Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN : 2 PISMP PRASEKOLAH DAN SAINS (AMBILAN JANUARI 2011)

KHIDMAT MASYARAKAT

TEMPAT : RUMAH KASIH HARMONI KAMPUNG PAYA JARAS, 47000 SUNGAI BULOH SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH : 23 JULAI 2011

ANJURAN : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1.0 TAJUK Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG) bagi semester 2 PISMP Prasekolah dan Sains (ambilan Januari 2011) IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.

2.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni.

3.0 LATAR BELAKANG Program Bina Insan Guru (BIG) berkod WAJ 3114 merupakan satu program wajib dilaksanakan oleh guru-guru pelatih semester 2 PISMP. Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilainilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN Program ini dapat memberi banyak faedah dan kebaikan kepada para guru pelatih yang menyertai program ini. Antaranya adalah seperti berikut :
4.1 Memenuhi syarat keperluan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan yang memerlukan guru pelatih mengikuti program Bina Insan Guru seperti yang dirancangkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. 4.2 Memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk mengurus dan mengendalikan seminar dan program khidmat yang melibatkan pelajar serta masyarakat luar. 4.3 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara kumpulan.
4.4 Mewujudkan integrasi budaya antara warga IPG Kampus Pendidikan

Teknik.
4.5 Melahirkan pelajar yang profesional dan berketerampilan.

4.6 Mengeratkan silaturahim antara guru pelatih dengan ahli masyarakat. 4.7 Mempertingkatkan kemahiran komunikasi guru-guru pelatih untuk

berhadapan dengan masyarakat. 4.8 Saling memenuhi keperluan dan kekurangan setiap ahli masyarakat. 4.9 Mewujudkan perasaan cinta kepada profesion keguruan.

5.0 IMPLIKASI Mentor dan guru pelatih 2 PISMP Prasekolah dan Sains (ambilan Januari 2011) ingin memohon kebenaran bagi menjalankan program Bina Insan Guru yang bertempat di Rumah Kasih Harmoni. Manakala anggaran kos perbelanjaan guru-guru pelatih yang terlibat adalah seperti di bawah.

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PELAJAR Perkara Makanan -Pelajar Bil 41 Harga seunit RM6.00 Hari 1 Jumlah RM246.00

Jumlah besar

RM 246.00

*Pengangkutan Mohon menggunakan sebuah bas IPG Kampus Pendidikan Teknik.

6.0 KESIMPULAN Kelulusan yang diberikan akan banyak membantu dan memberi manfaat serta kebaikan kepada pihak guru-guru pelatih mahupun masyarakat sekitar. Ini kerana khidmat masyarakat yang akan dijalankan ini akan membantu guru-guru pelatih untuk berinteraksi dengan masyarakat luar sekaligus memberi pendedahan sosial kepada para guru pelatih. Tambahan daripada itu, melalui program ini guru pelatih dapat mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan serta membina jati diri dalam kalangan guru pelatih 2 PISMP Prasekolah dan Sains. Oleh itu, semoga kertas cadangan ini mendapat kelulusan daripada pihak Institut. Dengan itu, diharapkan segala perancangan akan berjalan dengan lancar, di mana kedua-dua belah pihak akan mendapat kebaikan daripada program ini serta dapat memberikan faedah kepada guru pelatih dan boleh diguna pakai pada masa akan datang. Terima kasih.

7.0 ULASAN

Anggaran kewangan yang disediakan diharap mendapat pertimbangan pihak tuan.

8.0 SYOR Ahli mesyuarat diminta untuk menimbang dan meluluskan cadangan mengadakan Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru (BIG) di Rumah Kasih Harmoni.

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) Rujuk lampiran A

10. TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B

11. SENARAI AHLI 2 PISMP PRASEKOLAH DAN SAINS Rujuk lampiran C

12. SENARAI PELAJAR RUMAH KASIH HARMONI Rujuk lampiran E

Disediakan oleh,

.............................................. (SITI KHADIJAH BINTI SHAMSUDDIN) Setiausaha, 2 PISMP Prasekolah, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

.............................................. (PUAN THANK SOW ENG) Mentor, 2 PISMP Prasekolah, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

............................................ (PUAN NORMAH BINTI ABDUL AZIZ) Mentor, 2 PISMP Sains,

IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur.

PENGESAHAN DAN ULASAN Ulasan Penyelaras Bina Insan Guru (BIG): ................................................................ ................................................................ ................................................................ ................................................................ ...................................... ( )

Ulasan Ketua Jabatan / Unit : ................................................................ ................................................................ ................................................................ ................................................................. .......................................... ( )

Ulasan Unit Kewangan : .............................................................. .............................................................. .............................................................. ............................................................... .......................................... ( )

Ulasan Ketua Unit Khidmat Pengurusan : ................................................................... .................................................................... .................................................................... .................................................................... .......................................... ( )

Ulasan Pengarah / Timbalan Pengarah : .................................................................. .................................................................. ..........................................

.................................................................. ..................................................................

JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU (BIG) SESI 2011 /SIRI 2 IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,KUALA LUMPUR PENGERUSI Mohd Haniff Bin Abdul Rahman (2 PISMP Sains) NAIB PENGERUSI Irasuzura Binti Ibrahim (2 PISMP Prasekolah) SETIAUSAHA Siti Khadijah Binti Shamsuddin (2 PISMP Prasekolah) BENDAHARI Norsyahirah Binti Mohamad Aziz (2 PISMP Sains) AHLI JAWATANKUASA Jawatankuasa Perhubungan Luar Nama Ahli Mohd Iduan Bin Masri (K) Nor Rosmazieha Binti Mat Nawi @ Nik Sin Nur Arrushdah Binti Arifin Nur Khalilah Rawaidah Binti Mamat Tugas Ahli - Menghubungi rumah anak yatim yang terlibat bagi meminta kebenaran untuk mengadakan khidmat masyarakat dan sekiranya dipersetujui, AJK akan memaklumkan butir-butir kedatangan pelawat. - Menghubungi pihak-pihak luar bagi menguruskan hal tajaan.

Pengangkutan

Amirul Ikhwan Bin Mustafha (K) Norfarha Binti Mustapha Siti Raihana Binti Zainal Nur Shafiah Binti Mohd Shafie

- Menguruskan proses tempahan bas institut sebelum lawatan. - Memastikan bilangan pelajar yang menyertai lawatan mencukupi semasa di dalam bas.

Norakmalina Binti Ahmad Tarmizi

- Menyediakan senarai nama pelajar yang akan menaiki bas. - Bertanggungjawab memastikan pelajar dalam keadaan mencukupi sebelum, semasa dan selepas menaiki bas.

Makanan

Amirul Shamim Bin Mohd Pogi (K) Safuan Safri Bin Saifulbahri Mohamad Amirul Asraf Bin Ahmad Ainul Syahirah Binti Yusop Mohamad Habibullah Bin Mohd Arshad Syamira Binti Md Dahin Muhammad Aizzat Syazwan Bin Basir (K) Nur Asila Binti Abu Sujak Noor Farhana Binti Mohd Musai Mohd Sharul Anuar Bin Omar Wan Halimatul Syaadiah Binti Wan Aziz Shahir Shahidin Bin Ramshah

- Merancang menu makanan yang akan disediakan di rumah anak yatim. - Menguruskan penyediaan makanan. - Menguruskan pembahagian makanan kepada pelajar. - Juga bertindak sebagai jawatankuasa bagi mengemas kembali sisa-sisa makanan dan sampah.

Cenderahati

- Menyediakan cenderahati kepada wakil rumah anak yatim.

Peralatan

Muhamad Syahril Bin Mat Rosli (K) Khatijah Binti Abdullah Mohd Fairie Bin Mohammad Nur Aliaa Ajlaa Binti Muhammad Nurul Ain Binti Yusman

- Menyediakan peralatan-peralatan yang akan dibawa ke rumah anak yatim. - Memastikan tiada peralatan yang rosak atau hilang.

Nurul Adnin Nadhirah Binti Abd Malik

Kebajikan

Mohd Farid Bin Ghazali (K) Azizah Binti Azizan Norfarahdiana Binti Hassan Nur Hazwani Binti Hassim Tefanny Makius @ Nur Ayunni Binti Abdullah

- Mengumpul barang-barang sumbangan dari pelajar IPGM KPT yang akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. - Membantu ahli jawatankuasa lain sekiranya terdapat masalah.

Fotografi dan Dokumentasi

Noor Imani Binti Abdullah (K) Siti Zulaiha Binti Azmi Norhanis Binti Usaizan Nor Syahirah Binti Zainol Rashid Nurul Iffah Binti Awang Sulong

- Menyediakan rekod dari segi visual tentang perjalanan program. - Mencatat dan mendokumentasikan perjalanan program dalam bentuk laporan.

Tentatif Program Khidmat Masyarakat Di Rumah Kasih Harmoni

23 Julai 2011 8.00 pagi 8.15 - 9.00 pagi 9.00 - 12.30 tengah hari 12.30-1.30 petang 2.00 4.00 petang Sabtu Tiba di Rumah Kasih Harmoni Sesi taaruf bersama penghuni Rumah Kasih Harmoni Gotong-royong ( Mengecat dan memasak) Persiapan diri dan solat Aktiviti bersama penghuni - Mengajar dan membuat eksperimen bersama - Program motivasi 4.00 petang 4.30 petang Penyampaian cenderahati penghargaan kepada Rumah Kasih Harmonis Bertolak pulang ke IPGM KPT