Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

Kami telah diberi tugasan

menganjurkan dan mengelolakan satu

permainan tradisional pada kali ini dan permainan tradisional yang telah kami pilih ialah sepakraga bulatan atau dengan nama popularnya di kampong ialah sepak lingkung.Pada saya permainan tradisional yang kami pilih ini sememangnya sudah terkenal dan biasa kami lihat dan ada yang sudah mempunyai pengalaman bermain tetapi dalam konteks ini bukan bermain yang ditekankan tetapi pengurusannya yang menjadi tugasan utama.

Pada dasarnya tugasan ini tidaklah begitu rumit bagi saya dan rakanrakan kerana kami semua sememangnya telah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan sesuatu program sukan.

Perbincangan telah diadakan antara kami bagi melaksanakan proses penganjuran dan pengelolaan permainan ini.Dengan terbentuknya jawatankuasa penganjur ,maka pertandingan permainan tradisional ini telah dapat dijalankan dengan jayanya.Walaupun saya tidak berapa pandai bermain sepak raga lingkung ini tetapi pertandingan permainan tradisional yang diadakan telah menyebabkan saya berasa seronok bermain.

Beberapa

kekuatan

telah

saya

kenalpasti

apabila

belajar

cara

menganjurkan kejohanan atau pertandingan permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman saya bagaimana menjalankan akan dating. proses penganjuran yang yang bersistematik.Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola sesuatu projek pada masa

Beberapa perkara yang telah diajar dan di tegur serta dibimbing oleh En. Zamri selaku pensyarah pembimbing bermakna kepada saya. telah meninggalkan kesan yang cukup

Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kesan .Kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan.Walaupun kami semua adalah guru tetapi saya rasa aktviti dalam kumpulan memerlukan satu bentuk kerjasama yang cukup baik . inilah kelemahannya di mana tidak wujud kerjasama yang betul betul mantap bagi melaksana dan mengelolakan aktiviti ini.Hal ini demikian adalah kerana wujudnya ego dalam diri masing masing ,maklumlah semuanya sudah berumur dan mempunyai banyak pengalaman mengajar .

Saya juga dapati,masa yang diberi kepada kami untuk menganjur projek ini agak singkat.Dengan kekangan masa yang singkat ini sudah tentu perancangan yang benar-benar kemas dan mantap tidak dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya sesuatu program pertandingan sukan termasuklah sukan tradisional memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik pula memerlukan mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman.

DISEDIAKAN OLEH: NOR AZMAN BIN AHMAD