Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Kesusasteraan merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah. Keindahan kesusasteraan memukau deria rasa dan deria intelek peminatnya. Setiap bangsa mempunyai kesusasteraan yang dibanggakan. Bermula dengan tradisi lisan, kemudian beralih kepada tulisan dan kini kesusasteraan memasuki ruang siber. Kesusasteraan bermula di teratak rakyat pada zaman primitif, berkembang di istana raja, merendang semula di ruang masyarakat perindustrian, dan kini memasuki dunia siber.

Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pensyarah dari USM menyatakan bahawa ruang perjalanan yang dilalui oleh kesusasteraan sama dengan ruang perjalanan tamadun manusia itu sendiri. Sejarah kesusasteraan memperlihatkan perkembangan yang berliku-liku. Setiap zaman itu membawa persoalan yang tersendiri kepada kesusasteraan. Setiap zaman memberi fungsi yang tertentu kepada kesusasteraan. Bermula dengan fungsi untuk manusia sebagai wahana hiburan dan pengajaran, kesusasteraan kemudian berfungsi untuk dirinya sahaja. Pada peringkat awal, fungsi ekonomi yang dimiliki oleh kesusasteraan tidak begitu menyerlah.

Namun semenjak kesusasteraan diangkat sebagai satu bidang ilmu maka fungsi ekonominya semakin jelas. Hakikat ini jelas apabila kedudukan pengajian kesusasteraan di universiti menampilkan dirinya bukan sahaja sebagai satu bidang ilmu tetapi juga sebagai satu peluang dalam bidang pekerjaan.

Graduan yang lahir dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan berpeluang melamar pekerjaan di beberapa sektor khususnya dalam bidang pendidikan seperti guru,
1

penerbitan dan kewartawanan. Sektor pendidikan menawarkan peluang pekerjaan yang paling banyak khususnya pada peringkat sekolah. Kebanyakan pelajar yang membuat pengkhususan dalam bidang kesusasteraan merupakan bakal guru. Manakala sektor penerbitan dan kewartawanan agak terhad.

KESUSASTERAAN
1.0 Pengenalan Kesusasteraan

Menurut Hashim Awang dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1985), sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat namun ia juga terlibat dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Menurut Baharuddin Zainal dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1975), karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya.

Kata sastera Melayu adalah gabungan dua perkataan, iaitu sastera dan Melayu. Menurut Abd. Halim A. Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1986), kata sastera berasal daripada kata Sanskrit castra yang bererti kitab atau buku. Hashim Awang dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar mengatakan bahawa penambahan kata su yang bermaksud indah, lebih baik, lebih berfaedah, dan juga dengan penambahan imbuhan apitan ke...-an menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

1.1

Definisi dan Konsep Sastera

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Contohnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, iaitu prosa dan puisi. Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, iaitu dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah cerpen, novel, skrip drama, essei dan sebagainya.

Puisi pula merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan "tidak menuruti tatabahasa". Ia sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk baris-barisan. Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah sajak, syair, pantun, gurindam, lirik, seloka, mantera dan sebagainya.

Manakala novel adalah satu bentuk kesusasteraan yang baru dibandingkan dengan genre lain mengikut perkembangan masa secara krononogi. Jika dibandingkan dengan cerpen, kemunculan novel adalah lebih awal daripada cerpen. Novel muncul dan berkembang dalam Kesusasteraan Melayu kira-kira satu abad yang lalu.

Perkataan novel berasal daripada bahasa Latin iaitu novellus dan novies yang bermaksud baru, atau novella yang bermaksud suatu benda kecil yang baru. Novel adalah karya yang mengungkapkan aspek-aspek kehidupan dan kemanusiaan yang lebih mendalam serta terperinci dan pengajiannya pula disampaikan dengan begitu halus dan teliti.

Shahnon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1979) menyatakan novel ialah suatu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Dalam kalangan penulis Inggeris dan Amerika pula, novel bermaksud menggunakan suatu konsentrasi kehidupan pada suatu saat yang tegang serta pemusatan kehidupan yang tegas.

1.2

Kesusasteraan Melayu Moden Peralihan dari tradisional ke moden berlaku kepada sastera Melayu pada

awal abad ke 20, terutama setelah tamat Perang Dunia kedua. Penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) pada 6 haribulan Ogos 1950 telah menjadi tunjang kepada perjuangan para penulis, sama ada yang menuntut kemerdekaan, mahupun penulis yang ingin menyedarkan masyarakat tentang isu-isu sosial. Karyakarya juga tidak lagi muncul dalam bentuk sastera tradisional. Perubahan tersebut jelas dapat dilihat dalam bentuk gaya penulisan dan temanya seringkali tema berkisar tentang isu-isu sosial dan ketidakadilan.

Semangat berkarya ini dapat dijana dan diperkukuhkan kerana di sini jugalah menjadi tempat ramai penulis-penulis hebat di Nusantara bermastautin dan menjadikan Singapura sebagai medan dan juga inspirasi untuk melahirkan karyakarya agung mereka. Di antaranya ialah Sasterawan Negara Malaysia, A Samad Said. Novel-novelnya yang ditulis pada tahun-tahun enam puluhan mempunyai latarbelakang negara Singapura. Antaranya ialah novel Salina, yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat terutama orang Melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk meneruskan kehidupan di tengahtengah kehancuran selepas perang. Kisah-kisah perjuangan bagi meneruskan hidup sebegini bukanlah asing dalam novel-novel Melayu pada waktu itu. Selain tema ini, terdapat juga novel-novel alternatif yang bertemakan cinta, kasih sayang dan perkahwinan yang merupakan bahan bacaan yang popular terutama di kalangan anak-anak muda. Terdapat juga mengandungi unsur-unsur erotik seperti novel pengantin baru, pelayan dan rumah ibu ayam ini.

RANJAU SEPANJANG JALAN KARYA SHAHNON AHMAD


1.0 Latar Belakang Karyawan

Pada 13 januari 1933 merupakan kelahiran seorang sasterawan besar Malaysia, yang dilahir di Kampung Banggul Derdap, Sik Kedah. Namanya ialah Shahnon Ahmad. Jika kita perhalusi Shah dalam bahasa Arab maknanya raja dan Non di sebuah tempat yang jauh. Benarlah Shahnon menjadi seorang raja yang jauh, panjang atau lama dalam sejarah. Shahnon Ahmad pernah dinobatkan sebagai Raja Novelis Malaysia.

Shahnon Ahmad mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sik, 1942-46. Stelah lulus darjah enam, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star dan mendapat School Certificate 1953. Kemudian dia menjadi guru sementara di Kuala Terengganu. Pada tahun 1954, dia menjadi pegawai kadet Askar Melayu Diraja dengan mengikuti latihan tentera di Port Dickson sehingga Mei 1955. Malang tidak berbau kakinya telah patah dalam suatu latihan untuknya menyambung pelajaran ketenteraan di England. Dia terpaksa balik kampong. Di kampung dia menjadi penganggur. Kemudian dia mendapat peluang menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Gunung Alor Star sehingga 1957, kemudian bertukar ke Sekolah Bukit Besar sampai 1960. Bertukar pula ke Maktab Abdul Hamid untuk menjadi guru bahasa sehingga 1963, dilantik menjadi guru kanan bahasa dan kesusasteraan Melayu hingga 1967. Suatu perubahan yang radikal dalam hidupnya ialah pada Mei 1968 bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Bahagian Perkamusan di Universiti Kebangsaan Australia, Canberra di bawah pimpinan Prof. A.H.John hingga 1971. Peluang inilah
6

digunakannya untuk belajar sehingga memperolehi ijazah sarjana muda dalam Pengajian Peradaban Asia Tenggara. Kemudian pulang ke Malaysia dan menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris selama lapan bulan. Dari MPSI itu Shahnon berhijrah ke Universiti Sains Malaysia dan menyiapkan ijazah sarjananya dengan mengkaji sajak-sajak kabur.

1.1

Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan

Kisahnya berkisar sebuah keluarga petani iaitu Lahuma si bapa, Jeha si ibu dan tujuh anak perempuan mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang hidup pada pertengahan abad ke-20.

Menjadi keluarga anak tani bukannya mudah. Mereka mengusahakan sawah mereka dengan penat jerih. Hidup dan mati mereka semuanya bergantung pada hasil padi. Padi menjadi segala-galanya bagi mereka. Makanan, wang, semuanya datang daripada hasil padi. Walau untuk satu musim, padi tidak boleh terkurang.

Kedaifan keluarga petani ini bertambah teruk apabila Lahuma meninggal dunia akibat terpijak onak nibung. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.

Mereka

mempertahankan

pokok-pokok padi mereka daripada banjir,

serangan ketam dan burung-burung tiak. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air.

Ketam-ketam mematahkan tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang menyerang, memakan padi. Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila dan meninggalkan pula beban mengusahakan sawah kepada anak-anak dara Jeha.

1.2

Persoalan Yang Dibangkitkan Dalam Novel

Persoalan yang jelas terpapar dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah soal kemiskinan masyarakat tani di desa. Kemiskinan adalah keadaan dimana berlaku kekurangan terhadap perkara-perkara yang biasa diperlukan oleh seseorang individu seperti makanan dan minuman, pakaian serta tempat tinggal kerana keperluan ini sangat berkait rapat dengan kualiti hidup manusia. Makna lain kemiskinan juga adalah apabila sesutau tempat itu tidak mempunyai jaringan pendidikan dan pekerjaan yang boleh menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup sekumpulan masyarakat. Isu kemiskinan merupakan masalah global yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun pada masa sekarang. Istilah kemiskinan ini adalah sangat subjektif dan komparatif, sementara yang lainnya melihatnya dari segi moral dan evalutif dan lain lagi memahaminya dari sudut ilmiah yang telah mapan.

Shahnon Ahmad mendapat namanya dalam novel melalui Ranjau Sepanjang Jalan, yang banyak mendedahkan masalah kemiskinan masyarakat tani di desa Banggul Derdap yang telah membawa kepada penderitaan sehingga ke akhir hayat.

Shahnon Ahmad lebih merasai segala penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat tani kerana latar novel ini merupakan novel kelahiran beliau sendiri iaitu Kampung Banggul Derdap. Novel tersebut diilhamkannya pada sekitar tahun 1960-an apabila keadaan masyarakat Melayu pada masa itu terbiar di desa-desa terpencil, akibat dasar yang diamalkan oleh penjajah. Masyarakat Melayu pada masa itu rata-rata terdiri daripada golongan petani yang serba kekurangan. Keadaan tersebut jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam karyanya iaitu novel Ranjau Sepanjang Jalan.

Persoalan kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini. Persoalan dalam novel ini begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin. Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah, kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi.

Shahnon Ahmad juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas bahawa tanpa padi, masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru ditanam, apabila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka
9

tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma ;

Padi mesti ditanam. Mesti dijaga. ...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung kepada kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang. (Shahnon Ahmad. 1995:185)

Sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan mati menurut Shahnon Ahmad. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguhsungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah kewangan.

Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang

10

kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya keganasan dan kekejaman alam ini.

Persoalan kemiskian menjadi pilihan oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya. Ini kerana, tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon, kerana keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, murid-murid yang pernah beliau didik semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin, tambahan juga penuntut-penuntut sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan.

Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan murni. Kemiskianan dan keperluan rakyat juga diangkat oleh Shahnon dalam novel-novelnya yang lain seperti novel Seluang Menodak Baung.

11

1.3

Perjuangan

Dan

Sumbangan

Shahnon

Ahmad

Dalam

Bidang

Kesusasteraan Kepada Pembangunan Masyarakat Melayu

Sepanjang penglibatannya dalam menghasilkan karya sastera selama lebih kurang 40 tahun, sejak 1960-an, Shahnon Ahmad sering kali membawa pembaharuan dan perubahan dalam membinaan novel-novelnya, selaras dengan perkembangan masa dan masyarakat. Menerusi novel-novelnya, Shahnon Ahmad sering menegaskan betapa sayang dan cinta kepada bangsanya. Beliau begitu peka terhadap masalah kemiskinan orang melayu.

Bagi Shahnon tiada gunanya sebuah karya besar atau agung kalau tidak mempunyai impak kepada masyarakat. Penampilan Shahnon Ahmad dalam arena karya kreatif, khasnya novel banyak menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada masyarakat tanah air terutamanya golongan atasan supaya tidak mengeksploit golongan bawahan. Kekuatan yang dapat dilihat pada Shahnon Ahmad adalah dari segi perjuangan beliau terhadap masyarakat terutamanya masyarakat melayu sendiri. Berdasarkan persoalan yang terdapat dalam novel beliau, jelas

menunjukkan bahawa Shahnon Ahmad ingin melihat bagaimana sastera dapat berperanan sebagai alat perjuangan masyarakat. Di sini, dapat kita lihat bahawa Shahnon Ahmad bukanlah materialistik, tetapi keutamaannya adalah perjuangan. Sastera baginya ialah alat yang berkesan untuk membangunkan masyarakat.

Mengikuti perkembangan penulisan Shahnon Ahmad, kita akan dapati beliau seorang yang sangat peka dengan pergolakan kemasyarakatannya. Peristiwa negara akan diberinya makna-makna mengikuti tafsiran seorang sasterawan.

12

Kemampuannya menghasilkan karya yang pelbagai menunjukkan kemahiran luar biasanya sebagai penulis. Isu pembangunan tercerna dalam novel Srengenge, politik dalam novel Menteri, kemiskinan dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan, unsur islam dalam al-Syiqaq dan sebagainya. Shahnon Ahmad sesungguhnya pengarang yang amat luar biasa bakatnya.

Shahnon Ahmad membuktikannya sebagai karyawan versatile. Malah kekuatan bahasa novelnya sangat kuat dan mengasyikkan. Tidak syak lagi Shahnon Ahmad merupakan puncak kejayaan penulis-penulis novel di Malaysia. Kita ramai novelis, mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kejayaan Shahnon Ahmad di dalam penulisan novel tidak ada siapa yang dapat mencabarnya.

Kebijaksanaan Shahnon Ahmad menghadirkan rasa loya penulis sebagai pembaca dengan variasi metafora dan unsur figuratif yang mantap mendorong penulis untuk mengkaji maksud tersirat yang disembunyikan lewat duri nibung, nanah, burung tiak dan ketam yang beribu dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Begitu juga, kewujudan Negara Belantara dalam novel Patriarch yang tidak berpijak pada latar realistik secara lansung menarik deria analisis penulis untuk mendalami erti kewujudan watak seperti Partriarch, Wak Da, Mek Besah dan Jusuh Hitam. Hasilnya, Shahnon Ahmad mendapati karya-karya beliau membuka ruang untuk penulis menjana pemikiran yang kritis. Karya-karya beliau memberi jalan kepada penulis untuk melihat dasar kehidupan, politik dan kebudayaan tempatan yang diterjemahkan dengan penuh simbolik.

13

Pendekatan seperti itu yang dapat ditemukan dalam karya-karya Shahnon memperlihatkan keghairahannya terhadap beberapa pengarang idolanya seperti Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White. Karya-karya Pramoedya digemari kerana kekuatan ideologi serta bahasanya, manakala Patrick White lantaran kemampuan beliau mengetengahkan warna setempat dalam karya-karyanya. Hasil tulisan sasterawan Shahnon Ahmad bersifat merentas zaman. Kekuatan sifat itulah menjadikan pembaca generasi baru tidak berasa terpinggir untuk terus membaca, mendalami dan menganalisis karya-karya malar segar yang beliau hasilkan. Tema beliau iaitu kemiskinan, agama, politik dan budaya menjadi tema sepanjang zaman yang memikat hati khalayak pelbagai generasi.

Dalam masa yang sama, keupayaan Shahnon Ahmad sebagai lidah masyarakat menjadi antara sebab utama karya-karya sasterawan mapan ini menarik minat meskipun daripada kalangan angkatan pembaca dan sasterawan muda. Kemampuan dan keupayaan Shahnon mengungkat permasalahan masyarakat terutamanya dari aspek politik dan kebudayaan melayu sangat mengesankan. Anak kelahiran Banggul derdap, Sik, Kedah ini mengadunkan pengalaman beliau sebagai anak desa yang melihat kepincangan sistem sosial dan pemerintahan dengan tautan perlambangan-perlambangan alamiah yang meyakinkan. Jelas sekali, Shahnon Ahmad menampilkan dirinya sebagai pengarang dan masyarakat desa yang begitu cinta akan desa dan warga desanya sendiri melalui karya kreatif. Nilai kedesaan yang ada pada Shahnon sebagai pengarang melayu ini adalah satu perkara penting yang jarang dapat dirasai dalam karya-karya terkini. Keupayaan ini adalah satu kekuatan yang dimiliki Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

14

Karya-karya

Shahnon

Ahmad

mampu

berdiri

sebagai

satu

bahan

dokumentasi yang baik terutamanya dalam konteks kebudayaan dan alam pemikiran melayu. Melalui perincian dan pemerian Shahnon Ahmad tentang selok-belok kehidupan masyarakat melayu, pembaca dan penulis muda berpeluang menyimpan maklumat yang diberikan Shahnon Ahmad secara fiksi itu dalam sistem memori. Hal ini sangat bermanfaat kepada penulis muda apabila berdepan dengan situasi-situasi yang memerlukan penulis memanfaatkan bahan dokumentasi Shahnon Ahmad dalam konteks interteks.

Keunggulan karya-karya Shahnon Ahmad dalam merentas zaman berjaya menarik perhatian pembaca dan penulis muda apabila Shahnon tekal menjadi

dirinya sendiri. Dalam hal ini, Shahnon senang menjadikan karya beliau sebagai medium pemberotakan dirinya sebagai rakyat. Melalui pengalaman demi

pengalaman dan rasa tidak puas hati terhadap sesetengah sistem pemerintahan yang dilihat menindas kaum melayu terutamanya golongan petani, Shahnon menjadi suara masyarakat yang diterjemahkan dalam bentuk cereka. Sungguhpun segala pemberotakan dan rasa tidak puas hati Shahnon ditempiaskan dalam bentuk fiksyen, pembaca dan penulis muda masih mampu menanggapi isu-isu tersirat yang ditampilkan Shahnon Ahmad.

Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwaperistiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat betapa lemahnya orang

15

Melayu apabila keadaan politik, ekonomi dan sosial menekan seperti peristiwa 13 Mei 1969. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan manusia- manusia riak.

Shahnon Ahmad bukanlah seorang pemikir yang mendahului zamannya tetapi beliau tetap merupakan pelopor yang paling sensitif terhadap perubahanperubahan penting yang melibatkan bangsanya. Apa yang paling mengamit atau menyentuh perasaannya adalah manusia itu tidak mampu merasai nilai seperti mana yang seharusnya dirasai dan dinikmati oleh seoarang yang bergelar manusia. Persoalan inilah yang ingin ditonjolkan sebenar-benarnya oleh Shahnon Ahmad dalam beberapa novelnya.

Kewujudan dan sumbangan Shahnon Ahmad dalam dunia sastera negara akan kekal menjadi perbicaraan penting sepanjang zaman. Beliau menjadi teladan kepada pembaca terutamanya penulis muda untuk bangkit menjadi lebih kreatif, yakin dengan apa-apa yang ditulis dan mampu menjadi pembela agama, bangsa dan negara melalui wacana sastera perdana.

Kesungguhan dan nilai sensitiviti yang tinggi terhadap kehidupan dan persekitarannya menjadikan Shahnon Ahmad memenangi kategori cerpen dengan judul Kepikunan dan menerima anugerah Mastera 2010. Shahnon Ahmad menyuntik semangat penulis muda untuk kenal kewajipan yang dipikul sebagai penulis berhemah dan bertanggungjawab dengan pendekatan sastera kerana Allah.

16

Lantaran itu, Shahnon Ahmad ibarat permata di tengah sahara dan hanya jauhari yang mengenal manikam.

17

KESIMPULAN

Bidang kesusasteraan masa kini telah membawa impak yang besar dan membuka mata masyarakat melayu terutamanya para pembaca dan karyawankaryawan yang lain. Selain menjadi hiburan bacaan di masa yang lapang, namun sebenarnya kesusasteraan ini dapat menyedarkan pembaca terutamanya

masyarakat melayu pada masa ini yang sedang leka dibawa zaman. Kesusasteraan ini juga telah membawa para pembaca mengenal erti kehidupan sebenar masyarakat melayu, contohnya melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.

Shahnon Ahmad merupakan seorang sasterawan yang unggul dalam menhasilkan karya-karyanya. Beliau menitik beratkan soal bangsa melayu iaitu bangsanya sendiri. Beliau begitu peka terhadap masyarakat melayu dalam menhasilkan karya-karyanya seperti novel Ranjau Sepanjang Jalan yang

menceritakan tentang kemiskinan masyarakat melayu yang tinggal di kampungkampung.

Jelaslah bahawa kesusasteraan mada masa kini lebih kepada menekankan soal pembangunan masyarakat melayu samada dari segi sosial, ekonomi mahupun politik. Shahnon Ahmad merupakan salah seorang Sasterawan Negara yang memainkan peranan dalam bidang kesusasteraan yang masyarakt melayu ini. menekankan soal

18

BIBILIOGRAFI

Ahmad, S. (1991). No Harvest But A Thorn : Ranjau Sepanjang Jalan, trans. A. Amin Petaling Jaya: Fajar Bakti

Mohamed Pitchay Gani (Ed.)(2005). Dari gerhana ke puncak purnama: Biografi ASAS 50. 55 tahun dalam persuratan. Angkatan Sasterawan 50.

Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965. Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.

Ooi Eng Lye. (2005). Novel-novel Terpilih Shahnon Ahmad: Satu Kajian Pendekatan Gender. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman, Hizairi. (2000). Kreativiti dalam Penciptaan Karya Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad, Shahnon. (1997). Sutan Baginda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Sastera

http://ms.wikipedia.org/wiki/Shahnon_Ahmad

19

Anda mungkin juga menyukai