Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim. (Robbishsrohli) Yang berusaha Pengerusi Bersama Majlis persaraan Guru Besar, En.

Zailan b Ismail (Guru Penolong Kanan SK.Pelagat) bersama Tn.Hj.Adnand b Hussin (Pengerusi PIBG SK.Pelagat). Yang DiRaikan En.Mohd Rashdi b Zakaria (Guru Besar SK.Pelagat) Yang dihormati Tn.Hj.Baharuddin b Ibrahim (Pegawai Pelajaran Daerah Besut) beserta dengan Pn.Nazilan bt Md.Salleh ( Pegawai Fasilinus di Pejabat Pelajaran Daerah Besut merangkap Pegawai Perhubungan SK.Pelagat). Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, ustaz ustazah, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Kakitangan Sekolah dan Pekerja Swasta Seterusnya semua murid yang di kasihi sekelian.

Melati Kuntum Tumbuh Melata Sayang Merbah dipohon Cemara Assalamualaikum mulanya kata Saya Sembah Pembuka Bicara Pagi Yang Indah Penuh Ceria Hari Yang Berbahagia Penuh Bermakna Kami bawakan hari ini majlis persaraan Guru besar kita En.Mohd Rashdi gerangan orangnya Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata Selamat Datang Awal Bismillah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti Di bawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Di petik gadis di tepi titi Doa di baca memohon Rahmat Moga majlis lebih di berkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, mari lah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan di sampaikan oleh Ustaz Mohd Nazri b Mansor. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. (Amin Amin Ya Rabbal Alamin.) Terimakasih di ucapkan kepada Ustaz Mohd Nazri b Mansor diatas bacaan doa beliau itu tadi. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang di rahmati Allah sekelian , Majlis di teruskan lagi dengan ucapan ketua murid (adik Mohd Aiman hakim b Mat Ropi)

(Terima kasih di ucapkan kepada Adik Mohd aiman b Hakim ) Seterusnya hadirin dan hadirat sekelian marilah kita sama-sama mendengar ucapan wakil guru yang akan di sampaikan oleh En.,Zailan b Ismail ( Guru Penolong Kanan Kurikulum Sk.Pelagat). (Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan) (Terimakasih En.Zailan di atas ucapan itu tadi) Majlis diteruskan dengan ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tuan Haji Baharuddin b Ibrahim.

(Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tuan) (Terimakasih diucapkan kepada Tuan Pegawai PPD) Seterusnya tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada yang diRaikan en.Mohd Rashdi b Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

(Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang di Raikan En.Mohd Rashdi b Zakaria di atas ucapan itu tadi)

Jasa mu di kenang Budi mu tak terbilang Semangat mu dijulang Kepimpinan mu gemilang Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itulah lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk di telan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat di kandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita dengarkan pengkisahan dan saksikan persembahan multimedia tentang Tuan Guru Besar, En.Mohd Rashdi b Zakaria.

( Itulah sebentar tadi dapat kita dengarkan pengkisahan dan saksikan persembahan multimedia sempena persaraan yang diRaikan En.Mohd Rashdi b ZakariaMudahmudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua). Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat.

Seterusnya Majlis di sambung oleh rakan setugas saya, Pn. Noor Azila bt Abd.Wahid.

Anda mungkin juga menyukai