Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN

UKUR ARAS

ABDUL HALIM BIN ABDUL RANI

NORZULFIKRI BIN AHMAD

MUHAMMAD SHUKRI BIN AHMAD GHAZALI

RAJA YUSOFF BIN RAJA SULAIMAN

PENSYARAH :

EN NAZRUL BIN ISMAIL

Kerja Ukur Aras


Kerja mengukur aras ini adalah bertujuan untuk menentukan aras laras Batu
Atas Sementara (BAS) yang dibina di kawasana kerja. Selain itu ia betujuan untuk
menentukan atas laras stesen-stesen kawalan yang sedia ada untuk kerja-kerja ukur
takimetri.

Ia memerlukan 2 staff dan 1 Alat Aras untuk melakukan kerja ukur aras.

Aturcara Ukur Aras

• Kerja mengukur aras ini dilakukan dengan mengunakan empat orang iaitu Zul
, Raje , Chuki dan Alim. Masing-masing diberi tugasan iaitu Alim dan Chuki
menjaga Staff 1 dan Staff 2 , Raje mengambil ukuran dan Zul mencatit
ukuran.

• Jarak untuk membuat ukur aras ini adalah dalam lingkungan 20 meter (m)

• Dimulakan dengan BAS iaitu pili bomba berdekatan dengan perpustakaan.


Staff 1 diletakan pada pili bomba . Dengan 20 langkah dari Staff 1, Alat Aras
diletakan dan dari Alat Aras , 20 langkah lagi kehadapan dan diletakan lagi
satu Staff 2.

• Titik TP1 diberi pada Alat Aras dan ukuran diambil pada Staff 1 dan Staff 2.
Ukuran pada Staff 1 diambil dan dipanggil Ukuran Pandangan Belakang (PB)
dan Staff 2 adalah Ukuran Pandangan Hadapan (PH).

• Setelah kedua-duanya diambil, Alat Aras dan Staff 1 dipindahkan. Dengan 20


langkah kehadapan dari Staff 2, Alat Staff diletakan dan diberi titik TP2 dan
20 langkah lagi kehadapan diletakan Staff 1.

• Ukuran diambil pada Staff 1 dan Staff 2 tetapi Staff 2 menjadi PB dan Staff 1
menjadi PH.

• Apabila ukuran diambil , Staff 2 dan Alat Aras dipindahkan. Kali ini 25 langkah
digunakan kerana hendak kira terus ke titik akhir. 25 langkah dari Staff 1
diletakan Alat Aras dan 25 langkah dari Alat Aras diletakan Staff 2 pada titik
akhir iaitu pada paku berdekatan dengan Dewan Besar.

• Selepas semua ukuran diambil dari titik awal ke titik akhir, ukuran diambil
semula dengan cara yang sama seperti diatas tetapi bermula dari titik akhir
hingga ke titik awal.

• Ukuran yang diambil seperti tercatit pada jadual dibawah


Untuk menentukan bahawa kiraan kita ambil itu betul atau salah , semua jumlah
Pandangan Berlakang ditolakan dengan jumlah Pandangan Hadapan.

PB - PH = ∆h

9.841 – 9.835 = 0.006

Tiada banyak perbezaan dan ini menunjukan ukuran yang dicatit itu betul.