Anda di halaman 1dari 45

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

KUMPULAN EL B38

DISEDIAKAN OLEH NAMA NOR AZURA BINTI MOHAMAD NO. ID D20102046541 NO. TELEFON 012-6961501

NAMA TUTOR E-LEARNING:

PROFESOR DR. KAMARULZAMAN BIN KAMARUDDIN

TARIKH SERAH: 21 DISEMBER 2011 1

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS BERMAIN ALAT PERKUSI MELALUI KAEDAH TUNJUK CARA BAGI PELAJAR TAHUN 2 SK KAMPUNG BAHARU LANJUT

Oleh: Nor Azura binti Mohamad Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, 43900 Sepang, Selangor.

DISEMBER 2011

ISI KANDUNGAN

HALAMAN PENGHARGAAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 LANGKAH 1 : MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN 2.1 ABSTRAK 2.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS 3.0 LANGKAH 2 : MERANCANG TINDAKAN 3.1 TUJUAN KAJIAN 3.2 OBJEKTIF KAJIAN 3.2.1 3.2.2 Objektif Am Obejktif Khusus 11 11 11 11 - 12 12 - 14 14 14 - 15 15 - 16 16 - 18 18 18 19 19 9 - 11 7-8 8-9 5 6-7

3.3 KUMPULAN SASARAN 3.4 IMPLIKASI TANPA KAJIAN 3.5 JANGKAAN HASIL DAPATAN KAJIAN 3.6 IMPLIKASI KAJIAN 3.6.1 3.6.2 3.6.3 Implikasi Kepada Murid Implikasi Kepada Guru Implikasi Kepada Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan

3.7 KAEDAH PELAKSANAAN KAJIAN 3.8 PELAKSANAAN KAJIAN 3.8.1 3.8.2 3.8.3 3.8.4 Soal Selidik Temu Bual Pemerhatian Ujian Pra dan Pos(Amali) 3

3.9 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 3.9.1 3.9.2 3.9.3 3.9.4 3.10 Analisis Soal Selidik Analisis Temu Bual Analisis Pemerhatian Analisis Ujian Pra dan Pos(Amali) 19 - 21 21 21 22 - 24

INSTRUMEN/BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN KAJIAN 3.10.1 Skor Lagu 3.10.2 CD Lagu Ingin Jadi Seperti Burung 3.10.3 Kad Imbasan 3.10.4 Alat Perkusi 24 24 25 25

4.0 LANGKAH 3 : MENJALANKAN TINDAKAN 4.1 4.2 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 25 - 26 26 - 27

5.0 LANGKAH 4 : MELAKUKAN REFLEKSI 5.1 REFLEKSI KAJIAN 27 - 29 29 - 31 31 32 - 34 35

6.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 7.0 RUMUSAN 8.0 RUJUKAN BUKU 9.0 RUJUKAN INTERNET

10.0 LAMPIRAN

36 - 44

PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan pertolongan dan hidayah-Nya maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kumpulan EL B38 iaitu Profesor Dr. Kamarulzaman bin Kamarudin yang telah membimbing saya sepanjang berada dalam kursus KPD 3026 ini. Semoga segala bimbingan, tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Ucapan terima kasih juga saya ingin dedikasikan kepada Tuan Haji Azizan bin Azhar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut kerana dengan izin beliau yang memberikan peluang dan ruang buat saya untuk menjalankan kajian tindakan kepada pelajar Tahun 2 Jujur. Beliau juga sentiasa memberi sokongan, bantuan dan kerjasama kepada saya sepanjang proses kajian ini dijalankan. Tidak dilupa juga buat semua pihak dan individu yang terlibat terutama rakan-rakan dan juga sahabat seperjuangan dalam menjayakan kajian ini. Saya amat menghargai sokongan moral, dorongan dan idea-idea yang diberikan. Sesungguhnya jasa dan budi kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada suami tercinta, Mohd. Nawi bin Che Wil kerana sentiasa membantu dan memberi semangat kepada saya di dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga buat bonda yang disayangi kerana sentiasa mengiringi anakanda dengan doa kejayaan. Istimewa ucapan terima kasih ini buat putera-puteraku, Nabil dan Aqil yang sentiasa memahami kesibukan mama serta motivasi yang diberi sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Sekian, terima kasih. Nor Azura binti Mohamad. SK Kampung Baharu Lanjut, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan. Disember 2011 5

1.0

PENDAHULUAN

Kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Terdapat beberapa definisi kajian tindakan yang dikemukakan oleh pakar-pakar dalam bidang kajian tindakan. Di antaranya ialah : B. Carr dan Kemmis (1986) mantakrifkan kajian tindakan adalah suatu inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri (self-reflective enquiry) yang dilakukan oleh peserta, misalnya guru, pelajar atau pengetua dalam situasi sosial untuk memperbaiki dan memahami amalan sosial atau amalan pendidikan (social or educational practices). Kemmis dan McTaggart (1988) juga mempunyai pendapat yang hampir sama dan mereka menyatakan bahawa kajian tindakan ialah inkuiri yang berbentuk refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri secara rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilakukan. Bassey (1990) mendefinisikan kajian tindakan bermaksud sesuatu yang berorientasikan kepada perubahan, berorientasikan kepada melakukan sesuatu yang berguna dengan menggunakan pengetahuan yang telah diperolehi melalui proses-proses kajian. Paradigma kajian tindakan ialah tentang usaha atau percubaan untuk memperbaiki fenomena atau masalah yang berlaku di persekitaran sendiri. John Elliott (1991) menyatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang dialami oleh guru daripada masalah teoretikal yang didefinasikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu. Dengan ertikata lain, kajian tindakan guru dijalankan adalah untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru. C. McNiff (1998) mentakrifkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan menjadi bersedia mengubah amalan. Menurut beliau lagi, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif dan dengan

ini, ia melibatkan orang lain sebagai sebahagian daripada inkuiri bersama. Ini kerana kajian tindakan adalah kajian bersama (research with) dan bukannya kajian ke atas ( research on). Kesimpulannya, kajian tindakan bagi seorang guru ialah satu proses tindakan yang dilakukan untuk penambahbaikan kepada sesuatu perkara untuk melakukan perubahan di persekitaran kepada keadaan yang lebih baik. Guru atau pendidik menjalankan kajian dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah sesuatu situasi sosial atau amalan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau sekolah kearah mencapai objektif pengajaran guru. Perubahan dan peningkatan amalan guru akan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah serta profesionalisme perguruan.

2.0 2.1

LANGKAH 1 : MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN ABSTRAK

Mata pelajaran Pendidikan Muzik bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan kreatif dan kreativiti. Industri muzik pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada murid-murid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan kreatif dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan seni muzik. Pengajaran Pendidikan Muzik yang bercorak amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat muzik untuk membuat improvisasi dalam penghasilan corak lagu dan rentak, perkakas yang mudah dan mengendalikan alat dengan seronok dan terpimpin. Penggunaan alat perkusi dapat menjadikan murid seronok dan riang melakukan aktiviti muzikal sekaligus membantu pencapaian objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi melalui kaedah tunjuk cara bagi pelajar-pelajar tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor. Responden adalah terdiri daripada dua puluh empat orang pelajar yang terdiri daripada dua belas orang lelaki dan dua belas orang perempuan. Masalah yang dikesan adalah kelemahan murid di dalam mengendalikan alat perkusi di dalam aktiviti pengajaran yang dikelolakan oleh guru. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian murid-murid sebagaimana yang diperoleh melalui 7

ujian yang dijalankan. Ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah tunjuk cara secara betul yang digunakan memberi kesan kepada kemahiran murid. Pengkaji berpendapat, seseorang guru itu harus berani mencuba pelbagai teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai satu usaha untuk meningkatkan kemahiran murid di dalam isi pelajaran yang dipelajari. Di harapkan dengan adanya kajian ini dapatlah kita mencari jalan penyelesaian demi untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua bidang. 2.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS

Mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah merupakan satu subjek dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Ia telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran demi untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan muridmurid dan memberi pengalaman mengendalikan pelbagai alat muzik bercorak amali dan di ajar dalam tahap 1 di semua sekolah rendah seluruh negara. Menurut Mok Song Sang (1997), pakar-pakar pendidikan telah membuat kajian iaitu 75% manusia adalah melalui deria penglihatan, 13%

daripada maklumat yang diperolehi oleh

melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh dan bau. Berdasarkan kajian di atas, deria maklumat. Oleh yang demikian, pengajaran perkusi dengan menggunakan kaedah tunjuk cara memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran. Saya sebagai seorang guru muzik berasa terpanggil untuk membantu murid-murid saya supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi dengan betul. Bagi saya, jika mereka tidak dapat menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi ini dari awal, maka apabila mereka berada pada tahap yang seterusnya, ianya akan menimbulkan banyak masalah kepada murid itu sendiri dan juga guru yang terlibat untuk mengajar mereka. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dunn dan Dunn (1992), ia menunjukkan pelajar mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran mereka. Ini menunjukkan pendekatan yang digunakan oleh pendidik ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan akan memberi kesan kepada sikap pelajar terhadap pendekatan tersebut. Oleh itu, saya telah mencari dan mengenal pasti pendekatan yang sesuai dengan kajian saya ini. 8

Daripada pemerhatian saya semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, iaitu semasa menjalankan aktiviti permainan alat perkusi bagi Kelas 2 Jujur di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, saya dapati seramai 24 orang pelajar saya yang terdiri daripada 12 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan mengalami masalah tidak dapat memainkan alat perkusi dengan betul secara asasnya. Topik pembelajaran pada hari tersebut adalah nyanyian dan permainan alat perkusi. Masa yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran adalah selama 60 minit.. Sewaktu semua murid bermain alat perkusi saya tidak dapat mengesan secara keseluruhannya masalah ini tetapi apabila tibanya di dalam aktiviti permainan secara berkumpulan, barulah saya dapat mengesan masalah yang timbul.. Ada di antara pelajar saya yang dapat bermain dan juga tidak dapat bermain alat perkusi secara betul malah ada juga pelajar saya yang memegang alat perkusi dengan cara yang salah. Sebab itu, saya rasa terpanggil untuk mencari jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah ini dengan melakukan kajian tindakan. Menurut Asiah Abu Samah (1990), proses pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu dan mengutamakan aktiviti murid serta penggunaan alatan bahan di bilik darjah semakin lama semakin kurang diamalkan. Saya tidak menafikan bahawa saban hari sejak kebelakangan ini didapati pengajaran dan pembelajaran bermain alat perkusi semakin kurang dilaksanakan di sekolah. Carl Orff seorang ahli falsafah muzik yang terkenal menyatakan bahawa menyanyi, menyebut, menari dan bermain merupakan aktiviti di dalam elemen pendidikan muzik. Improvisasi dan mencipta sesuatu bentuk yang baru dalam setiap apa yang disebut di awal tadi merupakan pembelajaran yang menggunakan pendekatan yang dalam erti kata lain, ia adalah sebahagian daripada tingkah laku semulajadi kanak-kanak iaitu bermain. Oleh itu, tidak dapat dinafikan peranan muzik itu sendiri cukup besar bagi menjamin bahawa belajar muzik adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.

3.0 3.1

LANGKAH 2 : MERANCANG TINDAKAN TUJUAN KAJIAN

Masalah penguasaan kemahiran asas bermain alat perkusi bagi mata pelajaran pendidikan muzik merupakan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 2 Jujur di sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut merupakan punca mengapa kajian ini dijalankan. Berbagai kaedah telah di cuba dan akhirnya kaedah pembelajaran secara tunjuk cara atau 9

demonstrasi merupakan kaedah yang terbaik untuk diguna pakai dalam mengatasi masalah ini. Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi keberkesanan kelas tambahan terhadap pencapaian akademik pelajar (Mahzan Arshad, 2004). Berdasarkan pernyataan ini, jelaslah bahawa kaedah pengajaran merupakan faktor utama menyumbang ke arah penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran. Oleh yang demikian, satu kajian berasaskan kaedah tunjuk cara amat perlu dilaksanakan demi meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi dan secara amnya membantu mencapai matlamat dan objektif utama mata pelajaran muzik di sekolah rendah amnya dan khasnya bagi murid-murid tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor.

Sekali lagi pengkaji berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian oleh setiap warga pendidik yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan khasnya dalam subjek pendidikan muzik. Berdasarkan masalah masalah yang diketengahkan, saya berasa terpanggil untuk membuat kajian yang berfokuskan kepada aspek penggunaan kaedah tunjuk cara dalam permainan alat perkusi demi untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi dalam subjek pendidikan muzik. Saya yakin dengan kaedah ini, murid-murid akan berminat untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Apabila murid melihat tunjuk cara yang dilakukan oleh guru mereka, sudah pasti minat murid akan timbul dan sekaligus menjadikan pendidikan muzik menjadi satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Selain itu juga, kajian dijalankan bagi memastikan kaedah manakah yang paling sesuai dijalankan demi untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan muzik di sekolah rendah khasnya di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor. Walaupun saya memilih kaedah pembelajaran secara tunjuk cara untuk mengatasi masalah kemahiran asas bermain alat perkusi di sekolah ini, ia tidak bermakna saya menolak kaedah-kaedah lain yang telah terbukti keberkesanannya dalam mencapai objektif dan falsafah pendidikan Negara kita. Ahmad Mohd Salleh (2000:192) iaitu kaedah hafalan, kaedah soaljawab, kaedah lawatan, kaedah halaqah, kaedah imlak, kaedah permainan, kaedah tunjuk cara dan kaedah bercerita boleh digunakan dalam menerapkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Namun, bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas permainan alat perkusi, kaedah tunjuk cara merupakan kaedah yang terbaik dan amat bersesuaian dilaksanakan. Selain itu

10

juga murid-murid sekolah rendah amat mudah diajar dengan menggunakan kaedah tunjuk cara berbanding kaedah-kaedah lain khasnya dalam permainan alat perkusi.

3.2

OBJEKTIF KAJIAN

Setelah selesai menjalankan kajian ini, diharapkan murid-murid yang terlibat dapat menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi dengan betul seperti yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan murid terhadap kemahiran bermain alat perkusi seharusnya dipertingkatkan. Tahap keyakinan dalaman murid juga akan bertambah apabila mereka dapat menguasai permainan alat perkusi. 3.2.1 Objektif am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran asas bermain alat perkusi di dalam mata pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah khasnya bagi pelajar-pelajar Tahap 1. 3.2.2 Objektif Khusus Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberikan banyak manfaat kepada murid dan juga guru. Antaranya ialah : 1. Murid dapat meningkatkan kemahiran dalam permainan alat perkusi. 2. Memastikan murid dapat bermain alat perkusi dengan teknik yang betul. 3. Menyedarkan guru kepentingan menggunakan kaedah tunjuk cara dalam menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik khasnya dalam permainan alat perkusi. 4. Membantu mencungkil minat murid terhadap aktiviti permainan alat perkusi dan pendidikan muzik secara amnya. 5. Meningkatkan keyakinan murid untuk bermain alat perkusi dengan betul. 6. Guru dapat mempelbagaikan atau menambah baik teknik mengajar di dalam kelas supaya murid berasa seronok dalam pembelajaran. 3.3 KUMPULAN SASARAN Kajian yang dijalankan melibatkan 24 orang murid dari Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Mereka dipilih berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah respondan berada di tempat yang berdekatan dengan pengkaji. Seperkara lagi yang menyebabkan sekolah ini dipilih ialah untuk melihat sejauhmana persepsi dan amalan guru-guru dalam pengajaran dan

11

pembelajaran tentang penggunaan kaedah tunjuk cara. Penyelidikan ini melibatkan sepenuhnya murid berbangsa Melayu.

3.4

IMPLIKASI TANPA KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji apakah kaedah pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi di kalangan murid-murid tahun 2 khasnya. Dengan adanya kajian ini, adalah diharapkan guru-guru lebih peka di dalam memilih kaedah pembelajaran demi untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Akan tetapi, jika kajian seperti ini tidak dijalankan akan menimbulkan beberapa implikasi yang akan memberi kesan terhadap mutu pendidikan negara. Implikasi yang mungkin dapat dikesan adalah seperti berikut : 1. Kemahiran murid untuk menguasai permainan alat perkusi tidak dapat ditingkatkan. 2. Murid akan bermain alat perkusi menggunakan teknik yang salah. 3. Objektif Sukatan Pelajaran sepenuhnya. 4. Murid tidak akan berasa seronok dan ceria untuk belajar muzik. 5. Kekerapan murid untuk melakukan masalah disiplin seperti ponteng kelas akan berlaku kerana pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan. 6. Mutu pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap lama tanpa ada penambahbaikan. Muzik 2002 mungkin tidak dapat tercapai dengan

3.5

JANGKAAN HASIL DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah menghasilkan satu dapatan mengenai peningkatan kemahiran asas bermain alat perkusi di kalangan murid tahun 3 Cerdik yang mengintegrasikan faktor-faktor latar belakang pendidikan ikhtisas guru dan persekitaran serta menunjukkan sumbangan faktor-faktor tersebut secara langsung dan tidak langsung kepada murid tahun tiga dalam peningkatan kemahiran asas permainan alat perkusi. Fokus perbincangan dalam bahagian ini akan berkisar kepada sebab dan akibat serta mengaitkan dengan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini serta usaha untuk meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi.

12

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berjaya dilakukan oleh guru yang berupaya membawa dirinya tentang kemahiran, ilmu, pengetahuan, pengalaman dan kemahuan. Di sini kita lihat bagaimana model dari guru yang dapat menjayakan atau menjadi pendorong utama kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beberapa teori menarik tentang perkembangan guru ini yang mempengaruhi keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah Lilia dan Abdullah (1988) dalam penulisan kertas kerja mereka membincangkan model yang diutarakan oleh Fuller et al. (1975) dan Berkuner (1995). Model ini menerangkan bahawa seseorang guru itu perlu melalui beberapa peringkat perkembangan untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Ia turut menggariskan faktor masa memainkan peranan penting untuk melahirkan guru yang mempunyai kepakaran dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran. Justeru, misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia mungkin sukar untuk dicapai seandainya sebahagian besar pendidik belum mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian mutu yang tinggi secara berterusan dalam sistem pendidikan sememangnya bergantung rapat kepada abudaya kerja dan penghayatan kecemerlangan dalam setiap bidang yang diajar. Analisis deskriptif mengenai sikap dan pandangan terhadap pendidikan muzik khususnya

kemahiran permainan alat perkusi menunjukkan tahap sikap yang agak kurang memuaskan. Sikap yang kurang positif di kalangan guru membayangkan kurangnya minat dan komitmen guru terhadap pendidikan muzik. Begitu juga dengan sikap dan pandangan murid. Hasil kajian menunjukkan sikap dan minat murid berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh guru. Dengan bilangan guru yang dari opsyen muzik dan kemahiran terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran muzik yang begitu rendah begitu mempengaruhi kebolehan dan kemahiran setiap murid. Pandangan dan anggapan subjek muzik tidak penting menyepikan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik. Mereka tidak sedar yang pendidikan muzik mempunyai kepentingan yang tersendiri. Mengikut Professor Madya Dr. Rohani Abdullah, aktiviti-aktiviti muzik termasuk permainan alat perkusi dapat membantu menggalakkan perkembangan sosio-emosi, kognitif, fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Permainan alat perkusi membantu perkembangan kognitif yang menyeluruh dikalangan murid-murid dalam kemahiran bermain alat perkusi, rima dan rentak 13

yang bersesuaian. Di samping itu permainan alat perkusi dapat meningkatkan daya dan kemahiran pendengaran di kalangan murid-murid.

3.6

IMPLIKASI KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan ini telah memberi beberapa implikasi secara langsung dan tidak langsung kepada murid, guru dan pengurus akademik. 3.6.1 Implikasi Kepada Murid Kejayaan murid

Murid adalah pelanggan utama kepada guru dalam sektor pendidikan.

menguasai objektif setiap mata pelajaran adalah teras kepada kejayaan setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan muzik adalah antara subjek yang dianggap tidak penting bagi golongan pelajar tidak harus dipandang ringan. Kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam subjek pendidikan muzik mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Implikasi kajian telah menyedarkan murid akan subjek pendidikan muzik serta kemahiran bermain alat perkusi adalah amat penting. Program-program peningkatan yang disusun telah membangkitkan semangat dan keseronokan bermain alat perkusi di kalangan mereka. dengan baik terhadap kemahiran yang diajar. Secara tidak langsung mereka mula menghargai subjek pendidikan muzik khususnya permainan alat perkusi dengan betul dan mengiktiraf akan kepentingan subjek pendidikan muzik. Ini sejajar dengan matlamat untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Permainan alat perkusi dalam pembelajaran muzik menimbulkan suasana yang menyeronokan di kalangan murid-murid. Keseronokkan ini tanpa disedari telah membantu meredakan tekanan ke atas murid yang terpaksa menghadapi tekanan mempelajari subjek lain. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menarik minat mereka untuk belajar dan memberi tumpuan

3.6.2

Implikasi Kepada Guru

Kajian ini telah menghasilkan satu dapatan yang dapat menjadi model kepada guru dalam usaha untuk menggerakkan guru atau tenaga pengajar baik di sekolah mahupun di institusi 14

pendidikan ke arah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Program-program yang

disusun dapat membantu guru atau tenaga pengajar untuk mencapai tahap kepakaran dan kecemerlangan dengan memberi fokus kepada peramal yang signifikan dan memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung kepada pemikiran dan prestasi pengajaran guru. Kajian membuktikan akan kepentingan ekspetasi guru yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam memastikan peningkatan kemahiran asas bermain alat perkusi dengan menggunakan kaedah tunjuk cara. Guru-guru dan tenaga pengajar juga menyedari akan kepentingan setiap subjek yang digubal dan tidak harus dipandang ringan.

3.6.3

Implikasi Kepada Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Guru besar sekolah memainkan pelbagai peranan dalam usaha untuk meningkatkan tanggungjawab guru terhadap pelaksanaan kurikulum dan pedagogi. Keputusan kajian ini menunjukkan beberapa pemboleh ubah yang signifikan telah mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran guru. Guru besar yang bertindak sebagai pemimpin kurikulum dan pedagogi bertanggungjawab untuk meningkatkan profesionalisme guru-gurunya iaitu membantu proses perkembangan guru-gurunya untuk mencapai tahap kepakaran dalam setiap bidang pelajaran yang diajarnya. Sebagai pemimpin akademik, guru besar bertanggungjawab memastikan guru-guru mereka ditugaskan untuk mengajar subjek yang tepat kerana ketepatan ini didapati menyumbang secara langsung kepada prestasi pengajaran guru dan pembelajaran. Susunan jadual yang berkualiti dan latihan dalam perkhidmatan yang menyeluruh ialah antara program yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Satu pendekatan bagi perkembangan kakitangan guru ialah dengan mengadunkan pengalaman pembelajaran guru-guru atau tenaga pengajar dengan amalan harian mereka. Ini dapat dilakukan dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti di sekolah atau institusi pendidikan. Aktivitiaktiviti yang membolehkan guru atau tenaga pengajar berinteraksi dengan murid-muridnya bukan sahaja dapat memberi peluang mereka meningkatkan kemahiran bahkan pengetahuan mereka dalam pelbagai keperluan belajar.

15

Oleh itu, usaha untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah atau tenaga pengajar di institusi pendidikan haruslah diberi perhatian yang sewajarnya.

3.7

KAEDAH KAJIAN

Penggunaan kaedah tunjuk cara akan membantu murid untuk menguasai kemahiran asas bermain alat genderang. Adalah diharapkan kajian ini akan membantu guru mencapai objektif Pendidikan Muzik sekolah rendah yang telah ditetapkan.

1.Peranan Guru 2.Kaedah tunjukcara 3.Minat murid Pencapaian objektif Pendidikan Muzik

Berdasarkan kerangka konsep yang dirancang. Adalah diharapkan kajian tentang bagaimana untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi dengan kaedah tunjuk cara pelajar tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut akan berjaya mencapai objektifnya. Pemilihan kaedah pengajaran juga penting bagi memastikan pelajar dapat menerima dan memahami perkara yang diajar. Di dalam kajian ini, pengkaji memilih kaedah tunjuk cara kerana kaedah ini amat sesuai digunakan bagi mengajar meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, murid sekolah rendah cenderung kepada tunjuk ajar guru. Setiap murid boleh menghayati apa yang ditunjukkan oleh guru mereka dan akan terus mengamalkannya. Ini amat bersesuaian dengan kaedah yang dipilih. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1985), Penghayatan bermaksud perihal menghayati, mengalami dan merasai dalam batin. Dalam konteks kajian ini, penghayatan ialah bagaimana murid-murid sekolah rendah berpeluang untuk mengalami sendiri aktiviti muzik

16

tersebut secara lebih formal lagi. Ini berhubung kait dengan kaedah tunjuk cara yang akan membantu murid meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi. Pengkaji juga menggunakan teori-teori berkaitan sebagai sokongan terhadap kajian yang akan dijalankan. Pengajaran tanpa berbantukan kaedah yang sesuai ibarat kapal tanpa nakhoda. Tidak dapat menuju arah dan destinasi dengan betul. Pelajar akan duduk secara pasif dan akan mudah hilang tumpuan. Lebih malang lagi, objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik tidak akan tercapai sekaligus mencemarkan imej guru-guru dan subjek itu sendiri. Muridmurid merupakan modal insan yang amat penting kepada negara. Sekiranya kaedah pengajaran yang diterapkan tidak memberi kesan kepada murid, ini sudah pasti akan menjadikan pendidikan muzik sebagai subjek yang membosankan dan tidak menarik. Oleh yang demikian pemilihan kaedah tunjuk cara untuk meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi bagi murid-murid tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut akan memberi hasil dan panduan yang besar ertinya kepada murid-murid sekolah rendah seluruh negara. Muzik adalah bunyi-bunyian yang disusun, diatur dan digubah untuk menyedapkan dan mendatangkan kepuasan bila mendengarnya (Abdul Fatah Karim, 1999). Perkara yang perlu di beri pertimbangan ialah keseimbangan antara kemahiran lisan dan berfikir serta gambaran mesej berserta beberapa cadangan yang lebih praktikal dan latihan yang bermanfaat. Keseimbangan dalam merancang dan melaksana proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kombinasi guru dengan kaedah pengajaran (Kaedah tunjuk cara) yang akan memainkan peranan penting di dalam kelas bergantung kepada penggunaannya sama ada berpusatkan guru atau murid. Sekiranya guru mahir menggunakan alat perkusi, ia semestinya menjadikan aktiviti pengajaran itu berkesan, menarik dan berpusatkan murid. Sekiranya guru tidak mahir dalam penggunaan kaedah tunjuk cara dan lemah mengendalikan alat perkusi akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu gagal. Menurut Lester D.Crow diterjemah oleh Habibah bt.Elias (1983:133). Kanak-kanak adalah peka kepada sikap orang lain terutamanya yang lebih tua daripadanya. Dari sini jelas bahawa kaedah pembelajaran tunjuk cara amat sesuai dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi. Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Berdasarkan kepada pendapat-pendapat di atas, jelaslah bahawa kaedah pembelajaran tunjukcara amat besar sumbangan kepada pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, sudah menjadi lumrah murid mudah mengikut apa yang guru mereka lakukan. Berdasarkan pendapat-pendapat di 17

atas pengkaji yakin bahawa kaedah pembelajaran tunjukcara akan meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut. 3.8 PELAKSANAAN KAJIAN

Pengkaji akan menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu dengan menggunakan teknik tinjauan melalui set soal selidik, temubual tidak berstruktur, analisis data dan juga pemerhatian. 3.8.1 Soal Selidik

Soal selidik dibina untuk mengetahui minat pelajar terhadap mata pelajaran pendidkan muzik dan persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah pembelajaran tunjukcara. Penggunaan soal selidik di dalam kajian dapat menjimatkan masa, mudah serta sesuai untuk kebanyakan responden. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan kos kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi, pengumpulan data dapat dilakukan dengan cepat serta bilangan responden yang ramai dapat diadakan. Contoh Lampiran A.

3.8.2

Temubual

Pengkaji juga akan mengadakan temubual dengan peserta kajian dengan mengajukan soalansoalan lisan yang ada kaitannya dengan kehendak kajian. Soalan tersebut adalah seperti berikut: 1. Sejauhmanakah kemahiran murid bermain alat perkusi? 2. Sejauhmanakah guru menggunakan Kaedah Pembelajaran Tunjukcara? 3. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran ? Alat temubual diteliti untuk melihat kaitannya dengan borang jawapan soal selidik yang diterima. Hal ini akan membantu pengkaji semasa membuat huraian dapatan kajian yang dijalankan. Temubual dijalankan setelah pengkaji menerima soal selidik daripada peserta kajian. Pengedaran borang kaji selidik yang diikuti dengan temuduga merupakan kaedah yang paling banyak digunakan pada masa ini memandangkan objek kajian semakin kompleks. Soalan tertutup (closed-ended) memberikan jawapan yang sudah dirangka bersesuaian dengan masalah kajian manakala soalan terbuka (open-ended) memberi peluang kepada individu yang 18

dikaji untuk mengungkapkan masalah kajian berdasarkan pemikiran, perasaan, pengetahuan, dan pengalamannya.(Wan Hashim, Ting Chew Peh, dan Shamsul Amri Baharuddin, 1980). Contoh Lampiran B. 3.8.3 Pemerhatian

Pemerhatian ke atas murid telah saya jalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu pada sebelum dan selepas kajian. Perkara yang berlaku sebelum kajian ialah terdapat murid tidak tahu untuk bermain alat perkusi yang diberikan kepada mereka. Cara mereka memegang alat perkusi juga salah. Mereka juga tidak dapat mengikut tempo lagu dengan betul selain tidak dapat mengesan detik lagu yang dimainkan. Contoh Lampiran C. 3.8.4 Ujian Pra dan Pos(Amali)

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka dalam mengenal alat perkusi yang mana ujian ini sebagai asas pengetahuan bagi setiap murid supaya murid lebih kenal dan tahu setiap nama alat perkusi, bahan yang digunakan dalam pembuatan alat perkusi, cara bermain alat perkusi dengan betul dan sebagainya. Ianya digunakan untuk mengesan tentang masalah sebenar yang mereka hadapi dalam menjawab soalan tersebut. Dari ujian tersebut, didapati masalah sebenar murid adalah berpunca dengan soalan yang melibatkan cara bermain alat perkusi. Ujian pos kemudiannya diberikan untuk melihat sejauh mana kepekaan dan keberkesanan aktiviti yang telah dilakukan. Ujian pos yang dijalankan adalah melalui ujian amali permainan alat perkusi. Apabila diteliti, memang ada perubahan dari segi teknik permainan alat perkusi dan juga minat yang ditunjukkan oleh setiap murid. Contoh Lampiran D. 3.9 3.9.1 Analisis Tinjauan Masalah Analisis Soal Selidik

Murid telah memberikan maklumbalas yang positif sepanjang proses soal selidik dijalankan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam permainan alat perkusi. Jadual 3.9.1 menunjukkan bilangan responden dan peratusan yang berjaya di kumpul bagi setiap persoalan tentang kemahiran dalam permainan alat perkusi.

19

Jadual 3.9.1 Analisa kemahiran murid dalam Permainan Alat Perkusi

Skala / Soalan 1 2 3 4 5 4 6 8 2 21

Ya 27% 25% 33% 9% 88% 20 18 16 22 3

Tidak 83% 75% 67% 91% 12%

Jumlah Murid 24 24 24 24 24

Berpandukan item pertama, dua puluh tujuh peratus atau empat orang murid yang mempunyai kemahiran asas manakala lapan puluhtiga peratus atau dua puluh orang daripada murid tidak mahir dalam permainan asas alat perkusi. Berdasarkan pernyataan ini mungkin murid murid ini baru didedahkan dengan permainan alat perkusi ataupun tidak mempunyai asas dan kemahiran asas yang cukup dalam permainan alat perkusi. Item kedua pula menunjukkan kebolehan murid mengendalikan alat perkusi dengan baik. Namun begitu bilangan murid yang boleh mengendalikan alat perkusi dengan baik sedikit jika dibandingkan dengan jumlah murid yang dijadikan responden. Dapatan jelas menunjukkan hanya enam orang murid atau dua puluh lima peratus sahaja yang boleh mengendalikan alat perkusi dengan baik. Manakala lapan belas orang atau tujuh puluh lima peratus tidak dapat mengendalikan alat perkusi dengan baik. Item ketiga pula memberi gambaran tentang pengetahuan murid dalam teknik memegang alat perkusi. Gambaran menunjukkan dua tiga puluh tiga peratus atau lapan orang murid mempunyai teknik memegang alat perkusi dengan betul. Manakala enam puluh tujuh peratus atau enam belas orang murid tidak tahu memegang alat perkusi dengan betul. Ini mungkin disebabkan oleh faktor guru yang tidak menggunakan kaedah yang betul dalam permainan alat perkusi. Hasil dari item keempat pula menunjukkan sangat sedikit murid yang boleh membaca dan membuat kiraan detik pada not yang ditunjukkan. sembilan peratus atau dua orang murid yang boleh membaca not dan membuat kiraan detik manakala sembilan puluh satu peratus atau dua puluh dua orang murid sebaliknya. Sekiranya murid dapat menepuk detik dan membaca kiraan 20

dengan tepat dan diiringi dengan kemahiran mengendalikan alat perkusi sudah pasti muridmurid akan mahir mengendalikan alat perkusi. Item kelima pula berkisar tentang kajian minat dan sikap murid terhadap permainan alat perkusi. Kajian menunjukkan lapan puluh lapan peratus atau dua puluh satu orang murid amat berminat untuk mengendalikan alat perkusi manakala dua belas peratus atau tiga orang murid sahaja yang tidak berminat untuk mengendalikan alat perkusi. Ini jelas menunjukkan betapa kaedah yang sebenarnya perlu digunakan demi untuk memastikan murid murid mahir mengendalikan alat perkusi.

Berdasarkan daripada data yang dikutip , ujian dan latihan bermain alat perkusi berasaskan kemahiran tunjuk cara telah dijalankan terhadap responden. Sesi tersebut dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi. Program ini telah dijalankan selama lapan minggu dan telah berjaya meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi. Melalui kaedah pemerhatian yang dijalankan, didapati bilangan responden yang dapat memainkan alat perkusi dengan baik telah bertambah sebanyak 67% hingga 91% bagi setiap item yang diuji. Disamping ujian, murid juga diajar dengan pelbagai kemahiran alat perkusi seperti memegang, membaca not, menepuk detik dan memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul. Kesemua aktiviti ini dijalankan demi untuk melihat keberkesanan kaedah tunjukcara dalam meningkatkan kemahiran bermain alat perkusi. Selain daripada kaedah tunjuk cara yang digunakan, murid-murid juga diberi motivasi tentang kelebihan boleh mengendalikan alat perkusi. 3.9.2 Analisis Temubual

Berdasarkan daripada temubual yang dijalankan, murid telah memberikan maklumbalas yang begitu releven dan positif yang mana telah membantu saya dalam menjalankan kajian. 3.9.3 Analisis Pemerhatian

Selepas kajian dijalankan, murid-murid saya telah dapat bermain alat perkusi tersebut dengan betul berdasarkan kaedah tunjuk cara yang telah saya lakukan selain daripada latihan latihan yang dijalankan.

21

3.9.4

Analisis Ujian Pra dan Pos(Amali)

Jadual 3.9.4.1 , 3.9.4.2, dan 3.9.4.3, 3.9.4.4, dan 3.9.4.5 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran asas murid terhadap permainan alat perkusi. Setelah ujian pos(amali) dijalankan, data dibawah telah berjaya diperolehi. Jadual 3.9.4.1 Responden mula menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi Jantina L P Jumlah Bilangan responden 12 12 24 Bilangan menguasai 9 8 17 Peratus (%) 75 67 71

Jadual 3.9.4.1 menunjukkan responden yang telah mula menunjukkan kemahiran asas bermain alat perkusi. Dari dua puluh empat responden, tujuh belas orang murid ataupun tujuh puluh satu peratus telah dapat menguasai teknik kemahiran asas bermain alat perkusi. Dalam permainan alat perkusi, setiap murid seharusnya menguasai kemahiran asas bermain alat perkusi. Bila murid telah menguasai kemahiran asas, sudah pasti aktiviti yang dijalankan oleh guru akan menarik. Jadual 3.9.4.2 Responden yang boleh mengendalikan alat perkusi dengan baik

Jantina

Bilangan responden

Bilangan menguasai 9 8 17

Peratus (%)

L P Jumlah

12 12 24

75 67 71

Jadual 3.9.4.2 telah menunjukkan keupayaan responden yang boleh mengendalikan alat perkusi dengan baik. Tujuh puluh satu peratus atau tujuh belas orang murid telah menunjukkan kebolehan mengendalikan beberapa jenis alat perkusi. Semua murid diajar mengendalikan semua alat perkusi. Dari sini jelaslah bahawa dengan kaedah tunjuk cara yang digunakan amat sesuai di dalam meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi. Berdasarkan data yang 22

dikutip, dapatlah kita mencari jalan penyelesaian dalam meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi khasnya untuk murid murid Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut dan amnya untuk seluruh pelajar tahap 1 seluruh negara. Jadual 3.9.4.3 Responden yang boleh memegang semua alat perkusi dengan teknik yang betul Jantina Bilangan responden L P Jumlah 12 12 24 Bilangan menguasai 9 10 19 75 83 79 Peratus (%)

Jadual 3.9.4.3 pula menunjukkan keupayaan responden memegang semua alat perkusi dengan teknik yang betul. Berdasarkan ujian yang dijalankan. Tujuh puluh sembilan peratus atau sembilan belas orang responden telah menunjukkan kebolehan memegang semua alat perkusi dengan teknik yang betul. Berdasarkan perbandingan daripada kajian awal, jelaslah bahawa setelah menggunakan kaedah tunjuk cara. Keupayaan murid dalam permainan alat perkusi dapat ditingkatkan. Jadual 3.9.4.4 Responden yang boleh menepuk detik dan membaca kad imbasan Jantina Bilangan responden L P Jumlah 12 12 24 Bilangan menguasai 9 10 19 75 83 79 Peratus (%)

Jadual 3.9.4.4 pula menunjukkan keupayaan responden menepuk detik mengikut kad imbasan dengan baik berdasarkan skor yang diberi dengan baik sebelum alat perkusi dimainkan. Sekiranya murid-murid tidak dapat mengikut menepuk detik mengikut kad imbasan dengan baik, sudah pasti aktiviti permainan alat perkusi akan terjejas. Berdasarkan data yang dikutip, sembilan belas orang atau tujuh sembilan peratus dari dua puluh empat orang murid dapat 23

menepuk detik mengikut kad imbasan yang diajar dengan baik. Dari sini kita dapat melihat bahawa murid murid telah mula menunjukkan peningkatan kemahiran asas bermain alat perkusi. Jadual 3.9.4.5 Responden yang menunjukkan minat bermain alat perkusi Jantina Bilangan responden Bilangan menguasai Peratus (%) L P Jumlah 12 12 24 10 10 20 83 83 83

Jadual 3.9.4.5 pula menunjukkan minat responden terhadap permainan alat perkusi dengan. Berdasarkan data yang dikumpul dua puluh orang murid atau lapan puluh tiga peratus daripada keseluruhan responden telah menunjukkan minat terhadap permainan alat perkusi. Dari sini jelas menunjukkan kaedah tunjuk cara yang digunakan telah menunjukkan peningkatan terhadap minat murid. Berdasarkan data ini juga, kita juga dapat simpulkan bahawa penggunaan teknik yang betul akan mempengaruhi minat dan pencapaian murid dalam permainan alat perkusi. Dari sini, jelaslah bahawa minat juga memainkan peranan dalam usaha meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi melalui kaedah tunjuk cara. 3.10 INSTRUMEN/BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM PELAKSANAAN KAJIAN

3.10.1 Skor Lagu Sebagai panduan kepada murid kerana murid diajar untuk menyanyikan terlebih dahulu lagu tersebut bagi memudahkan murid untuk mengenalpasti tempo dan detik lagu. Ini akan memudahkan murid untuk memahami konsep dalam permainan alat perkusi. 3.10.2 CD Lagu Ingin Jadi Seperti Burung Digunakan sebagai iringan muzik dalam permainan alat perkusi.

24

3.10.3 Kad imbasan Adalah sebagai Bahan Bantu Mengajar bagi memudahkan kaedah tunjuk cara dijalankan. Melaluinya saya akan melatih murid mengikut langkah demi langkah dari latihan menepuk kepada asas memegang alat perkusi sehingga kepada cara memainkan alat tersebut. Dengan adanya kad imbasan ini, diharapkan murid akan mengingati semua langkah-langkah melalui kaedah tunjuk cara oleh guru. 3.10.4 Alat Perkusi

Terdiri daripada beberapa jenis alat perkusi jenis berpic dan tidak berpic. Ia juga dikenali dengan nama alat genderang. Alat perkusi yang biasa digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada kayu tik-tok dan loceng yang merupakan alat perkusi tidak berpic.

4.0

LANGKAH 3 : MENJALANKAN TINDAKAN

4.1 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian Kajian tindakan ini telah dijalankan selama 8 minggu. Semasa minggu pertama penyelidikan, saya telah memberikan ujian pra yang berbentuk soalan mudah dalam menguji kefahaman murid mengenai nama-nama alat perkusi dan cara memegangnya. Tujuan ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti berapakah jumlah murid yang kenal akan nama alat perkusi serta cara bermainnya sebagai satu sumber maklumat dan persediaan dalam menjalankan kajian. Daripada ujian tersebut, di dapati seramai 18 orang murid telah betul dalam semua jawapan dengan menjawab soalan dengan tepat. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran pula, saya membimbing murid melalui kaedah tunjuk cara supaya hasil pembelajaran tercapai. Setiap murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan yang memainkan kayu tik-tok dan satu kumpulan lagi akan memainkan loceng. Dua orang murid akan dilantik sebagai rakan pembimbing bagi setiap kumpulan untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan yang kurang mahir. Guru berperanan sebagai pembimbing jika terdapat murid yang masih lagi kurang faham atau keciciran sesi pembelajaran. Latihan secara intensif akan diberikan secara berulang kali kepada murid tersebut. Selepas 8 minggu murid menjalankan aktiviti permainan alat perkusi, murid menduduki ujian pos. Dalam ujian pos ini, saya dapati telah berlakunya peningkatan terhadap pemahaman murid dalam teknik permainan alat perkusi dengan baik. Semasa saya menyuruh murid memainkan alat perkusi berdasarkan skor yang

25

diberikan, saya dapati mereka memainkannya dengan teknik yang betul serta mengikut nilai kiraan detik. 4.2 LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kemahiran : Bermain alat perkusi ( loceng dan kayu tik-tok ) melalui kaedah tunjuk cara mengikut kumpulan yang ditetapkan. Set Induksi : Guru memaparkan contoh persembahan yang memainkan alat perkusi melalui tayangan video. Soal jawab dijalankan di mana pelajar akan disoal tentang alat perkusi yang digunakan dan bagaimana alat tersebut dipegang. Langkah 1 : Guru meminta murid menyanyikan lagu Ingin Jadi Seperti Burung yang telah dipelajari sebelum ini sebagai menjana idea dari pembelajaran yang lepas. Guru mengedarkan lembaran berupa nota serta contoh gambar cara memegang alat perkusi iaitu loceng dan kayu tik-tok dengan betul kepada murid. Berdasarkan lembaran tersebut, guru melakukan demonstrasi dengan menerangkan cara memegang alat perkusi dengan tepat dan menggunakan teknik permainan yang betul. Dalam langkah ini pelajar hanya melihat dan memberi fokus terlebih dahulu.

Langkah 2: Guru menampal kad imbasan di atas papan hitam. Dalam kad imbasan tersebut, guru akan meminta murid melakukan aktiviti latihan tepukan mengikut guru secara berulang kali. Latihan tepukan juga disertakan dengan menyebut kaedah kodaly iaitu ta-ta dan ta-sa bagi memudahkan murid untuk mengingat tepukan yang dilakukan dengan tempo yang tepat.

Langkah 3: Guru akan mengedarkan alat-alat perkusi iaitu loceng dan kayu tik-tok mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Berdasarkan nota yang telah diedarkan, guru membimbing murid memegang alat tersebut dengan betul. Dalam kaedah tunjuk cara, murid diminta untuk mengikut guru membuat latihan bermain alat perkusi berdasarkan kad imbasan yang telah ditetapkan. 26

Latihan ini akan dijalankan berulang kali supaya pelajar dapat mengingat dan mengaplikasikan semasa bermain alat perkusi dengan penuh keyakinan. Murid diminta bermain sambil menyanyi lagu Ingin Jadi Seperti Burung tanpa iringan muzik. Langkah 4: Dalam langkah ini, murid diminta bermain alat perkusi mengikut kumpulan masing-masing dengan bimbingan guru. Pada langkah ini, murid akan bermain alat dengan iringan muzik lagu Ingin Jadi Seperti Burung. Latihan ini dijalankan berulang kali melalui kaedah tunjuk cara oleh guru.

Pengukuhan: Guru akan menukarkan kumpulan yang bermain alat perkusi dari kumpulan lain. Latihan dan teknik yang sama dijalankan.

5.0 5.1

LANGKAH 4 : MELAKUKAN REFLEKSI REFLEKSI KAJIAN

Peningkatan tahap pemahaman murid dalam permainan alat perkusi dengan menggunakan teknik yang betul amat memberangsangkan. Kebolehan mereka mengingat konsep atau teknik melalui kaedah yang diajar menjadikan keyakinan mereka meningkat. Esah Sulaiman (2003), menyatakan bahawa kombinasi daripada pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajaran akan menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna. Timbul rasa kepuasan yang tak terhingga di hati saya dan segala penat-lelah serta jerit-perih saya selama ini terbalas tatkala melihat pencapaian yang begitu baik pada murid-murid saya dalam permainan alat perkusi setelah kajian ini dijalankan. Saya telah mengambil masa selama 8 minggu dalam meIaksanakan kajian ini. Usaha saya selama ini mendapat hasil pulangan yang lumayan kerana murid-murid yang telah saya jalankan kajian begitu cemerlang dalam permainan alat perkusi. Ini menunjukkan objektif pengajaran saya yang digunakan dalam kajian ini tercapai. Saya merasa amat berbangga kerana penggunaan kaedah tunjuk cara membantu saya dalam mencapai matlamat kajian. Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang pendidik. Saya menggunakan pengalaman mengajar selama 11 tahun untuk memastikan perjalanan kajian tindakan ini berjalan dengan lancar. Saya perlu menjadi seorang yang kreatif supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai dimana saya telah menggunakan tayangan video yang 27

menunjukkan kaedah permainan alat perkusi. Murid-murid saya begitu teruja serta memberi tumpuan yang penuh semasa menonton tayangan video tersebut. Pada masa yang sama saya telah menerapkan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran kerana saya telah memuat turun tayangan video itu dari internet yang mana saya memperolehinya dari sumber youtube. Kemahiran penggunaan ICT saya juga dapat ditingkatkan. Pujian juga harus diberikan kepada murid-murid saya kerana mereka tanpa rasa penat dan jemu mengikuti pembelajaran muzik yang mengkhususkan dalam permainan alat perkusi demi meningkatkan kemahiran mereka dalam permainan alat perkusi. Saya lihat murid-murid saya ini tidak cepat mengaku kalah. Mereka akan terus berusaha untuk melakukan latihan permainan alat perkusi berulangkali sehingga mencapai kehendak pengajaran saya. Adakalanya saya terpaksa menggunakan nada suara yang agak tinggi semasa mengajar bagi memastikan muridmurid saya lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Timbul rasa kasihan di hati saya pada murid-murid ini. Apa yang lakukan adalah demi kebaikan mereka. Akhirnya saya mampu tersenyum apabila melihat murid-murid saya telah mahir dalam permainan alat perkusi. Hubungan antara saya dengan murid-murid juga bertambah rapat selepas kajian ini dijalankan.

Saya mendapat kerjasama yang baik dari pihak pentadbir sekolah, guru-guru serta murid-murid semasa saya menjalankan kajian ini. Pihak pentadbir memberi sokongan yang sepenuhnya kepada saya dan mereka turut membantu saya seperti membenarkan saya menggunakan mesin potostat untuk membuat salinan pada lembaran kerja, ujian, borang kaji selidik dan sebagainya. Rakan-rakan setugas banyak membantu saya dalam menyumbangkan idea serta pendapat yang begitu berguna dalam menjalankan kajian ini. Kajian saya ini melibatkan dua puluh empat orang murid Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor bagi tahun 2011 sebagai respondan. Jadual 5.1.1 menunjukkan data latar belakang murid yang berkaitan dengan responden kajian. Murid ini telah melalui pengalaman sedia ada dalam matapelajaran pendidikan muzik bermula dari Tahun 1 lagi dan telah didedahkan dengan permainan alat perkusi oleh guru muzik sebelum ini.

28

Jadual 5.1.1 Profil responden kajian berdasarkan bilangan dan jantina

Profil Responden Kelas 2 Jujur Jantina Lelaki Perempuan

Frekuensi (Bilangan)

Peratus(%)

24

100

12 12

50 50

Jadual 5.1.1 menunjukkan sejumlah dua puluh empat orang responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut. Analisis kategori jantina pula menunjukkan sejumlah dua belas orang murid lelaki dan dua belas orang murid perempuan. . Kategori murid ini terbahagi kepada tiga kategori murid iaitu cerdas, sederhana dan lemah. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang keluarga dan pelbagai keupayaan belajar.

6.0

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berdasarkan batasan kajian ini, maka dicadangkan beberapa syor untuk kajian atau penyelidikan akan datang agar aspek-aspek tertentu didalami. Beberapa cadangan kajian lanjutan dipaparkan dalam perenggan yang berikut. Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian bersifat deskriptif bagi mengenal pasti masalah meningkatakan kemahiran bermain alat perkusi di kalangan murid tahun 2 Jujur di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor. Kajian ini merupakan kajian berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil iaitu seramai dua puluh empat orang responden. Masa kajian adalah terhad. Oleh yang demikian adalah dicadangkan aspek-aspek berikut dapat memberi pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan dengan kajian yang telah dijalankan ini pada masa akan datang. Oleh kerana kajian ini hanya terhad kepada murid-murid Tahun 2 Jujur di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut sahaja, maka kajian yang sama boleh dilaksanakan merangkumi 29

keseluruhan kelas-kelas yang terlibat dengan permainan alat perkusi dalam subjek pendidikan muzik. Bahkan untuk hasil yang lebih menyeluruh ia boleh dilaksanakan di negeri-negeri lain untuk melihat kesan keseluruhan pemboleh ubah terhadap penguasaan permainan alat perkusi berdasarkan kaedah tunjuk cara. Kajian lanjutan perlu dilakukan dengan lebih mendalam dalam meningkatkan kemahiran asas permainan alat perkusi dikalangan murid Tahap 1. Pengkaji perlu juga melihat aspek-aspek lain seperti teknik memegang alat perkusi, sikap dan minat pelajar dan guru itu sendiri. Pengkaji seterusnya perlu memperluaskan kajian kepada faktor demografi yang lain

seperti lokasi kajian dan sosio-ekonomi responden yang berbeza. Jumlah responden juga perlu diperbanyakkan untuk mendapat hasil kajian yang lebih menyeluruh. Reka bentuk dan instrumen lain juga boleh digunakan dalam mendapat data kajian. Kaedah temubual juga boleh dilakukan untuk mendapat hasil kajian yang lebih telus. Kajian lanjutan yang lebih menyeluruh juga boleh dilakukan untuk mendalami proses pemikiran dan tindakan guru dan murid pelbagai tahap. Kajian yang sama juga boleh dilakukan untuk membandingkan pengaruh dan kesan faktor latar belakang guru dan murid serta persekitaran terhadap pemikiran dan prestasi guru opsyen muzik. Kajian yang sama boleh juga dilakukan untuk membandingkan pengaruh dan kesan faktor latar belakang guru, murid dan persekitarannya terhadap permainan alat perkusi dengan betul. Penyelidikan seterusnya haruslah mengambil kira syor-syor yang dicadangkan kerana ia berkaitan dengan kajian tentang penguasaan murid dalam permainan alat perkusi dengan baik dan mahir. Pertimbangan ini adalah amat wajar sekali kerana matlamat akhir kita adalah untuk memperkembangkan subjek pendidikan muzik khususnya permainan alat perkusi di kalangan murid-murid sekolah rendah dengan menyeluruh. Sebagai insan berpotensi, guru-guru harus secara sedar melahirkan pemikiran yang positif ke arah kecemerlangan dan sentiasa memikirkan tentang usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan murid-murid serta menyedarkan mereka akan tanggungjawab mereka. Di harapkan kajian tambahan ini dapat gambaran yang lebih jelas tentang peningkatan kemahiran asas bermain alat perkusi dikalangan murid tahun 2 khasnya dan Tahap 1 amnya. Ia juga diharap dapat merangsang pihak-pihak yang terlibat dalam usaha kepada guru-guru pendidikan muzik dan seluruh warga pendidik. 30 meningkatkan kemahiran guru dan murid. Semoga tindakan dan suntikan yang dibuat memberi kesan positif

Berdasarkan batasan kajian ini, maka dicadangkan beberapa syor untuk kajian atau penyelidikan akan datang agar aspek-aspek tertentu didalami. lanjutan dipaparkan seperti berikut : a. Tingkatkan dahulu kemahiran dan penguasaan bagi guru yang mengajar muzik agar penyampaian dan ilmu yang diberikan mampu dimanfaat kepada pelajar dengan baik. b. Terlebih dahulu, seawal persekolahan iaitu bermula dari prasekolah, pelajar telah didedahkan bermain alat perkusi dengan teknik dan cara memegang yang betul. c. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran bermain alat perkusi, guru perlu memastikan bahawa aktiviti ini dijalankan dengan amanah. d. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran bermain alat perkusi, guru perlu memastikan bahawa aktiviti ini dijalankan dengan amanah. e. Guru boleh menggunakan kepelbagaian kaedah dan modul yang bersesuaian. f. Latih tubi dan perlu diberi perhatian kepada pelajar yang bermasalah. dijalankan. 7.0 RUMUSAN g. Selalu adakan latihan tepukan Kodaly dan detik sebelum aktiviti permainan Beberapa cadangan kajian

Kajian tentang bagaimana cara untuk meningkatkan kemahiran asas bermain alat perkusi murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut dengan menggunakan pembelajaran tunjuk cara amat sesuai kerana murid-murid mudah mengikut apa yang guru mereka tunjukkan. Pelajar juga akan dibimbing bagaimana cara untuk memainkan alat perkusi dengan betul. Selain itu juga, pengkaji yakin dengan penggunaan kaedah pembelajaran secara tunjukcara akan menimbulkan minat murid dalam pembelajaran muzik. Adalah diharapkan dengan adanya kajian ini, pengajaran dan pembelajaran muzik akan menjadi satu subjek yang diminati oleh murid-murid. Berdasarkan pengalaman mendidik murid sekolah rendah, setiap murid akan seronok dan gembira sewaktu pengajaran dan pembelajaran muzik ingin dijalankan. Tetapi, sewaktu sidang berlangsung ia menjadi hambar dan tak bermaya. Pengkaji amat yakin dengan adanya kajian ini, kepincangan yang ada akan dapat diselesaikan seterusnya akan meletakkan martabat pendidikan mengendalikan martabat pendidikan muzik selaras dengan kehendak dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.

31

8.0

RUJUKAN BUKU

Fadizah Salih (2002). Kaedah Pengajaran Yang Kerap Digunakan Dalam Matapelajaran Rekacipta diSekolah Menengah Negeri Johor. UTM : Tesis Sarjana Muda. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kamus Dewan( 1994 ).Edisi Ketiga.Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lee Shor Mee (1988). Pedagogi 2, Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur : KumpulanBudiman Sdn.Bhd. Meng, E. A. (2003). Ilmu Pendidikan : Pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (Semester 1).Kuala Lumpur : Academe Art & Printing Service Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, Lee Shok Mee (1991). Pedagogi 3 Bahagian A: Pengajaran DanPersediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Najib Tun Razak (2005) dalam Guru bukan Sekadar Mendidik Pelajar. Mingguan Malaysia, Ahad: 7 Ogos 2005. Wan Hashim, Ting Chew Peh, dan Shamsul Amri Baharuddin,1980).Kaedah Penyelidikan Sosial:Suatu Rampaian Esei Masalah Kajian Luar Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,Kementerian Pelajaran Malaysia 1980. Zalina Bt. Ahmad Zainuddin (2001) Kajian Pengajian Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah, Bahagian Perancangan Pendidikan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. 32

Tesis Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Fatah Karim. (1999). Panduan Harmoni asas dalam muzik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Mohd Salleh (2000). Pendidikan Islam, Pedagogi dan Metadologi. Selangor: Penerbit Fajar BaktiSdn.Bhd. Hanafie Mohd Iman. (1996). Glosari Seni Muzik; DBP. Johani Abdullah (1993), Pendidikan Muzik Semasa, Kuala Lumpur Dewan Bahasa Pustaka. Khairul Bariah bt. Haroen et. al. (2006). Pengenalan Pendidikan Muzik. Selangor Darul Ehsan : Open Universiti Malaysia.

Kementerian Lumpur.

Pendidikan

Malaysia.

(2002 Semakan),

Sukatan

Pelajaran

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur. DBP Kuala

Lilia Halim & Abdullah Mohd. Noor. 1998. Pengetahuan isi kandungan (Pedagogical Content Knowledge PCK) dan peranannya dalam mempelajarai cara mengajar. Kertas kerja Seminar ke 12 Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru. Tema : Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 26 28 Oktober Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DewanBahasa & Pustaka. Profesor Madya Dr. Rohani bt. Andullah, Nani Menon & Mohd. Shahrani

Ahmad. (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

33

Shaifol Bahary b. Sulaiman & Hasnul Faizal b. Hushin. (2008). Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah. Selangor Darul Ehsan : Open Universiti Malaysia,.

34

9.0 RUJUKAN INTERNET

http://www.edu_cybergpg.com/Music/orff.html23November2009 Laman web tentang teknik pengajaran dan sistem yang digunakan oleh Carl Orff dalam mengajar muzik kepada kanak-kanak.

http://www.clat.psu.edu/homes/bxb 11/mi/Mllpli.htm/16November2009 Cadangan dan idea mengenai pengajran dan pembelajaran dengan menggunakan kecerdasan pelbagai.

35

10.0

LAMPIRAN LAMPIRAN A

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E. Borang Soal Selidik Kemahiran Asas Permainan Alat Perkusi

NAMA : . TAHUN : 2 .

Tandakan ( / ) pada senarai yang disediakan dibawah :

Bil

Soalan

Ya

Tidak

Adakah kamu mempunyai kemahiran asas dalam permainan alat perkusi?

Adakah kamu boleh bermain alat perkusi dengan baik?

Adakah kamu tahu teknik memegang semua alat perkusi dengan betul?

Bolehkah kamu membaca skor dan menepuk detik ?

Adakah kamu berminat bermain alat perkusi ?

36

LAMPIRAN B SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Soalan Temu Bual

Guru Murid Guru Murid

: : : :

Adakah kamu mengenali nama alat perkusi? Sesetengahnya. Adakah kamu tahu teknik cara yang betul untuk bermain alat perkusi? Saya hanya ingat alat perkusi kastenet dan kayu tik-tok. Alat perkusi tersebut saya hanya perlu pukul dan ketuk je.

Guru Murid Guru Murid Guru Murid

: : : : : :

Bolehkah kamu membaca skor dan menepuk detik ? Tak tahu. Adakah kamu berminat bermain alat perkusi ? Kadang-kadang minat, kadang-kadang tak. Adakah kamu memahami apa yang diajar oleh guru? Kadang-kadang saya faham, kadang-kadang saya tak faham.

37

LAMPIRAN C SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E. Borang Instrumen Pemerhatian

Jadual : Tingkahlaku Murid Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Bil 1

Aktiviti Penerangan pembelajaran

Tingkahlaku Murid Memberi perhatian dan tumpuan Bekerjasama

Kekerapan

Aktiviti berkumpulan

Permainan alat perkusi

Menunjukkan minat

38

LAMPIRAN D SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E. Borang Senarai Semak Ujian Amali Muzik NAMA :.. B. Teknik bermain alat perkusi.
1. Kemahiran asas 1 2 3

KELAS :

2.

Cara mengendalikan alat perkusi

3.

Teknik memegang semua alat

4.

Menepuk detik dan membaca kad imbasan

5.

Minat murid

Tandatangan penilai :

Petunjuk skala: 1 2 3 Lemah Sederhana Baik

Nama Penilai

Tarikh

39

LAMPIRAN E

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Jenis Alat Perkusi Yang Digunakan Dalam Kajian Tindakan.

40

LAMPIRAN F

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E. Cara Memegang dan Teknik Memainkan Loceng 1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang. 2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

41

LAMPIRAN G

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tik Tok 1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. 2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

42

LAMPIRAN H

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU LANJUT 43900 SEPANG, SELANGOR D.E.

Alat Bantu Mengajar

Skor Lagu

Lirik Lagu

43

Skor Alat Perkusi

Radio

CD Lagu Ingin Jadi Seperti Burung

44

45