Anda di halaman 1dari 3

Teori Kontingensi Fiedler Bagi banyak pemimpin dalam suatu organisasi maupun pemimpin dalam bidang pekerjaan, sering

mengalami kesulitan dalam menyampaikan pesan kepada bawahan; ataupun menangkap kesan bawahan anda. Kita pun mengetahui rasa hormat dan kepatuhan kepada atasan itu hanya dilakukan apabila kita menerapkan peraturan yang ketat dalam organisasi tersebut. Padahal sebagai pemimpin sangat mendambakan bawahan berdedikasi tinggi terhadap perusahaan; dan mengetahui semua posisi tugas dari masing masing bagian. Maka dalam hal ini pimpimpin dituntut bersifat apresiatif, terbuka, bertanggung jawab, dan melakukan pendekatan yang baik pada karyawan. Sehingga prestasi kerja karyawan dapat meningkat dan perusahan pun berkembang. Berdasarkan teori kepemimpinan dari Fiedler (Contingency of Leadership), maka kasus diatas mementingkan hubungan antara atasan dan bawahan dalam menentukan keberhasilah seorang pemimpin. Menurut teori ini, gaya kepemimpinana yang paling efektif tergantung pada situasi yang dihadapi dan perubahan gaya. Teori kontingensi berasumsi bahwa berbagai pola perilaku pemimpin (atau ciri) dibutuhkan dalam berbagai situasi bagi efektivitas kepemimpinan. Model ini menyatakan bahwa kelompok bergantung pada :
y y

Hubungan dan interaksi pemimpin dengan bawahannya Sejauh mana pemimpin mengendalikan dan mempengaruhi suatu situasi

Dalam hal hubungan dan interaksi pemimpin dengan bawahannya dapat dinilai dengan kuesioner LPC (Least Prefered Coworker)
y y

Jika skor LPC tinggi, maka pemimpin berorientasi pada hubungan (relationship oriented) Jika skor LPC rendah, maka pemimpin berorientasi pada tugas (task oriented)

Dari artikel di atas, dapat diambil kesimpulan bahwa pemimpin diharuskan memiliki hubungan yang baik terlebih dahulu dengan bawahannya. Pemimpin harus apresiatif, terbuka, bertanggung jawab, dan melakukan pendekatan yang baik pada karyawan. Hal ini dilakukan agar kinerja para bawahan menigkat dan perusahaan cepat berkembang. Oleh karena itu, dari artikel tentang Bagaimana menjadi Pemimpin yang Disegani Karyawan? dapat dinilai bahwa skor LPCnya tinggi sehingga pemimpin lebih berorientasi pada hubungan dengan bawahan (relationship oriented). http://www.scribd.com/doc/50543182/TEORI-KONTINGENSI https://ferryroen.wordpress.com/2011/08/04/teori-struktur-kontingensi-structural-contingensy-theory/ http://azamri.tripod.com/lips-situasi.html http://www.scribd.com/doc/24775168/teori-kepimpinan

http://www.scribd.com/doc/26228771/Teori-Laluan-Matlamat http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=322

8.3Teori Kepimpinan Bersituasi Corak kepimpinan yang berkesan merupakan corak kepimpinan yang dipadankan dengan perkembangan dan kematangan para pekerja. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Kenneth H. Blanchards. Corak kepimpinan dan perlakuan pemimpin dapat dibahagikan ke dalam empat fasa: a) b) c) d) Sikap mementingkan tugas yang tinggi dan sikap humanisme yang rendah. Sikap mementingkan tugas yang tinggi dan sikap humanisme yang tinggi. Sikap humanisme yang tinggi dan sikap mementingkan tugas yang rendah. Sikap humanisme yang rendah dan sikap mementingkan tugas yang rendah.

Empat fasa ini merupakan gambaran tentang peringkat perkembangan pengetahuan para pekerja tentang organisasi. Fasa pertama diamalkan apabila pekerja baru memegang jawatan di dalam organisasi. Pekerja tersebut perlu diberi bimbingan yang secukupnya supaya mereka faham tujuan asas organisasi, peraturan, dan tatacara yang berkaitan dengan operasi organisasi. Corak kepimpinan yang mementingkan tugas akan membantu pekerja memahami tanggungjawab mereka dengan lebih baik. Bimbingan dan penyeliaan yang rapi diteruskan di dalam fasa kedua untuk menambahkan kepercayaan pekerja terhadap kebolehannya mengendalikan urusan organisasi. Di dalam fasa kedua ini, sikap humanisme dipertingkatkan kerana para pekerja dijangka sudah mencapai kematangan dan mempunyai pengetahuan yang memuaskan tentang organisasi dan persekitarannya. Di dalam fasa yang ketiga, para pekerja telah pun dapat memikul tanggungjawab yang lebih luas kerana mempunyai keyakinan ke atas kebolehan mereka. Corak kepimpinan yang mementingkan tugas dapat diperkurangkan dan penekanan diberikan terhadap corak kepimpinan humanisme. Di dalam fasa keempat, kebolehan para pekerja dan motivasi untuk terus maju berada pada tahap yang tinggi. Penyeliaan yang rapi hanya akan menyebabkan reaksi yang negatif. Pengurus mesti mengubahsuaikan corak kepimpinannya kepada corak sokongan lebih daripada corak arahan Teori Kepimpinan Situasi Sepintas Lalu Pengkajian tentang kepimpinan pada umumnya bertitik tolak daripada teori. Terdapat tiga jenis pendekatan teori kepimpinan iaitu berasaskan sifat (traits), tingkah laku dan situasi. Dalam perbincangan ini, pendekatan yang digunakan adalah berpaksikan kepada kepimpinan situasi ( situational leadership ). Mengikut para pendokong teori ini, tidak ada satu pun gaya kepimpinan ideal yang dikatakan paling baik dan berkesan digunakan bagi semua keadaan. Antara teori paling berpengaruh dalam menghuraikan tingkah laku kepimpinan dan keberkesananya ialah Model

Kepimpinan Bersituasi Hersey dan Blanchard (1988). Teori ini mengandaikan bahawa seorang pemimpin mestilah bijak dalam mendiagnos dan melakukan ubahsuaian gaya kepimpinannya supaya ia berpadanan tepat dengan tahap kesediaan yang dimiliki oleh pekerja/pengikutnya ketika melaksanakan sesuatu tugas. Gaya kepimpinan Model Hersey dan Blanchard mencorakkan gaya kepimpinan dengan berpaksikan kepada dua dimensi utama iaitu tingkah laku tugas ( task behavior ) dan tingkah laku hubungan ( relationship behavior ) dalam mempengaruhi pekerja/pengikut mereka. Tingkah laku tugas merujuk kepada sejauh mana pemimpin mampu menjelaskan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh individu atau kumpulan. Antara lain, ia kerap disalurkan secara lisan seperti memberitahu para pekerja apa yang harus mereka lakukan, bagaimana untuk melakukannya, bila harus dilakukan dan siapa yang sepatutnya melakukannya. Bagi tingkah laku hubungan pula, ia merujuk kepada keterlibatan pemimpin dalam komunikasi dua hala termasuk mendengar, memberi perangsang dan dorongan, memudahcara, menyediakan penjelasan, dan memberikan sokongan sosioemosi (Hersey, 1984). Dipihak pekerja/pengikut pula, penentuan tahap kesediaan iaitu bagaimana mereka melaksanakan sesuatu kerja terhadap tugasan yang tertentu (Hersey, 1984) dibuat berasaskan kepada dua dimensi iaitu kebolehan ( ability ) melaksanakan tugas dan kemahuan ( willingness ). Kebolehan merujuk kepada pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang berkaitan dengan tugas, manakala kemahuan bermaksud keyakinan, komitmen dan motivasi yang ada pada diri pekerja/pengikut. Seterusnya gaya kepimpinan akan dipadankan dengan tahap kesediaan pekerja/pengikut berdasarkan kepada kelok tingkah laku hubungan (paksi y) melawan tingkah laku tugas (paksi x) . Kelok tersebut membentuk empat kuadran yang mewakili gaya kepimpinan iaitu pemberitahuan ( telling ), jualan ( selling ), penyertaan ( participating ) dan penyerahan kuasa ( delegating ). Tahap kesediaan pekerja/pengikut pula dibahagikan kepada tiga iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Tinggi bila mana pekerja/pengikut mampu dan berkemahuan atau mempunyai motivasi; sederhana bila mana pekerja/pengikut memiliki mana mana satu kombinasi sifat berikut iaitu mampu tetapi tidak berkemahuan atau tidak yakin; tidak mampu tetapi berkemahuan atau bermotivasi tinggi dan tahap kesediaan rendah bila mana pekerja/pengikut tidak mampu, tidak berkemahuan dan tidak yakin. Oleh itu padanan yang tepat antara gaya penyeliaan dengan tahap kesediaan dijangka akan menghasilkan kepimpinan yang berkesan.