Anda di halaman 1dari 8

Model PDK y Home based: Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana

kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan. Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari

Center based: Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari.

Center-home based: Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari. Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan

ciri perkhidmatan yang diamalkan dalam program center home based -dilakukan 4 jam dirumah selama satu sehari seminggu -dilakukan di pusat pdk 4jam sehari selama 4 hari seminggu Ciri perkhidmatan yang diamalkan dalam program center-based -dilakukan di pusat -memerlukan tempoh 4 jam sehari untuk 4 hari dalam seminggu
Objektif penubuhan program PDK oleh JKM. y y y y Menggalakkan sikap prihatin , berdikari dan sikap tanggungjawab setempat (galak prihatin) Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima adalah murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat (guna teknik mudah yang sesuai dengan setempat) Mengembelng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk oku ( gembleng sumber) Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia untuk beri perkhidmatan(guna kemudahan)

Pertubuhan antarabangsa yang telibat secara langsung dalam kerja sosial dan peranan WHO dalam kerja sosial berkaitan OKU. Pertubuhan antarabangsa yang terlibat dalam kerja sosial y y y y y ILE UNESCO UNICEF SAMEO SEN Persatuan Buruh Antarabangsa

Peranan WHO dalam kerja sosial berkaitan OKU y y y y y y y y y PBB mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa Mengadakan perjumpaan secara global dengan kerjasama PBB dengan menjemput negara2 yang terlibat dengan CBR Menerbitkan buku pandan : Training in the community for people with disabilities Mengisytiharkan 3 disember sebagai hari orang kurang upaya antarabangsa

Merancang starategi yang efektif untuk meningkatkan lagi keupayaan oku Meningkatkan kolaborasi dalam pelbagai sector untuk memberi perkhidmatan kepada oku Meningkatkan sokongan kerajaan dalam melaksanakan dasar2 negara yang berkaitan membantu golongan OKU di negara masing. Haha (translate merepek) the need for increased collaboration among sectors providing services the need for government support and development of national policies.

Prinsip dan etika sosial kerja yang perlu diamalkan oleh pekerja pdk

y y y y

Individualisasi (individualization) bahawa klien merupakan suatu pribadi yang unik (unique person). Mempertahankan sikap nonjudgmental terhadap kedudukan apapun dari klien dan tingkah lakunya. Rasionaliti (rationality); memberikan pandangan objektif dan faktual terhadap kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi serta mampu membuat keputusan Empati iaitu kemampuan memahami apa yang dirasakan orang lain Kesungguhan, terutama dalam komunikasi verbal. Kejujuran (impertiality); tidak mengagungkan atau merendahkan seseorang dan kelompok. Menjaga kerahasiaan komunikasi dan peribadi klien.

Bagaimana pekerja PDK melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap pihak-pihak iaitu rakam sekerja , pelanggan y y y menghormati rakan sekerja atau klien menjaga kerahsian klien tidak membezakan klien, tidak ada diskriminasi

Antara syarat penubuhan sesebuah PDK y Bagi ibu bapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walau bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan

Beberapa tugas AJK PDK setelah menerima kelulusan dalam prosedur menubuhkan PDK

y y y

Pelantikan Pekerja PDK Pendaftaran OKU yang akan mengikuti kelas PDK Akaun PDK yang perlu dibuka (sekiranya belum ada akaun

Pihak yang terlibat sebagai AJK PDK y y y y Ibubapa OKU Komuniti setempat Pemimpin tempatan Wakil jabatan Kesihatan Wakil Jabatan Pendidikan Khas PKMD sebagai Penasihat dan Pembantu Kebajikan Masyarakat sebagai bendahari

Kepentingan PDK bagi masyarakat di luar bandar dan aktiviti pemulihan yang dijalankan di PDK. y y y y y y Sebagai pusat intervensi awal kepada oku Memberi maklumat rujukan kepada ibu bapa mengenai kecacatan anak2 mereka Sebagai pusat pertemuan ibu bapa yang lain dan boleh membolehkan pertukaran interaksi dan pendapat berlaku Sebagi pusat advokasi Membantu memulihkan kecacatan oku dengan lebih awal Dapat menjimatkan kos pemulihan kerana rawatan pemulihan kepada oku adalah percuma

Peranan NGO s untuk membantu OKU y y y y -memberi bantuan berbentuk kewangan seperti sumbangan atau dana -menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan oku, adakan bengkel atau sebaran media radio -memberikan perkhidmatan professional serta perkhidmatan terapi percuma kepada golongan oku , penubuhan seperti St John -membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan Oku dalam kalangan petugas pdk

Peranan NASOM y y menyumbangkan banyak bantuan dan bantuan khidmat nasihat kepada kanak- kanak autisme serta memberi kaunseling kepada keluarga kanak- kanak autism memberi penerangan mengenai gejala autisme dan mewujudkan kesedaran di kalangan ahli masyarakat mengenai kepentingan kita mengetahui dan menyelami perasaan kanak- kanak autisme. Memberi pendidikan dan latihan vokasional kepada individu autism Menjalankan rancangan2 pendidikan , pemulihan dan memberi perkhidmatan seumur hidup kepada kanak2 autisme

y y

Kepentingan Intervensi Awal kepada ibu bapa

y y y y y

-dapat mengurangkan masalah kewangan kerana masalah kesihatan seperti sawan dapat diubati dengan lebih awal, dan tidak memburukkan keadaan -memberi pengetahuan kepada ibu bapa untuk mencegah anak2 mereka yang OKU mengalami masalah yang dihadapi lebih teruk -ibu bapa dapat merujuk kepada pakar perubatan yang dapat membantu masalah anak oku mereka Ibu bapa bermotivasi untuk berusaha memulihkan kecacatan / masalah yang dihadapi oleh anak-anak Dapat mengurangkan beban tertentu ibu bapa apabila kecacatan anak seperti lemah otot tangan yang telah dikurangkan/dipulihkan. Jadi ibu bapa dapat membiarkan anak mereka memegang sesuatu benda dengan sendirinya Mengurangkan tekanan terhadap ibu bapa kerana anak2 mereka berada dalam tempoh pemulihan dan rawatan.

Rancangkan intervensi awal yang mempunyai anak kurang masalah fizikal y y y y y y Kecacatan anggota tubuh kaki seperti hemiplegia:-membuat pembedahan memperbetulkan kaki supaya berada dalam keadaan normal Jantung berlubang- membuat pembedahan untuk mengelakkan masalah bertambah teruk Mulut sumbing- lakukan pembedahan dan memperbetulkan struktur mulut Kaki yang mempunyai otot yang lemah (cp)- menjalankan fisioterapi fizikal untuk menguatkan kembali otot2 Kecacatan alat articulator spt lidah pendek- menjalankan terapi pertuturan. Tingkatkan komunikasi Cp yang teruk (tidak mampu berjalan)- buat latihan terapi carakerja dan fisioterapi bagi ransang otot motor kasar di kaki.

Peranan dan perkhidmatan oleh Kementerian Kesihatan Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi. Doktor :   mendiagnos masalah kanak-kanak pend khas memberi rawatan ubatan yang sesuai bagi kanak-kanak khas yang memerlukan rawatan ubatan contoh: kanak-kanak yang mengalami epilipsi Pakar terapi pertuturan:   memberi terapi pertuturan kepada murid yang mengalami masalah bertutur atau pun speech delay meransang komunikasi murid-murid yang mengalami masalah berbahasa Fisioterapi:  memberi rawatan pemulihan kepada anggota yang cedera atau pun anggota yang kurang upaya dari sejak lahir

 

sebagai intervensi awal untuk mengelakkan masalah yang dihidapi bertambah teruk terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan. Ahli terapi carakerja:

 

merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

Tujuan PDK diwujudkan y Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan, pemulihan dan pembangunan golongan kurang upaya. y Menyedia perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal bagi orang kurang upaya di peringkat komuniti. y Menggalakkan penerimaan penuh dan integrasi sosial bagi golongan kurang upaya oleh keluarga dan komuniti tempatan. y y y Membantu dalam usaha pewujudan masyarakat penyayang Meningkatkan kualiti hidup golongan kurang upaya ke tahap maksimum. Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan orang kurang upaya, ahli keluarga yang terdekat dalam pemulihan. Faedah PDK ditubuhkan     Membantu ibu bapa mengetahui lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini. Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan ibu bapa lain. Mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka dan dapat meminimumkan kecacatan. Meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa anak mereka mempunyai kebolehan sekiranya mendapat bimbingan.

Antara peranan badan kerajaan yang dimainkan di PDK ialah:


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja, Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran, Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA: y Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian peringkat tertiari (Diploma ke atas) secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti JABATAN PENGANGKUTAN JALAN y Pengecualian Cukai Jalan.

Peranan ibu bapa sebagai ahli dalam perkhidmatan sokongan y y y y y ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mereka supaya tidak merasa rendah diri dengan kekurangan diri yang ada melibatkan diri dengan segala aktiviti yang dianjurkan oleh PDK jika memerlukan ibu bapa berada bersama membantu PDK mencari sumber kewangan seperti menderma atau mencari penderma untuk duit tabung pdk ibu bapa perlu menyokong segala aktiviti yang baik yang dianjurkan oleh PDK sentiasa berkongsi pendapat dan idea dengan ibu bapa yang lain untuk memastikan program di PDK berjaya atau pun untuk mengurangkan masalah yang dihadapi anak OKU mereka.

Bagaimana mengatasi masalah mengendalikan anak-anak berkeperluan khas y y y y y y Mendapatkan pengetahuan mengenai masalah yang dihidapi oleh anak yang OKU contoh membuat rujukan dengan pihak pegawai perubatan Menjalankan intervensi awal bagi mengelakkan masalah yang dihadapi bertambah teruk, contoh mengalami masalah lemah otot, hantar kepada ahli terapi fisio Sentiasa optimis dan positif dengan keadaan anak yang istimewa jadi tugas dan tanggungjawab tidak menjadi seperti bebanan Mendapatkan bantuan kewangan sekiranya perlu untuk menampung kos rawatan OKU yang tinggi seperti pembelian barangan alat bantuan, wheelchair Mendaftarkan anak yang OKU dengan JKM bagi memberi keistimewaan kepada anak2 ini dan dapat mengurangkan banyak bebanan kerana memperolehi banyak keistimewaan Memberi rawatan perubatan kepada anak-anak OKU bagi memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik . Contoh penyakit sawan dapat dikurangkan dengan pengambilan di bawah seliaan doctor

Strategi dalam memantapkan lagi program di PDK:

a) Meningkatkan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri dan daerah: y Mewujudkan PDK baru mengikut keperluan di peringkat daerah y Meningkatkan latihan dan kualiti perkhidmatan di PDK dengan menganjurkan kursus mengikut zon dengan kerjasama y Jawatankuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam Komuniti y Kebangsaan untuk pekerja PDK dan Kursus untuk ibubapa dan Ahli Jawatankuasa PDK. y Meningkat dan memperluaskan pelaksnaan Rumah Kelompok. y Pendaftaran orang kurang upaya. b) Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan: y Masyarakat digalakkan untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bagi membantu kanak-kanak OKU

c) Meningkatkan penglibatan NGO: y Dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan. y Melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan. y Contoh aktiviti adalah seperti berikut:o sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar. o perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program. o Pembangunan Kesukarealaan d) Menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDK untuk membantu Pegawai dan Kakitangan JKMM dalam memantau PDK bagi memastikan pelaksanaannya menepati objektif penubuhannya: y Cara menguruskan Pusat PDK serta memberi panduan secara menyeluruh dalam pelaksanaan program PDK. e) Pertambahan tenaga pekerja selaras dengan kadar nisbah pekerja dan OKU yang baru iaitu 1 pekerja : 5 OKU berbanding 1 pekerja : 10 OKU sebelum ini. f)Latihan Bagi Pekerja PDK untuk memastikan kualiti pembelajaran dan program pemulihan di PDK: y Menepati keperluan semasa dan berada ditahap yang tinggi y Contoh : JKMM telah menjalinkan kerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dimana sukarelawan JOCV (Japan Overseas Cooperation Volunteers) ditugaskan di negara ini untuk membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di PDK khususnya dalam bidang Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja dan Guru Pendidikan Khas g) Menggunakan PDK Net : y Sebagai sumber informasi, saluran komunikasi, pendaftaran OKU, khidmat nasihat dan bimbingan, kaedah pembelajaran dan pemulihan serta promosi dan publisiti bagi PDK y mewujudkan saluran rangkaian yangberkesan yang membolehkan ibubapa, pekerja PDK dan komuniti untuk berkongsi maklumat dalam pemulihan dan pembangunan OKU h) Menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan bengkel untuk pekerja PDK, ibubapa dan masyarakat tempatan. y Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan OKU

Program pemulihan dan perkhidmatan, pengurusan dan pentadbiran dan lainlain yang berkaitan dengan PDK Antara langkah untuk memastikan kualiti dan program pdk menepati keperluan semasa
berada di tahap yang tinggi: y y y y y y Sentiasa menjalankan peninjauan terhadap aktiviti yang dilakukan di PDK Memperuntukkan lebih banyak kewangan untuk membantu PDK menjalankan banyak program Mengadakan koloborasi dengan negara luar untuk perkhidmatan seperti mempelari teknik terapi yang sesuai Meningkatkan lagi kemudahan yang berada di PDK Melibatkan banyak golongan professional seperti doctor pakar untuk memantapkan lagi perkhidmatan rawatan yang dilakukan di PDK Bekerjasama dengan pihak luar seperti badan NGO , seperti NASOM dalam menyediakan latihan vokasional atau pun pendedahan ilmu pendidikan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai