Denggi
Bagaimana ia berjangkit?
Virus denggi berjangkit kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang dijangkiti. Nyamuk secara amnya mendapat virus tersebut semasa menghisap darah seseorang yang menghidap denggi. Sebaik sahaja dijangkiti, sepanjang hidupnya, seekor nyamuk itu boleh memindahkan virus tersebut kepada individu yang mudah dijangkiti. Virus denggi itu kemudian mengalir dalam darah manusia yang telah dijangkitinya itu selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari). Individu tersebut mungkin diserang demam secara tiba-tiba serta berbagai-bagai tanda dan simptom yang tidak khusus. Denggi tidak boleh merebak secara langsung dari seorang ke seorang yang lain.
Apakah simptomnya?
Tanda dan simptom demam denggi berbeza-beza mengikut usia pesakit. Simptom-simptom utama denggi adalah demam panas, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, sakit sendi, rasa loya dan muntah, sakit mata dan ruam. 2
Bayi dan kanak-kanak kecil mungkin mengalami demam dan ruam. Mereka akan mengalami kesakitan yang agak kurang berbanding dengan kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Sakit kepala
Sakit otot
Sakit sendi
Untuk para pesakit yang menghidap DHF atau DSS yang teruk, demam serta tanda dan simptom yang tidak khusus akan berlaku untuk beberapa hari. Ia diikuti pula dengan keadaan pesakit yang merosot secara tibatiba. Pesakit tersebut mungkin kelihatan tidak bermaya dan menjadi resah. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah adalah seperti: tekanan darah yang rendah denyutan nadi yang laju tetapi lemah sakit perut yang teramat kulit berlengas dan sejuk serta kelihatan resah
Tanda-tanda pendarahan adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, gusi, hidung serta gastro-usus berdarah dan kadang kala aliran haid yang berlebihan. Mereka kerap mengalami sakit perut yang teruk, sejurus sebelum serangan renjatan.
Adakah jangkitan denggi boleh berulang pada orang yang pernah dijangkiti sebelumnya?
Terdapat 4 jenis virus Denggi. Jangkitan pada satu jenis tidak memberikan perlindungan jangka panjang daripada jenis-jenis yang lain. Terdapat juga bukti bahawa risiko mendapat DHF/DSS akan meningkat pada orang yang pernah dijangkiti salah satu daripada 4 jenis virus Denggi tersebut.
Soalan Lazim
1. Bagaimana saya boleh mengelakkan diri daripada dijangkiti Denggi?
Cara terbaik untuk mengelakkan Denggi adalah dengan mengelakkan daripada digigit oleh nyamuk Aedes. Pembawa virus Denggi hidup dan membiak berdekatan kawasan perumahan atau di dalam rumah. Pembiakan berlaku di tempat air bertakung, contohnya dalam bekas kecil, pasu bunga dan sebagainya.
Penularan virus denggi boleh juga disebabkan oleh individu yang mempunyai virus tersebut di dalam badannya. Warga asing atau warga Singapura yang kembali dari negara endemik Denggi, ada kemungkinan dijangkiti virus tersebut. Orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan yang berisiko tinggi. Langkah-langkah supaya tidak digigit nyamuk, seperti berada di dalam bilik yang berjaring atau berhawa dingin, menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk serta menggunakan penghalau nyamuk yang mengandungi 20% - 30% DEET (dietiltoluamida). Sentiasa ambil tahu mengenai epidemik yang berlaku di negara yang anda kunjungi.
2.
3.
www.cgh.com.sg/ipg
CGH amat berbesar hati memperkenalkan Panduan Pesakit Interaktif (IPG) sistem pendidikan kesihatan interaktif dalam talian yang pertama di Singapura. Direka oleh pasukan pakar klinikal kami, IPG menyediakan pilihan multimedia yang menarik untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan. IPG memaparkan senarai keadaan perubatan yang biasa, rawatan, prosedur, selepas prosedur dan penjagaan selepas pembedahan melalui video dan teks yang boleh dicetak. Klip video membolehkan anda melihat bagaimana prosedur sebenar dijalankan atau perincian mengenai keadaan kesihatan. Agar lebih mudah, versi mesra pencetak juga disediakan supaya anda dapat mencetak dan membacanya bila anda mahu. Dengan IPG di Internet, anda boleh melayarinya pada bila-bila masa di rumah, malah dapat berkongsinya dengan keluarga dan rakan-rakan. Lungsuri lelaman kami hari ini!