Anda di halaman 1dari 8

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

PEMULIHAN Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku Panduan Am KBSR 1982. Dalam konteks KBSR, program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti. Murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan memerlukan pemulihan ialah mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid ini boleh ditemui di semua peringkat persekolahan, sama ada di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas. Sebaik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik dalam kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa. Abd Rahman Abd Rashid, Yap Kim Fatt, & Abd Rahim Selamat 1997: Pengajian Melayu. Longman (diubah suai) Objektif Pendidikan Pemulihan 1. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu 2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran 3. Membantu pelajar mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran 4. Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka. 5. Membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu 6. Membolehkan murid-murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial , sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 7. membolehkan murid-murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. JENIS- JENIS PEMULIHAN 1. Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)

Dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya adalah yang yang gagal menguasai 3M dan telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan. 2. Pemulihan Bahasa Melayu Dalam Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) Dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemuliham di jalan secara semerta.

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN. 1. Lemah dalam 3M 2. Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak. 3. Koordinasi mata dan tangan lemah 4. Tahap tumpuan yang singkat 5. Kurang keyakinan diri 6. Lambat bertindak balas 7. Gagal dalam ujian 8. Sukar menguasai apa yang diajar dalam masa yang ditentukan 9. Ingatan pendengaran dan ingatan penglihatan yang lemah 10. Darjah kecerdasan yang rendah berbanding dengan rakan sebayanya. 11. Seringkali sakit 12. Kerap ponteng sekolah 13. Kurang melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 14. Bermasalah tingkah laku 15. Sukar mengawal emosi

CONTOH MASALAH MURID PEMULIHAN: 1. Lisan: Perbendaharaan kata yang terhad Menggunakan dialek Menggunakan bahasa ibunda Lemah dalam kesantunan berbahasa Gagal menurut arahan Lemah ingatan pendengaran 2. Membaca Keliru dengan huruf yang hampir sama: b d , m, w Keliru dengan huruf-hurf besar dan kecil yang berubah: a A, b B Masalah dysleksia: [kail] [kali], [dada] dibaca [baba] Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih dari dua suku kata Membaca dengan berlagu

Lemah ingatan penglihatan Tidak faham apa yang dibaca Sukar membuat hubung kait Tidak dapat membuat urutan 3. Menulis Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk Salah ejaan Perbendaharaan kata yang terhad Aliran pemikiran tidak lancar Lupa format penulisan Lemah dalam penyampaian idea Ayat yang tidak gramatis Lemah dalam penggunaan tanda baca LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN PEMULIHAN Langkah-langkah Pengelolaan Sesi Pemulihan 1. Kenal pasti dan menganalisis murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian. masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik punca masalah dari aspek fizikal, intelek dan emosi yang mengganggu pembelajaran. 2. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. 3. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran 4. Melaksana aktiviti pemulihan yang telah dirancang. 5. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai 6. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih. STRATEGI PENGAJARAN PEMULIHAN 1. Secara Kumpulan Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid yang bermasalah Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru 2. Secara Individu Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu

AKTIVITI PEMULIHAN 1. Latih tubi Pemintal lidah Pasangan minimal Bersambut Rajah tukar ganti Padanan mudah 2. Karangan berpandu 3. Mazing / mencari jalan keluar 4. Teka silang kata 5. Mencari perkataan tersembunyi 6. Mencari gambar tersembunyi 7. Menyalin huruf / perkataan 8. Menekap 9. Mengurut huruf atau perkataan 10. Permainan Kim uji ingatan penglihatan 11. Menulis di udara / di atas pasir 12. Mendiskriminasi bunyi 13. Latihan membaca nyaring rakam dan perdengar semula 14. Pandang dan sebut 15. Latihan mengeja imlak 16. Jigsaw 17. Cerita bergambar 18. Menyusun ayat / perenggan / gambar mengikut urutan 19. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf 20. Permainan menyampaikan pesanan uji ingatan pendengaran KONSEP PENGAYAAN Definisi Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. OBJEKTIF PENGAYAAN 1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.

2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. 3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari 4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri. 5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan 6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat. 7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

MURID PENGAYAAN 1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang pentinhg seperi dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks. 2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran: pengamatan, pendengaran dan pertuturan. 3. berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling. 4. mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif. 5. berkebolehan belajar sesuatau dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain. PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN 1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. 2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. 3. Menggunakan daya usaha sendiri 4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial 5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah 6. Melibatkan pembacaan luas LANGKAH-LANGKAH MENJALANKAN PROGRAM PENGAYAAN Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan. 1. Kumpulan Mengikut Kebolehan Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza 2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan. Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan.

Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing Cara ini amat sesuai untuk amenjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan; 1. Pilihan Murid a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Jesteru, untuk memudahkan pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid yang lambat. c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas. 2. Pilihan Guru Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktivitiaktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan: 1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari. Guru memilih masa tertentu dalam mana-mana mata pelajaran setiap hari 3. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran Untuk tujuan pengukuhan kemahiran yang telah dipelajari 4. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran Murid yang menguasai kemahiran yang diajar lebih awal daripada rakan yang lain diberikan aktiviti pengayaan 5. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran Seiring dengan program pemulihan yang diberikan kepada kumpulan murid yang lambat menguasai kemahiran yang diajar atau menggunakan murid yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN 1. Bacaan Tambahan Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak Majalah pelajar Surat khabat / keratan Risalah-risalah 2. Kerja-kerja Projek Lawatan o Akuarium o Kebun Sains Melapor Peristiwa Menulis Cerita Membuat Zoo Mini Sekolah Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar Buku Skrap Mengadakan pameran bilik darjah Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ] 3. Permainan dan Rekreasi Teka Silang Kata Teka Benda Teka Teki Mencari Jalan Keluar Menyambung Titik Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita Mencari benda tersembunyi Meneka bunyi Dam Catur Sahiba Bingo

Ular dan Tangga Jigsaw Puzzle Bermain bentuk geometri Rubic Cube

Anda mungkin juga menyukai