Anda di halaman 1dari 9

Kaunseling Bagi Minoriti Seksual Definasi Untuk Minoriti Seksual Golongan minoriti seksual adalah sekumpulan orang dimana

identiti, orientasi atau praktikal seksualnya adalah berlainan dari majoriti masyarakat. Pada asalnya, golongan ini terdiri daripada gay dan lesbian sahaja. Kemudiannya, golongan ini juga termasuk biseksualdan transgender. Dalam singkatan, golongan ini dinamakan GLBT. Homoseksual merujuk kepada golongan yang tarikan atau orientasi

seksualnya adalah kepada seseorang yang sama seks. Lelaki lebih gemar dikenali sebagai gay, manakala perempuan sebagai lesbian. Biseksual tertarik kepada kedua-dua jantina samada lelaki atau perempuan. Tetapi ia tidak semestinya berlaku dengan serentak atau sama rata. Transgender adalah golongan yang melakukan pertukaran jantina atau golongan yang berpakaian bertentangan dengan jantinanya atas pelbagai sebab. Biasanya, mereka berpendapat jantina yang dikurniakan kepada mereka sejak lahir adalah salah dan tidak dapat mengambarkan diri mereka yang sebenarnya dengan sempurna. Adakah Hubungan Sama Seks Merupakan Penyakit Mental? Pakar psikologi, psikiatri dan professional kesihatan mental bersetuju bahawa homoseksual bukanlah suatu penyakit, kekacauan mental atau masalah emosi. Dahulunya, homoseksual dianggap sebagai golongan yang berpenyakit mental kerana golongan professional kesihatan mental dan masyarakat mempunyai pandangan yang berat sebelah terhadap golongan homoseksual. Kebanyakan kajian terapi memasukkan golongan homoseksual sebagai bahan kajian mereka. Apabila penyelidik mengkaji golongan homoseksual yang tidak

termasuk dalam kajian terapi, pengkaji menyedari kenyataan tentang homoseksual merupakan salah satu penyakit mental adalah salah. Pada tahun 1973, Persatuan Psikiatri Amerika telah melucutkan nama homoseksual dari buku panduan rasmi yang mencatatkan semua penyakit atau kekacauan mental dan emosi. Pasangan dan Keluarga GLBT Di Amerika, kira-kira 1.2 juta orang adalah dari kalangan pasangan gay dan lesbian. Ini menunjukan peningkatan sebanyak 300% semenjak tahun 1990. Hubungan mesra di kalangan pasangan gay dan lesbian adalah sama seperti hubungan pasangan berlainan jantina. Biasanya, hubungan lesbian lebih menunjukan kedudukan sama rata. Kerja rumah dan keputusan yang dibuat adalah dikongsi sama rata. Pada masa ini ramai pasangan GLBT mempunyai minat yang tinggi untuk menjadi ibu-bapa. Di Amerika, semua negeri kecuali Florida membenarkan pasangan gay dan lesian mengambil anak angkat. Kebanyakan anak-anak pasangan GLBT menpunyai pemikiran dan kelakuan yang sihat. Pasangan GLBT berdepan dengan prejudis dan diskriminasi masyarakat. Mereka menghadapi homophobia dalaman, dimana ia berlanjutan hingga ke tempat kerja, tempat sosial dan dikalangan keluarga. Golongan ini merasa tidak selesa menyatakan kepada umum tentang orang yang mereka cintai. Mereka juga merasakan perlu bagi mereka untuk menyembuyikan orientasi seksual mereka. Selain itu, pasangan gay dan lesbian juga menghadapi masalah seperti isu undang-undang mengenai pengambilan anak angkat, kemudahan kesihatan untuk pasangan sama seks dan prejudis dari masyarakat. Anak-anak pasangan GLBT juga menghadapi kesulitan untuk menjelaskan kepada kawan-kawan tentang keluarganya yang berlainan dari keluarga normal, contohnya mempunyai dua orang ayah, dua orang ibu atau ayah berpakaian seperti ibu.

Remaja GLBT.

Mengikut laporan, golongan remaja GLBT menghadapi penderaan yang jelas, kelakuan seksual yang berisiko tinggi, perasaan dan percubaan untuk membunuh diri dan isu keselamatan diri. Mereka merupakan golongan yang terlibat dalam pertengkaran atau pergaduhan sehingga memerlukan rawatan perubatan. Selalunya, remaja GLBT berdepan dengan diskriminasi dan gangguan di sekolah. Professional kesihatan mental harus menyampaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan remaja GLBT kepada sekolah dan masyarakat. Di sekolah, ko-kulikulum harus merangkumi isu gay, lesbian dan transgender, pengurusan diri dan kemahiran sosial yang berkaitan dengan remaja GLBT. Persekitaran sekolah haruslah dipupuk dalam suasana tanpa diskriminasi.

Kakitangan sekolah harus dilatih dalam isu orientasi seksual. Perkhidmatan kaunseling disediakan kepada remaja GLBT dan anggota keluarganya. Selain itu, remaja GLBT juga memerlukan tempat yang selamat untuk perjumpaan dan bersosial. Isu Identiti Kesedaran terhadap orientasi seksual di kalangan lelaki gay dan perempuan lesbian biasanya berlaku pada peringkat usia awal remaja. Pada peringkat pertengahan remaja mereka menyedari identifikasi seksual kendiri dan pengalaman sama jantina dan pada peringkat akhir remaja perhubuang sama jantina. Kesengsaraan berlaku apabila golongan ini menggunakan persepsi dalaman dalam menentukan identiti mereka. Ini adalah kerana persepsi dalaman mereka bercanggah dengan persepsi umum masyarakat mengenai orientasi seksual mereka. Sebagai jalan keluar, seseorang individul itu akan berhenti mendesak dirinya supaya menjadi orang yang normal iaitu straight, ia mulai membina identiti baru dan konsep kendiri tersendiri bagi membina

kehidupan yang bahagia bagi dirinya. Seseorang individul itu perlu mengatasi perasaan penderitaan ini terlebih dahulu untuk meninggalkan identiti lama. Dalam satu kajian terhadap pelajar-pelajar di sekolah menengah, didapati 88% daripada mereka mengaku bahawa mereka berkecenderungan kepada heteroseksual, 1% biseksual atau berkecenderungan homoseksual, tetapi 10% telah menyatakan mereka tidak pasti. Ramai remaja GLBT menyatakan berperasaan berbeza sejak peringkat awal kanak-kanak. Sebaik sahaja mereka menerima identiti seksual sendiri, mereka merasakan perlu menentang identiti asal yang telah dikurniai kepada mereka. Mereka berasa kesunyian dan terasing. Mereka tidak mempunyai seseorang untuk berhubung dan bercerita. Mereka putus hubungan dari segi emosi dengan orang lain kerana khuatir rahsia mereka terbongkar, dan mendapat tentangan daripada masayarakat dipersekitaran mereka. Mereka juga merasakan diri mereka golongan yang tersisih, dan tidak berkeupayaan untuk mempertahankan diri daripada serangan atau bantahan persekitaran mereka. Memandangkan informasi yang tepat tentang homoseksual agak

berkurangan. Ramai golongan GLBT menyamar diri seolah-olah mereka itu normal, mereka juga mengelakkan diri dari berbincang mengenai isu-isu seksualiti. Oleh itu, mereka tidak berupaya untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada ibu bapa, ahli keluarga dan rakan sebaya. Kaunselor harus membimbing remaja GLBT supaya hidup dengan selesa dan bagaimana mendapatkan sokongan dari persekitaran mereka. Guru kaunselor di sekolah pula harus memberi bantuan yang wajar dengan memaparkan poster-poster yang menyatakan pelbagai maklumat termasuk sokongan bagi mereka yang dari golongan orientasi seksual berbeza. Di Malaysia, organisasi NGO seperti Pink Triangle dapat membekalkan bantuan dari segi memberi informasi dan sumber-sumber sokongan kepada remaja GLBT. Pendedahan Identiti

Menurut kajian, apabila golongan GLBT mengenalpasti orientasi seksual mereka dan orientasi ini berbeza dengan apa yang boleh diterima oleh masyarakat umum, ia akan menimbulkan perasaan keseorangan bagi golongan GLBT. Bagi lelaki gay dan perempuan lesbian, setelah identiti seksual mereka dikenalpasti, mereka akan merasa tersingkir dari keluarga dan rakan mereka yang berpegang teguh kepada orientasi seks heteroseksual. Mereka tidak lagi merasa diterima di gereja atau tempat-tempat ibadah lain, dan juga di tempat kerja. Para kaunselor harus membantu klien mereka untuk mencari sumber dan sokongan yang baru. Majoriti kelompok homoseksual tidak menonjolkan diri secara terang-terangan kerana tindakan itu menimbulkan cabaran dan kesukaran yang amat besar bagi mereka. Mereka yang wujud dalam kekaburan ini lebih banyak mendiamkan diri dan bergerak dalam senyap. Dalam masyarakat Malaysia yang homofobik tindakan untuk tidak

mendedahkan orientasi seksual sewenang-wenangnya adalah cara terbaik dan wajar dilakukan agar seseorang itu tidak menerima ancaman fizikal dan psikologikal yang terlalu sukar untuk dikendalikan. Pendedahan identiti kepada ahli keluarga dan rakan sebaya boleh menimbulkan penentangan, kemarahan dan dukacita. Mereka yang diberitahu tentang hal sebenar akan merasa kehilangan seseorang yang mereka anggap mereka kenali dan sayangi. Pihak ibu bapa pula akan merasa bersalah dan keliru, adakah layanan dan cara didikan mereka yang mengakibatkan orientasi seksual anak mereka berbeza. Jika ibu bapa tidak dapat menerima anak mereka yang berorientasi seksual minoriti, kaunselor harus membimbing individul itu supaya mendapatkan sokongan dari sumber yang lain. Bagi mereka yang berani, mendedahkan dan mengakui secara terangterangan mengenai orientasi seksual mereka, kaunselor harus membimbing mereka untuk meninjau sejauh mana keberanian mendedahkan identiti

seksual itu membantu mereka hidup dengan selesa. Setakat mana pula sokongan persekitaran dan dapat membantu psikologi. mereka Kaunselor untuk harus menikmati memberi kesejahteraan kebahagiaan

bimbingan yang sewajarnya supaya tidak wujud perasaan dendam terhadap diri mereka sendiri. Selain daripada menaruh harapan kepada sokongan dari keluarga dan rakan sebaya, sokongan menerusi internet juga semakin berpengaruh, laman web sembang seperti SAYANGABANG, PLU, GAY MALAYSIA merupakan kaedah terkini cara pergaulan kelompok GLBT. Di kalangan wanita lesbian, bilik sembang PENKID dan TOMBOY menghubungkan mereka dengan individu yang sama orientasi seksual. Melalui laman web sembang ini pelbagai kategori dan latar belakang lelaki gay serta wanita lesbian di serata tempat boleh bersosialisasi dengan selesa. Warga Tua GLBT Golongan warga tua dari minoriti seksual kurang selesa untuk mendedahkan orientasi seksual mereka berbanding dengan generasi muda. Jika identiti seksual mereka masih terlindung, individu itu akan merasa ragu-ragu untuk mendedahkan orientasi seksualnya dan cuba menyimpan rahsia ini bila bersemuka dengan pihak kesihatan atau kakitangan kerajaan. Bagi lelaki gay, mereka merasa kurang selesa ditemani oleh individu sama jantina untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana khuatir akan pandangan negatif orang ramai. Seperti yang biasa berlaku dalam masyarakat kita, warga tua GLBT juga kurang dihargai oleh masyarakat umum. Semua ini boleh mengakibatkan kekhuatiran dan kebimbangan bagi golongan warga tua GLBT. Mereka merasa terpinggir dan malu untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan sokongan dari masyarakat. Berhadapan dengan GLBT warga tua, isu tentang pendedahan identiti harus diambil berat demi kebaikan mereka, terutama dalam mendapat jagaan kesihatan dan khidmat kebajikan. Para kaunselor perlu membimbing warga tua GLBT supaya menguatkan lagi keupayaan mereka untuk menghadapi

cabaran dalam kehidupan, meluaskan lagi sistem sokongan masyarakat dan mendorong masyarakat supaya mengambil berat golongan warga tua GLBT. Di Amerika golongan atau persatuan untuk mempertahankan hak-hak GLBT warga tua telah didirikan dan bilangan mereka semakin bertambah. Ini termasuklah organisasi yang mengambil berat mengenai tempat kediaman warga tua GLBT dan kebajikan untuk warga tua GLBT yang telah berpencen. Isu-Isu Lain Yang Dihadapi Oleh Individu GLB Kebanyakan individu GLBT menghadapi masalah berkaitan dengan hubungan seksual yang berisiko tinggi, maslaah jangkitan HIV dan masalah alkohol. Di Amerika, peratusan kumpulan Transgender yang mendapat jangkitan HIV adalah lebih tinggi berbanding kumpulan Biseksual dan Homoseksual. Ini disebabkan oleh hubungan seksual yang berisiko tinggi dan berkongsi jarum suntikan semasa penyuntikan hormon atau pun dadah. Selain itu, golongan GLBT juga berdepan dengan diskriminasi di tempat kerja, sekolah ataupun gereja. Contohnya di tempat kerja, diskriminasi akan menghalang seseorang itu diambil bekerja, menerima ganjaran yang lebih rendah, peluang kenaikan gaji dan pangkat yang kurang jika dibandingkan dengan pekerja lain. Sebagai kaunselor, isu-isu diskriminasi, kesihatan mental dan hubungan seksual yang berisiko tinggi ini harus disedari terlebih dahulu sebelum menawarkan perkhidmatan yang sesuai untuk mereka. Panduan Amalan Klinikal Mengikuti Sue & Sue (2003), terdapat beberapa garis panduan untuk amalan klinikal iaitu : i. Cuba nilaikan persepsi diri tentang hubungan heterosexuality dan pandangan anda bila bekerja dengan golongan GLBT. Ini penting kerana kemungkinan pekerja yang bekerjasama dengan kita adalah seorang GLBT.

ii. Buku panduan seperti Guideline for Psychology with Lesbian, Gay and Bisexual Clients perlu diambil perhatian oleh kaunselor agar kita mempunyai gambaran awal sebelum berdepan dengan klien dari golongan GLBT. iii. Adalah penting kita mempunyai rakan kongsi ataupun organisasi amal yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan kerja-kerja kaunseling klien GLBT. Sokongan, pengetahuan dan pengalaman yang dikonngsi amatlah perlu bagi meningkatkan kecekapan kaunselor. iv. Semua prosedur temubual dan borang yang digunakan haruslah tidak mengandungi bahasa yang menunjukkan unsur-unsur bias terhadap golongan GLBT. v. Kaunselor jangan sekali-kali mengaitkan masalah yang mereka sedang hadapi dengan orientasi seksual mereka. vi. Jika klien mempunyai kepercayaan, galakkan mereka mencari ketenangan melalui agama masing-masing. Sebahagian gereja di Amerika khas untuk golongan GLBT. vii. Bagi klien yang masih merasa was-was tentang kecenderungan homoseksual, bantulah mereka membina identiti diri yang lebuh kukuh. Mereka yang lebih memahami identiti sebenar mereka akan lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan kehidupannya. Kesimpulan Golongan GLBT merupakan golongan yang sukar diterima oleh masyarakat, kurang mendapat sokongan dan sering menjadi mangsa prejudis. Kaunselor sebagai individu yang mesti menerima klien seadanya tanpa mengadili klien, haruslah menerima golongan ini sebaik mungkin dan menganggap ia sebagai satu cabaran dalam karier mereka. Kaunselor tidak boleh mengubah klien menjadi seperti apa yang masyarakat inginkan tetapi kaunselor boleh membantu klien menjalani kehidupan mereka dengan lebih selesa dan aman

dalam masyarakat. Sehubungan itu kaunselor hendaklah bersedia memberi sokongan dan bantuan kepada golongan ini dengan perasaan terbuka. Begitu juga dengan mereka yang memilih untuk berkahwin dengan pasangan berlainan bangsa. Mereka juga mengalami masalah menyesuaikan diri dengan masyarakat, berhadapan dengan prejudis dan diskriminasi. Kesejahteraan rumah tangga yang dibina amat penting bagi melahirkan anak-anak yang berkeyakinan dengan identiti campuran mereka. Sehubungan itu, tugas kaunselor adalah untuk menyedarkan ibu bapa yang berkahwin campur tentang isu-isu yang bakal mereka dan anak-anak mereka hadapi disamping membantu klien menyesuaikan diri dengan masyarakat. Sementara itu anakanak berdarah campuran ini perlu mendapat sokongan sewajarnya bagi membantu mereka menjalani kehidupan lebih selesa dengan identiti yang mereka miliki. Malaysia merupakan antara negara yang berjaya menguruskan isu

perkahwinan campur ini dengan jayanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata perkahwinan campur merupakan agen yang dapat menghasilkan masyarakat majmuk pelbagai bangsa yang hidup dalam keadaan aman dan damai selepas Malaysia ditubuhkan 44 tahun lalu. (Abdul Razak Ahmad, 2007) Rujukan 1. Sue, W.W & Sue, D. 2003. Counseling the cultural Diverse-Theory and Practice-4th edition. New York:John Wiley & Sons.