Anda di halaman 1dari 2

Kaedah ajuk hafaz

Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,

perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda. Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahaa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk-bentuk . 1.1.1.1. Kaedah linguistik Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka.

Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan

perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kaedah kod kognitif

Kaedah ini adalag berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan. Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk

abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat. Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan.

Anda mungkin juga menyukai