Anda di halaman 1dari 2

MUKADIMAH Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang

berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid / pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. TUJUAN Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna. Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%. Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari

Pandangan Guru J-Qaf berkenaan PAFA Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Keputusan survey pelajar UIAM Gombak Kepentingan PAFA di sekolah rendah PAFA di sekolah penting untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu agama yang lebih baik. Selain itu, dengan kaedah PAFA,ia dapat memupuk anak-anak muda mengenai fardhu ain sejak kecil lagi. Lebih-lebih lagi pembelajaran ini mempraktikkan apa yang di ajar di sekolah. Selain itu, sesi pembelajaran ini tidak mungkin dapat diperoleh di luar sekolah dan sepanjang hidup mereka akan menggunakan asas-asas yang ada untuk dipraktikkan. Tambahan pula sesetengah pelajar tidak mendapat pendidikan agama di rumah. Ada juga yang mengatakan bahawa peringkat kanak-kanak sekolah rendah ini adalah tahap umur yang paling sesuai untuk mempelajari teori dan praktikal berkenaan dengan PAFA. Di masa akan datang, mereka akan menggunakan ilmu-ilmu yang ada tentang fardhu ain kerana ianya wajib ke atas diri masingmasing. Masalah pelaksanaan PAFA di sekolah (Hasil survey dari 21 orang pelajar UIAM) 1) Pelajar kurang berminat 2) Pelajar mengantuk di dalam kelas 3) Murid tidak hadir ke kelas 4) Praktikal tidak memuaskan 5) Pengajaran yang kurang kreatif bagi sesetengah ustaz dan ustazah 6) Sesi hafalan yang mengambil masa yang sedikit 7) Kefahaman dan keinginan murid untuk belajar 8) Tidak menumpukan perhatian 9) Belajar untuk peperiksaan tetapi bukan untuk dipraktikkan 10) Kekangan masa