Anda di halaman 1dari 3

NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN

1. AMALAN NUTRISI YANG BAIK


Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai "nilai kalori"(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut. KELAS MAKANAN Karbohidrat Lemak protein NILAI KALORI SUMBER (kilokalori) 4 nasi 9 minyak masak 4 ikan dan daging

Rujuk nilai kalori makanan-makanan di Malaysia Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak. Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga memerlukan kalori yang lebih. Ini perlu untuk menggantikan haba yang hilang. Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu. MASALAH KESIHATAN Malnutrisi PUNCA Kekurangan kalori GEJALA Sangat kurus dan tidak bertenaga CARA CARA MENCEGAH MERAWAT Makan makanan Memberi zat seimbang dan tambahan mencukupi Pendidikan Kaunseling

Anoreksia

Kegendutan

Tabiat tidak mahu makan kerana Terlalu kurus ingin menguruskan badan Kelihatan terlalu Pengambilan gemuk, kalori berlebihan pengumpulan lemak di bawah kulit

Mengawal pengambilan makanan

Bersenam atau mengambil ubat dari doktor

Penyakit Jantung Makan makanan dan Tekanan berlemak Darah Tinggi berlebihan

Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal

Mengurangkan Pembedahan dan makanan berlemak pengambilan ubat

"Piramid makanan" merupakan satu carta yang boleh menolong kita menyelia jenis makanan yang kita makan. Kita hendaklah mengurangkan makanan yang terdapat di atas piramid dan makanan yang tersenarai di bawah bolehlah diambil dalam kuantiti yang lebih banyak.

2. TUMBUHAN SEBAGAI "PENGELUAR MAKANAN"


Tumbuhan adalah kawan kita !. Ini adalah kerana ia menghasilkan makanan melalui satu proses yang digelar "fotosintesis" (Photosynthesis). Semasa fotosintesis tumbuhan menukarkan air dan karbon dioksida kepada makanan. Makanan ini kebanyakannya dalam bentuk kanji.Pada masa yang sama tumbuhan juga menghasilkan gas oksigen. Proses fotosintesis ini berlaku dengan bantuan cahaya matahari (foto). Seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan nutrien(zat makanan) tertentu untuk terus hidup. Nutrien yang larut air itu diserap dari tanah melalui akar. Nutrien terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Makronutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Mikronutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.

Berikut adalah beberapa contoh Makronutrien dan Mikronutrien. JENIS CONTOH Makronutrien Karbon (C) Hidrogen (H) Oksigen (O) Nitrogen (N) Fosforus (P) dan Kalsium (Ca) Mikronutrien Boron (B) Zink (Zn) dan Kuprum (Cu)

Kekurangan nutrien akan menjejaskan pertumbuhan tumbuhan. Jadual berikut menunjukkan kesan kekurangan nutrien N,P dan K. UNSUR Nitrogen (N) Fosforus (P) Kalium (K) KESAN KEKURANGANNYA Daun menjadi kuning Akar sedikit dan lemah. Bunga dan buah sedikit, daun menjadi unggu Tompok perang pada daun.

Batang lemah.