Anda di halaman 1dari 3

Apa ada pada 1559 dan 1680?

Posted on Friday, August 04 @ 14:59:35 MYT by admin


gunxx writes "

oleh : Maszlee Malik

Nombor-nombor berikut bukanlah nombor ekor yang


memenangi hadiah pertama cabutan empat nombor ekor
Magnum. Ianya merupakan dua resolusi PBB yang telah
digunakan oleh rejim Zionis Israel sebagai alasan untuk
menyerang Lubnan. Kematian sehingga kini lebih 600
masyarakat awam Lubnan, termasuk yang terkini lebih 60
orang di Qana, adalah semata-mata untuk menyokong kedua-
dua resolusi tersebut. Ribuan yang cedera, mankala lebih
700,000 kehilangan tempat tinggal kerana serangan-serangan
ganas Zionis juga adalah bersandarkan kepada kedua-dua
resolusi berkenaan. Lubnan digempur dan dikepung darat, laut dan udara. Bekalan air dan elektrik
terputus sama sekali. Pangkalan tentera Lubnan di Qolelaat, Hermel, Buda, Rayak, Jiyeh , Doueir,
Baflay, Zibquin dan Naqura telah diserangkan oleh pesawat tentera Israel dari 12 Julai hingga 18
Julai 2006. Pada 15 Julai , 18 orang biasa Lubnan mati terbakar , ditembak oleh helikopter Israel .
Mereka dalam perjalanan berkonvoi di stesen minyak. 18 jambatan dan jejantas musnah.
Persimpangan dan lebuh raya di Beirut turut diserang. Stesen pemancar telefon mudah alih di timur
Lubnan , Loji kuasa Jiyyeh, tangki bahan bakar di Lapangan Terbang Rafiq Hariri di Beirut. Kerugian
lebih 25 juta AS. Kesemuanya berasalankan resolusi-resolusi tersebut.
Apakah kandungan sebenarnya resolusi 1559 dan 1680?

Resolusi 1559

Pada 14 Februari 2005, bandar Beirut yang indah telah dikejutkan dengan satu letupan besar.
Letupan hasil bahan ledakan seberat 1000kg yang telah disasarkan ke kereta mantan Perdana
Menteri Lubnan yang terkenal, Rafiq Hariri. Kereta mantan Perdana Menteri Lubnan yang telah
berkhidmat dari tahun 1992 sehingga tahun 2004 itu telah meletup di hadapan hotel St George,
Lubnan. Usai peristiwa tersebut, AS telah menundingkan jari mereka ke arah Syria di atas kejadian
yang amat tragis itu. Syria menjadi suspek utama berdasarkan pengaruhketenteraan mereka ke
atas Lubnan. Semenjak berakhirnya peperangan saudara di Lubnan, Syria telah menempatkan
tentera mereka di serata Lubnan untuk mengawal negara tersebut. Syria juga mempunyai pengaruh
ke atas pertahanan dan keselamatan negara berkenaan. Tidak hairnlah, bagi sesiapa yang pernah
ke Lubnan sebelum tahun 2005, gambar-gambar Hafiz al-
Asad, dan kemudiannya Bashar al-Asad akan memenuhi
papan-papan billboard di serata bandar Beirut.

AS dan juga UK telah menggunakan peluang tersebut untuk


memaksa Syria keluar meninggalkan Lubnan. Kedua-dua
kuasa tersebut telah menggunakan PBB untuk melakukan
penyiasatan ke atas kematian Hariri. Syria telah dipaksa
untuk bekerjasama. Mantan hakim Jerman, Detlev Mehlis
telah ditugaskan sebagai ketua penyiasat PBB ke Syria dan
Lubnan. Mehlis telah berjaya menyelesaikan tugasnya dan
menyerahkan laporan siasatannya kepada Kofi Anan pada
20 Oktober 2005. Hasilnya, beliau mendapati Syria dan
beberapa pihak di Lubnan yang pro-Syria terlibat secara
langsung merancang pembunuhan tersebut. Antara asas
tuduhan tersebut ialah, Hariri memang dimusuhi oleh Syria. Hariri, yang berasal daripada Arab
Saudi telah berusaha untuk mengeluarkan tentera Syria dari bumi Lubnan dan memastikan Lubnan
100% merdeka daripada pengaruh asing.

Cukuplah kita diperbodohkan dengan sikap bermuka2 Amerika dalam isu Palestin.
Ketika penyiasatan masih lagi dijalankan, beberapa perubahan telah berlaku di dalam politik
Lubnan. Pada bulan Jun tahun yang sama, gabungan Hizbullah dan Amal telah memenangi
pilihanraya majlis legaslatif Lubnan dangan suara majoriti di kawasan selatan Lubnan. Walaupun
parti yang paling berpengaruh di dalam parlimen Lubnan adalah parti "Mustaqbal" pimpinan anak
Hariri, Saed al-Hariri, namun mereka tidak berkuasa di selatan. Kemenangan besar Hizbullah-Amal
yang pro-Syria telah menakutkan rejim Zionis yang masih lagi menjajah kawasan Sheeba milik
Lubnan. Mereka juga bimbang, kerana Lubnan selatan bersempadan dengan tanah jajahan Zionis.
Sebarang usaha mereka untuk menawan Lubnan di masa hadapan pastinya akan terhalang oleh
kewujudan Hizbullah yang telah berjaya menyingkirkan tentera Zionis keluar dari bumi selatan pada
Mei 2000. Di atas kesedaran ini, Rejim Zionis beserta sekutunya AS telah melobi Majlis Keselamatan
PBB untuk melakukan tindakan tegas. Pembunuhan Hariri telah dijadikan modal untuk AS dan Rejim
Zionis melakukan kempen mereka.

Hasilnya, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi 1559 yang memaksa Syria agar
mengundurkan tenteranya seramai 16,000 orang dari Lubnan. Keputusan tersebut menimbulkan
reaksi yang pelbagai dari kalangan rakyat Lubnan. Bagi mereka yang anti-Lubnan dan pro-Hariri,
keputusan tersebut amat dialu-alukan. Bagi pihak yang pro-Syria, mereka menentang keputusan
berkenaan. Keluarnya tentera Syria dariapda bumi Lubnan hanya akan mendedahkan Lubnan
kepada serangan daripada tentera Rejim Zionis. Lubnan merupakan negara yang tidak mempunyai
ketenteraan yang kuat. Antara kandungan resolusi 1559 juga ialah, kumpulan-kumpulan
bersenjata, terutamanya Hizbullah yang dikenali dan dituduh oleh AS dan Zionis sebagai pro-Syria
wajib melucutkan senjata mereka juga. Alasan yang dikemukakan oleh PBB ialah untuk menjaga
keamanan di Lubnan. Syria menolak keras resolusi tersebut.

Peranan AS dengan jelas dapat dilihat pada resolusi 1559. Resolusi tersebut memberikan manfaat
yang tidak terhingga kepada rejim Zionis yang sememangnya mempunyai niat jahat ke atas
Lubnan. Jika tentera Syria sudah tiada dan juga kumpulan Hizbullah sudah tidak mempunyai
senjata, maka siapakah yang akan mempertahankan Lubnan jika mereka diserang?, ternyata apa
yang berlaku pada hari in telah menjadi jawapannya.

Resolusi 1680

Berdasarkan undian 13 negara anggota Majlis Keselamatan (dua negara iaitu China dan Rusia tidak
hadir), majlis tersebut telah meluluskan resolusi 1680 pada 17 Mei 2006. Resolusi yang
dirancangkan drafnya oleh AS, Peranchis dan juga UK itu bertujuan untuk menggesa Syria dan
Lubnan agar melaksanakan perlaksanaan resolusi 1559. Syria diminta untuk memastikan tiada
usaha penyeludupan senjata masuk ke dalam Lubnan. Masyarakat Lubnan pula pada waktu itu
sedang giat membincangkan sesama mereka usaha untuk melucutkan senjata pelarian Palestin di
Lubnan dan juga senjata milik Hizbullah. Melalui resolusi tersebut, mereka diseru untuk
mempercepatkan proses berkenaan demi menghayati gesaan PBB berhubung resolusi
1559. Pendekata kedua-dua resolusi berkenaan menguntungkan Rejim Zionis dan
mendedahkan Lubnan kepada bahaya yang amat besar. Sekali lagi, apa yang berlaku
pada hari ini telah membuktikannya.

Berdasarkan realiti inilah Rejim Zionis terlalu ghairah untuk mempergunakan kedua-dua
resolusi ini untuk terus mengganas di Lubnan. Sesiapa sahaja yang mengeluarkan
kenyataan bagi pihak rejim pastinya tidak akan lupa untuk menyebutkan perkara ini. Dari
Olmert, Emir Perezt (menteri pertahanan), Tzipi Livni (menteri luar), wakil Zionis ke PBB
(Dan Gillerman) dan kesemua jurucakap tentera Zionis turut menggunakan resolusi 1559
dan 1680 sebagai alasan untuk terus mengganas di Lubnan. Mereka berlagak seolah-olah
tentera Rejim bertindak seperti polis bagi pihak PBB untuk tujuan berkenaan. Mereka juga
berlagak seolah-olah mereka merupakan inspirasi kepada PBB dan masyarakat
antarabangsa yang setia. Gambaran yang cuba diberikan juga ialah seolah-olah mereka
juga adalah negara yang amat setia dengan undang-undang antarabangsa dan juga
resolusi PBB.

PBB diperlekehkan rejim Zionis sebagai badan yang memastikan keamanan dunia. Siapa
lagi yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan isu Palestin ?
Lupakah mereka terhadap segala undang-undang antarabangsa dan juga resolusi-resolusi PBB yang
mereka langgar dan tidak pernah endahkan. Bukankah resolusi 181 PBB hanya memberikan mereka
55% daripada bumi Palestin dan bukannya kesemua bumi Palestin yang mereka duduki sekarang.
Bukankah resolusi 194 PBB memerintahkan mereka untuk membenarkan rakyat Palestin pulang ke
negara mereka dan juga tanah mereka yang telah dirampas oleh Zionis. Bukankah juga resolusi 194
itu juga memaksa mereka untuk membayar gantirugi kepada rakyat Palestin. Bagaimana pula
dengan resolusi 242 PBB?, bukankah Rejim Zionis diminta untuk keluar dari Gaza dan Tebing Barat
serta Baitul Maqdis melalui resolusi berkenaan. Resolusi 425PBB juga telah menunjukkan kedegilan
Rejim Zionis dan penolakannya terhadap keputusan masyarakat dunia. Resolusi yang mengerahkan
tentera rejim keluar dari bumi Lubnan pada tahun 1978 itu tidak pernah mereka patuhi. Keluarnya
tentera mereka dari Selatan Lubnan pada Mei 2000 hanyalah kerana kerugian dan kekalahan besar
yang mereka timpa pada waktu tersebut.

Bagaimana pula dengan Geneva Convention 1948 berkaitan tahanan perang ?, bagaimana pula
dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang mereka cabuli berkaitan hak rakyat Palestin?,
bagaimana pula undang-undang antarabangsa berkaitan pelarian, tahanan perang, wanita dan
kanak-kanak?. Bukankah kesemuanya telah dicabuli oleh rejim yang terganas di dunia itu lewat Deir
Yasin 1948, Sabra Shatilla 1982, Qana 1996, Jenin 2002, Refah 2004 dan juga di serata bumi Gaza
dan juga Tebing Barat. Bagaimana pula dengan keengganan rejim berkenaan untuk mematuhi
keputusan Mahkamah keAdilan Antarabangsa (ICJ) mengenai tembok pemisah pada Julai 2004?,
bukankah tembok itu sepatutnya dirobohkan?. Malangnya sehingga kini rejim Zionis giat
meneruskan pembinaannya.

Persoalannya di sini, di manakah pula pihak dunia di kala Rejim Zionis ini menyembelih satu persatu
nyawa kanak-kanak dan wanita Lubnan dan Palestin yang tidak berdosa?,

Ke manakah pula umat Islam dan para pemimpin mereka?, jika PBB tidak boleh diharapkan, adakah
mereka perlu merayu dan memohon daripada PBB lagi?

Sekadar memetik kata-kata George Galloway, ahli Parlimen dari Scotland: "Don't blame the
Arabs, they are lions, but they are being ruled by Donkeys"."