Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TELOK DATOK MINIT MESYUARAT PEWARIS KALI PERTAMA SESI 2012 Mesyuarat Tarikh Masa

Tempat Pengerusi Kehadiran : : : : : : PEWARIS SK Methodist Telok Datok 31 Disember 2011 9.30 Pagi Prasekolah SK Methodist, Telok Datok Pn. Katy binti Katan 18 Orang ( Seperti di Lampiran)

Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut: 1.0 Ucapan Pengerusi 2.0 Ucapan Penasihat 3.0 Taklimat 4.0 Pelantikan AJK 5.0 Hal-hal lain 6.0 Ucapan Penangguhan 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga murid prasekolah sesi 2012. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga murid prasekolah di atas kehadiran ke perjumpaan Ibu / Bapa / Penjaga Prasekolah kali pertama sesi 2011. Tindakan: Makluman 2.0 Ucapan Penasihat
2.1 Penasihat Prasekolah SK Methodist, Telok Datok iaitu En . Rosidi bin Md

Sirat (Guru Besar) mengalukan kedatangan Ibu Bapa dan penjaga.


2.2 Program prasekolah adalah untuk menyediakan murid ke tahun satu di kelas

formal. 2.3 Pendidikan Prasekolah membolehkan murid; 2.3.1 Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik 2.3.2 Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.

2.3.3 Menggunakan bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk

berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Tamil. 2.3.4 Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 2.3.5 Mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama islam. 2.3.6 Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 2.3.7 Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah 2.3.8 Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial 2.3.9 Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik 2.3.10 Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya 2.4 Diharap ibu bapa dapat memberi galakan kepada anak-anak untuk datang ke sekolah setiap hari persekolahan. Tindakan: Makluman 3.0 Taklimat 3.1 Pakaian murid Prasekolah dibekalkan oleh PPD Kuala Langat. 3.2 Murid-murid prasekolah terdiri daripada murid yang berusia 5-6 tahun. Waktu persekolahan bermula pada jam 7.30-11.30 pagi dan setiap keluar masuk murid semasa sesi pembelajaran adalah dengan kebenaran guru. 3.3 Aktiviti Murid Prasekolah 3.3.1 Sukan tahunan bagi murid prasekolah seperti sukaneka. 3.3.2 Lawatan murid Prasekolah akan diadakan setahun sekali. 3.3.3 Majlis harijadi murid akan diadakan dua atau tiga bulan sekali mengikut kewangan prasekolah. 3.4 Sumbangan ibu/bapa/penjaga 3.4.1 Semua ibu bapa / penjaga yang hadir setuju memberi sumbangan RM 50 setahun bagi menjayakan aktiviti prasekolah. Tindakan: Makluman 4.0 Pelantikan AJK PEWARIS 4.1 Penasihat 4.2 Pengerusi 4.3 Naib Pengerusi 4.4 Setiausaha 4.5 Bendahari 4.6 AJK : : : : : : En. Ahmad Rosidi bin Md Sirat PJK (Guru Besar) En. Surendran A/L Jayaraman Pn. Yanty Irayu binti Mohd Shahar Pn. Katy binti Katan (Guru Prasekolah) Pn Junainah Sairi (Guru Prasekolah) Pn. Kannaghe A/P Ponnusamy Pn. Zarina binti Japri Pn.Sabrinah Wanti Ladim Pn. Rajesvery A/P Muniandy

4.6.1.1.1 4.6.1.1.2 4.6.1.1.3 4.6.1.1.4

4.6.1.1.5 En. Zaidi Binti Ahmad 4.6.1.1.6 En. Radzief bin Mohd. Rokman

4.6.1.1.7 En. Bathma Nathan Pillai A/L Palanisamy Tindakan: Guru dan Ibu Bapa 5.0 Hal-hal lain 5.1 Penggunaan Bahasa Melayu dalam perbualan harian digalakkan. 5.2 Ibu bapa / penjaga boleh membayar wang sumbangan selepas mesyuarat berakhir. Tindakan: Ibu Bapa 6.0 Ucapan Penangguhan 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(KATY BINTI KATAN) Setiausaha PEWARIS

(EN. SURENDRAN A/L JAYARAMAN) Pengerusi PEWARIS