Anda di halaman 1dari 13

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim PENGENALAN

Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada ketak suban seseorang yang melampau memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Ketak suban ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan. Gangguan pemakanan telah lama menjadi masalah yang serius di pelbagai peringkat umur. Penyakit ini biasanya menunjukkan simptom-simptom awal dalam peringkat permulaan kehidupan seseorang remaja. Masalah gangguan makan merangkumi pelbagai keadaan melibatkan pemikiran yang terlalu tertumpu kepada makanan, berat badan dan keterampilan diri sehingga ke tahap yang menjejaskan kesihatan, perhubungan dan aktiviti harian seseorang. Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Penyakit ini lazimnya bermula semasa zaman remaja atau menjelang alam dewasa. Namun demikian, terdapat juga laporan yang mengesahkan bahawa penyakit ini boleh dikesan pada zaman kanak-kanak atau di peringkat dewasa. Selain itu, walaupun nampaknya lebih cenderung menyerang gadis remaja tetapi keadaan ini tidak kurang juga remaja lelaki yang menderita masalah serupa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat.

Penghidap anoreksia nervosa lazimnya memilih untuk terus berlapar dan enggan mengekalkan berat badan unggul kerana berpendapat mereka masih gemuk. Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual. Mereka terus menerus

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.

Selain itu, kebanyakan gadis remaja atau lelaki yang menderita masalah gangguan pemakanan adalah mereka yang tidak berpuas hati dengan diri dan prestasi kehidupan mereka. Bagi gadis remaja, lazimnya masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kegagalan mereka dalam sesuatu aktiviti kegemaran termasuk gagal menarik perhatian lelaki. Keinginan untuk mengecapi berat badan ideal ataupun tanggapan bahawa 'kurus itu cantik' sekali gus mendorong gadis remaja mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat. Adakalanya, pengaruh rakan sebaya menyebabkan remaja-remaja ini tertekan dengan realiti kehidupan dan terpaksa akur kepada kehendak trend. Bagi remaja lelaki pula, puncanya mungkin berasal daripada suka berorientasikan berat seperti gusti.

Selain itu, kebanyakan penghidap masalah ini ialah kaum wanita, kanak-kanak yang meningkat remaja, remaja belasan tahun atau orang muda. Golongan ini lebih cenderung untuk terlalu memikirkan tentang imej tubuh dan keterampilan diri. Mereka mungkin merasakan perlu untuk menjadi manusia yang sempurna bagi meraih perhatian ibu bapa. Selain itu, bagi mereka yang meghidap masalah ini akan menunjukkan kesan-kesan fisikal yang ketara seperti keguguran rambut, degupan jantung yang perlahan, tekanan darah rendah dan tidak datang haid. Selain itu, mereka juga yang menghadapi masalah anoreksia nervosa mudah mengalami kemurungan yang lebih teruk berbanding dengan penghidap bulimia. Selain itu, disebabkan mereka terus berdiet bermatian-matian akan menyebabkan mereka mendapat osteoporosis di kemudian hari akibat kekurangan kalsium dan penghasilan estrogen jika kitaran haid terhenti.

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim Senaman yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada keadaan ini. Mereka juga mungkin mengalami kerosakan yang serius kepada jantung dan organ-organ lain yang penting akibat kehilangan berat badan yang banyak dan ketidakseimbangan mineral kerana muntah dan/atau pemakanan yang buruk.

POROS tulang atau osteoporosis pada tulang belakang boleh menyebabkan kelumpuhan jika pesakit jatuh dan patah tulang belakang.

Tulang memerlukan bekalan kalsium yang cukup bukan sahaja ketika kecil malahan sehingga usia tua untuk kekal kuat bagi menampung pergerakan aktiviti harian. Aktiviti yang memerlukan banyak tenaga bukan sahaja memerlukan nutrien secukupnya daripada makanan malahan memerlukan rehat secukupnya sebelum aktiviti yang sama dilakukan sekali lagi. Kekurangan sumber nutrien dan rehat yang cukup mungkin menyebabkan badan mengambil

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim tenaga daripada tulang menyebabkan tulang ahli sukan rapuh seperti tulang pesakit osteoporosis. Seseorang individu kurang mengambil makanan daripada produk tenusu sejak kecil lagi dan kerana itu terdedah kepada masalah osteoporosis. Oleh itu, setiap individu harus mengambil pemakanan dan nutrisi yang secukupnya untuk mengelakkan diri daripada terkena osteoporosis.

MENGAPA TERJADI ANOREKSIA NERVOSA

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim Ketika memasuki masa remaja, khususnya masa akil baligh, remaja menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. Terjadi perubahan fisiologi tubuh yang kadangkala mengganggu fikiran mereka. Biasanya, perkara ini lebih sering dialami oleh remaja perempuan daripada remaja lelaki. Bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka akan mudah menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang berkalori tinggi.

Kalau dahulu, makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh (biasanya ditandai dengan menstruasi), baru makan coklat dua keping, tetapi beratnya sudah tambah sekilogram. Pada kenyataannya, kebanyakan wanita ingin keihatan langsing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia, berjaya, dan popular. Apalagi kalau melihat body para selebriti yang langsing (sebenarnya lebih tepat dikatakan kurus kering tidak berisi).

Sementara kalau tubuh remaja gemuk atau berisi, pakai baju apa pun rasanya seperti sedang memakai karung guni. Akhirnya, lingkungan persekitaran juga turut mempengaruhi. Semakin sering diejek gemuk, maka dietnya semakin hebat. Maka, tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan mengembangkan masalah pada gangguan makan. Remaja dengan gangguan makan seperti di atas memiliki masalah dengan body imagenya. Ertinya, mereka sudah memiliki suatu mind set (pemikiran yang sudah terpateri di dalam otak) bahawa tubuh mereka tidak ideal. Mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk, banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain yang kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim Akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka terkesan gemuk padahal kenyataannya berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. Mereka akan dihantui perasaan bersalah, manakala mereka makan banyak kerana perkara itu akan menyebabkan berat badan naik. Masalah body ini akhirnya menyebabkan remaja menjadi tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. Mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna (sempurna di sini bermaksud kurus).

TANDA-TANDA DAN GEJALA

Penghidap anoreksia biasanya menunjukkan gejala dan tanda-tanda seperti hilang berat badan, akibat dari enggan makan, penggunaan ubat julap dan ubat diuretik yang kerap atau bersenam secara keterlaluan. Enggan mengekalkan berat badan unggul. Ketakutan yang keterlaluan akan menjadi gemuk atau kelihatan gemuk. Beranggapan diri gemuk. Gangguan kitaran atau putus haid di kalangan wanita. Letih lesu dan tidak bermaya. Terdapat bulu roma halus (lanugo) menyaluti tubuh badan. Kurang darah atau anemia. Kuku dan rambut menjadi rapuh. Tekanan darah yang rendah.

Banyak pesakit wanita yang sangat teliti dan kompulsif, dengan standard yang sangat tinggi untuk berprestasi dan sukses. Indikasi awal dari kecenderungan terjadinya kelainan ini adalah meningkatnya perhatian terhadap makanan dan berat badan, bahkan pada pesakit yang sebelumnya sudah kurus. Keasyikan dan kecemasan mengenai berat badan semakin meningkat, sejalan dengan semakin kurusnya badan pesakit. Meskipun sudah kurus, pesakit tetap merasa gemuk, menyangkal bahawa hal tersebut salah, tidak mengeluh mengenai berkurangnya nafsu

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim makan atau berkurangnya berat badan dan biasanya menolak pengobatan. Pesakit tidak berubat sehingga anggota keluarganya yang lain membawanya ke doktor.

Anoreksia bererti kekurangan nafsu makan, tetapi pesakit anoreksia sebenarnya lapar dan berselera terhadap makanan. Separuh dari pesakit anoreksia nervosa memakan banyak makanan (binge) dan kemudian mengeluarkannya kembali dengan cara memuntahkannya atau meminum ubat pencahar dan diuretika. Separuh lainnya membatasi jumlah makanan yang mereka makan.

Selain itu, terdapat gejala lain yang boleh dikenalpasti yang dihadapi oleh remaja, wanita atau kanak-kanak iaitu denyutan jantung lambat, tekanan darah rendah, suhu tubuh rendah, pembengkakkan jaringan kerana penimbunan cairan (edema) dan rambut yang tipis dan lembut atau rambut tubuh dan wajah yang berlebihan.

Selain itu, tidak terdapat gejala-gejala kekurangan gizi dan mereka bebas dari infeksi. Malah, mereka sering terjadi depresi dan remaja yang menghidap anoreksia nervosa seringkali berbohong mengenai jumlah makanan yang mereka makan dan menyembunyikan kebiasaan muntah serta kebiasaan makan mereka yang aneh.

Perubahan hormonal yang terjadi akibat anoreksia nervosa adalah berkurangnya kadar hormon estrogen dan tiroid, serta meningkatnya kadar hormon kortisol. Selain itu, jika pesakit mengalami kekurangan gizi yang serius, maka terjadi kelainan pada berbagai organ tubuh utama.

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim Yang paling berbahaya adalah kelainan jantung serta cairan dan elektrolit (natrium, kalium, klorida). Jantung menjadi semakin lemah dan memompa lebih sedikit darah ke seluruh tubuh. Remaja yang menghidap anoreksia nervosa biasanya mengalami dehidrasi dan cenderung mengalami pengsan. Darah menjadi asam (asidosis metabolik) dan kada kalium dalam darah berkurang. Muntah dan pemakaian obat pencahar akan semakin memperburuk keadaan ini.

Biasanya terjadi kematian mendadak, yang kemungkinan disebabkan oleh irama jantung yang abnormal.

PENYEBAB ANOREKSIA NERVOSA

Penyebab penyakit ini adalah merangkumi kombinasi genetik, neuroendokrin, pengaruh fisiologi dan psikososiologi. Bagi faktor genetik iaitu menurut kajian, faktor genetik menyumbang hampir 50% kepada masalah gangguan makanan. Bukti menunjukkan bahawa gen yang mempengaruhi kawalan pemakanan, personaliti dan emosi mungkin menjadi penyumbang kepada masalah ini. Manakala, bagi faktor psikologi iaitu dari segi individu, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menderita penderaan seksual cenderung untuk mengalami masalah ini dan dari segi keluarga iaitu keluarga yang terlalu mendesak, tegas dan bermasalah juga menyumbang kepada masalah ini. Bagi faktor sosial dan budaya pula iaitu masalah ini selalunya melibatkan golongan kelas atasan, pekerjaan tertentu(seperti penari dan jururawat) dan masyarakat yang rendah nilai budayanya seperti menganggap kurus adalah baik.

KESAN DAN AKIBAT

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim

Penderita atau penghidap anoreksia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. Jika gangguan ini, baik anoreksia mahupun bulimia tidak segera ditangani, maka boleh membawa kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. Kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan, luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan, lemah, tidak bertenaga, sukar berkonsentrasi, gangguan menstruasi, pertumbuhan terbantut keinginan seks berkurang dan masalah seksual bagi lelaki, mineral dan elektrolit dalam badan yang tidak seimbang, selalu merasa sejuk, kekurangan zink

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim dalam badan, kekurangan sel darah putih, sistem pertahanan badan yang kurang berfungsi, kerosakan gigi, sembelit, kekeringan kulit, sistem peredaran darah yang kurang sempurna, sakit kepala dan kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti perasaan tidak berharga, sensitif, mudah tersinggung, mudah marah, mudah merasa bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai, cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya, minta perhatian orang lain dan depresi (sedih terus menerus), imej kurang menarik, kurang memahami diri sendiri, selalu menilai diri dari segi bentuk dan berat badan, memikirkan soal kesempurnaan, menganggap bahawa mengawal makan atau berat badan seolah-olah dapat mengawal kehidupan dan tidak dapat menerima kenyataan berat badan orang lain lebih rendah

Penyakit anoreksia nervosa juga memberi kesan kepada emosi, sosial, dan tingkah laku. Antara esan-kesan emosi termasuklah rendah keyakinan diri, takut menambah berat badan dan tertekan dan tidak tenang. Manakala, kesan sosial yang disebabkan oleh anoreksia nervosa termasuklah menjauhi hubungan persahabatan, hubungan kekeluargaan yang tidak baik dan tidak mengambil berat keperluan asas seperti makanan. kesan-kesan terhadap tingkah-laku iaitu bersenam berlebihan dan tidak makan, selalu pengsan, mencederakan diri sendiri, terlalu sensitif mengenai soal berat badan dan agresif apabila dipaksa makan.

Anorexia nervosa boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. Penghidap anoreksia nervosa dianggarkan 1 dari 10 orang meninggal dunia akibat penyakit ini. Akibat-akibat lain termasuklah gangguan degupan jantung, rembesan

10

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim hormon terjejas, gangguan kitaran haid, kemandulan, tulang rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan gangguan pada sistem saraf.

RAWATAN

Bagi kes yang serius, kemasukan ke wad diperlukan bagi rawatan yang berkesan. Ini termasuk membetulkan ketidakseimbangan cecair dan bahan galian dalam badan, serta mengembalikan status pemakanan kepada tahap yang normal dan sihat. Pegawai pemakanan dapat membantu merangka satu kaedah pemakanan yang seimbang lagi sihat agar berat badan dapat dicapai dengan jayanya.

Rawatan kognitif dan tingkah-laku berkesan dapat membantu dalam membetulkan salah tanggapan berkaitan cara pemakanan. Terapi keluarga membantu ke arah pemulihan. Ubatubat khusus juga digunakan untuk merawat penyakit mental yang berkaitan. Jika pesakit dikenalpasti mengalami depresi, maka pesakit akan diberikan ubat anti-depresi.

Rawatan pesakit dalam adalah bertujuan untuk mencapai matlamat seperti mewujudkan hubungan yang baik dengan pesakit, mengembalikan berat badan yang ideal, menyediakan diet yang seimbang (3000 kalori) 3 hingga 4 kali sehari, menjauhi amalan yang tidak baik seperti muntah dengan sengaja dan sebagainya. Selain itu, individu perlulah dalamilah sebanyak yang boleh mengenai masalah gangguan makan dari buku dan organisasi-organisasi yang berurusan dengan mereka yang mengalami masalah ini. Selain itu juga, ibu bapa yang mahu membantu anak-anak perempuan mereka mengelak dari masalah gangguan ini perlu mengimbangkan antara keperluan anak mereka yang ingin untuk berdikari dengan keperluan penglibatan keluarga dalam kehidupan mereka.

11

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim

PENCEGAHAN

Memaparkan bentuk dan susuk badan wanita secara realistik di media massa sangat penting kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat kepada remaja dan dewasa muda. Memiliki susuk badan yang terlalu kurus tidak harus digalakkan untuk paparan di media-media. Keyakinan dan harga diri yang baik serta hubungan kekeluargaan yang positif dapat membendung masalah kecelaruan gaya pemakanan yang tidak sihat.

PEMULIHAN

Pendidikan mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi dengan latihan senaman yang betul dapat membantu pemulihan jangka panjang.Kemahiran-kemahiran lain seperti pembinaan harga diri yang baik, memperbaiki perhubungan keluarga yang positif dan memperkukuh jalinan sokongan psikososial juga sama penting.

BIBLIOGRAFI

Aneroksia Nervosa. (n.d.). Retrieved August 15, 2008, from http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Anoreksia_nervosa

12

Jabatan Kaunseling dan Psikologi Pendidikan | PPEC3101 Psikologi Bilazim

Aneroksia Nervosa. (n.d.). Retrieved August 15, 2008, from http://www.sinarharapan.co.id/ekonomi/mandiri/2002/02/1/man01.html Indeks Jisim Badan. (n.d.). Retrieved August 15, 2008, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Index_Jisim_Badan Bulimia Nervosa. (n.d.). Retrieved August 15, 2008, from http://www.medicine.ukm.my/wiki/index.php/Bulimia_nervosa Eating Disorder. (n.d.). Retrieved August 15, 2008, from http://kidshealth.org/teen/exercise/problems/eat_disorder.html Katja Aschenbrenner , Ninette Scholze, Peter Joraschky , Thomas Hummel.(2007). Journal of Psychiatric research. Gustatory and olfactory sensitivity in patients with anorexia and bulimia in the course of treatment. David S. Goldbloom.(2006). Eating Disorders : anaorexia Nervosa and Bilimia nervosa. 12, 449-509. Antonio Preti , Ambra Usai , Paola Miotto ,Donatella Rita Petretto , Carmelo Masala. (2008). Psychiatric research : Eating disorders among professional fashion models. 159,8694. Cheryl l. Rock . Walter H. Kaye. Eating Disorders: Anorexia Nervosa, Bulimia Nervosa, and Binge Eating Disorder. Ghapter 43, 685-700.

13