Anda di halaman 1dari 4

UNIT KOKURIKULUM SMK TRIANG 3, BERA PAHANG ATURCARA ISTIADAT MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KADET KRS PADA PERHIMPUNAN

PAGI / HARI KOKURIKULUM MINGGUAN (RABU) 1. Pelajar Mengambil Tempat 2. Perbarisan Kumpulan Pangkat (penerima pangkat) ditempat menunggu. 3. Lagu Negaraku 4. Lagu Allah Selamatkan Sultan 5. Lagu Sekolah 6. Bacaan Doa

. . .
Ya Allah ya Tuhan kami, bukakanlah pintu-pintu hikmatMu kepada kami dan sebarkanlah khazanah ilmuMu kepada kami. Terangilah hati-hati kami ya Allah, dengan cahaya petunjukMu sebagaimana engkau terangi dunia ini dengan cahaya matahariMu selama-lamanya.

Wahai Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami pada pagi ini perhimpunan yang dirahmati olehMu dan perpisahan selepas ini perpisahan yang terhindar dari kesalahan dan dosa. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa para guru kami dan orang-orang yang lebih tua daripada kami dengan rahmat dan berkatMu ya Allah.

7. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

. .
dan salam sejahtera, salam 1Malaysia kepada semua hadirin. Yang Berbahagia Tuan Pengetua merangkap Komandan KRS SMK Triang 3, En. Khairul Ariffin b. Mat Yit, Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Norazlina bt Md Nusi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid Puan Nik Mahran bt Mohamed, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Roslan bin Said, barisan Ketua Bidang, Kaunselor, serta para guru dan pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dapat berkumpul di pagi yang bertuah ini dalam menjayakan perhimpunan pagi / perhimpunan mingguan kokurikulum dan seterusnya menyempurnakan Istiadat Majlis Pemakaian/penganugerahan pangkat kadet KRS kepada wira/wirawati sekolah kita daripada unit KRS SMK Triang 3. 8. Ucapan penerangan majlis oleh pengerusi majlis. .. ( MC menceritakan latar belakang pencapaian dan penganugerahan pangkat kadet yang terlibat ) 9. Kumpulan Penerima Pangkat mengambil tempat di hadapan pentas VIP. ( Pergerakan masuk ke tengah dewan dihadapan pentas daripada tempat menunggu. Pergerakan dalam satu barisan dengan arahan diberikan oleh wakil kumpulan pemakai pangkat. Tabik Hormat diberikan sekali secara berkumpulan semasa menghadap ditengah-tengah pentas VIP dan diikuti dengan perbuatan sedia untuk upacara seterusnya.) 10. Upacara Pemakaian Pangkat ( Didahulukan dengan pangkat yang paling tinggi dan diikuti pangkat yang terendah ) Meneruskan Upacara Istiadat yang penuh bersejarah pada pagi ini, majlis dengan penuh takzimmya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua merangkap Komandan KRS SMK Triang 3, En. Khairul Ariffin bin Mat Yit diiringi oleh Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Kokurikulum selaku Timbalan Komandan KRS SMK Triang 3 Encik Roslan bin Said, bagi menyempurnakan istiadat pemakaian/penganugerahan pangkat kadet KRS kepada kadet yang terlibat. Dengan segala hormatnya dipersilakan, tuan. Mendahului senarai*, a. pemakaian pangkat KRS daripada ( cth : SARJAN KRS ) kepada ( cth : STAFF SARJAN KRS ) i. SARJAN KRS Zulhelmi bin Din dari Tingkatan 5 Delima ii. SARJAN KRS Farah Isnail@ Ismail dari Tingkatan 5 Delima b. penganugerahan Pangkat KOPERAL KRS kepada :i. Kadet Norakmal Ilman bin Hamzah dari Tingkatan 4 Delima. ii. Kadet Norasmarina binti Ramli dari Tingkatan 4 Delima.

( * Nama kadet disebutkan dahulu, kemudian disusuli dengan pemakaian apulet /pangkat di bahu kanan dan kiri pada uniform kadet. Selesai apulet dipakai, MC umumkan senarai penerima seterusnya. Perbuatan setiap penerima pangkat : a. Dalam keadaan sedia setiap kadet yang disebutkan nama akan menyahut dengan teriakan TUAN! b. Sebelum apulet dipakaikan, kadet meletakkan kaki kanan bahagian tengah dibelakang tumit kaki kiri secara hentakkan. [seperti huruf T terbalik ] c. Selesai dipakaikan apulet/pangkat, kaki kanan dihentak kembali disebelah kaki kiri d. Memberi Tabik Hormat dan disusuli ucapan terima kasih tuan ) Sebagai tanda menghargaai perjuangan dan kejayaan wira/wirawati kadet KRS sekolah kita, marilah kita nyanyikan bersama lagu sekolah Insan Seimbang. Semua hadirin diminta berdiri. Ketua Naik Pangkat memberi arahan sedia untuk nyanyian lagu sekolah. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua dan GPK Kokurikulum di atas penyempurnaan majlis itu tadi. Dan tahniah kepada penerima kenaikan pangkat KRS. Seterusnya, majlis dengan rasa bangganya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua / Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan........ 10. Ucapan Pengetua / Guru Penolong Kanan Kokurikulum Dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dan selamat meneruskan tugas masing-masing. Sebelum bersurai di sini saya ada beberapa pengumuman ringkas.. 12. Pengumuman (Nota Ringkas) Oleh Pengerusi Majlis (Jika Ada) Sekian, Terima kasih. 11. Majlis Bersurai. .

______________________________________________________________ Disediakan oleh :

Mejar KRS Mohammad Hazril bin Mohamad Mukhid Pegawai Istiadat KRS JPN Pahang D/A SMK Triang 3, Bera, Pahang. (09-2469923-pej, 09-2469921-fax) 9W2 HZR 019-9123208 hazril369@gmail.com