Anda di halaman 1dari 4

SK TAMAN MEGAH RIA, PASIR GUDANG.

MINIT MESYUARAT BANTUAN DAN KEBAJIKAN (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN/PSS) KALI PERTAMA 2011

TARIKH : 20 JANUARI 2011 MASA : 1.00 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT. KEHADIRAN: 1. 2. 3. 4. 5. Pn. Noraini binti Abd. Shukur - GPK HEM Pn. Zahriahtul Kebtiah binti Jemakun Pn. Wardiah binti Salleh Pn. Rosmaniza binti Hassan Cik Elianis binti Elias

AGENDA YANG DIBINCANGKAN. 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Zahriahtul Kebtiah. 1.2 Mesyuarat didahului dengan bacaan surah Al-Fatehah. 1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat Bantuan dan Kebajikan khususnya RMT kali pertama.

2.0 BILANGAN MURID RMT 2.1 Bilangan murid yang layak menerima RMT seramai 32 orang. 2.2 Pemilihan murid berdasarkan SMM. 2.3 Pendapatan keluarga RM400 ke bawah dan pekapita RM80 ke bawah layak menerima RMT. 2.4 Namun begitu, kebanyakan pendapatan keluarga lebih RM400. Pemberian RMT dibuat berdasarkan pemerhatian dan maklumat dari guru kelas. Tindakan : Penyelaras RMT

3.0 MENU RMT 3.1 Pemilihan menu RMT dibuat berdasarkan menu yand ditetapkan oleh Jabatan. 3.2 Kadar RMT adalah RM1.80 bagi setiap murid sehari. 3.3 Menu telah diberikan kepada pengusaha kantin. 3.4 Pengusaha kantin dikehendaki mengikut menu yang telah ditetapkan. Tindakan : AJK RMT dan Pengusaha kantin.

4.0 WAKTU MAKAN RMT 4.1 RMT telah pun berjalan pada hari pertama persekolahan. 4.2 RMT diberikan pada waktu rehat. 4.3 Seorang guru akaan mengawasi perjalanan RMT pada waktu rehat bagi memastikan semua murid RMT dapat makan. 4.4 Guru RMT hanya 2 orang, Pn. Zahriahtul dan Cik Elianis akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut hari. Tindakan : AJK RMT

5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Penyelaras menghadapi masalah ketika pemilihan murid RMT kerana kebanyakan borang SMM yang dihantar tidak lengkap. 5.2 Keadaan ini menyukarkan penyelaras untuk melihat pendapatan penjaga murid. 5.3 Masalah ini dihadapi juga oleh Pn. Rosmaniza untuk memilih murid KWAMP. Tindakan : Penyelaras RMT dan AJK RMT

6.0 PENUTUP 6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menghadiri mesyuarat. 6.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-As.

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2. 30 petang.

Disediakan oleh : (PN. ZAHRIAHTUL KEBTIAH JEMAKUN) Penyelaras RMT/PSS

Disahkan oleh:

Dicadangkan sah oleh Disokong oleh

: : .

SK. TAMAN MEGAH RIA MINIT MESYUARAT BANTUAN DAN KEBAJIKAN (RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN/PSS) KALI KEDUA 2011 TARIKH : 23 JUN 2011 MASA : 1.00 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEHADIRAN : 1. 2. 3. 4. 5. PN. NORAINI BINTI ABD SHUKUR - GPK HEM PN. ZAHRIAHTUL KEBTIAH BINTI JEMAKUN. CIK ELIANIS BINTI ELIAS PN. WARDIAH BINTI SALLEH PN. ROSMANIZA BINTI HASSAN

AGENDA YANG DIBINCANGKAN 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI. 1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Zahriahtul Kebtiah binti Jemakun itu Penyelaras RMT/PSS 2011. 1.2 Mesyuarat didahului dengan bacaan surah Al-Fatehah. 1.3 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru-guru yang menghadiri mesyuarat RMT kali kedua. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit Mesyuarat disahkan oleh Pn. Rosmaniza Hassan dan disokong oleh Cik Elianis. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Bilangan murid RMT masih 31 orang. 3.2 Bilangan ini kekal walaupun terdapat murid RMT yang pindah. Tempat murid tersebut diganti dengan murid lain yang layak. 3.3 Penyediaan makanan RMT tidak mengikut menu yang disediakan, asyik makan menu yang sama berulang-ulang seperti nasi goreng dan mi goreng. Makanan yang disediakan juga terlalu sedikit tidak padan dengan harga RM1.80. 3.4 Hal ini telah pun disuarakan kepada pengusaha kantin. 3.5 Guru bertugas dikehendaki memantau perjalann RMT pada waktu rehat kerana terdapat murid RMT tidak dapat makan disebabkan terdapat murid-murid lain mengambil makanan tersebut.

3.6 Guru bertugas juga dikehendaki memastikan makanan cukup. Jangan benarkan murid lain mengambil makanan RMT kecuali ada murid yang tidak hadir. Tindakan : AJK RMT dan Pengusaha Kantin 4.0 PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA 4.1 Pada 3 Mei sekolah telah mendapat surat untuk maklumkan bahawa Program Susu 1 Malaysia akan dijalankan pada bila-bila masa dan sekolah dikehendaki bersedia untuk program PS1M. 4.2 Walau bagaimana pun, Program Susu 1 Malaysia terpaksa diberhentikan disebabkan terdapat keracuanan makanan dipercayai berpunca dari susu PS1M di sebuah sekolah di Johor Bahru. 4.3 Sebarang perubahan akan diberitahu pada satu tarikh yang akan dimaklumkam kelak. Tindakan : JPN 5.0 PENUTUP 5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menghadiri mesyuarat. 5.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-As. 6.0 PENANGUHAN MESYUARAT 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh : (PN. ZAHRIAHTUL KEBTIAH JEMAKUN) Penyelaras RMT/PSS

Disahkan oleh:

Dicadangkan sah oleh Disokong oleh

: : .