Anda di halaman 1dari 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 SK. TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1 JOHOR BAHRU MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID BIL 1 /TAHUN 2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 28 Desember 2011 : 8.00 pagi : Dewan Sri Temenggong SK. Temenggong Abdul Rahman 1 : Pn. Ngasiam Binti Kardi

Kehadiran(Bilangan) : 39 / 40 Turut Hadir (Jika ada) : Tiada 1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI Pn. Ngasiam Binti Kardi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bekerjasama membantu melaksanakan kerja terutamanya guru dari unit Hal Ehwal Murid. ENROLMEN MURID 2.1 Tahun 1 Seramai 94 orang. 32 murid tahun 1T1, 32 murid Tahun 1T2 dan 30 murid Tahun 1T3. Tahun 2 Seramai 93 orang, 34 murid Tahun 2T1, 36 murid Tahun 2T2 dan 23 murid tahun 2T3 Tahun 3 Seramai 81 orang, 32 murid Tahun 3T1, 30 murid Tahun 3T2 dan 19 murid Tahun 3T3. Tahun 4 Seramai 106 orang, 37 murid Tahun 4T1, 37 murid Tahun 4T2 dan 32 murid Tahun 4T3. Tahun 5 seramai 98 orang, 38 murid Tahun 5T1, 36 murid Tahun 5T2 dan 24 murid Tahun 5T3. Tahun 6 Seramai 99 orang, 38 murid Tahun 6T1, 36 murid Tahun 6T2 dan 25 murid Tahun 6T3. Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 596 orang. Namun demikian ada lagi kemasukan murid baharu yang sedang dalam proses. Tindakan: GPK HEM 3 GURU KELAS 3.1 Senarai nama murid telah diedarkan kepada semua guru kelas. Oleh itu guru diminta melengkapkan buku jadual kedatangan murid. 3.2 Pada tahun ini tiada pungutan bayaran yuran. Maka ruangan yuran di dalam buku jadual kedatangan tidak perlu diisi. Kita harus bersyukur kerana pihak kerajaan telah banyak memberikan sumbangan kepada pelajar bagi meringankan bebanan ibu bapa. 3.3 Guru kelas juga hendaklah memastikan penyata bulanan mengikut bangsa ditulis dengan betul dan diisi pada setiap bulan di bahagian belakang buku jadual kedatangan.
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

3.4 Nama murid hendaklah ditulis dengan huruf besar dengan menggunakan tulisan blok di dalam buku jadual kedatangan. Guru kelas juga hendaklah menulis nama murid mengikut sijil kelahiran murid. Bagi murid yang sijil kelahirannya tiada dalam simpanan sekolah, guru kelas perlu memintanya dari ibu bapa murid. 3.5 Semua sijil lahir murid perlu dikumpulkan kemudian diserahkan kepada GPK HEM untuk disimpan bagi memudahkan sebarang semakan dibuat. Oleh itu guru kelas perlu mengambil salinan sijil lahir murid di dalam fail personalia. Sekiranya tiada, guru kelas perlu minta dari ibu bapa murid. 3.6 Maklumat murid di dalam buku jadual kedatangan perlu dilengkapkan bagi memudahkan sebarang urusan. Pada tahun yang lepas ada beberapa orang guru kelas yang tidak menulis maklumat murid dengan lengkap. 3.7 Guru kelas hendaklah menulis umur murid mengikut bulan kelahirannya. Purata kehadiran murid setiap hari dan purata umur murid juga perlu diisi dalam buku jadual kedatangan. Sekiranya murid ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara guru kelas perlu menulis nombor surat berhenti murid pada ruang yang disediakan. 3.8 Nombor telefon penjaga murid perlu diisi lebih dari satu nombor Tindakan: 4.2. Tindakan: 5 HAL-HAL LAIN 5.1. Tindakan: PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam ............................ Disediakan oleh, .......................................... ( ) Setiausaha Tarikh : (Catatkan tarikh minit mesyuarat disediakan) Disemak Oleh, ................................ ( ) Pengerusi Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00