Anda di halaman 1dari 17

Kenali Musuh Islam: Orientalis

FASAL PERTAMA
TAHAP-TAHAP GHAZWUL FIKRI

Kedatangan dan kebendaan bangsa Barat Kristian di negara-negara kita Islam


tidaklah dengan sekaligus. Mulanya dengan pasukan materi, lalu diikuti oleh
orientalis (istiyhraq) dan missionarisme (tabsyir) yang bersifat ma’nawi.
Selanjutnya mereka lakukan kolonisasi dan mereka potang-potong akar
pemerintahan Islam. Kemudian mereka tebarkan idea-idea sekularisme dan
nasionalisme, dan setelah itu mereka bunuh khilafah Islamiyah. Akhirnya setelah
tentera mereka hengkang dari negeri-negeri Islam, mereka tinggalkan tentera
lain yang kulitnya sama dengan kulit kita dan bahasanya pun sama dengan
bahasa kita ( iaitu anak negeri sendiri yanga sudah menjadi dalang). Nah, dengan
laskar anak negeri inilah yang mereka lakukan perubahan sosial dan politik.

Aktivis mereka dalam hal ini dapat dibahagi dalam tiga tahap, iaitu:
Tahap pertama: Tahap sebelum menjatuhkan Khilafah Islamiyah.
Tahap kedua: Tahap pembunuhan terhadap Khilafah Islamiyah.
Tahap ketiga: Tahap sesudah jatuhnya kekuasaan Khilafah Islamiyah

PEMBAHASAN PERTAMA
TAHAP SEBELUM JATUHNYA KHILAFAH ISLAMIYAH.

Tahap ini dimulai dengan perang Salib, kemudian Orientalisme, dan disusuli
dengan missionarisme.
Pertama:Perang Salib.

Kami tidak menulis sejarah, tetapi hanya meringkas dari ungkapan dari
kenyataan sejarah. Di antara kenyataan itu ialah bahawa bangsa Barat telah
mengatur tentera untuk memerangi dunia Timur Islam atas nama Salib di bawah
bendera Salib. Dan para pemuka gereja di Eropahlah yang telah mengatur para
penguasa dan rakyat untuk melaksanakan peperangan ini, lalu ditetapkannya
sebagai perang agama. Pepecahan kaum muslimin menjadi negara-negara kecil
dan kelemahan Daulah mereka telah menjadikan orang-orang Nasrani berani
memerangi mereka. Dan tidak benar apa yang digambarkan sebahagian penulis
Arab bahawa penjajahan bangsa Barat itu bertujuan mencari keuntungan
ekonomi sahaja.
Memang benar bahawa eksploitasi kekayaan atau ekonomi itu merupakan salah
satu tujuan penjajahan yang mereka lakukan, tetapi tidak merupakan tujuan
utama. Tujuan utamanya ialah agama (penyebar agama), dan dalam hal ini
peranan para pemimpin spiritual Masihi dan sekutu-sekutunya tidak dapat
diabaikan dan dilupakan. Mereka ingin membalas dendam dan menyakiti orang-
orang Islam yang dahulu pernah menjarah ke jantung Eropah dan berhasil
menguasai Laut Tengah hingga masuk ke Perancis Selatan. Setelah
melampiaskan dendam dan menyakiti kaum muslimin, mereka kemudian
memaksa kaum muslimin memeluk agama kristian. Inilah yang akan
dibincangkan dalam etape kedua peperangan ini. Allah berfirman di dalam Al-
Quran:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akn senang kepada kamu sehingga kamu
mengikuti agama mereka".(AL-BAQARAH:120)

"Mereka tidakhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka dapat


mengembalikan kamu dari Dinmu(kekafiran) seandainya mereka sanggup".(AL-
BAQARAH:217)

Dan benarlah apa yang dikatakan oleh penulis Amerika William Ghoycare,
bahawa orang-orang Yahudi berada di belakang Perang Salib. Mereka bermaksud
untuk melemahkan kaum muslimin dan kaum Nasrani sehingga mereka dapat
meningkatkan praktik ribawi di tengah-tengah Perang Salib.

Namun seandainya tidak digerakkan bangsa Yahudi, orang-orang kristian itu pun
akan tetap bergerakjuga. Kerana, apa yang mereka lakukan ketika Perang Salib
itu hanyalah pelampiasan dari dendam yang terpendam. Sedangkan apa yang
mereka sembunyikan dalam dada mereka adalah lebih besar lagi.

Perlindungan Dalam Islam Untuk Umat, Bukan Untuk Pemimpin.

Kalau daulah Islam pada waktu itu berpecah-belah, maka Allah telah menjadikan
umat Islam ini sebagai salah satu mukjizat agamanya setelah Al-Quran. Al-Quran
telah menyatakan bahawa umat Islam ini adalah sebaik-baik umat bagi manusia,
sehingga benarlah kata orang bahawa Al-Ashmah (perlindungan) dalam Islam itu
adalah untuk umatnya, bukan untuk pemimpinnya, yang didasarkan pada sabda
Rasulullah saw:
"Umatku tidak akan melakukan kesepakatan untuk melakukan kesesatan".

Kemudian apabila kita perhatikan sejarah yang dilalui umat Islam ini, mereka
tetap tegar dan menjulang, meskipun hatinya menghadapi bermacam serangan.

Bangkitlah umat Islam ketika mereka melihat tanda Salib diatas kepala musuh-
musuh mereka… Bangkitlah mereka memerangi musuh-musuh Allah dan musuh-
musuh mereka dengan segala jalan. Mereka persiapkan jiwa dan darahnya untuk
membela agama Allah… mereka ingin segera bertemu Allah dan memasuki
surgaNya.. kerana itu Allah memberikan kepada mereka dua kebaikan sekaligus,
iaitu kemenangan dan surga… Dan kembalilah (pulanglah) tentera Salib dengan
membawa kerugian setelah berperang selama dua abad… Dan dalam sejarah
Perang Salib terdapat kisah kepahlawanan dan kehebatan kaum muslimin yang
perlu ditulis dengan tinta emas.

Dalam peperangan itu muncullah Asy-Syahid Nuruddin Mahmud bin Zanki At-
Turki, kemudian muncul pula Shalahuddin Al-Ayyubi Al-Kurdi dan lain-lainnya.
Mereka yang memimpin umat ini menuju kemenangan untuk tetap mengeksiskan
universalitas dakwah Islam yang mendunia sehingga "Tidak ad kelebihan bagi
bangsa Arab atas bangsa Arab kecuali takwa". Dan penduduk Turkistan (yang
sekarang berada di bawah kekuasaan rezim komunis) telah berjuang
membebaskan negeri Islam dari pasukan Salib yang pendendam. Meskipun, tidak
ada negara lain yang melindungi mereka ketika tentera Rusia membunuh sekitar
tiga juta jiwa penduduknya…dan bangsa Barat Kristian yakin bahawa
bagaimanapun lemahnya Daulah Islam, mereka tidak akan dapat meraihnya dan
menguasai umatnya sehingga terlebih dahulu harus mereka
kuasai (rampas) akidah dan pemikirannya…
Tahap berikutnya ialah istisyraq (Orientalisme) dan tabsyir (Missionarisme).

Kedua :Orientalisme
Perang Salib telah membuahkan idea-idea baru bagi mereka yang terkenal
dengan istilah istisyraq atau orientalisme, kerana sebahagian bangsa Arab yang
didorong oleh fanatisme Salibiyahnya telah menulis tentang Islam. Dan sudah
tentu, kerana fanatisme Salibiyahnya maka penulisan mereka tidak didasari
kejujuran ilmiah. Mereka sengaja hendak merosak dan memburuk-burukkan Islam
dari pelbagai sudut, antara lain:

Melontarkan keraguan dengan mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah ciptaan


Nabi Muhammad saw. Dan kerana kesderhanaan serta keimanan para
sahabatnya sehingga mendorong mereka untuk menukilkannya dan
mengatakannya dari sisi Allah.
Mengaburkan sumber-sumber hukum Islam antara lain sumber-sumber Ilahiah
(Al-Quran dan Sunnah) dengan ijtuhad. Mereka menganggap bahawa semua itu
ciptaan manusia, lalu mereka samakan sahaja kedudukkannya. Menyerukan
kepada tasawuf yang sekiranya dapat memalingkan pelakunya dari melakukan
jihad. Padahal semangat jihad inilah yang membangkitkan mereka menghadapi
pasukan Salib.(Vide: Ash-Shufiyyah Fil Islam karya orientalis Nilcoson, halaman 7-
8).
Kegiatan orientalis ini bermula di Spanyol (Andalus) pada tahun ke tujuh Hijriyah
ketika sedang berlakunya peperangan antara pasukan Salib dengan kaum
muslimin. Maka Alfonso, Raja Kastilia, memanggil Michael Schot untuk membahas
ilmu-ilmu kaum muslimin dan peradaban mereka. Lalu Schot mengumpulkan
pendeta-pendeta di daerah yang berdekatan dengan kota Toli-Toli dan mereka
terjemahkan beberapa buku berbahasa Arab ke dalam bahasa Perancis.
Kemudian Schot menyerahkannya kepada Raja Sicilia yang telah memerintahkan
pembuatan naskah tersebut dan mengirimkannya ke Universiti Paris sebagai
hadiah.
Dan Uskup Agung Toli-Toli, Reymond Lul, melakukan penerjemahan dengan tekun.
Setelah itu maka orang-orang Eropah aktif melakukan penerjemahan berbagai
cabang ilmu pengetahuan, seperti ilmu ketuhanan, ilmu kedoktiran, ilmu pasti,
ilmu falak dan lain-lainnya. Dan setelah ada pencetakkan, maka didirikanlah
beberapa pencetakkan dan penerbitan berbahasa Arab di Eropah untuk
mencetak buku-buku yang dipelajari di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi di
Eropah.
Aktifitas orientalis tidak terpisah dari kegiatan missionaris, kerana kepentingan
mereka saling menopang . Maka kekalahan tentera Salib dalam beberapa
peperangan secara berturut-turut mendorong merekauntuk menambah
pengetahuan tentang kebudayaan dan peradaban Islam. Dan akhirnya mereka
membuat keputusan untuk mengubah Perang Salib ini dari perang bersenjata
menjadi perang pemikiran (ghazwul fikri). Keputusan mereka ini diilhami oleh
wasiat Saint Louis Raja Perancis dan pemimpin Perang Salib VIII yang mengalami
kekalahan. Dan Louis sendiri kemudian menjadi tawanan tentera Mesir di kota Al-
Manshuriah . Untuk membebaskan dirinya, Louis membayar tebusan yang sangat
besar . Dan setelah pulang ke Perancis, dia yakin bahawa tidak ada jalan untuk
mengalahkan kaum muslimin dengan menggunakan kekuatan senjata, kerana
keteguhan mereka berpegang padaIslam mendorong mereka untuk berjuang dan
mengorbankan jiwa raganya demi membela Islam, Allah dan melindungi wilayah
kekuasaan Islam beserta kehormatanya.Kerana itu harus ditempuh jalan lain,
iaitu memalingkan ideologi Islam dan kaum muslimin melalui GHAZWUL FIKRI
(Invasi pemikiran/intelektual).
Untuk itu para ilmuwan dan cendiakawan Eropa mengadakan pengkajian
terhadap peradaban Islam.Tujuan mereka agar mereka boleh memperolehi
senjata baru yang dapat dipergunakan untuk melakukan perang intelektual.
Demikianlah, medan peperangan itu telah berpindah tempat,. Dari peperangan
bersenjata menjadi peperangan dalam lapangan akidah dan ideologi. Tentunya,
sasaran utama yang hendak mereka capai ialah merosak akiah islamiah yang
sentiasa menghasut kaum muslimin untuk berjuang dan mati syahid.Dalam
rangka melakasanakan pesan Saint Louis, iaitu untuk merosak akidah dan
menghisap kekuatan, keimanan, dan semangat jihad kaum muslimin, orang-
orang eropa berusha memisahkan antara akidah dan syariah dan memberikan
gambaran kepada dunia bahawa Islam itu adalah agama ritualistik (yang hanya
mementingkan ibadah) dalam erti sebagaimana halnya agama Kristian. Begitulah
yang mereka lakukan sehingga mereka berhasil pula memisahkan agama dari
pemerintahan (sekularisme).Maka orang-orang Islam kehilangan rahsia besar
yang tersimpan dalam ketegaran akidah dan mutiara agamanya. (Al-Islam fi
Wajhit Taqhrib Al-Muhaththath Al-Istisyraq wat Tabsyir, karya ustaz Anwar Jundi,
halaman 7-8.
Dan banyak orang yang berependapat bahawa orientalis itu lahir dari
imperialisme dan missionarisme. Imperialisme memandang bahawa pemahaman
islam secara benar akan memberikan kekuatan kepada masyarakat Islam
sehingga dapat menangkal kesewenangan imperalisme. Maka bekerjalah para
orientalis untuk merosak akidah Islam. Mereka mencampuradukkan idea-idea dan
pemikiran yang benar dengan yang salah dari negara-negara yang menang dan
yang dikalahkan yang mereka sebut dengan, peradaban, kedunian atau
penyatuan kebudayaan dan pemikiran manusia.
Adapun tabsyiriyah (missionaris) bertujuan menghentikan perluasaan dan
pengembangan Islam agar tidak menyaingi Kristian dinegara-negara yang
menjadi sasaran pengkrstianan yang mereka lakukan.
Yang dianggap sebagai bahaya paling besar menurut pandangan kaum
messionaris ialah bilamana pemahaman Islam secara benar masuk kedunia
Barat. Dan yang perlu diingat, ketika kaum muslimin menaklukkan kota
Konstantinopel- ibu kota Romawi Timur tempat markaz (pusat) kepastoran gereja
gereja Timur -para pemimpin gereja merasa ketakutan. Mereka pun lantas
membuat kebohongan dan menjelek-jelekkan Islam dan hukum Islam yang adil.
Penyebab yang mendorong mereka melakukan hal ini adalah kerana
kebanyakkan dari kalangan rakyatnya yang hendak memeluk Islam terlalu ramai.
Mereka menghalangi rakyatnya agar tidak memeluk Islam yang
memperkenankan poligami dan penceraian.
Lalu datanglah kaum Zionis dilapangan istisyraq (orientalisme ). Kaum Zionis
mencuba kaum Muslimin agar tidak bersatu padu dalam menghadapi gerakan
Yahudi Internasional dan negara Yahudi yang zalim (Israel ).Para orientalis aktif
bekerja disektor ini.
Perkembangan Orientalisme
Pada permulaan abad ke 13 hijrah (akhir abad ke !8 Masihi) kaum orientalis
sengaja mengubah metode dan strategi. Mereka menggunakan metode baru
yang dianggap mampu membebaskan orientalis dari tujuan missionarisme.
Mereka mengarahkan program hanya untuk pengkajian ilmiah semata mata.
Maka didirikanlah pengajian pengajian perguruan tinggi untuk mempelajari
bahasa bahasa Timur di ibukota negara-negara Eropah, seperti London, Paris,
Leiden, Berlin dan sebagainya.Dan disana diadakan jurusan khusus untuk
mempelajari bahasa Arab dan bahasa-bahasa negeri Islam yang lain, seperti
bahasa Parsi, Turki, Urdu dan lain-lain. Tujuannya ialah untuk membekali
pemerintah imperialis dengan wartawan-wartawan yang piawai dan tahu selok-
belok dunia Islam. Maka banyaklah mahasiswa muslim yang tertarik untuk kuliah
disana. Dan sudah tentu pemikiran-pemikiran tentang Islam yang dikuliahkan
disana mempengaruhi mahasiswa muslim tersebut.Selanjutnya para orientalis
berusaha mengembangkan program mereka untuk mendirikan perguruan tinggi
dinegara-negara Islam bahkan memdirikan lembaga-lembaga ilmiah disana,
seperti di Cairo, Damaskus, dan Baghdad. Di Barat didirikan pula organisasi
keagamaan, politik dan ekonomi yang sekiranya dapat dipergunakan oleh pihak
penguasa pada masa sebelumnya untuk membekali para orientalis.
Negara-negara imperialis juga mendirikan beberapa organisasi di negara-negara
Islam yang telah dikuasainya.semua itu demi kepentingan orientalisme itu sendiri
juga misi katholik dan protestan.misalnya, di Mesir terdapat Lembaga Ketimuran
di Dair Dominikam, Lembaga Perancis, Nadwah Al-Kitab, Darus Salam, dan
Universiti Amerika. Di Libnon terdapat Universiti Santo Yusuf (perguruan Tinggi
Kepastoran Katholik yang sekaran dikenali dengan sebutan Al-Jami’ah Al-
Yusu’iyyah) dan Universiti Amerika di Beirut (yang dulu diberi nama Al-Kulliyah
As-Suriyyah Al-Injiliziyyah - milik Protestan).dan di Syiria terdapat sekolah Al-
Layik, Al-Farir, Darus Salam dan sebagainya. Demikian pula di negara-negara
Islam lainnya.
Tujuan Orientalisme.
Pertama: Mengahalangi bangsa-bangsa kritian agar tidak memeluk Islam. Untuk
itu kaum orientalis berusaha memburuk-burukkan Islam dan menutup segala
kebaikannya untuk membodohkan kaumnya dengan mengatakan bahawa Islam
itu tidak layak dijadikan aturan hidup.Ini adalah merupakan usaha paling
merbahaya yang dilakukan oleh para orientalis dan missionaris.
Hal ini berlaku setelah pasukan Salib pulang ke Eropah dengan membawa
gambaran yang jelas mengenai cara pergaulan dan toleransi kaum muslimin
tehadap mereka. Kerana itu tokoh gereja berusaha menghalang orang-orang
yang hendak menyampaikan kesan mereka tentang kebaikan dan keindahan
Islam, dan mereka berusaha menerjemahkan Al-Quran dengan merosak arti dan
pengertiannya.
Kaum orientalis berusaha menimbulkan kebencian bangsa Eropah terhadap Islam
setelah bangsa Turki Usmani mengalami perkembangan yang baik selama
beberapa abad. Mereka tanamkan perasaan benci dan dendam kepada bangsa-
bangsa Eropah. Mereka menghasut dengan subhat-subhat dan kebatilan yang
dapat menghalangi Islam dari bangsa Eropah. Mreka berusaha sekuat mungkin
agar Islam tidak dapat dilaksanakan.
Kedua: Membantu imperialisme dan kolonialisme terhadap negara-negara Islam
dan berusaha menghancurkan kekuatan Islam dengan menyalah ertikan makna
jihad. Mereka berusaha memalingkan pandangan kaum muslimin agar tidak
berjihad dijalan Allah dan menganjurkan agar pasukan Islam menyibukkan diri
dengan melakukan ibadah mahdhoh dan berzuhud (pantang keduniaan) yang
mereka namakan" jihad akhbar " (jihad paling besar). Kemudian memecah-
belahkan persatuan umat Islam mencabik-cabik Daulah Islamiah. Menjauhkan
syariat Islam agar tidak diamalkan dikalangan masyarakat Islam dan
menggantukan Islam dengan berbagai-bagai sistem perundangan, ekonomi,
politik, dan pendidikan.
Ketiga: Memisahkan kaum muslimin dari dasar-dasar ajaran Islam dan
mengacaukan ajaran tersebut serta menjauhkannya dari sumber-sumbernya.
Merobohkan pilar-pilarnya yang asasi agar tidak lagi dijadikan tiang penyangga
bagi kehidupan muslim, baik dalam kehidupan peribadi mahupun kolektif.
Sehingga, Islam itu hilang dari jiwa dan akal mereka. Hal ini dimaksudkan agar
kaum muslimin menyerah dan menerima kebudayaan dan pemikiran kaum
imperialis. Disamping iu dilemahkan pula akidah mereka supaya mahu menerima
misi kristian yang mereka lakukan serta mengikuti agama mereka atau menjadi
murtad. (Al-Islam Fi Wajhit Taghrib:370-371).
Kesimpulannya, kaum orientalis adalah pasukan terdepan yang membuka jalan
bagi missionaris untuk menimbulkan keraguan kaum muslimin terhadap akidah
Islam. Mereka berupaya merentas jalan bagi misi kristian untuk mencela agama
Islam dan Nabinya saw. Sudah tentu dengan berbagai cara sulapan ilmiah yang
mereka istilahkan dengan pengkajian dan istinjaj tahlili (inference analysis).
Murid-murid Orientalis
Bahaya yang ditimbulkan oleh kaum orientalis semakin jelas, baik dalam bidang
pendidikan, kebudayaan, ataupun pemikiran.
Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari penyokong dan
pengikut yang dapat membantu mereka menyebarkan kebohongan tentang Islam
dan memerangi akidah, akhlak, dan hukum-hukum Islam sesuai dengan yang
mereka inginkan.
Thaha Husein adalah termasuk kelompok pertama orang yang mengagumi dan
menjunjung tinggi metode kaum orientalis. Dia mengibarkan bendera untuk
membela hawa nafsu kaum orientalis. Dia sering mengatakan , "kenyataan yang
ada dalam sejarah kaum muslimin atau pemikiran mereka tidak disukai oleh
kaum orientalis. Metode berfikir mereka ketinggalan zaman..
begitulah Thaha Husein yang latah kepada kaum orientalis. Bahkan sebahagian
orang mengatakan bahawa Thaha Husein adalah seorang orientalis yang
berbangsa Arab tulen.
Keyakinan Thaha Husein terhadap pemikiran Barat dan orientalis melebihi
keyakinan kaum orientalis itu sendiri.Begitulah dia mengikuti mereka dan merasa
sangat puas hati terhadap apa yang mereka katakan, sehinggakan dalam
masaalah-masaalah yang membahayakan sekalipun. Seperti pendapat mereka
tentang kemanusiaan Rasulullah dan Al-Quran. Dan bukunya yang berjudul" Fisy-
Syi’ril Jahili " jelas diilhami oleh pemikiran orientalis itu, meskipun dia tidak
menyatakan secara terang-terangan.
Yang lebih menghairankan lagi ialah kesungguhan Thaha Husein untuk
menjadikan kaum muslimin hidup di bawah kibaran bendera Barat. Dia
mengendalikan kaum muslimin meleleh didalam perapian bangsa-bangsa
tersebut yang tak lain adalah bangsa-bangsa yang beragama Nasranidan bangsa
Yahudi. Dia beranggapan bahawa bangsa Arab dan kaum muslimin tidak mungkin
dapat bangkit dan maju melainkan melainkan dengan meleburkan diri ke dalam
bejana bangsa-bangsa bukan Islam itu. Hal ini telah dikemukakan secara terus
terang dalam beberapa buah buku, khususnya buku" Mustaqbalatus Tsaqafah Fi
Mishr " (Mas depan kebudayaan di Mesir). Dia menganggap bangsa Arab sebagai
bangsa penjajah seperti Rumawi dan Parsi.
Nampak sekali antusiasme. Misalnya, dalam mukadimah buku " Rasailu
Ikhwanish Shafa" usahanya untuk mempengaruhi cetakan buku "Alfu Lailah Wa
Lailah" dan kesungguhannya mempelajari perjalanan penyair-penyair gila dalam
bukunya "Haditsul Arbia" yang mengandungi tiga jilid. Dan dalam mengkaji
perjalanan mereka itu, dia sempat melontarkan keraguan yang mengandungi
racun melalui kata-katanya: "Sesungguhnya abad kedua hijriyah adalah abad
yang penuh keraguan dan kegilaan."dalam pembahasan-penbahasannya ini dia
merujuk pada referensi guru-gurunya, iaitu para orientalis Yahudi. Disamping itu,
dia pun merujuk juga pada buku "Ansabul Asyrof " yang dicetak di perguruan
Tinggi Ibrani di Al-Quds - yang telah dijuluki Israel. Dia juga mengikuti para
orientalis Yahudi dalam mengingkari dan meragukan eksistensi Ibrahim dan
Ismail. Bahkan dia menyatakan secara terus terang tentang keraguannya
terhadap wujud (adanya) Ibrahim dan Ismail meskipun telah disebutkan dalam
Taurat dan Al-Quran.
Bekas-bekas Orientalis.
1. Dengan segala syubhat dan seruannya yang beracun, para orientalis telah
berhasil mengubah cara pemikiran masyarakat Islam pada zaman modern ini.
Mereka telah mengeluarkan bermacam-macam syubhat (kesamaran). Mereka
mengeluarkan seruan dan kemudian dengan begitu sahaja ditulis dalam bahasa
Arab oleh para penulis dan pemikir yang suka meniru-niru mereka dalam
mengumandangkan westernisasi dan faham kebangsaan yang sempit. Hal ini
sangat jelas dengan adanya seruan untuk itu yang mulai dikumandangkan oleh
Walcok dan Welmourdan lain-lainnya. Seruan itu kemudian diikuti oleh Salamah
Musa dan Ahmad Luthfi As-Sayyid. Kemudian dalam menyerukan faham
kedaerahan atau kesukuan sempit seperti Finiqiyah dan Fir’auniyah, Fambry dan
Kromer-lah yang memulainya . Dan lantas diikuti oleh Thaha Husien, Luthfi Sayyid
dan lain-lainnya .
2. Para orientalis bekerja keras merendahkan dan menyeret nash-nash ajaran
Islam kepada pemikiran dan hawa nafsu mereka.Dan banyak sekali nash yang
mereka ubah sesuai dengan keinginan mereka. Bila tidak dapat memalingkannya,
maka diertikan dengan erti yang sangat buruk.
3. Mereka pilih rujukan-rujukan yang sesuai dengan selera mereka,lalu mereka
mencapurrkansejarah dan sumber-sumber hukum Islam.Mereka baca buku-buku
sastera lalumereka masukkan dalam sejarah hadits Nabawi. Mereka pelajari
sejarah yang sesuai dengan hawa nafsu mereka lalu mereka masukkan dalam
sejarah fiqh Islam.Merka benarkan apa yang dinukilkan oleh Dumairi dalam
bukunya Al-Hayawan dan mereka dustakan apa yang diriwayatkan Imam Malik
dalam kitab beliau Al-Miwaththa.
4 . Mereka kumpulkan syubhat-syubhat yang bermacam-macam lalu mereka
kemas dalam bentuk yang bagus. Misalnya seperti yang dilakukan orientalis
Jerman Wlihem Haur Nabach ( Guru besar Universiti Bon)yang menghimpun
potongan-potongan dari kitab Al- Ishobah karya Al Hafizh Ibnu Hajar. Kemudian
diterbitkannya dengan judul Ar-Riddah dan dikatakannya sebagai karya Ibnu
Hajar yang disusun oleh Abu Zaid Ibnu Furat seorang Persi ( wafat tahun 237
Hijriyyah). Kitab ini (yang asli) telah hilang, lalu Ibnu Hajar menulis lagi
sebahagian isinya dalam beberapa tempat. Yang dilakukan oleh Wilhem hanyalah
menghimpun potongan-potongan riwayat orang-orang yang murtad dari Islam.
Dan tidaklah orang melakukan hal seperti ini kecuali kerana mengikuti hawa
nafsu, meskipun hal ini tidak sesuai dengan kajian ilmiah yang sihat.
Serupa dengan diatas, apa yang dikemukakan oleh para orientalis bahawa
bangsa Arab sebelum zaman kenabian telah mengalami kemajuan, dan
periodeNabi s.a.w sama sekali tidak menambah kemajuan mereka.Padahal
sebenarnya bangsa Arabpada zaman jahiliyyah hidup dalam perpecahan dan
permusuhan.Islamlah yang menyatukan mereka dalam kesatuan dan mendorong
mereka untuk memperoleh kemajuan dan kelapangan:
" Walaupun engkau belanjakan semua kekayaan yang ada di bumi, nescaya
engkau tidak dapat mempersatukan hati mereka’ akan tetapi Allahlah yang telah
mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana." (Al-Anfal:63)
" Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (pada masa jahiliyah)
bermusuh-musuhan, lalu Allah menjinakkan hatimu, lantas jadilah kamu
bersaudara kerana nikmatnya, padahal kamu telah berada ditepi jurang neraka,
lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya." (Ali Imran:103)
5 . Mereka menyanjung-nyanjung serta memuji kelompok Qaramithah
(kelompok ekstrim Syi’ah) sebagai pencari keadilan dan kedamaian. Padahal,
mereka tidak dapat membuktikannya bahawa kaum Qaramithah itu sebagai
penyeru kebenaranketika mereka memegang kendali kekuasaan pada abad
keempat hijriyah. Bahkan, nampak kebatilan dan kepalsuan mereka,dan nampak
pula hakikat mereka sebagai produk Yahudi yang hendak menghancurkan Daulah
Islamiah dengan berpadu bersama musuh-musuh kaum muslimin.
6 . Mereka berusaha menghidupkan warisan spiritual Majusi dan aliran
kebatilan Ghunusa klasik (yang mencampur adukkan falsafah dengan agama)
dengan maksud untuk merosak akar pemikiran Islam. Hal ini amat jelas
menampakkan langkah mereka untuk menghidupkan semua kebiasaan beracun
ini, khususnya yang berhubungan dengan penyelewengan akidah dan
berkebolehan melakukan segala sesuatu demi untuk mencapai tujuan ibahiyyah.
Atau yang berhubung dengan wihdatul-wujud, hulul dan ittihad serta yang
berhubungan dengan perilaku kegilaan, seperti syair-syair Basyar bin Barad, Abu
Nawas, kitab-kitab Al-Hallaj dan Ibnu Arabi, Ibnu Sab;in, dan kelompok-kelompok
ekstrim dari kalangan Syi’ah Rafidhah, Ismailiyah dan Fathimiyah.
7 . Tak diragukan lagi bahawa bekas-bekas dan pengaruh orientalisme yang
paling
membahayakan ialah menjadikan buku-buku pada pembahasan kaum
orientalis sebagai rujukan yang asasi dalam bidang sejarah, bahasa, fiqh,
akidah dan sebagainya . Khususnya, diUniversiti dan Perguruan Tinggi-Perguruan
Tinggi Barat seperti Eropa danAmerika. Padahal banyak putera Islam yang
dihantar untuk belajar disana dibawah asuhan dan bimbingan kaum orientalis
dan guru besar-guru besar Yahudi dan Nasrani yang fanatik. Kalau mereka
kembali kenegara masing-masing dan menyebarkan ajaran-ajaran beracun yang
mereka terima dari sana. Mereka menamakan semua itu sebagai pembaharuan
dan kebebasan ilmiah.
Mereka menyebarkan luaskan ensiklopedia dan kamus-kamus untuk dijadikan
rujukan bagi yang memerlukannya. Dan mereka penuhi ensiklopedia dan kamus-
kamus itu dengan racun dan syubhat, misalnya:
Dairat Al-Ma’arif Al-Islamiah.
Al-Munjid Fi Al-Lughah wa Al-‘ulum wa Al-Adab.
Al-Mausu at Al-Arabiyyah Al-Muyassarah.
Kerana itu orang yang menggunakan buku-buku tersebut sebagai referensi
hendakklah waspada dan berhati-hati kerana didalamnya banyak terdapat
kesalahan,kepalsuan dan penyimpangan, sebab jiwa penyusunnya penuh berisi
dendam terhadaap Islam.
Beberapa Contoh Kajian Orientalis
1.Yoseph Shoct meniru gurunya Goldzhiher (keduanya orientalis Yahudi) dalam
mempersendakan syariat Islam. Dia mendakwakan bahawa syariat Islam itu tidak
berbeza dengan tradisi jahilyyah. Ini jelas merupakan dakwaan batil yang telah
mempngaruhi banyak penulis lain.
Dan diantara kebohongan dan kesesatan Schot lagi ialah anggapannya bahawa
pemikiran bangsa Yunani libih utama dan lebih maju daripada pemikiran Islam.
Padahal para sarjana Barat sendiri seperti Sidio, Dwamber, dan Sarton telah
mengakui bahawa Islamlah yang telah memasukkan metode eksperimentel ke
dunia Barat. Dan peradaban dunia moden adalah peradaban kaum muslimin
yang berpijak pada metode yang merepukan asas peradaban Islam ini.
2.Bertlaw tidak mengku buku-buku kimia berbahasa Latin yang mencantumkan
nama Jabir bin Hayyan tiu sebagai kitab yang asalnya berbahasa Arab yang
ditulis oleh seorang ilmuwan muslim.Oenyababnya hanya kerana kitab aslinya
yang berbahasa Arab telah hilang. Tetapi banyak ilmuwan yang menyangkal
pendapar Bertlaw ini, bahkan menuduhnya tidak mengerti dan mengadaada.
Sarton mengatakan,"Siapa saja yang mengerti bahasa Arabmaka nampak
jelaslah baginya bahawa buku-buku berbahasa Latin ini adalah terjemahan dari
buku-buku berbahasa Arab, sebab uslub bahasa Arab nampak jelas dalam
terjemahan berbahasa Latin itu, baik karangan Jabir maupun lainnya ".
3.Sadrasky mengatakan bahawa cerita- cerita atau sejarah dan beritaberita yang
dikemukan dalam Al-Quran atau kitab tafsir itu mengacu oada karya-karya
Yahudi, Taurat dan Injil. Basyar Faris telah menyangkal penfapat ini dengan
mengatakan,"Sesungguhnya antara nash-nash ajaran Islam ( kitab suci Islam )
dengan Yahudi dan Nasrani terdapat jarak yang jauh, meskipun ada sebahagian
yang sesuai atau hampir sepadan…. "
4.Nalino berusaha mengingkari kenyataan bahawa suku Quraisy sebagai suku
bangsa yang paling fasih bahasa Arabnya. Dalam hal ini dia melakukan banyak
sekali kesalahan yang memang disengaja untuk menimbul keraguan dalam
masaalah ini. Dan dia mengatakan diutamakanya suku Quraisy kerana mereka
mencintai Rasulullah saw.
5.Luis Cecho mengatakan bahawa sebahagian besar penyair jahiliyyah dari nara
sumberIslam adalah orang-orang Nasrani, kerana orang-orang Ghasaniyah
adalah beragama Nasrani.

Pendapat ini sudah tentu akan ditolak oleh orang-orang yang mengetahui sejarah
bangsa Arab pafa zaman jahiliyyah, sebab diantara bangsa Ghasasanah
(Ghasaniyah ) ada yang menyembah berhala, ada yang beragama Yahudi, dan
ada pula satu kelompok dari mereka yang beragama Nasrani. Dan diantara
penyair yang dianggapnya beragama Nasrani itu ialah : Al- Akhnas bin Syihab,
Umruul Qais, Umiyah bin Abi Shilt, dan Sumual.
Demikian yang dilakukankaun orietalis dalam usahanya menciptakan kesamaran
dan kekaburan terhadp Al-Quran Al-Karim dan bahasanya, Al-hadis Asy-Syaruf,
dan tasyri` Islami yang kiranya tidak mencukupi tempat ini untuk mengemukan
contoh contohnya.(Vude:"Difa `An Al-Aqidah wa Asy-Syariah " .karya Syeikh
muhammad Al Ghazali, dan" Al-Islam Fi Wajhi At-taghrib "karya Ustaz Anwar Al-
Jundi).
Para Orientalis Yang Jujur

Tak disangkal lagi bahawa diantara orientalis itu ada pula yang bersikap moderat
dan jujur, tentunya dengan tingkat kejujuran yang berbeza-beza. Diantaranya
ada yang keliru dan ada yang benar,dan ada pula yang masuk Islam setelah
mengadakan pengkajian yang mendalam dan objektif.
Renan misalnya, setelah melakukan pengkajian tentang Al-Masih as, dia
menetepkan bahawa Al-masih bukan Tuhan dan bukan pula anak Tuhan.Beliau
hanya seorang manusia biasa yang mempunyai keistimewaan dibanding dengan
makhluk lain serta memiliki jiwa (roh) yang mulia. Selain itu dia juga mengatakan
bahawa buku berbahasa Arab yang membahas sejarah Nabi Muhammad
saw,seperti Sirah Ibnu Hisyam,adalah buku tarikh yang sangat bagus yang
melebihi Injil yang beredar dikalangan kaum Nasrani sekarang.

Diantaranya lagi ialah Thomes Karlyle yang memasukkan Nabi Muhammad saw
dalam kelompok pahlawan dan dia telah menyediakan halaman yang khusus
dalam bukunya Al-Abthal (pahlawan-pahlawan). Dalam buku tersebut dia
mengatakan, "adalah suatu perbuatan yang tercela bila ada orang berperadaban
masa kini yang memperdengarkan dan memerhatikan bualan-bualan orang yang
dan mengatakan: "sesungguhnya Islam itu adalah kebohongan dan bahawa
Muhammad itu tidak berpegang pada kebenaran". Risalah yang diserukan oleh
Nabi (Muhammad saw) ini telah menyinari berjuta-juta manusia selama empat
belas abad. Dan adalah risalah yang dibawanya itu semuanya benar,
bersumberkan dari zat yang Maha Mengetahui lagi Maha Ghaib. Dan risalah ini
menjadi pelita yang menyinari seluruh pelusuk dunia. Itu adalah perintah Allah,
dan itu adalah kurnian Allah yang diberikan kepada orang yang dikehendakinya."

Dan diantaranya lagi ialah Tolstoi, penulis Rusia yang kenamaan. Ketika dia
mengetahui perlakuan aniya terhadap Islam dan RasulNya, dia mengemukakan
kekaguman terhadap Islam. Dia juga membicarakan Al-Masih, dan ia ingkari
kepercayaan orang yang menganggap Al-Masih sebagai tuhan. Bahkan dia
menyimpulkan bahawa Paulus tidak tahu ajaran Al-Masih, malahan dialah yang
menghancurkanya, dan gereja sendiri menambah-nambah ajaran Al-Masih dalam
bidang akidah dengan memejamkan mata. Dia (Tolstoi) mengatakan,
"sesungguhnya orang-orang Islam, Yahudi, Nasrani mengakui adanya wahyu ilahi.
Orang-Orang Islam mengakui kenabian Musa dan Isa, tetapi mereka juga
mempunyai Musa dan Isa yang telah diubah dan dikacauakan. Mereka juga
beri’tikad bahawa Muhammad adalah penutup para nabi, dan beliu juga telah
menjelaskan dalam Al-Quran ajaran-ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa sebagaimana
adanya tanpa ditambahi atau dikurangi."
Selanjutnya Tolstoi juga melakukan studi tentang hadis Rasulullah saw. Dalam hal
ini ia mengatakan, "Tidak disangsikan lagi bahawa Nabi Muhammad ini termasuk
pembesar juru damai dan kebajikan yang memperhatikan tata kehidupan sosial
dengan perhatian yang besar. Sungguh membanggakan, bahawa beliau telah
menunjukkan kepada umatnya cahaya kebenaran dan menjadikannya mereka
cinta perdamaian, menjauhi pertumpahan darah dan suka berkorban. Dan yang
membanggakan lagi ialah bahawa beliau telah membuka jalan kemajuan. Ini
merupakan karya besar yang tidak dapat dilakukan kecuali oleh orang yang
tegas, bijak dan berpengertian. Orang seperti ini patut mendapat kepujian dan
kehormatan",(At-Tabsyir wal Istisyraq Ahqad wa Hamlat, karya Muhammad ‘Azzat
Ismail At-Thabrani, halaman 59-62)

Kemudian diantara mereka yang memeluk Islam setelah melakukan pengkajian


yang seksama tentang islam ialah Lord Hedly, Aten Dinech, penyair Jerman
Gothe, dan DR Gerinech seorang anggota parlemen Prancis. Ketika ditanya
mengapa dia masuk Islam, dia menjawab, "saya telah melakukan studi terhadap
semua ayat Al-Quran yang berhubung dengan ilmu kedoktoran, ilmu kesihatan
dan ilmu alam dan yang berhubung dengan pelajaran saya waktu kecil serta
pengetahuan baru yang saya peroleh. Setelah saya kaji ayat-ayat tersebut
ternyata sangat sesuai dengan pengetahuan moden. Kerana itu saya masuk
Islam kerana saya yakin bahawa Nabi Muhammad saw telah membawa
kebenaran sejak sebelum seribu tahun yang lalu, dan sebelum ada seorang
manusia pun yang mengajari beliau. Seandainya seluruh pakar ilmu pengetahuan
mahu membandingkan ayat-ayat Al-Quran denganilmu pengetahuan sekarang
sebagaimana yang saya lakukan, nescaya dia akan masuk islam, jika mereka
berfikiran secara objektif tentunya"(Ibid, halaman 67, dan Uruba wal Islam, karya
DR Abdul Halim Mahmud).

Maha Benar Allah yang telah berfirman:


"Akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat Kami disegenap penjuru dan
pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu
adalah benar." (Fushilat: 53).
Ketiga : Missionarisme
Musuh-musuh Islam merasa yakin bahawa tidak ada jalan untuk memurtadkan
kaum muslimin selama akidah Islam masih hidup dalam hati mereka. Kerana itu
usaha Kristenisasi melalui Perang Salib mengalami kegagalan.
Demikianlah yang dikemukakan dalam buku Ringkasan Sejarah Missionarisme
karya Edwin Balls (yang disalin kedalam bahasa Arab oleh Muhibbuddin Al-
Khathib dan Sa`id Al-Baqi dengan judul Al- Ghaarah `Ala Al-Alam Al-islami.
Misisonaris Pendeta Zwemer pernah mengatakan bahawa Jazirah Arab yang
merupakan hamparan Islam itu tetap membahayakan bagi agama Kristian. Dan
untuk melengkapi perkataan Zwemer ini, Willliam Geford Bilkraf mengatakan,
"Bila Al-Quran dan kota Makkah itu sudah tertutup dari negara- negara Arab,
maka pada saat itu kita dapat melihat bangsa-bangsa Arab maju dalam
peradaban yang tidak dijauhi kecuali oleh Muhammad dan kitabnya."

Dalam meyerukan Missionaris (Kristenisasi ) terhadap kaum Muslimin, mereka


telah menempuh beberapa cara, antara lain :
1 . Membuka sekolah-sekolah (perguruan tinggi) diseluruh penjuru dunia Islam
sampai ke ibukota Khilafah Islamiah sendiri. Dan sekolah-sekolah itu hendak
mempengaruhi secara kangsung terhadap anak-anak dan remaja Islam, namun
hasilnya sangat terbatas dan tidak dapat menghapuskan akidah mereka secara
total. Kerana itu mereka cukup menyebarkan benih-benih keraguan dan
penyimpangan.
Dan diantara pengruh sekolah-sekolah misi ini ialah didirikannya Universiti
Amerika diMesir dan Universiti Amerika diBeirut yang tidak diingkari misinya oleh
tokoh-tokoh Barat sendiri. Sejalan dengan itu, dilakukan pula westernisasi
pendidikan atau sekularisasi. Hal itu seperti yang dilakukan Inggeris diMesir dan
India. Masaalah ini akan kami bicarakan -insyaallah - dalam membahas wasilah
(sistematik) missionarisme moden.
2. Diantara hal yang sangat membahayakan ialah penberia tugas belajar (bea
siswa ) ke negara-negara Barat Kristian. Salah satu contoh pengaruh yang timbul
akibat belajar di negara-negara Kristian tersebut ialah sebagaimana yang terjadi
pada diri Rifa`ah Ath-Thanawi. Dia telah bermukim diParis sejak tahun 1242
Hijrah (1826 masihi ) hingga tahun 1247 hijrah (1831 Masihi).

Setelah dia pulang ternyata cara pemikiran dan pandangannya telah jauh
berubah dan pertimbangan-pertimbangannya telah rosak. Dia pernah
memperkatakan tentang masaalah tarian yang dilihatnya di Paris. Acara tersebut
dipandangnya sebagai cara berseronok bagi remaja, dan bukan dianggap sebagai
suatu kefasikkan. Padahal dalam tarian mereka harus bersenuhan kulit
(berpelukkandan berciuman). Rasulullahsaw telah bersabda:
"Tiap-tiap angota anak adam mempunyai andil dalam perzinaan. Kedua mata
punya andil dalam berzina dan andilnya ialah memandang (kepada lain jenis,
gambar porna, tulisan-tulisan yang merangsangkan dan sebagainya). Kedua
tanganya dapat berzina, dan zinanya ialah mengamuknya (memegang,
meramas, menyentuh dan sebagainya). Kedua kakinya punya (punya andil
dalam) berzina, dan zinanya ialah berjalan. Mulutnya pun (punya andil untuk
berzina) dan zinanya itu ialah mengucup sedangkan hati mengiginkannya dan
mengagan- angankan, dan kelaminnya itu membenarkannya (mempraktikkanya)
atau mendustakannya (menolaknya). (H.R AHMAD, BUKHARI DAN MUSLIM)
Benarlah sabda Rasullullah saw dan berdustalah Syaikh Ath-Thahthawi.
Dia juga mengatakan rasa kebangsaan untuk mengantikan rasa keagmaan.
Dalam hal ini dia sangat tertarik kepada cara kehidupan jahiliyah dulu dan
berusaha untuk mengembangkanya. Maka dia menyebut mengenai
pemerintahan Mesir zaman Fir’aun dan dilupakan keadaan Mesir pada masa
pemerintahan Islam. Dia sangat kagum terhadap masaalah kebebasan, tetapi dia
tidak memahaminya secara Islam. Padahal Islam telah mendidik pengikutnya
untuk bersikap bebas yang merdeka dari penghambaan diri kepada selain Allah,
dan hanya beribadah kepada Allah semata-mata. Tetapi sayang, dia
memahamikebebasan dengan pahaman cara Barat, iaitu bebas dari ikatan akhlak
dan dari Islam itu sendiri.
3 . Selanjutnya dilengkapi sarana dan prasana missionarime, misalnya dengan
membuka dilengkapi sarana dan prasana missionarisme, misalnya dengan
membuka rumah-rumah sakit dan balai pengobatan. Banyak orientalis yang
mengakui dalam kongres dan tulisan-tulisan mereka bahawa metode ini lebih
efektif daripada dengan mengirimkan pendeta-pendeta.
4.Mengadakan seminar-seminar, diskusi, kongres, menyebarkan buku-buku,
majalah- majalah, surat khabar, brosur-brosur, dan sebagainya (seperti komik
atau cerita bergambar).
Konferensi missionarisme.

Konferensi Missionarisme telah diselenggarakan berkali-kali, antara lain:


1 . konferensi Cairo pada tahun 1324 Hijriyah (1924 Masihi)
2 . Konferensi Bidenburg pada tahun 1328 Hijriyah (1910 Masihi)
3 . Konferensi Lucknow, India pada tahun 1329 Hijriyah (1911 Masihi)
4 . Konferensi Al-Quds pada tahun 1343 Hijruyah (1906 Masihi)
5 . Konferensi Al-Quds tahun 1354 Hijriyah (1935 Masihi)
6 . Konferensi Al-Quds tahun 1380 hijriyah (1961 Masihi)
Dan hanya sedikit sekali hasil dari konferensi-konferensi itu yang sampai kepada
kita. Yang paling terkenal, ialah yang disiarkan oleh majalah Al-‘Alam Al-Islam.
Kami tidak mempercayai bahawa apa yang disiarkan itu sama persis dengan apa
yang dibicarakan dan dibahas.

Disamping itu perlu kami kemukakan beberapa contoh keputusan muktamat


(konferensi) yang pertama dan ketiga sesuai dengan informasi yang kami terima.
Konferensi Kairo: Diselenggarakan di Rumah Pemimpin Mesir Yang Beragama
Islam, Ahmad Arabi.

Para peserta muktamar telah menetapkan cara-cara untuk mengkristienkan


oarang-orang muslim dalam sebuah buku yanh khusus. Biku tersebut diterbitkan
hanya untuk kalangan khusus dari para missionaris. Dan buku itu merupakan
makalah dari pendeta Amerika Flaming.

Kemudian para panitia muktamar menghadap ke Al-Azhar. Lalu diumumkanlah,


bahawapintu pendidikan dibuka untuk umum, lebih-lebih lagi kerana waqaf Al-
Azhar yang banyak itu sangat membantu untuk menyelenggarakan pendidikan
secara gratis.
Dan sekretaris muktamar dalam menghadapi hal ini mengusulkan agar dibentuk
lembaga Kristien untuk mengkristienkan pemerintahan Islam. (ada yang
mengatakan bahawa pembentukkan Universiti Amerika di Mesir adalah
pelaksanaan wasiat tersebut). Maka muktamar pun merumuskan metode
pengkristenan dunia Islam untuk masa sekarang ini.
Untuk kepentingan ini, Pendeta Zwemer (ketua sidang) dengan bantuan teman-
temannya menerbitkan sebuah buku dengan judul Al- aalam Al-Islam Al-Yauma
(dunia Islam hari ini). Dalam buku ini dia menunjukkan kekukuhan akidah kaum
muslimin (dan inilah yang menjadi sasaran utama serangan mereka). Katanya,
"Belum ad akidah yang bersendikan tauhid yang melebihi Islam sehingga mampu
mendominasikan dua benua, Asia dan Afrika. Dan akidah, syariah serta tradisinya
telah menyebar pada dua ratus juta manusia yang dirakit dan dihubungkan
menjadi satu dengan bahasa arab."
Lalu Pendeta Zwemer mengemukaka beberapa nasihatnya, antara lain:
1 . Wajib menanamkan dalam hati umat Islam bahawa kaum Nasrani itu bukan
musuh mereka.
2 . Wajib mengkristienkan kaum muslimin dengan menggunakan orang Islam
sendiri dari barisan mereka sendiri. Kerana, suatu pohin itu harus dipotong salah
satu dahannya.
3 . Akhirnya dia menggembirakan hati para missionaris agar tidak putus asa,
bahawa hati kaum muslimin mempunyai kecenderungan yang sangat terhadap
ilmu-ilmu Eropa dan terhadap kebebasan wanita.
Konferensi Lucknow, India tahun 1329 Hijriyah (1911 Masehi).

Materi yang dibicarakan dalam konferensi ini banyak sekali, dan yang paling
membahayakan ialah;
1 . Mengamati Aktifitas Perguruan Tinggi Islam beserta tujuan dan metode yang
diterapkannya, lalu mereka masukkan upaya kristenisasi.
2 . Meningkatkan kehidupan wanita Islam. (Perlu diperhatikan bahawa mereka
menggunakan kata-kata yang memikat dengan maksud-maksud tersembunyi.
Sebab bagaimanapun juga para missionaris Kristian tidak menginginkan wanita
Islam mengalami kemajuan.

Dan yang lebih membahayakan lagi adalah move yang dilontarkan oleh Zwemer
yang mengatakan, bahawa Sultan Abdul Hamid (Khalifah kaum muslimin) yang
dipenjarakan di Salanik pernah menyatakan bahawa kaum muslimin yang tunduk
dibawah pemerintahan Islam tinggal 27.128 orang. Dan kekuasaan khilafah Islam
telah pindah ke tangan bangsa Inggeris, Prancis, Rusia, dan Belanda. Dia juga
mengatakan bahawa bilangan kaum muslimin yang berada dibawah kekuasaan
negara-negara Kristian dalam waktu yang terdekat akan bertambah
banyak.Adapun buti-butir keputusan yang diambil pada waktu itu antara lain:
1. Mendesak diadakan sekolah missi di Mesir.
2 . Memasukkan tenaga wanita untuk melakukan kristenisasi untuk
mengkristiankan wanita-
wanita mislimah dan anak-anak mereka.(Al-Gharah Al-‘Alam Al-Islam: 61-63)
Sekarang mereka tidak lagi mengajak kaum muslimin secara terang-terangan
untuk memeluk agama Kristian, tetapi mereka berusha menjijik-jijikkan Islam dan
melemahakan nilainya.

Keempat: Memotong Akar Daulah Islamiah.


Disamping melakukan serangan terhadap akal dan hati, dalam usha merosak dan
menghancurkan Islam, bangsa-bangsa Barat Kristian juga melakukan serangan
bersenjata dan politik. Maka terjadilah kesepakatan antara dua negarapada
waktu itu untuk memotong akar daulah Islamiah dan membagi-bagikannya untuk
mereka.
Pada pertengahan abad kesembilan belas (1857 Masihi/1274 Hijriyah). Inggeris
berhasil menguasai India dan berpindahlah pemerintahan dari tangan Serikat
India Timur ke tangan Pemerintahan Britinia. Dan dengan demikian, lenyaplah
salah satu Daulah Islam yang telah berdiri sejak abad ke-16 (iaitu Daulah
Mongolia di India atau Daulah Timuriyah, dinisbahkan kepada pendirinya, Timur
Lank).

Pada tahun itu pula, tentera Perancis menduduki kawasan padang pasir Islam
bahagian barat. Bermula dengan penaklukannya terhadap Al-Jazair pada tahun
1246 Hijriyah (1830 Masihi).

Setelah itu, secara beransur-ansur Inggeris menduduki negara-negara Islam yang


lainnya. Dan mereka berhasil menduduki Mesir pada tahun 1300 Hijriyah (1882
Masihi). Kemudian setelah Perang Dunia pertama, pada tahun 1338 Hijriyah
(1920 Masihi) Perancis menduduki Syiria dan Libnon. Dan beserta kapal-kapal
perang yang mereka kirimkan, ada sebuah kapal yang memuatkan wanita-wanita
(pelacur). Ketika komandan ditanya mengenai masaalah ini, dia menjawab
dengan suatu jawapan seolah-olah dia mengetahui perkara yang samar. Katanya:
"Sesungguhnya kapal-kapal itu bekasnya dapat lenyap, sedangkan kapal yang
memuatkan pelacur-pelacur itu tidak akan lenyap bekasnya." Dan sebelum itu,
tentera Itali yang menyeberang lautan untuk menduduki Libia menyayikan lagu-
lagu Fasis. Dengan penuh dosa, mereka mencaci Al-Quran, Islam serta
mengancam bahawa umatnya akan dibinasakan. Diantara nyanyian yang mereka
alunkan itu berbunyi:

"Wahai ibu
sempurnakanlah kebaktianmu dan jangan menagis,
tertawa dan bergembiralah,
tidakkah engkau tahu bahawa Itali memanggilku,
sedangkan aku pergi ke Tarablus dengan gembira ria,
untuk mengorbankan darahku demi menghancurkan umat-uamt yang terkutuk,
dan untuk memerangi Islam yang menyuguhkan
anak-anak gadis kerana sultan,
Aku akan kerahkan segenap kekuatanku untuk menghapuskan Al-Quran".

Demikianlah gambaran bagaimana bangsa Barat memerangi daulah Islamiyah.


Mencabut dan menghancurkan Khilafah Islamiyah serta membahagi-bahagikan di
antara mereka. Kemudian menyerahkannya kepada orang yang sakit hatinya.

Setelah itu mereka terus melancarkan kegiatan sebagai merealisasikan


keputusan beberapa muktamar. Diantaranya, memisahkan agama dari
pemerintahan yang merupakan tema pembahasan kedua ini.