Anda di halaman 1dari 8

Soalan-soalan famous untuk temuduga SPP

Isu2 pendidikan skrg dn budget Negara Malaysia Rukun Negara Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 16 Nilai yang terkandung dalam FPK dan mana datangnya nilai-nilai tu. Teori-teori pengajaran dan pedagogi yang berkaitan behavior theory, constructivist theory, humanistics theory, cognitive theory dan sewaktu dengannya. Pastikan tahu siapa tokoh2nya. Cara mengajar dan cara meningkatkan motivasi murid ikut teori behavior, sosial dan kognitif (berdasarkan kepada teori2 pembelajaran) PIBG Struktur pentadbiran Isu-isu pendidikan yang terkini Menteri-menteri Kabinet Nama menteri pelajaran dan pengajian tinggi berserta timbalannya Nama pengarah pendidikan mengikut negeri masing2 berserta timbalan Wawasan 2020 Dasar 1 Malaysia SBT MBMMBI 1 Murid 1 Sukan Modal Insan

NKRA KSSR LINUS KPM PIPP Konsep Integriti Ibu negara-negara dunia Pasal sekolah sendiri - KURI/HEM/KOKU Lagu sekolah Lagu negeri Sejarah Negeri tempat mengajar - Contoh bilakah sarawak masuk malaysia? atau kenapa limbang berada di tengahtengah limbang?.. Rancangan Pengajaran Harian + Refleksi (waktu sesuai tulis refleksi) Mengajar depan Panel Menilai pencapaian murid-murid berdasarkan kepada Taxonomy Bloom

Format SPP baru Temuduga secara berkumpulan (3-5 org). Perincian markah 20% (Sahsiah/Perwatakan/Penampilan) 20% (penyampaian) 30% (pengetahuan akademik/ikhtisas) 30% (pengetahuan isu2 semasa)

NKRA... NKRA: Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area, 27 Julai 2009) 6 Bidang Utama NKRA 1) Mengurangkan kadar jenayah: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) 2) Memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). 3) Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) 4) Tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) 5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman: Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) 6) Menambah baik pengangkutan awam: Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan). NKRA ke-3: Pendidikan Berkualiti Dan Berkemampuan. 4 sub-NKRA: akses kepada pend. Sub-NKRA 1: Prasekolah (7 teras) 1) Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA (Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak). 2) Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 3) Seragam bantuan kepada murid prasekolah kerajaan 4) Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru 5) Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin 6) Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta 7) Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi 1) Semua kanak-kanak normal boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. 2) Kanak-kanak berkeperluan khas (bermasalah pembelajaran, pendengaran, pertuturan, penglihatan, terencat akal, dan kurang upaya secara fizikal) - Kurikulum khas literasi dan numerasi. Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi 1) Peningkatan tahap autonomi, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi kokurikulum & pentadbiran. 2) Melatih pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang 3) Sebagai inspirasi / model kepada sekolah-sekolah lain melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah. Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah *Peningkatan 1 sisian piawai dalam kepimpinan = 10% peningkatan pencapaian murid (~0.25 sisian piawai). 1) (New Deal) Baiah/Kontrak dengan KPM kepada Pengetua dan Guru Besar Berdasarkan Penilaian Berasaskan Pencapaian (Performance Based Assessment). 2) Ganjaran pengiktirafan kewangan / bukan kewangan kepada pengetua dan Guru Besar bila pencapaian mereka melepasi sasaran yang telah ditetapkan.

Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan? ________________________________ Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. _______________________________ Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan? _______________________________ -Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; -Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan -Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. ______________________________ Apakah Objektif Dasar 1M 1S Ini? ______________________________ i. Meningkatkan kecergasan jasmani; ii. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni; iii. Memupuk perpaduan di antara kaum; iv. Membentuk budaya sukan di kalangan murid; v. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal; vi. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan vii. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. _______________________________________________________ Apakah Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Melaksanakan Dasar 1M 1S Ini? ________________________________________________________ Sebelum pelaksanaan Dasar 1M 1S ini, ia hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: i. Setiap murid termasuk murid bekerpeluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan

hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan; ii. Murid boleh menyertai lebih dari 1 sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan serta persetujuan pihak sekolah; iii. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. iv. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. v. Asas kepada Dasar 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini; vi. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan; vii. Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan viii. Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. ___________________________________________________ Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini? ____________________________________________________ i. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. ii. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1 MUNGKIN YG LAIN2 SOALAN2 YG XDIDUGAAPA PUN USAHA TNGGA KEJAYAAN,,,,^_^

MAKLUM BALAS YG DAH DITEMUDUGE 21 DISEMBER

Ini adalah soalan2 yang telah kami sekumpulan lalui sepanjang sesi temuduga berkenaan. - maklumat berkaitan diri -tajuk2 berkaitan akhbar hari ini - apakah jawatan yang kamu hadir utk ditemuduga - FPK selengkap dan sejelas2nya - Transformasi, SBPA, NKRA, MBMMBI, Dasar 1 Murid 1 Sukan -Mikroteaching (seorang mengajar, yg lain ulas kelemahan dan kekuatan pengajaran & kaitkan dengan teori pembelajaran yang diaplikasikan - Buku RPH (intipati penulisan RPH, maklumat yang perlu ada dlm buku RPH) - Cara mengelola, menganjurkan dan mengorganisasi lawatan ke luar kawasan bagi persatuan Di bawah NKRA KPM difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu: 1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012. 2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012. 3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012. 4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment'

mulai tahun 2010. Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi : 1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16) 2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara. 3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M). 4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00). 5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah. 6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Anda mungkin juga menyukai