Anda di halaman 1dari 7

JENIS DAN PENCANTUM

KEGUNAAN

23/3/2011 PENGIKAT DAN

# Untuk menyambung dan memasang beberapa bahagian enjin # Jika bahagian enjin rosak atau tidak berfungsi dengan baik, ia dapat ditanggalkan bagi tujuan menservis atau penggantian. # Pengikat dan pencantum dibuat daripada keluli lembut. JENIS-JENIS PENGIKAT BOL-kepala segi empat, kepala segi enam (heksagon) NAT-nat segi empat, nat heksagon, nat telinga, nat kota SKRU TUDUNG-kepala bulat, kepala rata, kepala flister, kepala bujur, kepala heksagon STAD SESENDAL-rata dan anjal

KEGUNAAN PENGIKAT

1. BOL -digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen bahagian enjin. -terdiri daripada pelbagai jenis (ditentukan oleh bentuk kepalanya) -bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam. -saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batang.

2. NAT -nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bol atau stad

-saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir. -nat heksagon, nat kota, nat telinga, nat segi empat

KEGUNAAN NAT -Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum. -Nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum. -Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana. -Nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol.

3. SKRU -Keseluruhan batang skru tudung berulir dan digunakan tanpa nat

-Saiz skru tudung ditentukan oleh panjang dan diameter batang. -Diksrukan ke dalam lubang berulir pada bahagian enjin. -Digunakan untuk mengikat dua komponen yang salah satunya mempunyai lubang berulir. -Sepana atau soket digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkannya.

4. STAD -Pengikat tanpa kepala. Kedua-dua hujungnya berulir. -Bahagian berulir kasar dipasang pada bongkah enjin sementara bahagian yang berulir halus dipasang bersama dengan nat. -Saiz stad ditentukan oleh panjang batang dan diameter. -Digunakan bersama nat untuk mengikat komponen.

5. SESENDAL -Digunakan sebagai pengalas bol, nat dan skru. -Fungsi : 1.# mengelakkan pengikat menjadi longgar akibat gegaran. 2.# mengelakkan permukaan bahan yang diketatkan menjadi rosak. 3.# mengagihkan beban yang digunakan ke kawasan yang lebih luas. -Diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti keluli lembut dan kuprum -Jenis : rata dan anjal

Rata

Anjal

PENCANTUM Digunakan untuk mengunci bahagian yang berputar seperti aci engkol atau roda tenaga. JENIS PENCANTUM KEKUNCI Fungsi :- mengunci aci dengan roda tenaga yang berpusing bersama-sama. Dua jenis kekunci :1.-kekunci woodruff 2.-kekunci persegi 1. KEKUNCI WOODRUFF Dikenali sebagai kunci setengah bulatan. Bahagian bawah kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada aci dan bahagian atas ke dalam alur takal supaya ia tidak tertanggal.

2. KEKUNCI PERSEGI

Dikenali sebagai kekunci benam. Sebahagian kekunci ini dimasukkan ke dalam alur kekunci pada aci dan bahagian lain ke dalam alur takal yang dicantumkan.

Anda mungkin juga menyukai