Anda di halaman 1dari 3

Sesuatu ketika dahulu, teater atau drama pentas merupakan satu seni yang pernah mendapat tempat dalam

hati peminat. Kini, cabang seni tersebut semakin terpinggir dengan kemunculan pelbagai bentuk hiburan lain yang lebih menyeronokkan. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan seni teater semakin tidak popular dan cadangkan beberapa alternatif terbaik untuk mengatasinya. Idea : faktor-faktor yang menyebabkan seni teater semakin tidak popular beberapa alternatif terbaik untuk mengatasinya Idea Faktor-faktor: Skrip dan tema teater didapati membosankan Huraian

- Skrip dan tema teater berbentuk stereotaip, kisah cinta, penceraian, masalah keluarga dan sebagainya. - Wayang sekarang pula cukup kreatif dan menarik : kisah seram, kisah suspens, kisah peperangan, kisah keganasan dan sebagainya. - Wayang sekarang cukup benar dan aksi serta sensasi. - Skrip teater yang masih berada di takuk lama, era lama tidak dapat memikat hati golongan muda. - Artis tempatan didapati kurang berlatih dan tidak terdedah kepada seni lakonan yang natural dan real. Gagal menjiwai watak lakonan dengan berkesan. - Kurang pelakon berbakat. - Artis kurang berdisiplin. - keghairahan penggiat teater itu untuk membuat pementasan dalam skala besar. - Bayaran yang rendah tidak memikat penulis skrip yang berwibawa. - Ketiadaan karya baru yang baik dan bertenaga untuk diangkat ke pentas. - Tidak mampu membeli peralatan canggih untuk menghasilkan drama yang penuh sensasi. - Di sekolah, pemahaman dan falsafah dari sastera atau teater itu sendiri tidak diajar secara menyeluruh. - Pendidikan teater sekadar sepintas lalu sahaja menumpukan kepada aspek pembangunan rohani, teknikal, pensejarahan teater, psikologi dan sosiologi teater dan kreativiti pengurusan. - Pelajar juga hanya didedahkan tentang karya. Apabila tidak ada kajian terhadap naskhah drama pentas dalam kajian sastera di sekolah, secara tidak langsung, pendedahan pada peringkat awal tidak dipupuk. - Kebanyakan institusi pengajian yang menawarkan kursus atau program teater hanya memfokuskan kepada aspek bagaimana untuk menjadi seorang pelakon, tatacara menghasilkan sebuah produksi atau tatacara melihat dan mengkritik sebuah produksi dari sudut estetikanya semata.

Industri teater tempatan kurang professional

Kos penghasilan teater serta peralatan yang tidak cukup

sistem pendidikan teater terlalu bersifat lahiriah

tidak bersifat inovatif, masih berada di takuk lama, era lama. - Dengan ini, sesiapa yang bergiat dalam bidang itu dianggap tidak akan mempunyai kedudukan ekonomi yang baik. Cara mengatasi: Memperbanyakkan sidang ilmu dan bengkel tertentu kepada semua lapisan penggiat seni ini yang melibatkan generasi muda - UMS melalui Sekolah Pengajian Seni selaku satu-satunya IPT yang menawarkan pengajian teater, perlu mengorak langkah berani dengan mewujudkan program teater yang menyeluruh dan bukannya sebagai sebahagian daripada kursus sahaja. - Pembangunan seni dan budaya seharusnya tidak dilihat sebagai satu ilmu sampingan semata-mata. - Martabat dan kecemerlangan sesebuah IPT itu sebenarnya diukur bukan sahaja melalui penghasilan kajian-kajian, kecemerlangan akademik malahan juga kecemerlangan seni dan budayanya. - Universiti Sains Malaysia (USM) telah menawarkan pengkhususan dalam bidang lakonan dan pengarahan pada Mei 2000 untuk menyediakan tenaga-tenaga intelektual di dalam bidang seni terutamanya seni teater bagi menuju alaf baru. - Rancang pementasan sebabak secara berkala misalnya sebulan sekali di mana-mana pentas. - Dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekati teater - Penganjuran sesebuah festival teater. - Mulakan daripada teater kecil dahulu yang memerlukan kos produksi yang kecil, tiket yang murah dan pada masa yang sama kekerapan pementasan dapat dipertingkatkan. - Memberi ilmu pengetahuan dan pemahaman mendalam tentang proses pengurusan sesebuah produksi seni khususnya teater. - Tugas penggiat teater kita ialah memperkayakan naskhah bermutu dan meningkatkan jumlah khalayak supaya ada kesinambungannya pada masa depan. - Isi kandungan pengajian teater juga perlu lebih bersifat membina jati diri dan membantu dalam proses pembangunan sosial dan ekonomi Negara, dimana ia mampu menarik minat ramai penggiat dan peminat teater untuk mengikutinya. - Kekayaan dan kepelbagaian etnik dan suku kaum di Sabah khususnya membolehkan seni pementasan teater di Sabah mempunyai lebih banyak warna dan keunikannya yang tersendiri.

para aktivis perlu memberi tumpuan yang lebih besar kepada pementasan teater sebabak secara berkala.

Pihak kerajaan harus menggalakkan kesedaran masyarakat dalam seni teater

Secara kesimpulan, Masyarakat perlu lebih terbuka. Jika persepsi seperti ini terus difahami, sampai bila-bila pun teater Malaysia tidak akan berkembang dan jumlah khalayaknya semakin mengecil.

Ahli kumpulan:CHIN JIA NING/CHOH YEN PING/YAO SIANG LING/ELAINE YAP