Anda di halaman 1dari 39

[2008]

PPK

MODUL PEMBELAJARAN GRAFIK BERKOMPUTER

&

PRODUKSI MULTIMEDIA

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pusat perkembangan kurikulum


kementerian pelajaran malaysia

2008

Cetakan Pertama 2003 Cetakan Kedua 2006 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, 62604 Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 1. Modul Adobe Photoshop 2. Aplikasi Perisian Grafik 3. Judul Data Penkatalogan Dalam Penerbitan

ii

PENDAHULUAN

Setiap murid berupaya untuk menguasai perkara yang dipelajari dan tahap penguasaan ini adalah bergantung kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu pendekatan yang memberi peluang kepada murid untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri. Dengan ini, muridmurid akan dapat mempertingkatkan penguasaan pembelajaran ke tahap yang maksima. Modul ini mengandungi penerangan dan tata cara melaksanakan sesuatu arahan dalam perisian Adobe Photoshop. Adalah diharapkan ia dapat membimbing dan membantu guru dan murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran aplikasi Adobe Photoshop. Penting: Bagi tujuan pentaksiran mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Produksi Multimedia, guru-guru adalah diingatkan supaya merujuk kepada kompetensi-kompetensi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

iii

KANDUNGAN

UNIT 1 muka surat Paparan dan Toolbar UNIT 2 Marquee, Magic Wand dan Move Tool Unit 3 Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool Unit 4 History Brush, Rubber Stamp dan Pencil Tool 12 Unit 5 Dodge, Blur & Sharpen dan Type Tool Unit 6 Pen, Gradient dan Ruler Tool 17 Unit 7 Eye dropper, Paint Bucket, Zoom dan Hand Tool Unit 8 Menu Edit : Transform dan Adjust Unit 9 Menu Imej: Variation dan Menu Layer: Style 26 Unit 10 Filter

1 5 9

14

19 21

30

iv

UNIT 1 : PAPARAN DAN TOOLBAR


Objektif Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat: memulakan aplikasi Adobe Photoshop CS3. menetapkan setting untuk canvas baru. mengetahui penggunaan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer. Mengetahui fungsi layer Aktiviti 1: Memulakan aplikasi Photoshop. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start, pilih program, dan klik pada Adobe Photoshop CS3.

Aktiviti 2: Menetapkan setting Aplikasi Adobe Photoshop akan dibuka dan klik pada menu File dan klik New untuk memaparkan dialog box berikut.

Tetapkan setting seperti di bawah: 1. Berikan nama fail yang sesuai dalam ruangan Name. 2. Untuk Saiz Imej, tetapkan kelebaran (Width) dan ketinggian imej (Height), resolusi (Resolution) dan Mode dan Background Contents. i) Pastikan saiz imej sesuai ii) Resolusi yang sesuai untuk paparan monitor adalah 72 iii) Mode RGB sesuai untuk tujuan paparan di monitor manakala mode CMYK sesuai untuk cetakan iv) Content white = kanvas akan berwarna putih Content background color = kanvas akan mengikut warna latarbelakang yang telah dipilih Content transparent = kanvas tidak mempunyai sebarang warna latar

3. Setelah menetapkan setting, klik OK.


Aktiviti 3: Pembentangan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer. Satu paparan baru akan muncul. Secara lalainya (default) paparan akan kelihatan seperti dalam di bawah.

Menu Bar Tool Bar Tool Box

Ruang Kerja (Canvas)

Paparan Layer

Ruang-ruang kanvas yang digunakan akan dipaparkan dalam paparan layer sebagai lapisan-lapisan yang berlainan mengikut jumlah kanvas yang digunakan. Contohnya, jika kita menggunakan tiga gambar dan satu imej teks dalam sesuatu penghasilan kerja, maka empat layer akan terpapar dalam paparan layer. Layer yang pertama akan merujuk kepada background kanvas.

Berikut merupakan paparan Toolbox.

Rectangular Marquee Tool Lasso Tool Crop Tool Healing Brush Tool Clone Stamp Tool Tool Eraser Tool Blur Tool Pen Tools Path Selection Tool Audio Annotation Tool Hand Tool

Move Tool Magic Wand Slice Tools Pencil Tools History Tools Paint Bucket Tool Dodge Tools Type Tools Rectangle Tools

Eyedropper Tools Zoom Tools

Foreground Color

Background

Refleksi Melabelkan tool berdasarkan gambarajah di bawah:

UNIT 2 : MARQUEE, MAGIC WAND DAN MOVE TOOL 4

Objektif Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:


menggunakan Marquee Tool untuk memilih sesuatu kawasan (area) dari sesuatu image. menggunakan Magic Wand untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari sesuatu imej mengikut setting tolerans. menggunakan Move Tool untuk memindahkan imej yang dipilih.

Aktiviti 1: Menggunakan Marquee Tool

Segitiga Kecil menandakan terdapat beberapa tool yang lain di dalam paparanTool Box.

Dalam Marquee Tool terdapat 4 jenis marquee iaitu: a. b. c. d. Rectangular Marquee Tool Elliptical Marquee Tool Single Row Marquee Tool Single Column Marquee Tool

Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan imej secara segiempat tepat. Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat. Single Row Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara baris melintang (Horizontal line). Single Column Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan secara baris menegak (Vertical line).

Menggunakan Rectangular Marquee Tool

Kumpulan alat Marquee membenarkan anda membuat pilihan secara menyeret dengan tetikus. Dengan alat yang sesuai, pilihan berbentuk segiempat tepat atau bulatan boleh dibuat. Bagi pilihan bentuk segiempat tepat atau bulatan:

1. Pilih alat Rectangular Tool atau Elliptical Tool. 2. Tetapkan kursor di atas kawasan imej yang dipilih, kemudian klik dan seret. 3. Setelah melepaskan kursor, segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik
akan kelihatan menandakan kawasan pilihan.

segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik

4. Anda boleh memindahkan pilihan anda ke lokasi lain jika perlu.

Pastikan alat berkenaan masih dipilih, letakkan kursor dalam pilihan (kursor bertukar bentuk) , kemudian klik dan seret. Dengan alat yang masih dipilih, anda boleh membatalkan pilihan ini dengan mengklik di luar atau di dalam pilihan.

Aktiviti 2:

Menggunakan Magic Wand Alat ini berguna untuk memilih bahagian warna imej yang sama warna. Setting tolerans yang rendah akan menghadkan kawasan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas. Magic Wand sesuai untuk memilih bahagian warna yang tekal. Sebelum memilih alat Magic Wand, semak setting tolerance.

Luar Pilihan

Dalam Pilihan

1. Klik alat Magic Wand. Masukkan satu nilai tolerance dari 0 255. Jika nilai
maksimum 255 dimasukkan, anda akan memilih setiap piksel dalam imej.

2. Klik pada bahagian imej di mana piksel dengan warna yang sama akan dipilih.
Semasa mengguna alat Magic Wand, mula dengan setting ketentuan 32.

3. Untuk membatalkan sesuatu pilihan ketika alat Magic Wand masih dipilih, klik di
dalam pilihan. Jika anda klik di luar pilihan, suatu pilihan lain akan terhasil. .

Aktiviti 3:

Menggunakan Move Tool


Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.

1. Buatkan suatu
kawasan pilihan (kawasan a) dengan menggunakan alat marquee, pilih alat move kemudian letakkan kursor di dalam kawasan pilihan.

Kawasan a

2. Klik dan seret untuk


mengalih kawasan pilihan tadi (kawasan a). Piksel gambar yang dipindahkan dengan cara ini, yang menjadi kawasan pilihan terapung adalah berguna dan penting. Ketika kawasan pilihan terapung diaktifkan, kawasan a akan terapung di atas piksel gambar di bawahnya tanpa menggantikan kawasan pilihan b.

Kawasan a Kawasan b a Kawasan

UNIT 3 : LASSO, PAINTBRUSH DAN AIRBRUSH TOOL 8

Objektif Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:


menggunakan alat-alat seperti Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool untuk membuat sunting atau mengubah sesuatu imej. menggunakan Paintbrush Tool meletakkan warna dalam sesuatu kawasan imej. menggunakan Airbrush Tool untuk meletakkan warna dalam sesuatu kawasan imej berdasarkan warna latar belakang atau latar depan.

Aktiviti 1 Menggunakan Lasso Tool Alat Lasso digunakan untuk membuat pilihan bentuk bebas melalui klik dan seret. Terdapat 3 jenis Lasso Tool iaitu: a. Lasso Tool b. Polygonal Lasso Tool c. Magnetic Lasso Tool. a. Lasso Tool digunakan untuk menandakan kawasan melalui kaedah mengheret tetikus secara bebas sambil menekan tetikus. b. Polygonal Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan secara mengklik dan mengheret tetikus mengikut kawasan yang dikehendaki. c. Magnetic Lasso Tool pula digunakan untuk menandakan sesuatu kawasan mengikut sempadan yang dikehendaki dengan kaedah gliding mengikut sempadan tersebut. Untuk alat Lasso:

1. Klik Lasso Tool untuk memaparkan


palet opsyen di menu bar.

2. 2.

Setkan opsyen Feather dan Anti-Aliased. Masukkan satu nilai Feather dari 0 250 pixel. Jika nilai Feather 20 px dimasukkan, kesan Feather akan terhasil apabila kawasan yang dipilih dibuang (delete). Jika Nilai Feather 0 dimasukkan maka kesan Feather tidak akan kelihatan.

3. Letakkan kursor di atas imej, maka kursor bertukar ke bentuk Lasso Tool. 4. Klik dan seret untuk menyurih bahagian kawasan imej yang hendak dipilih secara
bebas. Pastikan kursor anda balik semula ke titik permulaan. Jika kursor dilepaskan sebelum itu, Photoshop akan melengkapkan pilihan dengan garis lurus. Sempadan bertitik menunjukkan bahagian terpilih. Untuk alat Polygonal Lasso: Alat Polygonal Lasso digunakan dengan cara klik mencipta pilihan bentuk bebas bergaris lurus.

Alat Polygonal Lasso

Titik titik telah bersambun

1. Pilih alat Polygonal Lasso dan letakkan kursor di atas kawasan imej yang hendak
dipilih.

2. Klik secara berterusan sehingga bertemu semula ke titik permulaan untuk


melengkapkan pilihan. Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan alat move. Aktiviti 2 Brush Tool

Alat ini digunakan untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan. Anda boleh memilih saiz ketebalan berus pada menu Brush

10

Pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.

Mod e

Opaci ty

Pilihan saiz Brush Latihan

Flow

Buka satu fail yang mengandungi imej yang sesuai. Layari dan gunakan Alat Brush ini sambil memilih efek-efek yang sesuai yang terdapat pada sub menu Mode, Opacity dan Flow ini dan perhatikan efek-efek yang dihasilkan Aktiviti 3 Airbrush Tool Alat Airbrush (Berus Sembur Angin) bertujuan untuk memberi kesan menyembur cat dengan alat penyembur angin. Alat ini mewarnakan dengan mengambil warna latar depan di dalam Tool Box pada Foreground Color ( rujuk pada mukasurat 3 ). Untuk mewarna dengan menggunakan alat Airbrush, pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama. Contoh:

Airbrush Tool boleh didapati setelah anda klik pada Brush Tool

Gambar asal
Brush

Klik dan seret melintasi imej untuk mengisikannya dengan warna latar depan ( Foreground Colour ). Sekiranya nilai Opacity di kurangkan kesan warna yang disembur akan kelihatan pudar. Berbeza dengan perubahan Flow yang dilakukan. Sekiranya nilai Flow dikurangkan maka kesan keamatan warna berkurangkan dan kelajuan anda menyeret berus juga mempengaruhi keamatan warna.

11

UNIT 4 : HISTORY, RUBBER STAMP DAN PENCIL TOOL


Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggunakan History Brush Tool untuk mengesan segala aktiviti yang telah dilakukan sebelumnya. menggunakan alat Rubber Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa. menggunakan Pencil Tool untuk mencipta garisan secara bebas.

Aktiviti 1 History Brush Tool Berperanan untuk mengimbas kembali arahanarahan yang telah dilakukan terhadap Tool Brush. Jika anda terlupa jenis peralatan yang telah digunakan, melalui kemudahan ini anda boleh memanggil semula Tool yang digunakan. Melalui Tool Box yang disediakan, klik pada alat yang berkenaan. Terdiri daripada 2 sub-tool iaitu: a) History Brush Tool b) Art History Brush. Aktiviti 2 Pelajar dapat menggunakan alat Clone Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa. Clone Stamp Tool Alat Clone Stamp, boleh digunakan untuk memperkemaskan imej secara menyalin sebahagian imej anda. Untuk menyalin sebahagian imej, klik alat Clone Stamp untuk memaparkan palet opsyennya yang berada di bawah Menu Bar utama. 1. Menetapkan saiz berus yang sesuai. 2. Pilih Clone Stamp dan bawa kursor ke bahagian imej yang hendak disalin. Kursor akan bertukar dalam bentuk ikon bulat
3.

Tekan butang kekunci Alt, kursor akan bertukar kepada ikon target.

4. Klik pada bahagian imej yang hendak disalin.

12

5. Alih kursor ke tempat lain, kemudian klik dan seret tanpa melepaskan tetikus, imej

yang hendak disalin tadi akan terpapar.

Imej asal yang

Hasil imej yang telah disalin

Aktiviti 3 Pencil Tool Berada bersama-sama dengan menu Brush Tool. Anda boleh menggunakan alat pensil untuk:
1. 2.

melukis garis dengan bebas, melukis dengan warna latar depan (foreground). Klik alat dan palet opsyennya akan terpapar, dan menentukan mod paduan serta setting saiz pensil, Opacity, Mode dan Auto erase. Klik dan seret untuk menghasilkan satu garis. Tekan kekunci Shift ketika melukis garis lurus.

3.

13

UNIT 5 : DODGE, BLUR & SHARPEN DAN TYPE TOOL


Objektif Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggunakan Dodge Tool, untuk mengubah kecerahan sesuatu imej. menggunakan Alat Blur dan Sharpen Tool, untuk mengimbangi kontras warna di antara piksel sesuatu imej. menggunakan Type Tool untuk menaip perkataan di dalam aplikasi Photoshop. Aktiviti 1 Dodge Tool Untuk mendapatkan sebahagian imej yang lebih cerah, pilih alat Dodge.

1.

Pilih saiz dan jenis berus yang sesuai. (Airbrush memberikan kesan hasil yang paling halus).

Klik untuk mendapatkan menu pilihan bagi saiz dan jenis berus

2.

Klik Dodge Tool untuk memaparkan Opsyen palet iaitu Brush, Range, dan Exposure.

Dodge tool

14

3.

Klik Dodge Tool dan klik kursor pada imej, kemudian seret untuk menjadikan piksel imej lebih cerah. Lepaskan tetikus, kemudian seret lagi untuk meningkatkan keamatan kesannya.

Imej yang terhasil setelah menggunaka n dodge tool

Imej asal sebelum menggunakan dodge tool

Aktiviti 2 Blur Tool Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur (Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel dan amat berguna untuk memperkemas pinggir bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk.

1. 2. 3.

Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool Option di menu bar utama. Tentukan Mode, Strength dan saiz berus. Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel. Aktiviti 3 Type Tool

1.

Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas imej atau ruang kerja canvas dan klik. Ini menandakan titik bermulanya untuk anda menaip. Kotak dialog Type Tool akan terpapar.

2.

15

3.

Pilih Horizontal Type Tool untuk menghasilkan teks melintang dari kiri ke kanan dan jika Vertical Type Tool untuk menghasilkan teks menegak dari atas ke bawah.

Teks yang dihasilkan dengan menggunakan Horizontal Type tool

Teks yang dihasilkan dengan menggunakan Vertical Type tool

4.

Tetapkan settingnya bagi jenis Font Family, Font Style, Font Size, Leading, Spacing, Colour dan Alignment. (Ada dua cara seperti rajah di bawah) Font Family Font Style Font Size Alignment Text Color

Font Family Font Size

Font Style Leading Text Color

5.

Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai (default).

16

UNIT 6 : PEN, GRADIENT DAN RULER TOOL


Objektif Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar dapat: menggunakan Pen Tool, untuk melukis bentuk secara bebas. mengenali dan menggunakan Gradient Tool, untuk menghasilkan ton warna yang berbeza. mengenali dan menggunakan Measure Tool, untuk melukis imej mengikut spesifikasi dengan tepat. Aktiviti 1 Pen Tool Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk memahami bagaimana lorong (path) dibina. Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan Point segmen. Setiap Point Segmen dapat diubah atau dibetulkan agar lorong atau lengkungan lebih sempurna. Pen Tool dibahagikan kepada beberapa sub menu :1. 2. 3. 4. 5. Pen Tool Freeform Pen Tool Add Anchor Point Tool Delete Anchor Point Tool Convert Point Tool

Aktiviti 2 Gradient Tool Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu warna ke warna yang lain secara linear atau jejari.

1.
utama.

Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar Pilih jenis-jenis Gradient sama ada Linear Gradient, Radial Gradient, Angle Gradient, Reflected Gradient, Diamond Gradient dan tentukan opsyen opacity dan Mode.

2.

17

3. Letakkan kursor di permulaan bahagian


berlakunya perubahan Gradient,

4. Kemudian klik dan seret. 5. Sudut dan jarak kursor diseret untuk
menentukan sudut dan jarak perubahan.

Aktiviti 3 Ruler Tool

Berfungsi untuk membuat pengukuran sesuatu objek mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Dengan ini kita akan memperolehi imej yang sebenar berdasarkan kemahuan kita. Manakala ukurannya pula terdiri daripada piksel, inci dan sentimeter.

18

UNIT 7 : EYE DROPER, PAINT BUCKET, ZOOM DAN HAND TOOL


Objektif Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggunakan Eyedropper Tool, untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari sesuatu imej. menggunakan Paint Bucket Tool, untuk mewarnakan sesuatu kawasan imej. menggunakan Zoom Tool untuk membesarkan atau mengecilkan imej. menggunakan Hand Tool untuk menggerakkan sesuatu imej di dalam paparan Photoshop. Aktiviti 1 Eyedropper Tool 1. Memilih dengan segera warna latar belakang atau depan dari kawasan imej aktif, atau dari tetingkap imej Photoshop yang tidak aktif. Untuk menetapkan warna latar depan, klik alat penitis (eyedropper tool). Letakkan alat penitis pada bahagian kawasan yang ingin dipilih warnanya. Klik sekali lagi bagi mendapatkan warna latar depan yang diingini.

2.

3.

Aktiviti 2 Paint Bucket Tool Alat Paint Bucket membolehkan anda mengisi warna dalam sesuatu kawasan yang mempunyai tolerance yang sama. 1. Aktifkan kawasan yang ingin diisikan warna, polygonal tool ataupun marquee tool contohnya dengan menggunakan

2.Tukarkan warna yang dikehendaki pada foreground color.

Foreground color

3.Dwiklik pada foreground color untuk mendapatkan paparan color picker ,klik pada warna yang dikehendaki dan klik butang OK.

19

4.Klik pada tool paint bucket, bawa ke dalam kawasan yang telah diaktifkan dengan garis putus-putus dan klik butang kiri tetikus.

Aktiviti 3 Zoom Tool

1. 2.

Berfungsi untuk membesarkan atau mengecilkan imej sebanyak 100% Untuk fungsi pembesaran, aktifkan ikon zoom tool dan bawa pada bahagian imej yang ingin diperbesarkan dan klik tetikus.. Untuk fungsi mengecilkan imej, klik sebelah kiri tetikus seiring dengan menekan kekunci Alt dan ianya akan mengecil 100% pada setiap kali tetikus diklik.

Zoom Tool

3.

Aktiviti 4 Hand Tool Alat hand tool ialah suatu alat yang digunakan untuk menggerakan imej sesuatu objek di dalam paparan Photoshop. Klik pada sebahagian paparan tanpa lepas dan seret ke arah kanan, kiri, atas atau bawah mengikut kehendak pengguna.
Hand Tool

20

UNIT 8 : MENU EDIT - TRANSFORM DAN ADJUST

Objektif Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggubah bentuk objek menggunakan menu Edit > Transform. mengguasai sebahagian sub menu Image, untuk mewarnakan sesuatu kawasan imej. Aktiviti 1 - Edit Menu Edit- Transform

1.

Antara sub menu yang terdapat ialah Scale, Rotate, Skew, Distort, Perspektive, dan Rotate.

21

Aktiviti 1.1 Imej Original Selepas Scale

Selepas Rotate

Selepas Skew

Selepas Distort

Selepas Perspective

22

Aktiviti 1.2 Rajah di bawah adalah contoh gabungan lebih daripada dua imej dengan mengunakan Menu Edit. Cuba hasilkan sebuah karya anda sendiri dengan menggunakan Menu Edit dalam susun atur setiap objek.

23

Aktiviti 2 - Imej Aktivit 2.1 : Image-Brightness/Contrast 1. Pilih Image > Adjust > Brightness/Contrast

Sub Menu Brightness/Contrast digunakan untuk melaras Brightness dan Contrast

24

Aktiviti 2.2 Menyunting Warna

Gambar Asal

Setelah disunting dengan menggunakan Brightness/Contrast

1.
2.

Laraskan Brightness dan Contrast pada imej yang hendak disunting mengikut kesesuaian. Klik OK setelah pilihan dibuat.

25

UNIT 9 : IMAGE: VARIATON DAN LAYER: STYLE


Objektif Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat: menggubah warna mengikut kehendak dan kesesuaian masing-masing dengan enggunakan fungsi Image- Variation. menggubah bentuk kesan dan objek melalui menu Layer, Layer-Style

Aktivit 1 : Membuka menu Image-Variations 1. Pilih Image > Adjust > Variations

26

Paparan berikut akan ditujukan pada skrin: Pilihan Variasi Warna (Variations)

Gambar Original

More Red

More Green

More Magenta 27

More Blue

Aktiviti 2 Aktiviti 2.1

Menu Layer- Style

Antara sub menu yang disajikan ialah Drop Shadow, Inner Shadow, Outer Glow, Inner Glow, Bevel and Emboss, Satin, Color Overlay, Patern Overlay dan Stroke.

28

1. Klik pada menu bar layer>layer style>blending options. Kekotak layer style akan dipapark

Pilihan Blendi ng Option

Hasil efek setelah membu at pilihan di

2. Klik salah satu blending option yang dikehendaki dan kesan efek dapat dilihat
pada kekotak preview disebelah kanan. 3. Klik Ok setelah anda membuat pilihan yang sesuai. Aktiviti 2.2 Layer Style Drop Shadow Sebelum kesan Drop Shadow Selepas kesan Drop Shadow

Aktiviti 2.4 Layer Style Inner Shadow Sebelum kesan Inner Shadow Selepas kesan Inner Shadow

Aktiviti 2.5 Layer Style Bevel and Emboss Sebelum kesan Bevel and Emboss Selepas kesan Bevel and Emboss

UNIT 10 : FILTER 29

Objektif Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar pelajar akan dapat menghasilkan imej yang Diakhir pembelajaran modul ini, akan dapat: menggunakan beberapa jenis filter. Membuat beberapa efek khas pada sesuatu imej menggunakan menu Filter

Aktiviti 1 : Meneroka menu bar filter (penapis)

1.

Menu bar Filter digunakan bertujuan untuk membuat beberapa efek dan perubahan yang dikehendaki kepada mana-mana bahagian imej.

2. 3.

Sebagai contoh, kita akan gunakan filter>render>lens flare pada imej sklh.jpg Klik pada menu bar filter>render>lens flare. Kekotak lens flare akan dipaparkan.Letakkan bulatan bercahaya sebagai punca cahaya.

30

4.

Pilih kecerahan (brightness) serta lens type.Sebagai contoh, bulatan di sudut atas kanan, brightness103 dan lens type 35 mmprime.

5, Anda akan dapat melihat preview efek yang terhasil dari aktiviti 4. Klik OK. 6. Imej akan mempunyai kesan seolah-oleh disinari matahari.

31

7. Berikut adalah beberapa efek yang terhasil dari penggunaan filter yang lain a) Filter > noise > add noise

b) Filter > distort > zigzag

32

c) filter > brush strokes > dark strokes

d) filter > stylize > tiles

Latihan: i) Terokai

efek-efek yang akan terhasil dengan penggunaan lainlain filter

33

Ahli Panel Penulis


Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia (2002-2006)
Penaung: Penasihat : Ketua Panel: Pengarah PPK Timbalan Pengarah PPK Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional En. Mazlan b. Haji Talib PPK Institut Perguruan Darulaman Institut Perguruan Darulaman Institut Perguruan Darulaman Institut Perguruan Darulaman Maktab Perguruan Ipoh Maktab Perguruan Ipoh SMK Kulim, Kedah Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang SMK Alor Janggus, Alor Setar SMK Jitra, Kedah SMK Taman Ria Jaya, Sg. Petani SMKA Al-Irshad, Kepala Batas SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan SMK Permas Jaya, Johor Baharu SMK Anderson, Ipoh SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan SMK Raja Lope Nor Rashid, Perak SMK Convent, Perak SMKA Slim River Perak SMK Putra, Perlis SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur SMK Kg. Jawa, Kelang SMK Merchang, K. Terengganu SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.Trengganu SMK Taman Tun Dr Ismail, K.Lumpur SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, Selangor SMK Bkt.Gambir, Muar SMK Khir Johari, Beranang SMK Bukit Baru, Melaka PPD Kota Setar, Alor Setar, Kedah SMK Alam Megah, Shah Alam Selangor SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, Kangar SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Seremban SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP Labuan SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, Perak SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, Perak SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah SMK Jeram, Selangor Jabatan Pelajaran Melaka SMK Anjung Batu , Mersing SMK Gombak Setia, Selangor EPRD, KPM PPK PPK PPK
1 Disember 2006

Panel Penulis (2002-2003) En. Jusni bin Nasirun En. Tuan Rosdan b. Tuan Muda En. Shukri b. Mansor En. Ishak b. Othman(Allahyarham) En. Zain Hazmi b. Zain Baharin En. M. Nadarajan En. Yahya b. Mohamad En. Abdul Jasheer b. Abdullah Pn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman Pn. Norain bt. Sulaiman En. P. Sarjit Singh En. Ibrahim b. Mat Aris En. Zairudin b. Ahmad En. Mohd. Nawi b. Haron Cik Rozilah bt. Mohd. Yusof Pn. Normiza bt. Mohd. En. Nordin b. Awang Nor En. Arman bin Ishak Pn. Siti Rohana bt. Abu Bakar En. Mahfudz b. Haji Ahmad Pn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor Panel Penulis (2005) Pn. Suraya bt. Hashim En. Abdul Karim b. Hamid Y.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman En. Ramlee b. Mat Rani Pn. Samsuriyani bt. Ismail Pn. Arlina Hasmanizar bt. Che Ahmad En. Abd. Majid b. Yusoff En. Abdul Halim b. Awang Pn. Haidaturayani bt. Md. Noor Pn. Suhaila bt. Abd. Rahman Pn. Sarina bt. Zainuddin En. Ramesh a/l Kanapathy Pn. Wong Siew Fong Cik Siti Nurhasni bt. Nordin Cik Siti Amrah bt. Zakaria Pn. Noor Azrina Jasmi Pn. Khairul Azlina Khairi En. Mohamad Nazri b. Zuhir En. Haizul Faried Iskandar A.Halim En. Haziq b. Ruslan Penyunting(2003) En. Rozairi bin Taib En. Razali bin Suman En. Azhar bin Kamarudin En. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani Urus Setia En. Abu Sulaiman bin Ibrahim En. Abd. Rahman bin Ismail En. Mohd. Zubir b. Abdul Rahman

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

34

Panel Penulis 2008


1. 2. 3. 4. 5. 6. Saifullah Dreamweaver Hanita Director Suraya Adobe Flash CS3 Siti Zulikha Adobe Photoshop CS3 , Asas Grafik Norasidah Freehand Majid 3 D Studio Max

35