Anda di halaman 1dari 3

Al Awaiq

Al-`Awaiq ( Rintangan )

Oleh Muhammad Ahmad al-Rasyid.

Penterjemah : Annuar Salleh.

Siri Al-Awaiq 1

Muqaddimah.

Sejambak Mawar Merah.

Sesungguhnya jalanraya yang cantik dan luas akan menggairahkan saudara

untuk menggunakannya. Daripadanya akan muncul lorong-lorong yang sempit

dan selekoh yang tajam. Polis Trafik tidak akan membiarkan saudara memandu

kenderaan melaluinya tanpa meletakkan papantanda-papantanda awas berwarna

merah dan isyarat-isyarat menandakan tempat merbahaya.

Akan dilukiskan kepada saudara garis tegak ditengah tanda segitiga meminta

saudara berjaga-jaga, garis putih melintang ditengah bulatan merah menegah

saudara masuk, anak panah patah berpalang merah disebelah anak panah lurus

melarang saudara memotong kenderaan yang bergerak di hadapan saudara.

Siri Al-Awaiq 2
Bab Satu.

Kumpulan Satu Hati.

Janji yang saling ditepati, itulah perjanjian yang telah diiltizamkan oleh para

duah, mereka tidak akan menyendiri dan memisahkan diri daripada saudara

mereka yang lain .

Mereka telah mengiklankan janji-janji mereka sejak langkah pertama:

Genggam dalam genggaman,

Maka saksikanlah janji kami,

Tetap dalam barisan,

kemenangan dan kekalahan.

Siri Al-Awaiq 3

Bab 2.

Kearah Tarbiah Saudara Di Perbaiki.

Tidak seorangpun para duah yang merenung perbincangan secara berterus-

terang antara Musa a.s. dengan seorang hamba al-Rahim melainkan akan merasa

gembira dengan segala perkataan yang dipertuturkannya yang menjelaskan

kepadanya adab-adab ketaatan.


( Musa berkata: " Adakah aku boleh mengikutimu, supaya kamu mengajarkan

kepadaku apa yang telah diajarkan kepadamu"

Beliau menjawab :" Kamu tidak akan mampu bersabar bersamaku,

bagaimanakah kamu dapat bersabar terhadap perkara yang diluar pengetahuan

kamu".

Musa berkata : " Nescaya kamu akan dapati diriku `dengan kehendak Allah'

seorang yang bersabar, dan aku tidak akan mengingkari perintah kamu".)