Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN PERGERAKAN Pendidikan Pergerakan merupakan satu bidang yang sangat luas dalam Pendidikan Jasmani.

Pendidikan Pergerakan melibatkan pergerakan-pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat dan mengawal badan. Semua pergerakan adalah hasil daripada satu atau kombinasi beberapa pergerakan asas ini. Tujuan pendidikan pergerakan ini adalah untuk melatih pelajarnya agar mereka mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu aksi dengan menggunakan daya tenaga yang minimum. Ia juga bertujuan membolehkan pelajar menyedari perkaitan antara pergerakan

pergerakan dengan tubuh badan, ruang, masa, beban, daya, ritma, aliran dan kesinambungan pergerakan.

Pendidikan Pergerakan mempunyai 4 faktor yang saling bergantung antara satu sama lain terutamanya dalam proses mencipta satu rangkaian pergerakan agar kelihatan licin, teratur dan menarik. Faktor-faktor tersebut ialah Kesearan Tubuh Badan, Kawalan Berat Badan, Masa dan Aliran. Terdapat 8 daya asas dalam pendidikan pergerakan iaitu daya sentakan (flick), daya memedap (dab), daya berapung (float), daya meluncur (glide), daya menolak (thrust), daya menekan (press), daya mengelar (slash) dan daya memerah (wring). Elemen-elemen yang terdapat dalam pendidikan pergerakan ialah pergerakan kreatif dan gimnastik.

PergerakanKreatif Gimnastik Pendidikan bermaksud satu pendekatan dalam gimnastik yang memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajar.Pergerakan Kreatif ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Ia memberi keutamaan kepada keempat-empat unsur asas pengenalan iaitu ruang, rasa, tubuh badan dan tenaga. Keempat-empat unsur ini merupakan perbendaharaan pergerakan untuk memeudahkan remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi pergerakan. seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui

CONTOH-CONTOH PERGERAKAN KREATIF:

TAHUN 1 : Tema Pergerakan Tema 1 - Kesedaran tubuh badan Tema 2 Kesedaran rintangan kepada beban dan masa Tema 3 - Kesedaran ruang Tema 4 - Aliran beban badan dan ruang dan masa Tema 5 Penyesuaian terhadap rakan

TAHUN 2 : Tema Pergerakan Tema 6 - Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat Tema 7 - Lapan Lakuan Daya Asas Tema 8 - Ritma-ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan Tema 9 - Kesedaran Bentukbentuk Pergerakan Tema 10 - Transisi Lapan Daya Asas

TAHUN 3 : Tema Pergerakan Tema 11 - Orientasi ruang Tema 12- Gabungan bentuk dan daya dalam pergerakan Tema 13 - Penaikan dari lantai Tema 14 Kesedaran kumpulan Tema 15 - Formasi-formasi dalam kumpulan Tema 16 - Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan

Gimnastik Pendidikan. Gimnastik Pendidikan bermaksud satu pendekatan dalam gimnastik yang memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dar i segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajar.Gimnastik Pendidikan adalah satu bidang aktiviti yang kreatif serta memberi kepuasan dan mempunyai manfaatnya tertentu. Pelajar dapat mencipta rangkaian-rangkaian pergerakan dengan atau tanpa alat hanya dengan memepelajari gimnastik pendidikan. Bagaimanapun, suasana selamat harus disediakan serta bimbingan, sokongan dan rangsangan perlu diberi setiap masa kepada pelajar agar mereka boleh mencipta dan mengubahsuai. Pelajar juga hasrus disedarkan bahawa semua pergerakan adalah berkait antara satu sama lain dalam rangkaian yang licin dan efisien. Pelajar adalah dibenarkan melakukan apa yang mereka yakin di dalam kemampuan mereka. Mereka tidak harus dipaksa atau digertak untuk melakukan perkara diluar kemampuan mereka. Ruang juga penting kerana pelajar mesti berkeyakinan bahawa mereka dapat bergerak dengan bebas dan tidak terasa diri mereka diperhati atau dihalang oleh apa jua halangan yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kerisauan. Atas sebab keselamatan dan untuk mengelak berlakunya kecederaan seperti terhantuk, tidak boleh digunakan untuk memberi alas yang selamat serta membina keyakinan pelajar.

TAHUN 1 Tema Gimnastik Pendidikan: Tema 1 - Kesedaran tubuh badan Tema 2 - Kesedaran ruang

TAHUN 2 Tema 3 - Kesedaran masa Tema 4 - Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan Tema 5 - Kesedaran beban

TAHUN 3 Tema 6 - Kesedaran aliran Tema 7 Kesedaran perkaitan dengan orang lain Tema 8 - Kesedaran ritma

Gimnastik Irama Gimnastik irama bermaksud pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma untuk menghasilkan pergerakan tubuh badan yang berkoordinasi serta estetik.Gimnastik Irama ialah suatu pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma pergerakan berkoordinasi dan bersifat estetik tanpa atau dengan alatan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimnastik irama lebih menggunakan peralatan tertentu seperti bola, gelung, tali, riben dan belantan. Dengan menggunakan alatan tersebut, pelbagai pergerakan dapat dicipta. Antaranya melantun, melambung, menyambut, menggolek, memutar, helikopter, aksi angka 8, skip, aksi ular dan banyak lagi.

TAHUN 4: Tema Pergerakan: Pergerakan 1 - Imbangan Pergerakan 2 - Melentik Pergerakan 3 - Meringkuk dan Melunjur

TAHUN 5: Tema Pergerakan: Pergerakan 4 - Gerak edar dan pusing badan Pergerakan 5 - Pusingan badan

TAHUN 6 Tema Pergerakan: Pergerakan 6 - Lompatan Pergerakan 7 - Kemahiran Pergerakan 8 - Teknik alatan

Gimnastik Artistik Gimnastik artistik menekankan tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombol. Strategi pengajaran danpembelajaran adalah secara formal dan terancang. Teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu kemahiran pergerakan adalah khusus.Gimnastik Artistik merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran secara formal dan terancang. Ia menggunakan teknik dan gaya pelaksanaan sesuatu kemahiran pergerakan adalah khusus. Aktiviti utama yang ditekankan dalam gimnastik artistic ialah ketangkaasn, lombol dan imbangan. Dalam aktiviti ketangkasan, antara yang diperkenalkan ialah guling depan, guling balak, guling belakang dan banyak lagi. Manakala pergerakan asas bagi aktiviti lombol ialah lombol bujur lalu, lombol kangkang, lombol hamburan kepala dan lombol hamburan tangan. Imbangan asas yang dipelajari ialah imbangan kepala, imbangan tangan, imbangan bahu, imbangan harimau dan sebagainya.

TAHUN 4: Pola Pergerakan: Pola pergerakan 1 - Pendaratan Pola pergerakan 2 - Statik

TAHUN 5: Pola Pergerakan: Pola pergerakan 3 - Gerak edar Pola pergerakan 4 - Putaran TAHUN 6 Pola Pergerakan: Pola pergerakan 5 - Hambur Pola pergerakan 6 - Hayunan Pola pergerakan 7 - Rangkaian