Anda di halaman 1dari 16

RASM UTHMANI

PENGENALAN Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf Al Quran yang digunakan dan dipersetujui oleh Saidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan huruf-hurufnya. Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan mashaf-mashaf Rasm Qiyasi. Sebahagian ulama mendefinisikannya sebagai sebarang penulisan yang menyalahi cara penulisan lafaz-lafaz disebabkan ziyadah, hadhf, ibdal dan sebagainya. Dr. Syaaban Muhammad Ismail pula mendefinisikannya dengan lebih terperinci sebagai satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada zaman Saidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Kaedah penulisannya pula merangkumi tujuh huruf Al Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta terdapat dalam semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya. Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan al Quran pada ketika itu. Daripada definisi-definisi yang dikemukakan oleh para ulama, dapat disimpulkan bahawa Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat Al Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya Al Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.

PENGERTIAN RASM Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gamabran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.

ILMU RASM Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf penulisan (rasm) Al Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk taufiqiyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.

PEMBAHAGIAN RASM Rasm Al Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 1. Rasm Qiyasi / Imlaie Penulisan menurut ucapan atau pertuturan.

2. Rasm Istilahi / Uthmani

Penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa keadah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung, atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah. Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah ini. Oleh itu, penulisan mashaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat taufiqiyah. Maka, penggunaan tulisan Imlaie tau Qiyasi tidaklah diharuskan.

PERBEZAAN RASM UTHMANI DENGAN RASM IMLAI Terdapat perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Imlaiy. Perbezaan ini hanyalah pada kedudukan sesuatu huruf, hazaf dan ziadah. Konsep ini berkait rapat dengan kaedah bahasa Arab. Contoh-contoh perbezaan: Rasm Uthmani

Rasm Imlaiy

<

Perbezaan ini mempunyai implikasi besar dalam ilmu bahasa dan ilmu Qiraat. Dua perkara ini tidak dapat dibincangkan di dalam tulisan yang pendek ini. Ia memerlukan pengetahuan bahasa yang baik dan ilmu Qiraat yang dipelajari daripada guru yang mursyid secara Talaqqi dan Mushafahah. Walau bagaimanapun dibawakan dua contoh mudah untuk menerangkan betapa perlu dikekalkan Rasm Uthmani dalam penulisan Al-Quran. Ia mempunyai hubungan yang sangat rapat dan penting dengan kaedah bacaan Al-Quran mengikut Qiraat .Tujuh : Contohnya

dan
:Jika ditulis dalam Rasm Uthamani ia ditulis begini

dan

Dalam bacaan kita di Malaysia mengikut Qiraat Hafs daripada Asim, kita membaca kalimat (

dan ( ) dengan panjang dua harakat. Sedangkan dalam Qiraat lain, mereka )
membacanya dengan pendek (tiada mad) seperti ( ) dan ( .) Jadi, kalaulah ditulis dengan ( ) dan ( ) kerana ada Alif yang bermaksud mad. Sedangkan dalam Qiraat lain ianya dibaca dengan pendek. Demikian juga dengan tanda baris fathah (atas) dan kasrah (bawah) pada kalimah (

) dan ( .) Baris fathah pada huruf Alif (hamzah wasal) pada kalimah Alhamdulillah
( ) menyebabkan bacaan salah ketika bacaan sambung atau wasal dengan perkataan lain sebelumnya. Begitu juga dengan baris kasrah pada huruf Alif di kalimah Ihdina ( .) Ia menjadi hidup walaupun ketika bacaan wasal , sedangkan di masa wasal tidak dibunyikan, sebab itu ditandakan dengan simbol kepala sad ( ) iaitu ( ). Dalam Rasm Uthmani, ia ditulis dengan: ( ) dan (.) Inilah di antara keunikan Rasm Uthmani berbanding dengan Rasm Imlaiy dan kaedah Bahasa Arab sekarang.Ianya meraikan bacaan-bacaan mengikut Qiraat yang Mutawatirah.

SEJARAH PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN AL-QURAN AL-QURAN yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui beberapa cara iaitu:

Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya.

Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.

Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.

Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Sejarah penurunan al-Quran pula terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus bukannya secara beransuransur. Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud: Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.

Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga diturunkan sekali gus. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan. Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.

Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya: Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.

Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan Jibril bermula tanggal 17 Ramadan . Firman Allah dalam surah as-Syura ayat 192-195 maksudnya: Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas. Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW kemudian baru dibacakan

kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda mengulangi bacaan ketika Qiamullail(bangun malam) dan solat. Setiap tahun sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril (Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus. Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua kali. Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan mereka. Di antara huffaz (penghafaz / penghafal Al-Quran) terkenal daripada sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Masud, Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, Aisyah dan Hafsah (isteri Rasullullah). Selain itu, termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah) seperti Ubai bin Kaab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda dan Anas bin Malik.

Pada masa yang sama, Nabi SAW juga melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa Ar-Rasyidin, Muawiyah bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit. Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu,batuan,kulit haiwan dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan. Pada masa itu iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu mashaf (teks lengkap yang berbuku). Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:

Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz(penghafal Al-Quran) dan qurra(pembaca Al-Quran).

Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu) .

Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi beransur-ansur. Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab dan peristiwa. Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz mati dalam peperangan

Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra. Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu.

Maka dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW. Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya. Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Uthman bin Affan sendiri,naskah dihantar ke Kota Basrah,naskah kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah AlMukarramah.Manakala,kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran, serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam Qiraat. Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah

bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah(Nabi SAW). Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran,gantian daripada tandatanda yang disepakati oleh orang Andalusia(di Spanyol) dan orang-orang Maghribi. Akhirnya terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil penggemblengan tenaga oleh Zaid bin Thabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Nota: Walaupun Al-Quran yang telah distandardkan mengikut resam mashaf Uthmani sekarang,namun masih ada lagi saki baki kitab-kitab Suci Al-Quran mengikut resam yang berlainan seperti Al-Quran Muhammad(Quranul Majid),Mashaf Madinah dan lain-lain.Hal ini disebabkan Al-Quran tersebut diselaraskan dengan bacaan sesuatu pegangan imam Qiraat(Imamimam Syatibi) yang khusus,tidak mengikut standart bacaan Arab Quraisy yang dipersetujui bersama.Namun begitu ayat-ayat Al-Quran dalam Teks resam yang lain dari mashaf Uthmani tidak mengubah akan ayat-ayat dan maksud Al-Quran itu,Cuma mungkin berlainan dari segi tanda baris akibat dari sebutan yang diriwayatkan oleh imam-imam Qiraat yang berlainan.Namun diharapkan Al-Quran versi bukan mashaf Uthmani diminta untuk tidak dibuat bacaan ataupun hafalan bagi mengelakkan kekeliruan.

TAHAP PENULISAN AL-QURAN Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:
i.

Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( ) yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-

Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin alHakam).
iii. Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( ) yang dipelopori oleh

Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi,
iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori

oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan. v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi. Tulisan alQuran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.

KELEBIHAN RASM UTHMANI AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya: i. ii. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.

iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan). v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih. yi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat. vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran. viii. Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim. x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas. xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat). xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf. KELEMAHAN RASM 'UTHMANI Sukar dibaca apabila ditulis tanpa baris. Bentuk tulisannya yang agak keliru jika ditulis tanpa baris. Ini menyulitkan pembaca-pembaca yang baru mengenali Al-Quran untuk membaca dengan tepat. KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN RASM UTHMANI Terdapat pelbagai tanggapan dalam kalangan para ulama mengenai kedudukan rasm uthmani ini. Walaubagaimanapun, sebagai yang hidup selepas dari zaman tersebut, lebih selamat sekiranya kita berpegang dengan pendapat yang mengatakan bahawa rasm uthmani itu merupakan satu ketentuan daripada Allah S.W.T yang diajarkan oleh malaikat Jibrail a.s kepada baginda Rasulullah s.a.w dan begitulah juga yang baginda ajarkan kepada para sahabatnya.

Pendapat ini dirasakan lebih sesuai berasakan kepada beberapa kenyataan yang telah dibahaskan. Di samping itu, Resam Uthmani ini juga sebenarnya banyak mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada resam yang lain. Keistimewaan-keistimewaan tersebut terdapat pada huruf-huruf ziyadah, hadhaf, ibdal, lahjah-lahjah yang digunakan, kalimah yang bersambung dan berpisah, bentuk tulisan yang sama dan sebagainya. Semua ini menjadikan resam tersebut lebih diyakini untuk diamalkan. KEISTIMEWAAN HURUF-HURUF ZIYADAH Selain mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah S.W.T sahaja, huruf-huruf ziyadah ini juga dilihat mempunyai banyak keistimewaan. Para ulama berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf tersebut, terutamanya pada peringkat awal penulisannya yang tidak mempunyai sebarang baris. Contohnya seperti kalimah ( ditambah dengan huruf yaselepas huruf hamzah, untuk ) menunjukan bahawa Hamzah itu berbaris kasrah (bawah), kalimah ( )ditambah dengan huruf waw selepas huruf hamzah untuk menunjukan bahawa hamzah itu berbaris dammah (depan) dan kalimah ( ) pula ditambah dengan huruf alif selepas huruf hamzah untuk menunjukan bahawa hamzah itu berbaris fathah (atas). Selain daripada itu, para ulama juga mendapati bahawa huruf-huruf ziyadah juga ada mempunyai makna lain yang tersirat disebaliknya. Contohnya seperti ziyadah huruf ya pada kalimah ( ) dalam firman Allah S.W.T ( ) adalah untuk lebih menguatkan lagi kenyataan mengenai kebesaran Allah S.W.T yang mencipta langit yang begitu kukuh dan sempurna dengan kekuasaan dan kehebatanNya.

KEISTIMEWAAN HURUF-HURUF IBDAL

Huruf-huruf ibdal dilihat oleh para ulama mempunyai satu keistimewaan yang tersendiri. Mereka berpendapat bahawa huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal bagi sesuatu huruf. Contohnya seperti kalimah ( ( dan sebagainya yang ) ) ditulis dengan huruf waw menggantikan dengan huruf alif, disebabkan huruf waw itu adalah merupakan asal bagi kalimah-kalimah tersebut. Begitu juga pada kalimah ( (,) dan ) sebagainya yang ditulis dengan huruf yamenggantikan dengan huruf alif, disebabkan huruf ya itu adalah merupakan asal bagi kalimah-kalimah tersebut. MERANGKUMI BEBERAPA LAHJAH ARAB

Satu lagi keistimewaan yang terdapat pada resam uthmani ialah ia boleh dijadikan sebagai bukti yang menunjukan bahawa Al-Quran itu ditulis bukan hanya menggunakan lahjah Quraisy sahaja, tetapi penulisannya merangkumi beberapa lahjah arab yang lain seperti lahjah Huzayl, Hawazin, Kinanah dan sebagainya. Contohnya seperti penulisan ta al marbuthah kepada ta al maftuhah pada beberapa kalimah yang tertentu, adalah berpandukan kepada lahjah Arab Tay. Dihadhafkan huruf ya selepas huruf ta pada kalimah ( )dalam firman Allah S.W.T ( ) adalah berpandukan kepada lahjah Huzayl. Demikian juga pada lahjah-lahjah yang lain.

KEISTIMEWAAN MENYAMBUNG DAN MEMISAHKAN KALIMAH Kalimah-kalimah yang ditulis dengan disambungkan pada beberapa temapat, tetapi dipisahkan pula pada tempat-tempat yang lain juga sebenarnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jika dilihat dari segi makna sememangnya terdapat perbezaan apabila kalimah tersebut disambung dan dipisahkan.Contohnya kalimah ( ) yang dipisahkan pada firman Allah s.w.t ( ) dan disambung pula pada firman Allah s.w.t ( .)

Apabila ditulis dengan terpisah ia membawa maksud ( ,) tetapi sekiranya bersambung ia membawa maksud yang lain.

KEISTIMEWAAN HURUF-HURUF HADHAF Sebagaimana huruf-huruf ziyadah, huruf-huruf hadhaf juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Berdasarkan kajian para ulama, mereka mendapati bahawa terdapat satu makna yang tersirat daripada setiap huruf yang dihadhafkan itu. Contohnya seperti dihadhafkan huruf selepas huruf pada kalimah ( ) adalah untuk memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa doa seseorang hamba itu sangat mudah dan cepat sampai kepada Allah s.w.t. Begitu juga dihadhafkan huruf selepas huruf pada kalimah ( ) dalam Firman Allah s.w.t.( ) adalah untuk lebih memperkuatkan lagi kenyataan bahawa sihir itu adalah perbuatan yang salah dan sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Demikianlah juga pada beberapa lagi kalimah yang lain.

KEISTIMEWAAN KAEDAH PENULISAN YANG SAMA Satu lagi keistimewaan yang terdapat pada Rasm Uthmani ialah terdapatnya beberapa kalimah yang ditulis dengan kaedah tulisan yang sama, walaupun cara bacaannya berbeza. Kaedah ini digunakan supaya kalimah-kalimah tersebut sesuai dibaca oleh semua wajah Qiraat. Contohnya, ditulis selepas huruf selepas huruf pada kalimah ( ) dalam firman Allah s.w.t ( ) supaya ia boleh dibaca oleh qiraat yang mengekalkan huruf tersebut ( ) ataupun qiraat yang menghadhafkannya.

KEISTIMEWAAN KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH Penulisan huruf-huruf

dengan sutrah yang berbeza-beza juga mempunyai

keistimewaannya yang tersendiri. Bentuk-bentuk yang berbagai itu sebenarnya melambangkan

tentang wajah-wajah Qiraat yang diharuskan. Contohnya, seperti kalimah ( ) yang ditulis dengan adalah disebabkan kalimah tersebut dibaca dengan huruf oleh sebahagian Qiraat. Demikianlah juga pada kalimah seperti ( yang ditulis dengan ) , ) yang ditulis ) dengan dan sebagainya. Semua keistimewaan yang dinyatakan di atas merupakan perkara-perkara zahir yang dapat difikirkan oleh para ulama berdasarkan kajian dan ilmu mereka. Sesungguhnya, masih terdapat banyak lagi keistimewaan lain yang tidak dapat mereka selami kerana hakikatnya , semua itu merupakan mukjizat yang menjadi rahsia Allah s.w.t.

APLIKASI KAEDAH DI SEKOLAH Di Malaysia, pengajian al-Quran dalam sistem pendidikan telah mengalami pelbagai perubahan terutamanya di peringkat sekolah. Pada pendapat saya, kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah di negara kita adalah kaedah Resam Uthmani. Antara kelebihan pelaksanaan kaedah ini di sekolah ialah bentuk tulisannya dapat memudahkan seseorang mengetahui dan mengingati bentuk bacaan al-Quran. Contohnya, perbezaan bentuk baris tanwin dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum tajwid, samada bacaan tersebut dengung atau pun tidak. Ini memudahkan para murid membaca al-Quran dengan bacaan yang betul. Selain itu, pengajian al-Quran melalui Resam Uthmani ini juga dapat membentuk bacaan yang selaras di kalangan pembaca yang mungkin mempunyai bentuk bacaan yang berbeza. Fenomena inilah yang menjadi faktor utama pengumpulan dan penulisan al-Quran pada zaman Uthman bin Affan yang menghadapi perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam yang berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia dan mempunyai ramai penganut yang baru memeluk Islam. Justeru itu, apabila kaedah ini diamalkan sejak dari peringkat persekolahan lagi, nescaya ia akan mewujudkan bacaan yang seragam di seluruh negara. Di samping itu, bentuk tulisannya juga teratur dan kemas samada pada awal atau surah. Begitu juga pada awal atau akhir juzuk. Setiap ayat diakhiri dengan kalimah yang menyempurnakan dan memenuhi kehendak ayat tersebut. Secara tidak langsung, murid dapat berhenti dengan baik dan selesa. Bagi murid yang ingin menghafal pula, ianya akan

memudahkan murid untuk membuat rujukan, tambahan pula bilangan mukasurat bagi setiap juzuk adalah sama iaitu sebanyak 20 halaman. Seterusnya, tulisan Resam Uthmani ini dapat menonjolkan kemukjizatan al-Quran dengan wujudnya perbezaan bentuk tulisan al-Quran berbanding bahasa Arab. Walaupun Kalam Allah ini diturunkan dalam bahasa Arab tetapi terdapat banyak perbezaan dari segi bentuk bacaannya seperti bacaan pendek dan panjang. Dengan adanya tanda bacaan yang tertentu, ia dapat memandu murid untuk membaca dengan betul. Ciri inilah yang terdapat dalam Resam Uthmani. Jika kemukjizatan dan keistimewaan dapat diterangkan dan ditonjolkan dengan sebaiknya, ia dapat menarik minat para guru dan murid untuk menggunakan Resam Uthmani ini dalam pengajian al-Quran.

KESIMPULAN Demikianlah dijelaskan beberapa kelebihan yang menjadikan Rasm Uthmani itu sangat perlu diberi perhatian. Beberapa cirri yang telah dikemukakan oleh para ulama seharusnya memberikan kesedaran kepada kita, bahawa sesungguhnya rasm ini sangat perlu diberi keutamaan apabila seseorang itu ingin membaca atau menulis Al Quran. Di samping itu, beberapa keistimewaan yang terdapat pada Rasm Uthmani sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama sebenarnya boleh menyedarkan kita bahawa rasm tersebut sememangnya merupakan wahyu daripada Allah s.w.t. Sekiranya ia hanyalah merupakan ijtihad para sahabat semata-mata, maka sudah tentulah huruf-huruf Al Quran itu bukannya satu mukjizat. Sekiranya ini berlaku, maka sudah pastilah Al Quran itu terdedah dengan perubahan dan penyelewengan. Firman Allah taala :

" "
Maksudnya : Dan bacalah Al-quran itu dengan tartil. Kesimpulannya, pendekatan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan dalam pengajaran al-Quran yang menggunakan Rsam Uthmani di sekolah pada masa ini adalah amat tepat. Diharapkan usaha ini akan meninggalkan impak besar dalam memberi ilmu dan kefahaman bukan sahaja kepada pelajar sekolah, malah seluruh umat Islam di negara amnya.

Anda mungkin juga menyukai