Anda di halaman 1dari 15

Faktor Peningkatan Kes Pembuangan Bayi, Satu Analisis Kajian Kes di Terengganu

1.0

PENGENALAN Jenayah merupakan satu perbuatan yang secara terang-terangan melanggar undang-

undang Negara kerana membabitkan unsur kekerasan, pembunuhan, paksaan dan sebagainya. Jenayah hari ini kerap kali di kaitkan dengan remaja-remaja yang masih menuntut di bangku sekolah lagi. Ini kerana, zaman remaja ini dikatakan zaman kebebasan dimana anak muda di usia tersebut cenderung mencuba sesuatu yang baru dan lebih suka melakukan perkara yang memberi keseronokan kepada mereka. Kebanyakan mereka yang berada dalam lingkungan belasan inilah yang terlibat dengan jenayah pembuangan bayi. Hal ini kerana, bagi mereka yang melakukan pembunuhan ataupun niat untuk membunuh adalah dianggap juga sebagai jenayah dalam konteks sebegini kerana perbuatan membuang bayi adalah satu jenayah jika bayi yang ditemui meninggal dunia. Menyentuh tentang isu pembuangan bayi ini, semua agama sama ada Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha melarang keras pembunuhan. Dikatakan bahawa jenayah pembuangan bayi ini bermula pada suku ke-3 dan ke-4 pada tahun 1993 apabila rakyat Malaysia di gemparkan oleh berita yang memeranjatkan dengan penemuan bayi di tempat pembuangan sampah, dalam tong sampah, di tepi surau, di belakang pasaraya, di dalam semak mahupun di perhentian bas. Gejala sebegini amatlah devian kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan keadaan ini sememangnya tidak boleh diterima serta melanggar norma masyarakat kita. Lebih malang lagi, kebanyakan bayi yang dibuang rata-ratanya bangsa Melayu, yang tentunya beragama Islam. Kebanyakan pemilik kepada bayi ini dikenalpasti terdiri daripada gadis-gadis remaja yang terlanjur akibat hubungan bebas. Jadi, mereka sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan membuang bayi mereka untuk menutup hubungan terlarang mereka. Banyak kajian menunjukkan kehamilan di luar nikah berpunca daripada keseronokan hidup yang berpaksikan kepada kepuasan nafsu seks semata-mata. Kita rasa sedih kerana perbuatan jahiliyah ini dilakukan oleh umat Islam sendiri yang sepatutnya membangunkan tradisi modal insan dalam usaha negara mencapai Wawasan
1

2020. Perbuatan terlarang dan terkutuk ini seolah-olah memberi label buruk kepada umat Islam, walaupun dilakukan oleh segelintir manusia sahaja. Terdapat sesetengah bayi yang di temui masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan apa yang paling menyedihkan apabila semua bayi yang di temui dalam keadaan yang memilukan. Lebih parah lagi, ada yang sanggup membiarkan bayi di dalam kotak dan diletakkan di kawasan pelupusan sampah dalam keadaan dikerumuni oleh semut, malah ada yang mengepamnya di dalam lubang tandas! Bukankah itu satu perbuatan yang zalim? Ada pepatah yang mengatakan bahawa; sedangkan haiwan sayangkan anaknya, apatah lagi manusia yang berakal. Namun, jenis manusia bagaimanakah yang sanggup membuang bayi yang mereka kandung selama 9 bulan 10 hari itu?? Melihat kepada statistik kes pembuangan bayi yang semakin meningkat ini, seolah-olah manusia mahu kembali ke zaman Jahiliyah yang ditafsirkan sebagai zaman Jahiliyah moden. Namun, Jahiliyah hari ini lebih dahsyat dari Jahiliyah di zaman Rasulullah saw. Dizaman itu, mereka hanya membuang sebahagian bayi-bayi perempuan kerana takut dijadikan bahan pelepas nafsu apabila mereka besar kelak, seperti adat dizaman tersebut. Tetapi, Jahiliyah hari ini membuang bayi tanpa mengira jantina, samada anak lelaki atau anak perempuan. Jahiliyah dizaman itu membuang bayi dan menanamnya di padang pasir, sedang Jahiliyah dizaman saya hari ini membuang bayi di dalam lubang tandas!! Sesungguhnya mereka perlu takut dengan peringatan Allah yang bermaksud: Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya, Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam) Surah At-Takwir : 8 Berdasarkan firman Allah di atas, Dia memberi peringatan sikap manusia yang menghukum makhluk ciptaan-Nya yang tidak berdosa serta peringatan kepada hamba-Nya yang membuat kezaliman diatas muka bumi ini. Apabila diperhatikan fenomena-fenomena hari ini, ia mengingatkan kita bahawa kezaliman ini merupakan tanda-tanda besar akan berlakunya hari kiamat iaitu hari perhitungan makhluk yang mendiami segenap alam ciptaan Allah Yang Maha Esa ini.

Allah juga memberi peringatan kepada manusia dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah satu dosa besar. Surah Al-Isra : 31 Apabila kita renungkan firman Allah di atas, amat jelaslah bahawa setiap pemberian yang Allah kurniakan merupakan amanah Allah yang mesti disyukuri dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Justeru itu, perbuatan membunuh dengan membuang bayi adalah perbuatan yang dilarang keras, walau apa jua alasannya. Malah berdasarkan maklumat polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ), kebanyakan kes pembuangan bayi ini membabitkan wanita muda dan remaja yang trauma akibat ditinggalkan pasangan. Mereka tertekan kerana melahirkan anak tanpa nikah dan takut berdepan dengan tindakan undang-undang atau boleh jadi juga kerana pasangan mereka tidak mahu bertanggungjawab keatas zuriat berkenaan. Walaupun begitu, berbagai pendapat telah dikemukakan dalam menyatakan punca-punca yang menyebabkan kes pembuangan bayi ini berlaku. Setelah kajian dibuat, saya telah mengenalpasti beberapa punca utama yang menyebabkan individu tersebut terlibat dalam kes pembuangan bayi.

2.0

PERMASALAHAN KAJIAN

Jika dilihat dengan teliti, kita mendapati bahawa kes pembuangan bayi semakin meningkat dari setahun demi setahun. Keadaan ini dapat membuktikan bahawa masalah seks bebas dalam kalangan remaja hari ini kian meruncing dan perlu dipandang berat oleh segenap lapisan masyarakat. Apa yang lebih memalukan apabila kegiatan tidak bermoral ini dipelopori oleh remaja-remaja melayu yang semestinya menganut agama Islam. Keadaan ini sememangnya telah mencemarkan agama Islam yang suci. Peningkatan statistik kes pembuangan bayi ini membimbangkan banyak pihak terutama sekali ibu bapa yang khuatir jika anak-anak remaja mereka terlibat dengan kes sebegini. Namun, jika sekadar bimbang dan khuatir sahaja tidak mampu membendung masalah ini melainkan ibu bapa mengawal pergerakan anak mereka sama ada lelaki mahupun perempuan kerana anak perempuan boleh rosak, manakala anak lelaki boleh merosakkan. Kes sebegini juga tidak akan berakhir selagi remaja hari ini cenderung untuk bergaul bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Banyak faktor risiko yang boleh merosakkan akhlak remaja hari ini dan salah satunya ialah kerana hiburan yang melampau. Pusat-pusat disko hari ini beroperasi sehingga awal pagi dan dipenuhi oleh remaja-remaja melayu yang berpakaian menjolok mata dan saling berpelukan dengan pasangan tanpa segan silu. Situasi-situasi remaja hari ini merupakan salah satu punca yang mendorong kepada seks bebas yang boleh menyebabkan kelahiran anak luar nikah.

3.0

PERSOALAN KAJIAN 3.1 3.2 Apakah faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi? Pada kebiasaannya, berapa lingkungan umur individu yang terjebak dengan kes buang bayi ini? 3.3 Di tempat yang sebagaimana bayi-bayi yang tidak berdosa ini di temui?

3.4 3.5

Siapakah yang patut di persalahkan jika kes sebegini berlaku? Apakah kesan buruk yang akan timbul daripada kes-kes sebegini?

4.0

DEFINISI KONSEPTUAL

Buang atau membuang merupakan satu tindakan meletakkan atau meninggalkan benda di merata-rata tempat ataupun dibiarkan di tempat yang tidak sepatutnya. Bayi pula merupakan zuriat yang berumur dalam lingkungan satu hari hingga 3 tahun. Buang bayi merujuk kepada satu perbuatan negatif dimana seseorang individu sama ada wanita ataupun lelaki yang bertindak membuang dan membiarkan bayi dari darah daging sendiri di merata-rata tempat.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan meningkatnya statistik kes pembuangan bayi. keberhasilan kajian, beberapa objektif telah dibentuk seperti : i.Mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan kes pembuangan bayi ini meningkat setiap tahun. ii.Mengenalpasti situasi yang menyebabkan individu tersebut bertindak membuang bayi mereka. iii.Mengenalpasti lingkungan umur individu yang terlibat dan status individu itu sama ada sudah berkahwin atau belum. iv.Mengenalpasti pandangan masyarakat tentang kes sebegini dan cara mereka mengawal anak-anak mereka agar tidak terlibat dengan masalah sosial. Dalam usaha mencapai

v.Mengenalpasti kesan pembuangan bayi ini kepada pembentukan generasi yang berakhlak mulia di masa akan datang dan kesan kes ini kepada Negara kelak.

6.0

KEPENTINGAN KAJIAN

Saya memilih untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembuangan bayi ini adalah kerana saya terpanggil untuk turut mencari punca dan cara menyelesaikan kes yang kian serius ini. Keadaan ini juga adalah kerana timbulnya kesedaran untuk membela nasib bayi yang malang apabila dibuang oleh ibu bapa sendiri. Saya amat memandang serius kes sebegini kerana statistik kes pembuangan bayi juga semakin meningkat dan negeri yang paling tinggi kes pembuangan bayi ialah di Selangor. Kajian ini juga amat penting kerana ia berlaku setiap tahun. Ada pihak yang mengatakan bahawa bayi yang terbuang ini merupakan bayi valentines day, bayi malam merdeka dan bayi malam tahun baru. Melalui kajian ini, saya akan mendapatkan kepastian tentang kebenaran kenyataan ini.

7.0

SOROTAN KAJIAN

Antara

faktor utama kes pembuangan bayi ialah kerana kurangnya didikan agama.

Faktor ini jelas disokong oleh Mohd Shatar Sabran dalam bukunya iaitu Pengenalan Kepada Masalah Sosial dan Dr Zaleha Kamaruddin dalam buku Isu-isu Kekeluargaan dan Undangundang. Kedua-dua orang pengarang ini meletakkan kurangnya didikan agama sebagai faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi. Menurut beliau, sebagai manusia rasional, segala tindakan perlulah sentiasa berpandukan kepada pegangan dan amalan agama, prinsip-prinsip etika dan rasionaliti. Sebaliknya apabila pegangan agama menjadi lemah dan prinsip-prinsip rasionaliti menjadi bercanggah dengan etika serta norma dalam masyarakat, maka tindakan yang diambil oleh seseorang yang bermasalah boleh ditakrifkan sebagai salah. Agama menjadi

panduan hidup setiap individu , tetapi jika tidak diamalkan dan dipatuhi sebaik mungkin, ia mampu memesongkan akidah seseorang. Maka, berlakulah perkara-perkara di luar kemahuan dan apabila tidak sanggup untuk menanggungya, terjadilah kes pembuangan bayi ini. Agama yang menjadi kekuatan jati diri tidak lagi mampu menjadi benteng ketahanan nafsu dan fikiran jika manusia tidak pandai berfikir untuk membezakan antara dosa dan pahala apabila melakukan sesuatu perkara. Selain itu, kehamilan yang tidak dirancang juga merupakan faktor berlakunya pembuangan bayi. kes

Keadaan ini dijelaskan oleh Mohammad Shatar Sabran dalam buku

Pengenalan Kepada Masalah Sosial . Pada kebiasaannya, kes seperti ini melibatkan pasangan yang sudah berkahwin. Hal ini demikian kerana terdapat sebilangan isteri muda yang tidak mahu lagi mempunyai anak dalam tempoh masa yang tertentu. Alasan mereka adalah seperti tidak bersedia untuk menjadi seorang ibu, tidak pandai memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu sekaligus serta bermacam-macam lagi alasan yang tidak masuk akal. Oleh hal yang demikian, bayi yang dilahirkan itu dikatakan akan membebankan hidup pasangan terbabit. Justeru itu, mereka telah mengambil jalan pintas dengan membuang bayi mereka di tempat yang tidak sepatutnya. Bagi golongan remaja yang belum berkahwin, mereka melakukan hubungan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk yang bakal timbul. Secara tidak sedar, benih haram itu hidup didalam rahim dan menyebabkan kehamilan berlaku. Di samping itu, kurangnya pemahaman berkaitan pendidikan seksual juga merupakan faktor yang berkait rapat dengan faktor berlakunya kes pembuangan bayi. Faktor ini dijelaskan oleh Mohd Syahrul Hanafi dalam karya beliau yang bertajuk Punk, Hubungan Bebas dan Dadah. Menurut beliau, rata-rata remaja yang terlanjur ini mengakui bahawa mereka melakukan hubungan seks atas dasar cinta. Namun begitu, sejatikah cinta jika hanya berlandaskan nafsu semata-mata? Sejauhmanakah dalamnya cinta si lelaki jika dia hanya mahukan tubuh Meskipun banyak kekasihnya dan membiarkan anak dari benihnya terbiar begitu sahaja?

maklumat tentang pendidikan seksual, namun masih ramai remaja yang kurang ilmu pengetahuan tentang seks, termasuklah kemungkinan besar akan mengandung selepas melakukan hubungan seks walaupun baru mencecah belasan tahun. Seperti yang kita sedia maklum, hubungan seks yang dilakukan selepas akil baligh boleh menyebabkan remaja itu hamil walaupun pada 2 hingga 3 tahun pertama selepas baligh, seseorang remaja perempuan masih
7

belum mencapai tahap kesuburan. Oleh hal yang demikian, remaja perlulah tahu tentang biologi diri mereka dan kesan buruk hubungan seks tanpa perkahwinan supaya mereka boleh mengelakkan diri dari terjebak dengan kes pembuangan bayi luar nikah. Dalam masa yang sama, hubungan bebas juga merupakan faktor kepada berlakunya gejala pembuangan bayi. Ini dikukuhkan lagi dengan adanya bukti berdasarkan karya Mohd Shatar Sabrani di dalam buku beliau iaitu Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Dari segi hubungan seks bebas, ia boleh dilihat daripada dua sudut. Pertama disebabkan oleh perkosaan atau dirogol sama ada oleh kenalan sendiri, orang yang tidak dikenali ataupun saudara sendiri. Perasaan benci yang teramat kepada orang yang telah merosakkan mahkotanya sebagai wanita selalunya akan dialihkan kepada bayi yang baru dilahirkan tanpa kemahuan. Kedua pula, hubungan seks bebas yang dilakukan secara suka sama suka. Pada kebiasaannya, ia melibatkan pasangan yang belum berkahwin yang terdiri daripada golongan remaja yang tenggelam dengan dunia cinta ciptaan syaitan laknatullah. Keseronokan yang dikecapi hanya seketika itu akhirnya akan menyebabkan mereka terjebak kearah hubungan yang tidak sah disisi agama mahupun undang-undang. Akhirnya kerana ingin menutup aib sendiri, mereka bertindak membuang bayi yang tidak berdosa itu.

8.0

SKOP KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan di negeri Terengganu iaitu sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini memberi fokus kepada faktor risiko yang menyebabkan seseorang individu membuang bayi mereka sendiri serta bagaimana bermulanya gejala yang tidak sihat ini. Di samping itu, melalui kajian ini, boleh dilihat bagaimana konflik itu timbul sehingga menyebabkan individu tersebut sanggup membuang bayi mereka. Dalam masa yang sama, fokus kajian ini lebih kepada golongan remaja yang dikatakan merupakan golongan majoriti terlibat dengan gejala yang tidak sihat ini.

9.0

PENDEKATAN TEORI

Kajian ini dijalankan atas landasan bahawa masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini adalah dapatan daripada keadaan-keadaan dan persekitaran-persekitaran pada hari ini. Adakalanya ia mempunyai perkaitan yang rapat dengan institusi kekeluargaan, pendidikan dan komuniti dalam sesebuah tempat. Pandangan ini adalah berpandukan pendapat mereka yang sudah membuat kajian tentang punca berlakunya masalah sosial ini. Hal ini demikian kerana, kebanyakan mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini mengatakan bahawa keadaan yang memaksa mereka bertindak sedemikian. Ada juga yang mengatakan hal ini berlaku atas titik tolak kehendak masing-masing, keluarga, dan komuniti yang menyebabkan mereka melakukan tingkahlaku lencongan ini. Tokoh sosiologi iaitu Karl Marx agak terkenal dengan teori dari cetusan idea beliau iaitu teori konflik. Seterusnya teori ini dipopularkan oleh Mills Coser dan Dahrendof. Beliau berpendapat bahawa cara untuk menyatakan tentang sesebuah masyarakat ialah dengan membuat penganalisisan dari sudut konflik dan kuasa. Konflik disini tidak bermaksud sesuatu yang ganas tetapi merupakan salah satu agen perubahan dalam masyarakat. Dalam kes pembuangan bayi ini, ia juga boleh dikaitkan dengan teori konflik. Konflik dalam kes ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan antara individu. Ini dapat dilihat bahawa telah berlaku konflik sebelum dan selepas wanita itu melahir dan membuang zuriat itu. Apa yang boleh dilihat, si wanita mempunyai konflik dengan keluarganya kerana keluarga tidak membenarkan perkahwinan di usia muda. Oleh itu, si wanita mengambil jalan mudah dengan melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan. Seterusnya, berlaku pula konflik di antara pasangan yang terlibat dalam kes ini. Hal ini berlaku apabila si lelaki bertindak meninggalkan teman wanita yang sedang mengandungkan zuriat mereka ataupun selepas melahirkan zuriat itu. Telah berlaku konflik disini apabila si lelaki tidak mahu bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka, ataupun menuduh si wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Apabila keadaan ini berlaku, si wanita akan bertindak membuang bayi itu atas dasar ingin menutup aib, bimbang diketahui oleh
9

keluarga, ataupun kerana timbulnya perasaan dendam dan marah kepada si lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab. Konflik-konflik inilah yang menyebabkan si wanita mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung olehnya iaitu dengan membuang zuriat mereka di tempat pembuangan sampah, masjid dan sebagainya. Berlaku juga konflik antara si wanita dengan keluarganya. Ini kerana terdapat sesetengah keluarga yang tidak menerima kehadiran zuriat haram dari keturunan mereka. Jadi, untuk memenuhi kehendak orang tua, si wanita bertindak membuang sahaja bayi yang dilahirkan itu. Keadaan ini menunjukkan bahawa keluarga si wanita juga boleh dituduh bersubahat dengan kes pembuangan bayi tersebut. Seterusnnya, dalam kes-kes sebegini juga mempunyai perkaitan yang rapat dengan teori rational choice. Teori ini berkait rapat dengan individu yang diberikan pilihan untuk membuat keputusan berasaskan pertimbangan sendiri. Berasaskan teori ini, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk membuat keputusan itu secara rasional ataupun sebaliknya. Hal ini demikian kerana, manusia mempunyai kebebasan membuat pilihan untuk kepentingan sendiri. Namun, keadaan ini bolah melahirkan sikap hedonisme iaitu sikap mementingkan diri sendiri yang tidak terkawal. Dalam kes pembuangan bayi ini, pasangan yang membuat pilihan secara tidak rasional akan menyebabkan masalah lain timbul. Keputusan yang tidak rasional ini diambil apabila mereka berkeputusan untuk membuang bayi mereka sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang mereka hadapi. Jika mereka berfikitan rasional, mereka akan memilih jalan untuk berkahwin dan sama-sama membela zuriat mereka itu sama ada dalam keadaan susah mahupun senang. Seseorang yang berfikiran rasional juga tidak akan menghukum darah dagingnya sendiri atas keterlanjuran mereka. Dalam masa yang sama, individu yang rasional juga akan berfikir tentang akibat seks sebelum berkahwin yang banyak memberikan kesan negatif serta berdosa besar. Oleh kerana pasangan terbabit memilih untuk melakukan zina, seterusnya membuang bayi mereka di tempat yang tidak sepatutnya, menunjukkan bahawa pasangan terbabit mengikut hawa nafsu dalam membuat keputusan, dan mengenepikan ilmu dan akal fikiran. Menurut teori rational choice juga, andaikata terdapat sikap hedonisme dalam diri, ia akan menyebabkan berlakunya huru-hara kerana perbuatan yang mereka lakukan terang-terangan bertentangan dengan undang-undang Islam, mahupun undang-undang sivil. Mereka yang membuat pilihan secara rasional sememangnya akan memilih keputusan yang terbaik untuk kebaikan sendiri dan oarng sekitarnya berbanding kesakitan, masalah dan akibat yang bakal ditanggung kelak kerana gagal membuat keputusan yang baik.

Di samping itu, teori kawalan sosial juga amat penting dalam menghurai dan memperjelaskan tentang kes pembuangan bayi ini. Kawalan sosial merupakan sesuatu yang bersifat universal dan mempunyai fungsi sosial yang positif dan berkesan. Tokoh sosiologi berpendapat bahawa masyarakat perlu ada cara-cara untuk memastikan anggota masyarakat lain mengikut norma-norma sosial bagi menjamin kewujudan masyarakat tersebut. Kawalan sosial ini boleh wujud dalam berbagai-bagai bentuk seperti imej yang positif, tanggungjawab, rasional, kawalan tingkahlaku oleh ibu bapa serta undang-undang yang digubal oleh pihak pemerintah. Melalui kawalan sosial ini, secara tidak langsung individu akan terhalang daripada melanggar peraturan dan norma masyarakat sekaligus berupaya menghindarkan masyarakat khususnya golongan remaja dari terjebak dengan masalah sosial. Dalam kes pembuangan bayi, ibu bapa tidak bertindak menjadi agen kawalan sosial anak-anak menyebabkan anak-anak mereka mengalami proses sosialisasi yang tidak sihat. Hal ini demikian kerana, kebanyakan ibu bapa moden kini menyerahkan seratus peratus tenggungjawab sosialisasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Mereka melepaskan tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam mensosialisasikan dan menjadi pengawal kepada tingkahlaku anak-anak. Jika anak-anak berkawan dengan remaja yang mempunyai masalah sosial, secara tidak langsung anak-anak kemungkinan besar akan mengikut cara hidup rakan-rakan mereka itu. Jika keadaan sebegini tidak dikawal oleh ibu bapa, sememangnya akan merosakkan masa depan anak-anak. Ini kerana bukan semua proses sosialisasi yang berlaku di antara anak-anak dengan rakan sebaya adalah baik. Ibu bapa yang tidak berfungsi sebagai agen kawalan sosial boleh menyebabkan anak-anak mereka mudah terpengaruh dengan masalah sosial seperti seks bebas, kelahiran anak luar nikah dan seterusnya membawa kepada kes pembuangan bayi.

11

10.0

METODOLOGI KAJIAN

Dalam memulakan sesuatu proses penyelidikan, kaedah dan prosedur merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan hasil atau dapatan kajian itu sahih serta berkualiti. Kaedah yang dipilih adalah kaedah kualitatif iaitu individu yang berada dalam kelompok tersebut dijadikan responden kepada penyelidik. Antara kaedah yang digunakan ialah: i.Pemerhatian ikut serta. Melalui kaedah pemerhatian ikut serta ini, penyelidik akan turun padang atau melakukan aktiviti bersama dengan responden. Penyertaan ini dapat memberi peluang kepada penyelidik untuk mendekati responden dengan lebih dekat lagi. ii.Temubual. Penyelidik akan mendapatkan responden untuk ditemubual secara langsung. Dengan ini, maklumat yang tepat dan jelas boleh diperolehi serta dapat mengelakkan berlakunya penipuan maklumat dari responden. iii.Kajian dokumen. Data yang diperolehi daripada maklumat sekunder ini boleh memberikan sedikit info berkaitan kes kajian kepada penyelidik. Data seperti statistik kes pembuangan bayi, punca-punca dan pendapat daripada golongan professional mahupun masyarakat awam ini boleh diperolehi dari majalah, ensiklopedia, jurnal dan sebagainya.

11.0

KESIMPULAN

Gejala ini tidak harus dibiarkan berlarutan. Ia hendaklah ditangani dengan seberapa segera menerusi perancangan yang diatur rapi dan berkesan. Sebarang permasalahan dalam masyarakat sama ada dari sudut pendidikan, ekonomi, politik dan budaya wajib dijernihkan segera selama kita berhasrat untuk membangun suatu bangsa yang hadhari, cemerlang, gemilang dan terbilang. Pemerintah hendaklah menjadi contoh kepada rakyat yang diperintahnya. Program hiburan di pusat-pusat hiburan seluruh negara perlu patuh kepada satu garis panduan yang berdasarkan kepada Akta Hiburan Negara yang mengambil kira semua aspek, bukan hanya sekadar mendapatkan pulangan daripada para pelancong atau pengunjung pusatpusat berkenaan. Batasan had umur yang sesuai hendaklah ditentukan keatas para pengunjung. Isu pembuangan bayi adalah pemusnah paling berkesan yang akan mencemarkan imej Islam pada pandangan mata umum. Pada akhirnya, renungilah maksud hadis : Sesiapa yang bangun pagi tanpa memberi perhatian kepada urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka. Riwayat Ibn Masud dan Anas

13

RUJUKAN

Alwi Haji Abdul Rahman, 1999 : Jenayah Kanak-Kanak Menurut Undang-Undang Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Anisah Che Ngah, 2002 : Penganiayaan Kanak-Kanak, Satu Kajian Sosioperundangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Azlela Hanafi, 2006 : Ancaman Jenayah dan Keselamatan, Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd, Melaka Dr Zaleha Kamarudin, 1997 : Isu-Isu Kekeluargaan dan Undang-Undang, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kuala Lumpur Legal Research Board, Child Protection Act, 1991 (ACT 486), International Book Services, Kuala Lumpur Mohd Jamil Yaakob, 2005 : Memahami Remaja, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Pahang Mohd Salleh Lebar, Penderaan Kanak-Kanak di Malaysia, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Kuala Terengganu Mohd Shatar Shabran, 2003 : Pengenalan Kepada Masalah Sosial, Universiti Putra Malaysia, Serdang Mohd Syahrul Hanafi, 2008 : Punk, Hubungan Bebas dan Dadah, Hartamas, Kuala Lumpur

Nasrulnizamwati Mohamed, 2008 : Punca Terjebak Gejala Sosial, Hartamas, Kuala Lumpur Prof Madya Mohd Shah, 2009 : Budi Bahasa Amalan Hidup Kita, El Publications Sdn. Bhd, Kuala Lumpur Zalmimazura Zahari, April 2007 : Tangani Kes Buang Bayi Dengan Berkesan, Majalah i, Kuala Lumpur http://inijalanku.wordpress.com/2007/buang-bayi-jahiliah-abad-21 http://intim.wordpress.com/2007/buangbayifenomenajahiliahmoden http://www.malaysiakini.com/letters/81961 http://www.unicef.org/malaysia/msl/media8829.html

15