedahkan dengan lebih banyak pendedahan ejaan yang betul. Hasil kajian ini diharapkan dapat mengubah pendirian murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu Penuliisan iaitu mata pelajaran yang mudah dikuasai.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian kesalahan ejaan telah diberi tumpuan yang mendalam dan dianggap satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum ini beberapa kajian telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji daripada dalam dan luar Negara untuk mengetahui mengapa dan bagaimana kesalahan tersebut boleh berlaku.

2.2 LITERATUR BERKAITAN Menurut Awang Sariyan (1983), dalam bahasa Melayu terdapat 18 keselarasan vocal untuk membentuk kata daripada dua sukukata yang diakhiri dengan konsonan daripada 18 pola tersebut 8 pola sahaja didapati mengelirukan murid dan mereka kurang memahami peraturan baharu serta sering mengeja salah iaitu : a. Pola a.....i b. Pola a.....u c. Pola e pepet.....i d. Pola e pepet.....u e. Pola i.....i f. Pola i.....u g. Pola u.....i h. Pola u.....u contoh : adek sepatutnya adik contoh : aros sepatutnya arus contoh : cerdek sepatutnya cerdik contoh : gemok sepatutnya gemuk contoh : bilek sepatutnya bilik contoh : bingong sepatutnya bingung contoh : kueh sepatutnya kuih contoh bunoh sepatutnya bunuh

(dalam Mat Alwi bin Musa, 2000) menyatakan kesilapan dalam ejaan adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya, murid tidak mengambil berat tentang ejaan sama ada malas atau kerana sengaja tidak mengambil endah tentang ejaan. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak faham atau kurang arif tentang aturan ejaan baru. Hal ini mungkin berpunca daripada kurangnya penjelasan dan penekanan aspek ejaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di samping itu juga, pengaruh iklan dan media cetak yang tidak seragam dalam penggunaan sistem ejaan baru juga turut dilihat sebagai faktor kekeliruan ini.

2.3 Kajian Literatur 2.3.1 Kajian Dalam Negara Para pengkaji bahasa turut mengkaji kesilapan bahasa dari aspek ejaan. Hal ini demikian kerana aspek ejaan memainkan peranan penting dalam penulisan karangan. Menurut Mat Alwi (2000) dalam kajiannya di Kelantan dan Terengganu menunjukkan 54.53% guru-guru menyatakan masalah ejaan berpunca daripada bahasa daerah atau dialek tempatan.

Abdul Kadir Amin (1981) membuat kajian terhadap murid tahun 6. Sampel kajiannya ialah seramai 75 orang murid di dua buah sekolah di Melaka. Kajian beliau menjurus kepada kesalahan utama yang dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan. Berdasarkan analisa kajian, didapati bahawa kesilapan ejaan mencatatkan 387 kali iaitu bersamaan dengan 54.74%. Purata kesilapan ejaan ialah 5.15 kali bagi setiap murid. Kesilapan penggunaan imbuhan sebanyak 26 kali bersamaan 3.68% dan purata kesilapan ialah 0.35 kali bagi setiap murid. Kesimpulan kajian, murid-murid masih lemah dalam ejaan. Kesilapan lebih umum ialah penggunaan imbuhan pe,di....kan dan di.... Sharifah Fakhirah dan Teoh Boon Seong (1986) telah meninggalkan satu analisis kesalahan pembelajaran bahasa Melayu oleh dekumpulan pelajar Tingkatan 1. Tujuan kajian ialah untuk meninjau kesalahan dalam bentuk ejaan umum. Menurut kajian mereka kesalahan ejaan yang dilakukan terbahagi kepada tiga iaitu : i. ii. iii. kata dasar kata berimbuhan kekeliruan fungsi

Contoh kesalahan ejaan kata dasar : i. ii. iii. sengaja ditulis sengeja banjir ditulis banjil basikal ditulis basikat

Contoh kesalahan ejaan kata berimbuhan seperti berikut : i. ii. iii. bermacam-macam ditulis bemacam-macam kesejukan ditulis kesejukkan melindungi ditulis menglindungi

Contoh kesalahan ejaan berkaitan kekeliruan fungsi pula seperti berikut : i. ii. iii. di dalam ditulis didalam di awan ditulis diawan dimasuki ditulis di masuki

Daripada sejumlah 107 jumlah kesalahan ejaan 22 daripadanya dilakukan oleh murid berbahasa ibunda Melayu, 36 dilakukan oleh murid berbahasa ibunda Mandarin dan 37 yang berbahasa Tamil. Sementara 12 kesalahan dilakukan murid-murid lain Koh Boh Boon (1985) membuat kajian mengenai kesalahan ejaan dan tatabahasa Melayu yang dilakukan oleh sekumpulan siswazah. Menurut beliau, kesalahan ejaan yang kerap dilakukan ialah perkataan pelancung (99.9%), stesyen (89.2%), perabut (84.4%), lapuran (75.3%), pamiran (88.8%), samada (65.6%) dan telahpun (63.6%). Daripada dapatan kajian ini, Koh Boh Boon (1985) membuat kesimpulan bahawa kebanyakan siswazah masih belum biasa dengan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan penggunaan pasangan perkataan penuntun dengan penonton, secucuk dengan secocok, resmi dan rasmi dan tempuh dan tempoh. Mohd Arop bin Mohd Wazir (1986) telah membuat kajian terhadap murid-murid tahun 4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di tiga buah sekolah rendah di Selangor. Kajiannya adalah terhadap empat orang murid bagi setiap sekolah. Daripada hasil kajiannya, beliau membuat kesimpulan bahawa KBSR telah Berjaya menerapkan kemahiran ejaan bahasa Melayu. Penguasaan ejaan murid-murid didapati mencapai tahap yang tertinggi dengan min 72.2, median 79.7 dan mod 85.5. Antara kelemahan yang dikesan,ialah mengeja gabungan kata, kata pinjaman dan kata depan. Seramai 45 orang murid iaitu 56% daripadanya dapat menjawab separuh atau tidak dapat menjawab langsung ejaan kata pinjaman. Pada peringkat ini, kajian juga telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji, Ahmad Zaharani (2006) dan Abd Hamid Mahmud (1982) telah menjalankan kajian ke atas pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6. Kajian beliau berdasarkan kertas jawapan Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Hasil kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar menghadapi masalah dalam penggunaan vocal disebabkan pengaruh dialek. Pengaruh dialek dan bahasa basahan lebih banyak mempengaruhi kesalahan

ejaan pelajar-pelajar terutamany pelajar yang berasal dari negeri Kedah berbanding pelajar dari Johor. Contohnya : i. ii. setelah televisyen dieja dieja satelah talivisyen

Selain itu, terdapat juga bukti yang pelajar cenderung untuk menggantikan ng di posisi akhir perkataan dengan n dalam tulisan mereka. Contoh : i. ii. iii. iv. meraung-raung belakang paling penting dieja dieja dieja dieja meraun-raun belakan palin pentin

Kajian oleh Narayanan Kunci Rawan (1993) terhadap murid-murid tahun 3 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil di Petaling Jaya dan di Johor mendapati bahawa aspek ejaan murid-murid dipengaruhi oleh bahasa ibunda dan bahasa kolokial. Menurut beliau, cara penyebutan sesuatu kata yang tidak betul dalam bahasa Melayu akan mempengaruhi cara kata tersebut ditulis kerana kata tersebut dieja mengikut sebutan. Contoh perkataan yng dieja mengikut sebutan oleh bahasa ibunda : i. ii. iii. hingga hendah berhenti dieja dieja dieja ingge endah berenti

Kamaruddin Husin (1986) telah membuat kajian tentang penyerapan bahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih bukan Melayu di maktab-maktab Perguruan di Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati bahawa 70% jumlah kesilapan yang dilakukan oleh guru-guru pelatih berkenaan terdiri daripada aspek ejaan, penggunaan kata, pembentukan struktur ayat dan rangkai kata.

2.3.2 Kajian Luar Negara Kajian oleh Flower, L.S. dan J.R.Hayes.(1988) menyatakan kesilapan ejaan murid gred 4 dan 5 ialah 10%. Murid gred 10 dan 12 melakukan 12% kesilapan ejaan. Kesilapan ejaan adalah lebih kerap bagi murid gred 6 di Nothern California. Menurut mereka lagi, muridmurid gred 6 melakukan sekurang-kurangnya satu kesilapan ejaan daripada 60% perkataan yang dieja. (Riz Gerald, dalam Mahyudin Abas : 1999) Kesalahan ejaan dalam penulisan juga dipengaruhi oleh bahasa ibunda pelajar-pelajar. Hal ini dinyatakan oleh Graves, D.H. (1981) dan Mischel, T. (1974) mendapati bahawa kesalahan bahasa yang dilakukan pelajar-pelajar disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda.

2.4 Pendekatan dan Teori Teknik latih tubi bukanlah satu idea baru. Teknik ini berasaskan kepada Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh beberapa tokoh terkenal seperti Thorndike, Skinner dan Pavlov. Menurut Adenan Ayob dan Nathan Sellapan (2009), teori ini menekankan perilaku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman otaknya. Teori ini berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada cirriciri naluri manusia. Justeru , bahasa ialah proses perilaku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas. Golongan behaviorisis berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu. Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal yang demikian, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka.

2.5 Kesimpulan Daripada hasil tinjauan literature, dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak kajian kes telah dijalankan oleh pengkaji lepas menunjukkan masalah kesilapan ejaan dilakukan oleh semua pelajar sama ada pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, guru-guru pelatih mahupun pelajar university. Oleh sebab itu,dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji sejauh manakah kesilapan ejaan dapat dikurangkan dengan menggunakan teknik latih tubi melalkui penulisan karangan bahasa Melayu.

BAB 1

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan Dalam kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada keberkesanan teknik latih tubi untuk mengurangkan kesilapan ejaan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun 5. Murid akan diberi beberapa buah karangan untuk disalin tanpa mengandungi kesilapan ejaan. Sekiranya berlaku, murid akan diminta menyalinnya semula. Metodologi kajian yang digunakan melibatkan reka bentuk ujian, populasi dan sampel kajian, instrument kajian, prosedur kajian untuk mengumpul data dan kaedah untuk menganalisis data yang diperoleh.

3.2 Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian ini menggunakan kuasi eksperimen iaitu reka bentuk kawalan tak serupa dengan menjalankan Ujian Pra dan Ujian Pos. Kajian ini melibatkan dua kumpulan murid iaitu murid kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Menurut Norhisyam b. Mohd. Sedeh (2008), kumpulan eksperimen diberi penilaian awal, didedahkan kepada pembolehubah eksperimen dan kemudian dinilai semula. Kumpulan kawalan diasingkan daripada pembolehubah eksperimen. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah teknik latih tubi manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos bagi memperoleh bilangan kesalahan ejaan. Seramai 20 orang murid sebagai sampel bagi kumpulan eksperimen dan 20 orang murid lagi sebagai kumpulan kawalan.

Jadual 3.1 : Reka Bentuk Kajian Teknik Pengajaran Tidak Menggunakan Teknik Latih Tubi Jenis Kumpulan Murid Bilangan Murid Jumlah Murid Kawalan 20 orang Menggunakan Teknik Latih Tubi Eksperimen 20 orang 40 orang

Setiap kumpulan pelajar terdiri daripada murid yang pelbagai keupayaan. Kumpulan eksperimen diajar menggunakan teknik latih tubi dan kumpulan kawalan diajar mengikut teknik tradisional. Selepas itu kedua-dua kumpulan diuji pencapaian dengan ujian pos. Reka bentuk kajian adalah seperti rajah 3.1.
Responden (40 orang)

Sampel Kawalan (20 orang)

Sampel Eksperimen ( 20 orang)

Ujian Pra

Tidak Menggunakan Teknik Latih Tubi

Menggunakan Teknik Latih Tubi

Ujian Pos

Data diperoleh

Analisis Data

Rajah 3.1 : Reka Bentuk Proses Kajian

Jadual 3.2 : Jadual Pelaksanaan Kerja Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. Mengenal pasti masalah Menjalankan Ujian Pra Membuat pengumpulan data ujian pra Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 1 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 2 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 3 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 4 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 5 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakn Teknik Latih Tubi 6 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 7 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan teknik Latih Tubi 8 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan teknik Latih Tubi 9 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Menjalankan aktiviti P&P menggunakan Teknik Latih Tubi 10 Menyemak dan membetulkan kesilapan ejaan. Murid membuat pembetulan Ujian Pos Semakan Ujian dan Pengumpulan data 15.06.2009 23.03.2010 26.03.2010 12.04.2010 30.04.2010 03.03.2010 05.05.2010 07.05.2010 10.05.2010 12.05.2010 14.05.2010 17.05.2010 19.05.2010 21.05.2010 24.05.2010 26.05.2010 27.05.2010 31.05.2010 02.06.2010 21.06.2010 23.06.2010 24.06.2010 25.06.2010 28.06.2010 30.06.2010

3.3 Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid yang sedang mengikuti pelajaran formal dalam Tahun 5 di daerah Larut Matang iaitu di Sekolah Kebangsaan Permatang Raja, Pantai Remis, Perak; salah sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar Bandar. Seramai 40 orang murid dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian ini. Murid ini dipilih kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum dalam tahun kajian ini dijalankan. Tahap pencapaian murid dikenalpasti melalui ujian bulanan dan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 20 orang murid kumpulan eksperimen dan 20 orang murid kumpulan kawalan.

3.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang dipilih adalah kertas ujian penulisan bagi tahun 5 berdasarkan format Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Kertas ujian ini mengandungi 2 buah karangan. Murid dikehendaki menyalin dua buah karangan secara imlak iaitu menulis semula karangan yang dibacakan oleh guru. Murid diminta menyalin dua buah karangan yang panjang satu-satunya lebih kurang daripada 80 patah perkataan. Jumlah perkataan ini bersesuaian dengan skema yang dikehendaki dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR). Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan untuk membuat perbandingan untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan penggunaan teknik latih tubi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua ujian ini menggunakan karangan yang sama dari segi jenis karangan dan aras kesukarannya. Ujian ini diberikan kepada murid daripada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

3.4.1 Kajian Rintis Sejajar dengan prosedur piawai dalam penyediaan alat ukur kajian, suatu kajian rintis telah dijalankan pada 4 Mei 2010 di SK Jelutong, Changkat Jering, Perak. Kajian tersebut melibatkan 20 orang murid Tahun 5 Arif. Berdasarkan maklum balas daripada kajian rintis, beberapa penambahbaikan telah dilakukan kepada instrumen kajian. 3.4.2 Kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajian Kesahan muka dan kesahan kandungan instrument ditentukan melalui siri pemurnian instrumen oleh pengkaji bagi menepati bidang serta konstruk yang diukur. Maklum balas kuantitif daripada kajian rintis yang juga digunapakai untuk memastikan kesesuaian makna/maksud item dalam mengukur pembolehubah yang ditetapkan. Kesahan konstruk instrument akan ditentukan dalam kajian sebenar melalui analisis faktor kerana pengiraan analisis tersebut hanya boleh dijalankan sekiranay terdapat jumlah sampel yang besar (melebihi 40).

3.5 Prosedur Pengumpulan Data Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Permatang Raja. Bagi tujuan ini, pengkaji telah mendapat maklumat mengenai prestasi pencapaian sekolah dalam peperiksaan UPSR terutamanya mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji telah melihat pencapaian murid-murid tahun 5, iaitu sampel kajian berdasarkan keputusan ujian bulanan dan ujian penggal. Maklumat-maklumat ini telah memberi gambaran tentang masalah yang dihadapi dan merangka langkah-langkah kajian. Senarai nama murid di sekolah ini diperolehi daripada Jadual Kedatangan Murid dengan bantuan pihak pentadbir sekolah dan guru kelas yang terlibat. Pengkaji telah memilih sampel berdasarkan persampelan rawak mudah. Jenis persampelan ini dipilih kerana populasi yang ada mempunyai peluang yang sama rata untuk dipilih sebagai sampel kajian. Pengumpulan data kajian dilakukan menerusi ujian mengarang. Satu set ujian diedarkan kepada sampel kajian. Kertas ujian ini mengandungi 2 soalan karangan. Sampel diminta menulis dua buah karangan berdasrkan tajuk yang diberi dalam masa 1 jam. Hal ini bermakna sebanyak 80 karangan akan dianalisis untuk mendapatkan data yang diperlukan.

Data kajian merupakan kesilapan-kesilapan ejaan dari aspek : 1. Kata dasar 2. Kata berimbuhan 3. Kekeliruan fungsi Kesilapan tersebut ditandai seperti berikut : 1. E1 : Kata dasar 2. E2 : Kata berimbuhan, dan 3. E3 : Kekeliruan fungsi

3.6 Kaedah Analisis Data Hasil daripada data yang dikumpul daripada ujian pra dan ujian pos dianalisis untuk memerihalkan pencapaian murid sebelum dan selepas mengikuti pembelajaran menggunakan teknik latih tubi. Ukuran yang akan digunakan ialah bilangan kesilapan ejaan dan min kesilapan ejaan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara kuantitif dengan menggunakan perisisan hamparan elektronik Microsoft Excel dengan matlamat kajian dan bagi menjawab semua soalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1.

Perbezaan bilangan kesalahan menggunakan formula : Jumlah kesilapan dalam Ujian Pos-Jumlah kesilapan ejaan dalam Ujian Pra

Manakala pengiraan min dibuat menggunakan formula : Min = Jumlah bilangan kesalahan Jumlah murid

3.7 Kesimpulan Bab ini membincangkan secara keseluruhan metodologi kajian ini dijalankan. Perbincangan akan merangkumi reka bentuk kajian, subjek kajian dan instrument. Kajian telah diperjelaskan secara terperinci bagi mengumpul data. Dapatan kajian serta analisa data yang diperoleh daripada kajian ini akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 4.