Anda di halaman 1dari 12

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ LARAS BAHASA 1.

DEFINISI LARAS BAHASA

Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan. Dalam amalan berbahasa, seseorang pengguna sering memilih variasi bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Contohnya seorang pengguna bahasa akan menggunakan bahasa yang rapi, bertatasusila dan jelas dalam situasi formal atau rasmi.manakala dalam situasi tidak formal, pengguna bahasa tersebut akan menggunakan bentuk bahasa yang bersahaja atau bahasa tidak formal. Menurut Ure dan Ellis (1977), language patterning regularly used a certain kind of situation pola-pola penggunaan bahasa yang lazim digunakan dalam keadaan tertentu. Manakala Halliday (1968) berpendapat laras ialah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsi. Seorang pengguna bahasa juga akan menggunakan bentuk bahasa yang sesuai dengan bidang yang diperkatakan dan mengguna struktur ayat atau ungkapan yang berlainan mengikut disiplin. Contohnya untuk memperkatakan bidang ekonomi, sseorang pengguna akan menngunkan kosa kata seperti inflasi, monopoli dan sebagainya. Pengetahuan tentang laras bahasa amat penting kerana sseorang pengguna bahasa yang cekap akan memilih laras bahasa yang sesuai dengan situasi tertentu. Penggunaan laras bahasa yang salah menggambarkan ketidaksempurnaan penguasaan bahasa seseorang. Selain itu, taraf kemajuan sesuatu bahasa juga diukur menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Ini adalah kerana kemunculan laras-laras bahasa baharu adalah selari dengan perkembangan sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat. Jumlah laras bahasa akan bertambah serta menjadi lebih rencam.

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ Menurut Nik Safiah Karim, pengunaan laras bahasa berlainan ditentukan oleh dua faktor utama iaitu ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dan ciri linguistik. Ciri keperihalan dibahagikan kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi luaran merujuk kepada latar belakang sosial dan kebudayaan pengguna sesuatu bahasa. Sebagai contoh bahasa klasik dikaitkan dengan suasana istana manakala bahasa slanga dikaitkan dengan golongan remaja banyak dipengaruhi budaya rock. Situasi persekitaran pula melibatkan aspek-aspek yang terlibat secara lansung dalam penggunaan bahasa. Antara situasi persekitaran yang mempengaruhi seseorang pengguna bahasa termasuklah : a) cara penyampaian merujuk kepada bentuk perhubungan yang digunakan, iaitu sama ada wacana itu disampaikan secara lisan ataupun tulisan. b) Bahan yang diperkatakan bermaksud isi kandungan dalam sesuatu wacana atau secara umumnya merujuk kepada bidang yang dibicarakan. c) Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa merujuk kepada hubungan yang wujud antara penghasil wacana dengan penerima wacana. d) Fungsi sosial perlakuan bahasa pula bermaksud penggunaan bahasa itu bertujuan untuk menghasilkan maksud atau perasaan tertentu seperti dalam hal menyampaikan pelajaran dalam bilik darjah yang menyebabkan berlakunya penggunaan laras bahasa yang berlainan.

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _

2)

CIRI-CIRI LARAS

Ciri-ciri sesuatu laras boleh dikenal pasti melalui peristiwa bahasa dan situasi penggunaan bahasa itu. Setiap peristiwa bahasa itu berlaku dalam konteks dan bentuk tertentu yang ditentukan oleh sekelompok masyarakat. Terdapat dua aspek yang menjadi faktor utama dalam sesuatu laras iaitu: Ciri-Ciri Keperihalan Aspek yang terkandung dalam ciri keperihalan peristiwa bahasa melibatkan dua perkara iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. Situasi Luaran Aspek yang terlibat dengan situasi luaran mempunyai kaitan dengan latar kebudayaaan dan sosial sesebuah komuniti bahasa. Antara aspek kebudayaaan ataupun sosial masyarakat seperti gelaran dan bahasa sapaan. Situasi Persekitaran Situasi persekitaran melibatkan aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa seperti: Cara penyampaian Penyampaian sesuatu bahasa dapat dipengaruhi oleh jenis bahasa yang digunakan sama ada menggunakan bahasa bertulis, bahasa lisan ataupun bahasa isyarat. Hubungan sosial dan peribadi Perhubungan sosial dan peribadi boleh berlaku dalam bentuk peribadi misalnya antara dua orang kawan rapat, dengan anggota keluarga dan pekerja dengan majikan. Sementara perhubungan tidak peribadi berlaku dalam bentuk komunikasi

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ yang jauh seperti dalam situasi penulisan rencana majalah, akhbar, buku-buku dan sebagainya. Perkara yang diperkatakan Setiap bahan yang dibincangkan turut mempengaruhi bahasa yang digunakan. Perkara ataupun bahan berkenaan boleh berkait dengan kegiatan seharian seperti makanan, kerjaya dan ilmu pengetahuan. Fungsi sosial Fungsi sosial merujuk pada peranan bahasa semasa digunakan. Misalnya, bentuk bahasa dalam penyampaian khutbah berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam mesyuarat ataupun perbualan seharian sesama rakan. Ciri-Ciri Linguistik Aspek linguistik yang menjadi cirri sesuatu laras termasuklah aspek: Morfologi Dari segi morfologi, didapati setiap laras mempunyai bentuk kata yang tertentu dan khusus. Setiap laras mempunyai kosa kata atau istilah tertentu yang hanya dipakai dalam laras berkenaan sahaja. Sebagai contoh dalam laras computer, antara istilah-istilah yang dipakai ialahHTML, web, e-mel dan sebagainya. Laras agama banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti iman, syariat dan wahyu. Kesimpulannya, penggunaan istilah atau perkataan khusus bidang tertentu menjadi suatu ukuran laras berkenaan. Sintaksis Daripada segi sintaksis atau pembinaan ayat, setiap laras mempunyai bentuk ayat yang tertentu, sama ada menggunakan ayat aktif yang dominan ataupun ayat pasif

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ yang dominan. Selain bentuk aktif ataupun pasif, jenis ayat iaitu ayat majmuk ataupun ayat tunggal juga menjadi ukuran perbezaan antara laras yang berlainan.

Fonologi Daripada aspek bunyi bahasa, bunyi yang dilafazkan akan membezakan antara satu laras dengan laras yang lain. Antara yang terkandung dalam bunyi bahasa ialah nada suara, tekanan, dan cara pengungkapan. Ucapan yang dilahirkan itu akan disertai dengan nada suara dan tekanan yang berbeza mengikut keperluan dalam situasi yang dihadapi. Misalnya, apabila berhadapan situasi sedih, maka nadanya berubah menjadi rendah ynag menunjukkan kesedihan. Apabila bersemangat dan gembira pula, nadanya menjadi lebih tinggi.

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _

3)

KEPENTINGAN LARAS

Pengetahuan berkenaan laras amatlah perlu bagi membolehkan pengguna bahasa sedar situasi bahasa yang berbeza yang wujud dalam kehidupan mereka.Ini dapat membantu pengguna bahasa memilih dan menggunakan laras yang sesuai mengikut situasi yang dihadapi. Laras juga menjadi pengukur sama ada penutur atau pengguna bahasa itubenarbenar menguasai sesuatu bahasa ataupun tidak.Antara kepentingan laras adalah: Semasa berurusan dengan masyarakat, tidak semuanya serupa dan mengikut kehendak, minat, perkara yang diperkatakan dan sebagainya. Ada yang formal, ada yang tidak formal. Oleh yang demikian, ia memerlukan suatu bentuk bahasa atau laras tertentu yang sesuai untuk digunakan mengikut situasi. Dapat menggambarkan peranan bahasa dalam masyarakat. Semakin besar bahasa itu berperanan, akan bertambah juga bilangan laras yang digunakan. Misalnya, laras bahasa Melayu akan bertambah sekiranya digunakan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kejuruteraan dan pendidikan, berbanding jika hanya digunakan sebagai bahasa pertuturan masyarakat Melayu sahaja.

Laras bahasa dapat menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasa sesebuah masyarakat dari segi pengaruh masyarakat itu dengan dunia luar atau pendedahan dengan ilmu dan kemajuan. Sekiranya masyarakat terdedah dengan perkembangan

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ teknologi, maka akan ada istilah khusus yang menggambarkan laras teknologi berkenaan. Menurut Ferguson (1968) kepelbagaian laras masyarakat itu dapat menentukan pencapaian taraf kemajuan sesuatu bahasa. Laras itu penting bagi mencerminkan keadaan sesuatu bahasa yang menentukan ukuran maju ataupun mundur sesuatu bahasa tersebut. Tanpa laras yang berbeza kita akan sukar membezakan antara sesuatu situasi yang berlangsung itu dalam suasana formal dan tidak formal. 4. JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Laras Bahasa Biasa Laras yang tidak melibatkan bidang tertentu. Antara ciri-cirinya ialah penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami iaitu tiada istilah a dan kurang kata pinjaman. Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat. Laras bahasa biasa terbahagi kepada laras bahasa biasa formal dan laras bahasa biasa tak formal Laras bahasa biasa formal digunakan dalam majlis rasmi, surat rasmi dan sebagainya. Manakala laras bahasa biasa tak formal digunakan dalam situasi tidak rasmi. Dalam laras tersebut, proses pengguguran berlaku dalam ayat-ayat yang digunakan, sama ada pengguguran subjek, predikat atau objek. Selain itu, bahasa yang digunakan ialah bahasa basahan. Laras Bahasa Sukan Biasanya disampaikan dengan gaya yang bersahaja dan jelas. Selain menggunakan katakata umum yang senang difahami, wacana ini juga diselitkan dengan kosa kata berkaitan dengan sukan atau bidang sukan tertentu seperti menang, tewas, suku akhir dan sebagainya.

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras bahasa perniagaan digunakan dalam iklan, tender, system akaun, laporan saham, penyata tahunan dan sebagianya. Dalam hal ini, kebanyakan laras bahasa perniagaan adalah dalam bentuk iklan. Bahasa iklan merupakan bahasa pengaruhan dan bertujuan membentuk tanggapan pengguna supaya mereka mengubah sikap dan melakukan tindakan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan. Retorik yang dipakai dalam iklan ialah retorik pemujukan. Selain itu, iklan banyak mengunakan kata adjektif serta ayat yang pendek dan ringkas. Bahasa yang digunakan bersifat kreatif dan imaginatatif. Iklan juga sangat mementingkan penyusunan dan pemilihan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa sehingga terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa. Iklan dapat dihasilkan melalui beberapa cara iaitu : a) slogan mutu, gaya dan keunngulan b) kaedah pernyataan lot banglo untuk dijual c) perkaitan konsep - Waheda dan Pantene d) perisytiharan memperkenalkan Perodua MyVi e) kaedah umpan - wang tunai RM500 menantikan kunjungan anda f) mesra HSBC bank sedunia, yang memahami kehendak setempat g) bandingan FAB lebih bersih dan harum h) gesaan cepat! Dapatkan naskhah anda hari ini i) pertanyaan menghadapi masalh kelumumur. Gunakan Clear Laras Bahasa Akademik

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ Laras bahasa akademik digunakan dalam bidang ilmiah seperti sains tulen, matematik dan matapelajaran lain. Ciri-ciri laras bahasa akademik : 1) memperlihatkan kematangan dan keintelektualan 2) menggunakan perkataan yang tepat 3) menyediakan nota kaki, nota hujungan dan bibliogafi 4) memanfaatkan istilah-istilah sperti malr hijau, keaktifan dan sebagainya 5) sukar difahami oleh orang biasa (jadual, graf, gambarajah) 6) banyak menggunakan kata nama dan kata kerja daripada kata adjektif 7) bersifat formal dan objektif 8) menggunakan sudut pandangan orang ketiga yang biasanya dibantu oleh ayat pasif 9) mengutamakan wacana pemaparan, penghuraian dan perbincangan Laras Bahasa Media Digunakan dalam penulisan berita atau rencana tentang isu semasa. Biasanya wacananya merupakan berita atau rencana. Rencana ialah karangan yang memberikan ulasan tentang isu semasa. Biasanya wacana ini merupakan pendapat surat khabar atau majalah. Cirri penting rencana ialah terdapat pelbagai kepelbagaian idea dan wacana ini menggunakan kosa kata yang senang difahami oleh masyarakat umum. Berita pula bertujuan memberikan malumat tentang sesuatu kejadian yang dapat menarik perhatian orang ramai. Bahagian yang penting diletakkan di bahagian awal bertujuan membolehkan pembaca memahami keseluruhan berita itu. Antara cirri-ciri berita ialah : a) bentuk ringkas tetapi kandungan beritanya maksimum. b) Tidak mementingkan gaya dan nahu

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ c) Menitikberatkan ketetapan, kejituan dan keringkasan d) Mudah difahami e) Tiada bahasa berlapis-lapis, berbelit-belit dan berbunga-bunga f) Kandungannya berbentuk pyramid terbalik Berita mengandungi judul dan teks. Judul berperanan memperkenalkan apa-apa yang ada dalam teks berita. Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk : a) ringkasan b) tafsiran c) petikan Laras Bahasa Sastera (Kreatif) Laras bahasa jenis ini memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Bahsanaya boleh terdapat dalam bentuk naratif, deskrpitif, preskriptif, dramatik dan puitis. Antara ciri-ciri bahas sastera ialah : a) kreatif dan imaginatif mesejnya kabur b) mementingkan penyusunan, pengulangan dan pemilihan kata c) puitis dan hidup diselangseli dengan monolog, dialog dan sebagainya d) menggunakan bahasa tersirat perlambangan, kiasan, peribahasa dan sebagainya e) terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa Larasa Bahasa Sains Wacana laras bahasa sain disampaikan secara formal atau objektif. Segala maklumat yang diberikan berdasarkan kajian dan fakta. Wacana ini juga memperlihatkan penggunaan perkataan yang tepat dengan meninggalkan kata-kata yang membazir. Kebanyakan kata yang digunakan ialah kata nama manakala kata adjektif jarang-jarang digunakan. Selain itu, wacana ini juga menggunakan kosa kata dan formula/rumus yang

10

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _ berkaitan dengan bidang sains seperti fotosintesis, tenaga kinetik, karnivor dan sebagainya.

Laras Bahasa Undang-Undang Laras bahasa ini terdapat dalam teks yang berkaitan dengan perundangan. Teks undangundang mengandungi prinsip undang-undang dan biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. Pada sesuatu seksyen, terdapat pada pecahan atau subseksyen. Laras bahasa undang-undang juga mengandungi frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain. Selain itu, wacana undang-undang tidak menggunakan gambar atau graf untuk menjelaskan aspek undang-undang tertentu. Antara cirri penting dalam laras bahasa undang-undang ini termasuklah wacana ini sangat mementingkan kepersisan, keobjektifan, kejelasan dan keterperincian. Wacana ini juga menggunakan istilah-istilah dan kata-kata yang ada kaitannya dengan undang-undang seperti petisyen, mandatory, defendan dan sebagainya. Larasa Bahasa Agama Larasa bahasa agama mengandungi istilah agama daipada bahasa Arab. Struktur ayatnya banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Wacana ini digunakan untuk menerangkan sebarang topik yang ada kaitannya dengan agama termasuklah akidah, fiqah, kisah-kisah Nabi dan para sahabat serta kadangkala diselitkan dengan petikan daripada Al Quran dan Hadis. Selain itu, wacana ini kerap menggunakan kias ibarat.

11

Bahasa Melayu Komunikasi Laras Bahasa _______________________________________________________________________ _

12