Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2012 ( KAISARA ) SEKOLAH KEBANGSAAN PENDANG, 06700 PENDANG, KEDAH.

KAISARA
i K - Kecemerlangan i A - Akademik i I - Intelek i S - Sahsiah i A - Agenda i R - Raih i A - 5A

RASIONAL Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kaisara berlandaskan Falsafah Pndidkan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, Kaisara dijadikan medium bagi melakar kejayaan untuk anakanak didik di SK Pendang pada tahun ini. Kejayaan akademik merupakan tulang belakang inspirasi kehidupan insan. Namun di sebalik itu, terdapat elemen lain yang menyokong kejayaan tersebut sering dipandang sepi. Justeru KAISARA, satu program yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani serta sahsiah yang jitu berlandaskan FPK. Justeru membudayakan kaizen dalam aspek pendidikan merupakan satu usaha murni yang berterusan ke arah penambahbaikan dalam semua kerja dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja serta berusaha meningkatkan kecekapan dan keterampilan melalui aktiviti-aktiviti perkembangan insan yang menyeluruh melalui latihan, kursus motivasi, perkongsian pintar, bengkel, aktiviti membaca yang bermatlamat ke arah pendidikan seumur hidup.

Walaupun ringkas nama diberi,projek ini dijalankan secara serampang dua mata. Di samping menjana kecemerlangan akademik, pada masa yang sama pembentukan sahsiah tidak boleh diabaikan. Sahsiah yang cemerlang, melengkapkan lagi pakej kegemilangan pembentukan modal insan ke arah melahirkan warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua lapangan.

OBJEKTIF i Memastikan semua murid berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR. i Murid-murid terdiri daripada pelbagai kecerdasan oleh itu pendekatan yang disampaikan berbeza berdasarkan tahap penerimaan seseorang individu. i Setiap murid diberi peluang untuk menonjolkan kebolehan yang dimiliki.

PENGISIAN KAISARA Terdiri daripada 4 komponen utama: i Akademik i Kerohanian i Emosi i Jasmani Akademik i Kelas Tambahan Harian & Cuti Sekolah i Latih Tubi i Kelas Intensif Kerohanian i PAFA Temanku i Kem Kerohanian i Bacaan Yasin i Solat Hajat Jasmani i Setiap murid berpeluang menonjolkan bakat i Berkebolehan, aktif, serta mampu bersaing i Dorongan, motivasi dan latihan

Emosi/Motivasi i Persediaan awal menghadapi UPSR/Seminar Bijak Belajar i Perjumpaan Ibu Bapa Bersama Guru i Teknik Menjawab Soalan i Kem Motivasi i Mutiara Kata i Imbuhan Jaya

RANGKA KERJA PROGRAM KAISARA UPSR 2012

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

1) Kelas Tambahan i. Harian (1.15 2.15 tgh.) ii. Cuti Sekolah (pertengahan penggal dan pertengahan tahun) iii. Kelas Malam (8.30 10.00 malam) - Fokus kepada latih tubi menjawab soalan - Melibatkan semua guru Tahun 6 -Latih Tubi 2) Gerak Gempur - Bahan P&P yang dibekalkan oleh JPN dan PPD -Soalan-soalan lepas (UPSR dan Percubaan) - Murid-murid sederhana dan cemerlang diberi latihan intensif

3) Teknik Menjawab Soalan - Murid-murid diberi pendedahan berkenaan format soalan dan cara-cara menjawab megikut kehendak soalan 4)Kem Motivasi - Meningkat keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri - Membentuk semangat jati diri 5) Jadual Blok Jul Sept 2011 - Dikenali sebagai sistem kepong - Murid hanya belajar 5 subjek UPSR, Pendidikan Agama Islam dan PJK - Setiap hari murid menjawab soalan model UPSR dan perbincangan jawapan. - Soalan dari negeri lain

PROGRAM PENINGKATAN KEROHANIAN

1) Kem Kerohanian a) Qiamullail b) Ceramah Keibubapaan Berkonsepkan Islam 2)Bacaan Yassin / Solat Hajat - Selepas Solat Maghrib sebelum Kelas Malam di surau sekolah - Peringkat perdana diadakan bersama ibu bapa

3 )Slot Mutiara Sepanjang tahun - Dikendalikan oleh Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan , Guru Kaunseling dan guru-guru lain - Dijalankan secara formal (perhimpunan aliran tahun 6) atau dalam suasana santai 4)Imbuhan Jaya Setiap kali selepas ujian dan peperiksaan - Penghargaan diberi setiap kali selepas ujian kepada murid yang berjaya memperoleh 5A. Motivasi kepada murid tersebut dan pada masa yang sama merangsang murid lain supaya berusaha lebih gigih jika ingin berjaya.

STRATEGI PELAKSANAAN KAISARA 01 Menyampaikan cadangan dalam mesyuarat AJK Tahun 6 untuk dipersetujui. 02 Menganjurkan sesi pertemuan dan dialog dengan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 2012 03 Mengemukakan kertas cadangan program kecemerlangan UPSR. 04 Menubuhkan jawatankuasa bertindak melaksanakan program 05 Mengadakan kelas bimbingan percuma bermula Februari 2012. 06 Menganjurkan kelas bimbingan bagi murid lemah dan cemerlang. 07 Menganjurkan kem motivasi yang bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid. 08 Merancang program Teknik Menjawab Soalan (TMS) bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid cara memahami serta menjawab mengikut kehendak soalan sebenar. 09 Memberi ganjaran kepada murid-murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang sebagai menghargai usahanya di samping sebagai pendorong kepada rakan-rakan yang lain supaya rajin belajar. 10 Pemantauan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Pelaksana.

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KAISARA UPSR 2012

PENGERUSI : TN. HJ KAMALUDIN B SAAD (GURU BESAR) NAIB PENGERUSI 1 : EN. ZAKARIA B ABD RAHMAN (PK PENTADBIRAN) NAIB PENGERUSI 2 : PN. NOR ZANITA BT BAKAR (PK HEM) SETIAUSAHA : PN ZALINA BT DIN PENYELARAS : TN. HJ AHMAD NURUDIN B SHAFIE BENDAHARI : PN. RAMLAH BT KASSIM AJK : PN. FAIZAH BT KAMARUDDIN PN. HJH NOOR SHAHADAH BT RAMLI EN. MOHD ROSHIDI B AB KADER PN. RASHADAH BT IDRIS PN. NORUL AZLIN BT ISMAIL PN. HAMIDAH BT JAMIL PN. HJH CHE LIAN BT ABDULLAH PN. WARDUNA BT KHALID PN. NOR AZLITA BT ABD HAMID PN. NORILZA BT SALLEH EN. MOHD ASRI B HJ ABU BAKAR EN. MOHD YUSRI B MOHD YUSUF EN. ISMAIL ZAKI B HJ IBRAHIM

Anda mungkin juga menyukai