Anda di halaman 1dari 13

JANGAN LUPA AYAT : KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH Mohd Hazri Bin Abdul Rani SK EWA, Langkawi ABSTRAK

Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan berpandukan kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid atau sekadar meneka jawapan yang disediakan. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran menghafaz surah, dan memilih 33 orang murid Tahun 4 sebagai kumpulan sasaran. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan Ujian Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan takut. Ini mungkin disebabkan sikap saya yang agak garang. Keputusan Ujian Diagnostik pula menunjukkan cuma 60% murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan betul dan peratus ini merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad ayat dan lagu dalam hafazan yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih mudah untuk menghafal. Selain itu disediakan juga hadiah dan ini menjadikan bidang tilawah adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid. Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai hafazan telah meningkat kepada 80%, manakala min bagi perasaan takut juga telah jatuh ke paras tidak signifikan. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah tepat dan berkesan. Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling malas dalam kelas ini turut melibatkan diri dan menyatakan seronok belajar menghafal.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU Sekolah Kebangsaan Ewa merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh muridmurid terbabit semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak, jawi dan amali. Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai pengertian surah. Bidang hafazan misalnya, beberapa pecahan amat memerlukan

kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan dan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.

ii

2.0 FOKUS KAJIAN Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 33 orang murid tahun empat gagal mentasmiq hafazan dengan baik di hadapan guru. Terdapat juga sebilangan pelajar yang cuma dapat menghafaz separuh dan ada juga pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya. Sesetengahnya pula tidak dapat membezakan di antara hujung atau permulaan ayat yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik minat murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga sikap murid itu sendiri. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka dikhuatiri, murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz surah-surah dalam peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan sehingga mereka memasuki alam persekolahan menengah nanti. (Keputusan ujian : rujuk lampiran A : Keputusan Ujian Hafazan Tahun Empat 2009)

iii

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am: Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah hafazan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing. 3.2 Objektif Khusus: i. Murid dapat membaca surah Al-Adiyat dengan baik, fasih, lancar dan bertajwid ii. Murid dapat menghafaz surah Al-Adiyat dengan betul, lancar dan mengikut hukum tajwid. iii. Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Adiyat dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid tahun empat dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan lebih memfokuskan kepada 33 orang murid tahun empat yang gagal dalam ujian pra sebelum ini.

iv

5.0 PROSEDUR KAJIAN 5.1 Tinjauan Awal Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut: (a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz (b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan alquran (c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan. Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang saya gunapakai ialah ujian dan soal selidik.

Aktiviti 1: Penggunaan power point dan kad ayat.

Guru telah menyediakan satu bahan power point tentang surah yang dihafaz dan juga hiasan-hiasan.

Murid diperdengarkan dengan bacaan surah yang dipilih dari beberapa orang qari melalui komputer.

Murid juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang dihafaz. Murid telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari tersebut melalui komputer.

Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid dilatih menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan dan kelas.

Pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati tertarik dengan bahan yang disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan dengan baik dan memberikan kerjasama kepada guru semasa P&P dijalankan. Refleksi. Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini memberikan kepuasan kepada saya.

vi

Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna

Guru memperkenalkan murid kepada kaedah hafazan secara berlagu. Murid diperdengarkan dengan bacaan guru. Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu yang sukar seperti dibaca oleh para qari tetapi merupakan lagu yang mudah dan bersifat kanak-kanak dan dekat di hati mereka.

Murid-murid menghafaz ayat satu persatu bersama makna ayat secara berlagu.

Murid mengulang ayat bersama makna secara berulang kali dan murid telah didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang hafazan.

Murid diarahkan

berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri sambil

mengulang ayat yang dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan murid daripada berasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan. Murid-murid ini juga telah dirakam suaranya, dan seterusnya murid lain akan menilai hafazan murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq hafazan ayat dan makna ayat tadi sesama rakan mereka sebelum mereka mentasmiq di hadapan guru. Murid-murid yang diyakini dapat menghafaz dengan baik telah dilantik sebagai murid turus untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum dapat menghafaz dengan fasih dan lancar.

vii

Pemerhatian. Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid didapati

menunjukkan peningkatan dalam hafazan. Ini mendorong mereka untuk berlumba menjadi murid turus.

Refleksi. Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid semakin meningkat dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat murid yang tidak dapat menghafaz dengan baik.

5.2 PENILAIAN. Ujian Hafazan : Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi P&P dan peperiksaan pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya dapati murid dapat menghafaz dengan baik dan menjawab soalan yang diberikan dengan lebih bersedia dan yakin.

5.3 REFLEKSI KAJIAN i. Pencapaian murid a. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada lembaran kerja yang diberikan kepada murid, ujian hafazan semasa sesi P&P dan ujian pertengahan tahun didapati mempunyai peningkatan yang memberangsangkan.

viii

ii. Aktiviti yang dijalankan a. Murid dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan dibantu oleh bahan bantu mengajar yang menarik minat murid.

iii. Kajian tindakan ini. a. Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid. Ini juga membantu saya melihat kejayaan murid dan seterusnya memberikan kepuasan kepada saya setelah melihat murid berjaya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang sering dihadapi oleh saya dalam proses P&P. Masalah ini sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi murid-murid saya. Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada caracara untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Ini kerana, melalui pemerhatian saya, saya dapati masih ramai murid belum mempunyai kemahiran yang baik dalam menyambung huruf-huruf jawi. Ini menyebabkan mereka menyambung apa sahaja huruf yang diberi tanpa mengetahui huruf tersebut boleh disambung atau sebaliknya. Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah.

ix

LAMPIRAN KEPUTUSAN UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009 BIL NAMA MURID 1 Murid A 2 Murid B 3 Murid C 4 Murid D 5 Murid E 6 Murid F 7 Murid G 8 Murid H 9 Murid I 10 Murid J 11 Murid K 12 Murid L 13 Murid M 14 Murid N 15 Murid O 16 Murid P 17 Murid Q 18 Murid R 19 Murid S 20 Murid T 21 Murid U 22 Murid V 23 Murid W 24 Murid X 25 Murid Y 26 Murid Z 27 Murid A1 28 Murid B1 29 Murid C1 30 Murid D1 31 Murid E1 32 Murid F1 33 Murid G1 34 Murid H1 35 Murid I1 36 Murid J1 37 Murid K1 38 Murid L1 39 Murid M1 40 Murid N1 41 Murid O1
UJIAN PRA KELAS 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4S 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4M 4S 4M 4M 4M 4M 4S 4S 4M 4M 4M 4S 4S 4M 4S 4M X X X X X X X X X X X X X X

42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 58 60 61 62 63 64 65 66 67

Murid P 1 Murid Q1 Murid R1 Murid S1 Murid T1 Murid U1 Murid V1 Murid W1 Murid X1 Murid Y1 Murid Z 1 Murid A2 Murid B2 Murid C2 Murid D2 Murid E2 Murid F2 Murid G2 Murid H2 Murid I2 Murid J2 Murid K2 Murid L2 Murid M2 Murid N2 Murid O2

4S 4M 4M 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S

X X X X X X X X X X X X X X X X X X X

xi

LAMPIRAN KEPUTUSAN AKHIR UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009 BIL NAMA MURID KELAS 1 Murid P 4M 2 Murid S 4S 3 Murid U 4M 4 Murid W 4M 5 Murid Y 4M 6 Murid Z 4M 7 Murid A1 4S 8 Murid E1 4M 9 Murid F1 4S 10 Murid G1 4S 11 Murid I1 4M 12 Murid J1 4M 13 Murid N1 4S
UJIAN PRA X X X X X X X X X X X X X UJIAN AKHIR X X X

xii

14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33

Murid O1 Murid P 1 Murid R1 Murid S1 Murid U1 Murid X1 Murid Z 1 Murid A2 Murid B2 Murid C2 Murid E2 Murid F2 Murid H2 Murid I2 Murid J2 Murid K2 Murid L2 Murid M2 Murid N2 Murid O2

4M 4S 4M 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S 4S

X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X

X X X X X X X X

xiii