Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SINARAN BUDI Jalan Kuala Garing 48000 Rawang Selangor Darul Ehsan Telefon / Faks : 03-60916480

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : SKSB 01/03/09 Tarikh : 18.01.2012 Ibubapa/ penjaga, Murid-murid tahun 6, SK Sinaran Budi Tuan/Puan MAJLIS SOLAT HAJAT TAHUN 6/2012 (sebulan sekali) Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk 2. Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Sinaran Budi, akan mengadakan Majlis Solat Hajat khusus untuk murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. 3. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan dan kesejahteraan kepada muridmurid khususnya murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Dengan adanya majlis sebigini diharapkan akan meningkatkan keyakinan diri dan segala usaha murid-murid, ibubapa dan guru-guru akan diberkati dengan mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. 4. Berikut adalah butiran mengenai majlis tersebut: Tarikh : BULAN JANUARI FEBRUARI MAC TARIKH 26 23 29

APRIL 26

MEI 31

JUN 28

JULAI 19

*sebarang perubahan masa akan dimaklumkan kemudian

Masa : 8.00-9.30 malam (setiap akhir bulan & sebulan sekali) Tempat : Surau SK Sibaran Budi 5. Ibubapa diminta dapat hadir bersama anak-anak untuk sama-sama mencari keberkatan dalam hidup. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, MUHAMMAD ZAID BIN AHMAD Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi, Rawang, Selangor.
*Surat ini adalah janaan komputer, tandatangan tidak diperlukan.