Anda di halaman 1dari 10

Cempaka Putih Untukmu (Rohani Deraman) Sinopsis Bab 1 Akur Akan Perintah Berita ..

. Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh Encik Hasrul dan keluarga. Walau bagaimanapun, Encik Hasrul sekeluarga terpaksa .ke tempat baharu. Encik Hasrul diarah bertugas di Pertukaran ini menyebabkan daerah .masyarakat Orang Asli di Pahang.

semua ahli keluarganya merungut kerana bimbang tidak dapat menyesuaikan diri tinggal di kawasan ... Encik Hasrul tetap tenang menerima rungutan daripada isteri dan anak-anaknya. Berita pertukaran Encik Hasrul juga tersebar luas di kawasan perumahan mereka. ..mula bertanya tentang hal tersebut. Encik Hasrul berangkat ke ..untuk membuat tinjauan tentang rumah baharu mereka. Encik Hasrul berpuas hati dengan keadaan rumah baharu mereka . Mereka akan berpindah dalam masa lagi. Perpindahan awal ini untuk menguruskan anak-anak dan juga agar mereka keadaan setempat. Bab 2 Tersalah Duga Keluarga Encik Hasrul berpindah ke Jerantut pada awal pagi. Rumah mereka dibiarkan kosong tanpa... Ramai rakan ayah dan ibu Hartini yang datang berkunjung ke rumah untuk memberikan ucapan .. . Akhirnya, Encik Hasrul sekeluarga selamat sampai ke ..kira-kira jam 5.00 petang. Masyarakat di Kampung Kuala Batu menyambut kedatangan Encik Hasrul sekeluarga dengan meriah. Encik Hasrul melayani penduduk kampung dengan mesra dan ceria walaupun beliau . Encik Hasrul dan keluarga berpuas hati dengan keadaan rumah baharu mereka yang agak selesa. Pada malam itu, anak-anak Encik Hasrul tidur dalam keletihan. Keesokan harinya, . bangun dengan satu perasaan yang berbeza. Dia sungguh damai kerana dapat menghirup udara segar pada pagi itu. Dia berasa seronok mendengar muzik alam yang begitu asli. Hartini tidak menduga keadaan di pedalaman ini begitu indah. Jalan raya yang bertar dengan baik dan kampung tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas. Keadaan rumah masyarakat .. juga telah berubah. dapat menyesuaikan diri dengan

Bab 3 Sekolah Baharu Kawan Baharu Hartini mula bersekolah di dan dia

dimasukkan ke ... Cikgu , guru Tingkatan Tiga Teratai memperkenalkan Hartini kepada murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai. Murid- murid Tingkatan Tiga Teratai menyambut baik kedatangan Hartini. Mereka berkenalan dengan rasa senang hati. Hartini berasa .. apabila mendengar nama rakanrakan barunya yang pelik. Hartini mendapati tidak banyak perbezaan antara kelasnya yang dahulu dengan kelas baharunya. Kelas ini bersih dan susunan kerusi mejanya tersusun rapi. Hiasan kelas juga menarik. Perbezaan yang ketara adalah dari segi .. murid-murid. ., .dan sekolah mereka agak lusuh. Hal ini mungkin disebabkan . Selain itu, cara belajar mereka juga berlainan. Murid-murid di sini tekun mendengar pengajaran guru dan sangat menghormati guruguru. Pada waktu rehat, Hartini berbual-bual dengan ..,.., , dan ... Hartini mengajak rakan-rakannya mengulang kaji bersama-sama. Rakan-rakan Hartini agak keberatan apabila Hartini mencadangkan mereka . di rumahnya. Mereka bimbang bapa mereka tidak memberi . Hartini meminta mereka memujuk bapa masing-masing. Satiah menyatakan bahawa bapanya tidak suka dia bercampur dengan orang lain selepas waktu persekolahan. Bapanya akan memukul Satiah jika ada rakan-rakannya yang datang ke rumah. Hartini berasa simpati terhadap .. Masalah Satiah ini mengganggu fikiran Hartini. Dia ingin Satiah belajar bersama-sama mereka kerana Satiah bijak dalam mata pelajaran ... Hartini menceritakan masalah Satiah kepada ibunya. Ibunya memahami keadaan tersebut dan bercadang untuk berkunjung ke rumah Satiah tetapi Hartini melarang kerana bimbang Satiah akan dipukul oleh bapanya. Bab 4 Masalah Satiah Hartini berasa beban yang ditanggung menjadi ringan setelah bercerita kepada ibunya tentang masalah .. Ibunya memanjangkan berita itu kepada ayah Hartini dan ayahnya berjanji akan menziarah keluarga Satiah dengan alasan atas urusan kerjanya. Keesokan harinya, Hartini ke sekolah dan dia tidak sabar memberitahu hal tersebut kepada rakan-rakannya. Hartini mencari Satiah dan mendapati Satiah tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. .., jiran Satiah menyatakan bahawa Satiah tidak hadir ke sekolah kerana demam. Hartini ingin menziarahi Satiah tetapi dilarang oleh . Akhirnya

mereka bersetuju menunggu berita daripada ayah Hartini yang akan menziarahi keluarga Satiah. Pada petang itu, ayah Hartini memaklumkan bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan kerana Pak Morit ke hutan untuk mencari ramuan untuk Satiah. Hartini terkejut dengan tindakan Pak Morit yang hanya memberi daun dan akar kayu untuk mengubati penyakit Satiah. Ayahnya menjelaskan bahawa masyarakat Orang Asli masih mengamalkan perubatan . Setelah dua hari, Satiah masih tidak hadir ke sekolah. Hartini segera mencari Aton untuk bertanya khabar Satiah. Aton memberitahu bahawa Satiah sudah beransur pulih. Semasa waktu rehat, Cikgu Malik berjumpa dengan Hartini dan memaklumkan hasratnya untuk melantik Hartini sebagai ketua . Pada mulanya, Hartini agak keberatan menerima jawatan tersebut tetapi setelah dipujuk oleh Cikgu Malik, Hartini bersetuju. Ayah Hartini menyambut baik berita pelantikan Hartini dan berharap Hartini dapat belajar tentang komputer dengan lebih mendalam. Hartini bertanyakan perkembangan Satiah kepada ayahnya. Ayahnya memberitahu sebabsebab Pak Morit melarang anaknya bergaul dengan orang lain. Hal ini kerana peristiwa hitam yang telah menimpa nya yang pernah belajar di Jerantut. Ayah Hartini telah meminta kebenaran daripada Pak Morit supaya membenarkan anaknya Satiah belajar bersama dengan Hartini dan rakan-rakannya di rumahnya nanti. Ayah Hartini juga menjamin keselamatan Satiah dan akan bertanggungjawab terhadap Satiah. Akhirnya Pak Morit bersetuju membenarkan Satiah belajar bersama-sama Hartini dan dia juga bersetuju menyerahkan Satiah sebagai .. Encik Hasrul. Bab 5 Ahli Baharu Keluarga Kami .. dan . datang ke rumah Encik Hasrul untuk menghantar Satiah. Ibu Hartini menjamu keluarga Pak Morit dengan hidangan makan tengah hari yang istimewa. Mulai hari itu, Hartini dan Satiah menjadi rakan belajar yang akrab. Satiah seorang yang .. Dia sering membantu ibu Hartini di dapur walaupun dihalang. Semua ahli keluarga Hartini menyayangi Satiah. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dengan Pak Morit juga semakin erat. Peperiksaan akan bermula tidak lama lagi. Ayah Hartini menasihati mereka berdua supaya bersedia menghadapi peperiksaan. Pada suatu hari, sewaktu Hartini dan Satiah mengulang kaji bersama-sama. Hartini berasa . dan ingin tidur sebentar. Dia meminta Satiah mengejutkannya. Hartini tersedar daripada tidur dan dia ternampak Satiah tidur tertiarap di atas katil. Hartini cuba mengejutkan Satiah tetapi tiada tindak balas dari Satiah. Hartini membalikkan badan Satiah dan mendapati ada kesan

.. pada bantal. Hartini memberitahu ibu bapanya. Pak Morit dimaklumkan tentang perkara tersebut. Pak Morit menjelaskan bahawa mereka sudah biasa dengan penyakit Satiah dan dia telah membawa Satiah berubat dengan . Menurut dukun, Satiah terlangkah .. dan dia perlu dihantar ke satu tempat untuk membuang benda yang ada di dalam tubuhnya. Ayah Hartini mencadangkan agar Hartini dibawa ke hospital tetapi dilarang oleh Pak Morit dengan alasan dukun yang mengubati Satiah tidak mengizinkan. Ayah Hartini memujuk Pak Morit agar bersetuju dengan cadangannya apabila keadaan .. Satiah semakin merosot. Akhirnya Pak Morit bersetuju dan Satiah dibawa ke ... Bab 6 Senyuman Satiah Mulai Tawar Satiah mendapat rawatan awal daripada pihak hospital. Dia dibenarkan pulang pada malam itu. Pihak hospital telah mengambil contoh darah, air kencing dan kahak Satiah untuk dihantar ke . Pada malam itu, Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumah Encik Hasrul. Kira-kira jam 3 pagi, Satiah mengaduh perlahan. Hartini terjaga dan membancuhkan segelas ..untuk Satiah. Keesokan hari, rakan-rakan di sekolah sibuk bertanya tentang Satiah. ..mengajak rakan-rakan menziarahi Satiah yang sedang sakit di rumah Hartini. Pada petang itu, rakan-rakan sekelas Hartini datang melawat Satiah bersama-sama Cikgu dan Cikgu ... Ibu Hartini dan Mak Sukin menjamu mereka dengan cempedak goreng dan kopi O. Ayah Hartini berjanji akan mengadakan kenduri besar-besaran sekiranya mereka semua lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti. Janji Encik Hasrul menjadi pembakar semangat dalam dada murid-murid Tingkatan Tiga Teratai.

Bab 7 Perpisahan Sementara

Peperiksaan telah selesai. Satiah dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat. Encik Hasrul dan Pak Morit telah membawa Satiah ke hospital unutk rawatan lanjut namun doktor belum dapat mengesan punca sebenar penyakit Satiah. Cuti sekolah bermula, Hartini mengikut neneknya pulang ke Johor. Hartini akan mengikuti kelas komputer di sana. Sebelum berangkat, Hartini berpesan kepada Satiah agar selalu datang melawat ibunya dan menjaga bilik mereka. Hartini berasa sedih berpisah dengan Satiah. Satiah menitiskan air mata sebelum berpisah. Semasa berada di rumah nenek, Hartini selalu terkenangkan ibunya dan Satiah. Nenek memujuk Hartini dan berjanji akan menghantar Hartini pulang ke Jerantut selepas tamat kelas komputernya. Nenek meluahkan perasaan sunyinya kerana tinggal seorang diri. Anak bongsu nenek kini tinggal bersama abangnya di Ipoh. Nenek menghantarnya ke sana kerana dia terlibat dalam masalah sosial. Keesokan hari, Hartini dan nenek ke Bandar Pontian untuk mendaftarkan Hartini ke kelas komputer. Nenek menasihati Hartini agar bijak memilih kawan. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Mak Leha yang baru pulang dari balai polis kerana anak lelakinya terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah. Nenek menasihati Mak Leha agar bersabar. Bab 8 Berita Yang Membimbangkan Setelah selesai menduduki ujian komputer, Hartini dan nenek berangkat ke Jerantut. Ibu Hartini riang menyambut kepulangan Hartini dan nenek. Setelah saling bertanya khabar, Hartini menuju ke biliknya. Dia mendapati biliknya kemas dan rapi. Ibunya memberitahu bahawa Satiah yang telah mengemaskan bilik tersebut. Ibunya juga menceritakan bahawa Satiah disahkan menghidap barah paru-paru. Hartini terkejut apabila mendengar berita itu. Hartini terus menuju ke rumah Satiah. Dia pasti Satiah memerlukannya pada saat itu. Satiah menyambut kedatangan Hartini dengan senyuman yang tawar dan hambar. Hartini menangis melihat keadaan Satiah. Dia menangis semahu-mahunya, begitu juga Satiah. Satiah memohon maaf kerana tidak memberitahu Hartini tentang penyakitnya kerana bimbang akan mengganggu pelajaran dan cuti Hartini di Johor. Hartini menasihati Satiah agar tidak berputus asa dan Satiah mesti menguatkan semangatnya untuk melawan penyakit itu. Satiah memberitahu Hartini bahawa bapanya tidak bersetuju dengan cara perubatan moden malah dia menyesal kerana membenarkan Satiah dibawa ke hospital dulu. Mak Sukin menyuruh Satiah bersabar dan dia berjanji akan memujuk bapa Satiah supaya membenarkan Satiah berubat di hospital. Bab 9 - Kerana Adat dan Pantang Larang

Sejak hari itu, Hartini berasa tidak tenang.

Peristiwa Mak Sukin datang mengadu

tentang pendirian suaminya kepada ibu Hartini turut menganggu fikiran Hartini. Hartini berasa tidak berdaya untuk membantu kerana ayahnya sendiri tidak dapat memujuk Pak Morit. Namun Hartini bertekad untuk mencuba memujuk Pak Morit. Pada keesokan hari, Hartini menziarahi Satiah. Dia membawa kuih kegemaran Satiah iaitu bingka jagung. Sewaktu Hartini sampai di rumah Satiah, Pak Morit berada di rumah. Hartini memberitahu Mak Sukin tentang hasratnya ingin memujuk Pak Morit. Mak Sukin dan Satiah membantah tindakan Hartini tetapi Hartini tetap ingin mencuba. Hartini cuba untuk menerangkan keadaan Satiah kepada Pak Morit tetapi Pak Morit tetap berkeras dengan pendiriannya. Pak Morit tidak mempedulikan rayuan dan tangisan Hartini. Hartini berasa sedih dan kecewa kerana usahanya memujuk Pak Morit gagal. Hartini pulang ke rumah dan memeluk ayahnya sambil menangis teresak-esak. Hartini menceritakan peristiwa yang berlaku dan ibunya menasihatinya agar berhati-hati menangani masalah ini. Ibu Hartini bimbang jika Pak Morit memutuskan hubungan antara dua keluarga ini. Pada keesokan hari, Hartini menziarahi Satiah seperti biasa tetapi Satiah tiada di rumah kerana Pak Morit telah membawa Satiah berubat di Kampung Langsat. Bab 10 Keruhnya Air yang Tenang Hubungan antara keluarga Satiah dan keluarga Hartini semakin renggang. Mak Sukin berasa kesal dengan sikap suaminya yang semakin dingin terhadap keluarga Encik Hasrul. Encik Hasrul dan keluarga tidak menghiraukan sikap Pak Morit mereka tetap menziarahi Satiah. Hartini berasa hari-hari yang dilaluinya sudah tawar dan hambar. Dia hanya merasakan hubungannya dengan Satiah sahaja yang tetap utuh. Hartini cuba memberi sokongan dan semangat kepada Satiah. Kini Satiah sudah boleh bangun dan berjalan sendiri. Satiah terpaksa mematuhi pantang larang dukun yang melarangnya memijak tanah selama beberapa hari. Hartini memberitahu Satiah bahawa keputusan peperiksaan akan diumumkan pada esok hari. Hartini mengajak Satiah ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan namun Satiah pasti bapanya tidak membenarkannya pergi ke sekolah. Bab 11- Berita Gembira Di Sambut Duka Sewaktu keputusan PMR diumumkan, Hartini, Ineng dan rakan-rakannya ke sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing. Satiah tidak hadir untuk mengambil keputusan PMR kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Jam 11.00 pagi, Cikgu Malik kembali ke sekolah bersama keputusan PMR yang diambil dari bandar. Keputusan PMR tidak

ditampalkan di papan notis untuk mengelakkan kesesakan. Setiap murid mengambil keputusan masing-masing di bilik Cikgu Malik. Satiah mendapat keputusan terbaik iaitu 8A. Hartini menduduki tempat kedua dengan memperolah 7A 1B. Rakan-rakan yang lain juga memperoleh keputusan yang cemerlang dan membanggakan pihak sekolah. Pak Morit yang hadir untuk mengambil keputusan Satiah pulang tergesa-gesa setelah dimaklumkan oleh anaknya Akob tentang Satiah yang kembali diserang penyakitnya. Apabila Hartini mengetahuinya, dia juga tergesa-gesa ke sana dan meminta rakan-rakannya memberitahu ibu bapanya di rumah. Kedegilan Pak Morit untuk mengubati Satiah dengan cara tradisional akhirnya terlerai setelah Encik Hasrul dan Hartini merayu sehabis mungkin demi masa hadapan Satiah yang cemerlang dalam pelajaran. Keadaan Satiah yang semakin kritikal dengan darah yang membuak-buak keluar dari mulutnya juga menyedarkan Pak Morit akan ketidakberkesanan perubatan tradisional itu. Akhirnya Satiah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bab 12 - Kuntum yang Hampir Layu Kecanggihan peralatan dan kakitangan yang cukup untuk merawat di samping doa-doa semua orang yang menyayanginya telah berjaya mengurangkan penderitaan penyakit Satiah. Keluarga Satiah dan keluarga Hartini bergilir-gilir untuk menjaganya di hospital. Pak Morit juga telah sedar akan kesilapannya yang membiarkan Satiah menderita lama dan berjanji akan mengubah pendiriannya. Encik Hasrul dan Pak Morit merancang untuk mengadakan majlis kenduri kesyukuran setelah Satiah pulih di samping memenuhi janji Encik Hasrul kepada muridmurid Sekolah Menengah Kuala Batu sebelum peperiksaan PMR dahulu. Satiah telah mendapat tawaran untuk ke sekolah berasrama di Sekolah Menengah Tanjung Bestari sementara Hartini pula di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.

Bab 13 - Demi Cita-cita dan Harapan Keluarga Kenduri kesyukuran yang dirancang berjalan dengan baik. Hampir semua murid lepasan tingkatan 3 dan guru-guru Sekolah Menengah Kuala Batu hadir. Pengetua juga hadir bersama isterinya. Penduduk kampung juga turut memeriahkan kenduri tersebut. Hubungan keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit kembali pulih seperti sedia kala dan semakin erat. Sewaktu kenduri, Hartini dan Satiah memakai pakaian sedondon yang ditempah khas oleh Puan Sarah dan

mereka menjadi usikan Along yang menggelar mereka kembar siam. Rakan-rakan mereka juga gembira melihat keakraban Hartini dan Satiah. Keesokan paginya, Hartini telah diserang demam selsema tetapi keadaannya semakin pulih setelah dibawa ke klinik oleh bapanya. Puan Sarah dan Encik Hasrul sibuk membuat persiapan untuk Hartini dan Satiah yang akan memasuki asrama. Pak Morit dan Mak Sukin cuba memberi wang untuk pembelian barang keperluan Satiah ke asrama tetapi ditolak dengan baik oleh Puan Sarah kerana mereka ikhlas dan menganggap Satiah seperti anak sendiri. Masa untuk Hartini dan Satiah berpisah akhirnya tiba juga setelah masing-masing memasuki sekolah berasrama yang berasingan.

Bab 14 - Kesabaran juga Ada Batasnya Hartini dan Satiah sering berutus surat walaupun tinggal di asrama untuk mengetahui perkembangan diri masing-masing. Keakraban hubungan antara Hartini dan Satiah telah menarik perhatian Nora rakan sebilik Hartini. Rakan sebiliknya yang lain, iaitu Junaidah pula tidak mempercayai kejujuran persahabatan Hartini dan Satiah. Sikap Junaidah yang tidak sopan di samping perlakuan dan bahasa yang kasar telah menyebabkan Hartini hilang kesabaran dan timbul pertengkaran yang membawa kepada pergaduhan sehingga menyebabkan Junaidah cedera. Perkara itu dibawa kepada pengetahuan pengetua dan setelah disiasat, pengetua meminta mereka berdamai dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan masing-masing.

Bab 15- Pecahnya Tembelang Cuti semester pertama hampir tiba. Hartini menyatakan kegembiraannya kepada Nora kerana Satiah akan datang menjemputnya bersama bapanya nanti. Dia juga berhasrat untuk memperkenalkan Satiah kepada Nora. Selepas konflik terjadi antara Hartini dan Junaidah, kelibat Junaidah jarang-jarang dilihat di dalam bilik mereka kerana dia menumpang di bilik sebelah iaitu bersama rakan karibnya Salha. Ketika di dalam kelas, Hartini, Nora dan Najmi telah dipanggil untuk balik ke asrama kerana ada pemeriksaan mengejut di bilik mereka. Apabila digeledah, polis Cawangan Narkotik telah menjumpai pil ecstacy di dalam kotak kecil di dalam laci Hartini. Akibatnya Hartini telah ditahan di lokap. Encik Hasrul menyarankan dan meminta jasa baik pengetua untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di kawasan asrama bersama dengan pihak polis sewaktu proses pembelajaran berjalan. Tindakan itu menemui

kegagalan tetapi keanehan tingkah laku Encik Kancho, pengawal keselamatan asrama telah menimbulkan kecurigaan. Kelalaian Encik Kancho telah meninggalkan bukti kepada pihak polis dan pihak polis telah menjejaknya sehingga dia ditahan disebuah restoran di bandar Kuantan ketika menyerahkan sejumlah pil itu kepada pelanggannya. Kehadiran Satiah, ibu bapanya dan ibu bapa Satiah melawatnya di lokap menimbulkan suasana sedih tetapi Satiah memujuknya kerana Hartini memang didapati tidak bersalah. Pengetua yang hadir sama juga meminta maaf kepada Hartini atas segala yang berlaku.

Bab 16 - Dia Pergi Jua Sewaktu di rumah, Hartini menghabiskan masa seharian untuk tidur sepuasnya. Satiah balik ke rumahnya tanpa ditemani oleh Hartini, tetapi Hartini berjanji untuk menyusulnya pada waktu petang. Encik Hasrul dan Puan Sarah mengatur kenduri kesyukuran untuk Hartini yang telah terlepas daripada semua mala petaka. Orang kampung sibuk membantu termasuk Pak Morit dan Mak Sukin. Pada waktu petang, Hartini ingin menunaikan janji terhadap Satiah dan ingin menemuinya di rumah Satiah tetapi tidak menemuinya. Hartini menunggu sehingga ditegur oleh Akob dan Amat yang balik dari berkubang dengan rakannya. Jeritan Amat dari perigi telah mengejutkan Hartini. Satiah terlentang di situ dengan darah yang banyak sekali. Satiah segera dikejarkan ke hospital oleh Encik Hasrul dan Pak Morit dan ditempatkan di wad ICU. Kematian Satiah telah menjadi pukulan hebat kepada Hartini sehingga dia pengsan. Pengebumian Satiah terpaksa dilewatkan atas permintaan Pak Morit yang mahu menunggu sehingga Hartini sedar daripada pengsannya. Ustaz Amin berusaha memulihkan semangat Hartini. Setelah sedar, Hartini teringat kembali kata-kata Satiah dan dia reda dengan pemergian sahabatnya itu.

Bab 17 - Tersingkap Misteri Encik Hasrul telah memohon kepada pengetua untuk melanjutkan cuti Hartini selama seminggu lagi kerana keadaan kesihatan Hartini yang merosot sejak pemergian Satiah. Keluarga Hartini cuba untuk menghiburkan hatinya yang kosong. Encik Hasrul dan Puan Sarah mengambil barang-barang arwah Satiah dari asramanya di Kuantan. Setelah memeriksa

barang-barang tersebut satu persatu, Puan Sarah menyerahkan sebuah buku berkulit tebal kepada Hartini. Hartini sedar, arwah Satiah sering menghabiskan masanya untuk menulis di buku itu ketika masa lapang tetapi tidak mengizinkan orang lain melihatnya dan dia menyatakan bahawa Hartini akan mengetahui juga isi kandungannya suatu hari nanti. Kesempatan ini digunakan oleh Hartini untuk membaca catatan arwah Satiah yang telah meluahkan segala isi hatinya tentang persahabatan mereka di dalam buku itu. Setelah selesai membaca buku catatan sebanyak 180 helai, Hartini dapat merasai bahawa arwah Satiah telah tahu dan yakin akan detik kematiannya. Hartini bertekad untuk merealisasikan wasiat sahabat dan saudaranya itu.

Bab 18 - Cempaka Putih Untukmu Percutian tambahan yang dipohon daripada pengetua telah berakhir. Hartini akan kembali semula ke asrama. Hartini dihantar oleh ibu bapanya bersama Pak Morit dan Mak Sukin. Sebelum bertolak, Hartini meminta ayahnya supaya singgah di tanah perkuburan. Setelah menghadiahkan al-Fatihah, Hartini mengajak Pak Morit menanam pokok bunga cempaka putih yang dibawa oleh Mak Sukin di atas pusara arwah Satiah untuk memenuhi permintaan sahabatnya itu.