Anda di halaman 1dari 33

ANAK PENGGUNTING RAMBUT (Nor Hidayah Asari) SINOPSIS Manis adalah anak kesayangan ayahnya yang bekerja sebagai

tukang gunting rambut. Manis gemar berambut pendek. Semasa di sekolah menengah, Manis meneruskan pelajarannya ke sekolah asrama. Kemudian, Manis menyambung pelajaran di Kuala Lumpur untuk memperoleh segulung ijazah. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini Manis sudah jarang-jarang pulang ke kampung dengan alas an sibuk untuk mengulang kaji pelajaran. Keadaan ini menyebabkan abahnya amat rindu akan Manis sehinggalah mendapat panggilan telefon menyatakan bahawa Manis kini berada di hospital. Abah berasa terlalu sedih apabila diberitahu bahawa Manis menghidap penyakit leukemia dan tidak ada harapan untuk sembuh. Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas riba abahnya. Sebelum meninggal dunia, Manis menyatakan bahawa dia amat memahami harga sehelai rambut. Abah tetap merindui Manis dan berharap agar Manis berasa tidak terkilan menjadi anak penggunting rambut. TEMA Kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah yang sanggup bersusah payah membesarkan anak-anak serta memberikan pendidikan kepada mereka. PERSOALAN Prihatin terhadap masalah anak Menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang Hubungan yang mesra antara ayah dan anak Melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga

WATAK DAN PERWATAKAN Abah Berusia lewat 60 an Merupakan bapa tunggal Amat sayang akan anaknya Rajin bekerja Mahir menggunting rambut Menjadi peneroka di Felda

Manis LATAR PLOT

Sabar dan tabah menghadapi ujian Tuhan

Memiliki wajah yang manis dan mudah tersenyum Anak perempuan tunggal dalam keluarga Anak yang baik Berambut pendek Berpendirian tegas Rajin membantu ayahnya Menyembunyikan penyakitnya daripada ayahnya Meninggal dunia akibat leukemia

Latar tempat di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, tanah rancangan Felda, Hospital Kuala Lumpur, asrama Latar masa pada masa kini, waktu petang, subuh, siang, malam Latar masyarakat masyarakat kampung, masyarakat peneroka Felda, masyarakat yang mementingkan pendidikan

Tidak mengikut kronologi kerana diselang-selikan dengan imbas kembali Permulaan Abah teringat akan kenangan dahulu ketika Manis masih kecil. Dia selalu memotong rambut Manis Perkembangan Manis bangga dengan ayahnya sebagai penggunting rambut. Manis sentiasa menemani Abah menggunting rambut pelanggan Konflik Abah berasa sangat rindu kepada Manis yang sudah lama tidak pulang ke kampung. Manis memberikan alas an bahawa dia sibuk untuk menghadapi peperiksaan Klimaks Manis disahkan menghidapi penyakit leukemia dan hanya boleh hidup selamaa beberapa bulan sahaja dan akhirnya Manis meninggal dunia Peleraian Abah menerima suratan takdir dengan mengenang kembali makna sehelai rambut kepada manis yang gugur akibat penyakit Leukemia

GAYA BAHASA NILAI Keberanian Manis berani berambut pendek semasa di asrama hingga dia ditegur oleh warden asrama Kegigihan Abah yang bekerja sebagai penggunting rambut begitu gigih melakukan pelbagai kerja untuk menyara dan membesarkan anak-anaknya Kasih-sayang Abah amat menyayangi anaknya Manis Tabah Manis menghadapi menghidapi penyakit leukemia dugaan hidup dengan tabah walaupun Simile kami kumpulkan hingga kelihatan rambut itu seperti busut hitam Inversi tidak hangit baunya kerana tidak dibakar (sepatutnya baunya tidak hangit kerana tidak dibakar) Personifikasi rambut itu telah membawa kemenangan bermakna buat Manis Sinkope ku, tak Simpulan bahasa titik peluh

Berdikari Abah menjaga dan mendidik anak-anaknya tanpa bantuan sesiapa selepas kematian isterinya

PENGAJARAN Kita hendaklah tabah mengharungi cabaran hidup Manis menghadapi pelbagai dugaan hidup dengan tabah Kita hendaklah menerima takdir Tuhan dengan hati yang terbuka Abah menerima ketentuan Tuhan dengan sabar dan tabah setelah mendapat tahu bahawa Manis menghidap penyakit leukemia Kita haruslah mendidik anak-anak dengan sempurna Abah menjaga dan mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya selepas kematian isterinya Kita haruslah menyayangi ibu bapa kita Manis amat saying akan abahnya hingga dia sanggup merahsiakan penyakitnya agar abahnya tidak berasa sedih

PRAKTIS 1 : ANAK PENGGUNTING RAMBUT Banyak orang beranggapan bahawa aku membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki hanya kerana rambutnya itu. Tujuan asalku supaya Manis berambut pendek hanyalah untuk meringankan tugasku agar Manis tidak menjadi anak kecil yang manja. Walaupun seratus persamaan yang dapat aku lakukan untuk menggantikan tugas arwah isteruku, pasti ada juga kelemahannya. Kalaulah Manis berambut panjang, tentu dia akan merengek menyuruh aku menyikatnya. Selepas kematian ister, semua tugas di dapur dan menjaga anak-anak, aku cuba lakukan sendiri. Namun, aku tak pernah mengambil tahu cara menjaga rambut anak perempuan. Selepas seratus hari usia pemergian isteriku, itulah hari pertama aku memotong rambut Manis ke paras bahu. Manis tidak pernah membantah. Usianya tiga tahun ketika itu.

1. Apakah yang menyebabkan rambut Manisah dipotong pendek? A. Agar lebih kelihatan cantik B. Agar lebih bergaya C. Agar kelihatan muda D. Agar meringankan tugas aku yang kematian isteri

2. Berapakah usia Manisah ketika aku mula memotong pendek rambutnya? A. Enam tahun B. Tiga tahun C. Sembilan tahun D. Seratus hari

3. Teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan cerita ialah

A. Pemerian dan imbas kembali B. Monolog dan imbas muka-monolog C. Pemerian dan monolog dalaman D. Imbas kembali dan imbas muka

4. Yang berikut adalah pengajaran yang terdapat daripada petikan cerpen ini, kecuali A. Kita harus menjalankan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan B. Kita mesti mendidik anak-anak dengan cara yang betul C. Kita wajar menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa D. Kita mesti rajin belajar untuk memperoleh kejayaan

5. Sudut pandangan yang digunakan dalam cerpen ini ialah A. Orang pertama B. Orang kedua C. Orang ketiga D. Semua watak CAPA RENGAT (Baharuddin kahar) SINOPSIS Aku mengikut ibu pulang ke kampung atas urusan keluarga. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke kampung. Sejak berada di kampung, aku amat rapat dengan Pak Cik Kinto, satu-satunya ayah saudaraku. Dia sering membawa aku bersiar-siar di kawasan kampung. Aku sudah mulai suka akan kehidupan di kampung yang penuh dengan ketenangan. Aku menemui Su dan kawan-kawannya yang mandi di tepi paya. Pada mulanya aku berasa janggal dan kekok bermain dengan mereka tetapi lama-kelamaan perasaan itu hilang kerana kemesraan su dan rakanrakannya itu. Su turut menghadiahi aku bunga capa rengat. Bunga capa rengat pemberiaan Su, aku letakkan dalam botol yang berisi air. Setelah berada di kampung beberapa hari, ibu dan aku bersiap-siap untuk pulang ke kota. Aku begitu terharu untuk meninggalkan kampung itudan kesayuan hatiku mendayu-dayu. Air mata aku menitis apabila ibu memberitahu bahawa mereka tidak akan pulang ke

kampung lagi kerana ibu sudah menyerahkan tanah dan rumah pusaka kepada Pak Cik Kinto. Kata-kata ibu menyebabkan aku berasa sedih lebih-lebih lagi apabila melihat bunga capa rengat yang semakin layu dan aku terbayangkan wajah Su. TEMA Perasaan cinta akan kehidupan di kampung yang tenang dan keindahan alam sekitar yang masih terpelihara PERSOALAN Hubungan kekeluargaan aku begitu rapat dengan Pak Cik Kinto, ayah saudaraku Keindahan alam sekitar yang masih terpelihara keindahan alam sekitar di kawasan kampung masih terpelihara dan memberikan ketenangan Sikap masyarakat desa yang penuh dengan kemesraan Su melayan dan bermain dengan aku dengan penuh mesra Kehidupan di kampung berbeza dengan di Bandar hidup di kampung dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan serba serbi kekurangan berbanding dengan kehidupan di Bandar yang serba moden

WATAK DAN PERWATAKAN Aku Berusia sebelas tahun Dibesarkan di Bandar Pertama kali menjejakkan kaki ke kampung Sangat rapat dengan Pak Cik Kinto Mudah mesra, berfikiran positif, proaktif dan cergas Suka akan kehidupan di kampung

Pak Cik Kinto Ayah saudara aku Mahir berburu

Su Ibu

Ikhlas melayan karenah anak saudaranya Diamanahkan untuk menjaga tanah dan rumah pusaka Mudah mesra dan mengambil berat tentang keluarga

Wajahnya kecil dengan mata yang jernih dan berbulu lentik Perinag Tinggal dengan ibu tiri Taat akan sururhan ibu tirinya

Usianya pertengahan umur Berpendirian tegas dan prihatin Terburu-buru dalam membuat keputusan Tidak mahu pulang ke kampung

LATAR Latar tempat bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto, kawasan paya, di dalam teksi, di rumah Pak Cik Kinto Latar masa masa kini, pada waktu pagi, petang, malam Latar masyarakat masyarakat desa, masyarakat kota, masyarakat yang mementingkan hubungan kekeluargaan, masyarakat yang suka berburu, masyarakat yang mementingkan persahabatan

PLOT Plot disusun mengikut kronologi peristiwa mengikut urutan masa Permulaan aku pulang ke kampung bersama-sama ibu untuk menguruskan tanah dan rumah pusaka. Pak Cik Kinto melayani aku dengan mesra. Dia membawa aku bersiar-siar di kampung

Perkembangan petang itu aku bersiar-siar di kawasan kampung. Aku bertemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Konflik aku bermain bersama-sama mereka. Semasa bermain, Su memberikan aku bunga capa rengat. Kemudian Su dipanggil pulang ke rumah okeh adik lelaki tirinya. Klimaks aku dikejutkan dengan keputusan ibu yang mahu pulang semula ke kota. Aku berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baharu sahaja hendak merasai kenikmmatan tinggal di kampung Peleraian aku berasa sedih apabila ibu memberitahu bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung lagi. Aku menitiskan air mata apabila bunga capa rengat pemberian Su semakin layu

GAYA BAHASA Pengguanaan bahasa Inggeris adventure Personifikasi ada sesuatu yang memuku-mukul hatiku. Melahirkan sinar cemburu Hiperbola menikan rasa sepi dan sayu Simile matahari yang bagaikan bola api itu tergantung empat puluh darjah di atas gunung kapur di sebalik bukit-bukit Sinkope kau, dah Simpulan bahasa seperti belangkas

NILAI Keberanian Su yang berani meniti di atas sebatang pokok yang tumbang serta menyelam di dalam paya Kemesraan Su dan rakan-rakannya tidak kekok untuk bermain dengan aku walauapun pertama kali berjumpa Kasih-sayang Pak Cik Kinto sangat saying akan aku hingga tidak jemu-jemu melayan aku Hormat-menghormati Pak Cik Kinto melayan aku dan menghormati tetamunya, aku dan ibu dengan penuh mesra

PENGAJARAN Kita wajar menghargai alam sekitar Pak Cik Kinto menghargai alam semulajadi Kita haruslah menghargai erti pershabatan aku mengalirkan air mata apabila melihat bunga capa rengat pemberian Su semasa dalam perjalanan ke kota Kita wajar mematuhi arahan ibu bapa Su segera berhenti untuk bermain lalu pulang ke rumah apabila adik tirinya memberitahu bahawa ibu memintanya pulang Kita perlu menghormati tetamu Pak Cik Kinto menyambut kedatangan aku dan ibu dengan mesra Kita hendaklah menghormati tetamu kedatangan aku dan ibu dengan mesra Pak Cik Kinto menyaqmbut

Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu Pak Cik Kinto melayan aku dengan baik dan ikhlas

Waktu petang aku selalu dibawa Pak Cik Kinto, bapa saudaraku ke bukitbukit di belakang rumah pusaka kami. Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak. Kalau bertemu, Pak Cik Kinto akan menembaknya. Pak Cik Kinto ialah penembak yang baik juga. Itu burung apa, pak cik? Merbah jambul. Sungai itu, ada ikan, pak cik? Ada. PRAKTIS 2 : CAPA RENGAT Ikan apa? Ikan kelah, di bawah ini dengan Baca petikan cerpen tengas, selimang teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang Begitulah, setiap pertanyaanku selalu dijawab Pak Cik Kinto dengan amat berikutnya. memuaskan. Aku tidak tahu sama ada dia bosan atau tidak dengan pertanyaanku yang pelbagai itu. Tetapi yang nyata Pak Cik Kinto melayani aku 1 begitu baik. Justeru tidak hairanlah kalau aku sudah mula jatuh saying padanya. Selama di kampung itu, aku dan Pak Cik Kinto dapatlah dikatakan sebagai belangkas. Sering saja berdua-duaan ke mana-mana. Keadaan ini terasa dalam naluriku, sedikit sebanyak melahirkan rasa cemburu pada mata ibu. Petang itu aku tidak dapat ke mana-mana mengikut Pak Cik Kinto. Pak Cik Kinto telah turun ke kota bertemu peguam atas sesuatu urusan itu. Oleh itu, aku merayau-rayau seorang diri mengelilingi kampung itu. Aku masih ingat lagi ketika meninggalkan rumah tadi, ibu sedang tercegat di tingkap. Betapa murungnya wajah ibu. Hal ini pun aku tidak tahu sebabnya. Barangkali ibu sudah amat merindu bapa di kota, atau barangkali ibu memang tidak suka pada kampung yang mula membosankannya.

1. Apakah yang dilakukan Pak Cik Kinto pada waktu petang di belakang rumah pusaka? A. Membawa aku bersiar-siar di kawasan bukit-bukit sambil menyedut udara segar di kawasan pergunungan B. Mengajak aku bersiar-siar di kawasan pergunungan sambil berburu haiwan C. Mengajak aku pergi berburu bersama-samanya di kawasan pergunungan D. Membawa aku bersiar-siar di kampung sambil mandi di sungai

2. Mengapakah aku berpendapat bahawa ibu cemburu akan hubunganku dengan Pak Cik Kinto? A. Kerana terlalu mesra dengan Pak Cik Kinto B. Kerana sering keluar berburu dengan pak Cik Kinto C. Kerana banyak menghabiskan masa dengan Pak Cik Kinto D. Kerana aku menganggap Pak Cik Kinto sebagai bapa

3. Frasa bagai belangkas dalam petikan cerpen ini membawa maksud A. Sentiasa bersama

B. Sering berselisih pendapat C. Saling membantu D. Saling menghormati

4. Latar masa yang terdapat dalam petikan ini ialah a. Pagi b. Petang c. Malam d. Subuh

5. Perleraian bagi cerpen ini ialah A. Aku begitu sedih apabila terpaksa pulang ke kota B. Aku menitiskan air mata apabila ibu menyatakan bahawa mereka tidak akan pulang ke kampung lagi C. Aku menyatakan bahawa aku keletihan apabila ibu berbual-bual dengan aku D. Aku bersedih dan berharap agar berjumpa dengan Su lagi

DENDAM ( Shariza A. Rahman) SINOPSIS Aku begitu marah akan Angah yang telah menyusahkan dirinya. Tindakan Angah merosakkan buku latihan aku sehingga aku didenda oleh guru telah menimbulkan perasaan benci terhadap Angah. Aku sering dimarahi dan dihukum oleh ibu dan ayah jika angah melakukan kesalahan. Ibu dan ayah sentiasa mempertahankan Angah walaupun Angah melakukan kesalahan. Aku menyatakan bahawa ayah seorang hakim yang tidak adil ketika di rumah. Ibu naik angin apabila rantai pusakanya putus. Ibu menuduh aku yang menyebabkan rantai itu putus tetapi aku menafikannya. Lagipun ibu tidak membenarkan aku masuk ke biliknya. Aku menuduh Angah yang melakukannya dan meminta ayah menghukum Angah. Kedengaran Angah meraung kerana dipukul oleh ayah dengan tali pinggang. Malam itu aku masuk ke bilik Anagh lalu menyelak baju kurung Anagh. Aku melihat garis-

garis merah dan biru pada badan Angah. Aku berasa kasihan dan sedih lalu memohon maaf kepada Angah. Angah berjanji tidak akan menceritakan perbuatanku masuk ke bilik ibu. Aku memeluk Angah dan menyedari bahawa Angah mengharapkan kasih sayang dan perhatian daripada aku. TEMA Konflik dalam keluarga yang merenggangkan hubungan adik-beradik PERSOALAN Hubungan kekeluargaan Angah memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada aku Kasih sayang terhadap keluarga Angah tetap sayang akan aku walaupun aku membencinya Ibu bapa yang bersikap berat sebelah ayah dan ibu sering menyalahkan aku terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Angah Rasa simpati aku berasa kasihan dan simpati melihat kesan di badan Angah akibat dipukul oleh ayah

WATAK DAN PERWATAKAN Aku/Along Angah Adik kepada Along Miliki wajah yang comel Anak kesayangan ayah dan ibu Suka mengusik dan mengoyak barang Along Berjanji akan menyimpan rahsia Along Belajar di sekolah berasrama Mempunyai seorang adik, Angah Marah, benci dan berdendam pada Angah Memberontak terhadap tindakan ayah dan ibunya yang dianggap tidak adil Kesal dan simpati pada Angah yang dipukul oleh ayah

Ibu LATAR PLOT Plot disusun secara kronologi peristiwa mengikut urutan masa Permulaan Along marah apabila bukunya diconteng dan dikoyak oleh Angah. Perbuatan Angah benar- benar menaikkan kemarahan Along Perkembangan Ayah memarahi Along kerana membiarkan Angah mengoyakkan kertaa kerja ayah. Along merungut kerana setiap kesalahan Angah, dia dipersalahkan Konflik Along meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap ayah dan ibunya yang tidak bersikap adil. Along sentiasa dikenakan hukuman atas perbuatan Angah. Along berasa benci terhadap Angah Klimaks Ibu naik angina kerana rantai pusaka kesayangannya putus. Along menuduh Angah yang melakukannya. Ayah memukul Angah dengan tali pinggang Peleraian Along memohon maaf kepada Angah. Angah berjanji tidak akan memberitahu akan perbuatan Along keppada ibu. Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya. Latar tempat di sebuah rumah, di runag tamu. Di dalam bilik tidur, di meja makan Latar masa masa kini, siang, malam Latar masyarakat masyarakat yang sibuk dengan kerjaya, pelajar, masyarakat yang percaya dengan tilikan, masyrakat berdendam Mempercayai tilikan bidan yang menyatakan Angah membawa tuah Amat saying akan Angah Terlalu marah kerana rantai pusakanya putus Bersikap tegas dan garang terhadap Along

GAYA BAHASA Simile menguap panjang seperti orang baru tersedar daripada mimpi yang indah

NILAI

Personifikasi perasaan cuak mengusik api dendam yang membara di hati ini Metafora penjuru hatiku, api dendam, putik-putik dendam Hiperbola hatiku dijirus lahar beracun Sinkope tak, ku , nak Simpulan bahasa berat sebelah, tebal muka

Kasih sayang Along sedar bahawa Angah memerlukan perhatian dan kasih sayang daripadanya Berdikari Along membeli buku Geografi yang dikoyak oleh Angah dengan menggunakan duit simpanannya Hormat-menghormati Angah tetap menghormati Along berdendam terhadap Along walaupun pernah menamparnya dan tidak

Bersyukur Along berasa bersyukur kerana Angah tidak berdendam terhadap perbuatannya dan dia sedar bahawa Angah memerlukan perhatian dan kasih sayang daripadanya Berhemah tinggi Along tetap menggunakan bahasa yang baik semasa meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada ibu dan ayah

PENGAJARAN Kita hendaklah bersabar apabila melayan karenah adik Along seharusnya bersabar ketika berhadapan dengan sikap Angah yang masih kecil lagi Janganlan kita terlalu mempercayai tilikan ibu dan ayah sangat sayang akan Angah kerana seolah-olah percaya tilikan bidan bahawa Angah membawa tuah kepada keluarga Kita haruslah memaafkan kesalahan orang lain Angah bersedia memaafkan kesalahan Along Kita hendaklan saling menyayangi seharusnya sayang akan Angah dalam anggota keluarga Along

Kita haruslah menghormati ibu bapa kita Along mengawal perasaan dan menggunakan bahasa yang tidak kesat terhadap ibu dan bapanya semasa meluahkan isi hatinya

PRAKTIS 3 : DENDAM Baca cerpen Dendam dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selesai menikmati hidangan malam, kedengaran ayah merungut-rungut marah akan sesuatu. Entah apa-apa yang dirungutkan oleh ayah. Tentunya, budak kecil itu yang membuat hal lagi. Hal ini bermakna aku akan menjadi habuan segala kemarahan ayah. Malang betul nasibku menjadi kakak kepada pengacau kecil itu. Apakah kesalahan aku sebagai anggota tertua dalam adikberadik sehingga aku dijadikan sebagai tempat melemparkan segala tuduhan? Perit di hati tidak dapat kugambarkan lagi. Dahulu, Angah mengoyakkan wang kertas sepuluh ringgit, ayah telah menyekat wang kocekku selama sebulan. Terpaksalah aku menebalkan muka untuk meminjam wang daripada teman seasrama. Selepas itu, pasu bunga buatan Negara China yang menjadi kesayangan ibu dijahanamkan oleh Angah. Aku dihukum membersihkan halaman rumah selama sebulan oleh ibu semasa cuti penggal ketiga. Betapa peritnya hati dan perasaan ini apabila menjalani hukuman yang aku sendiri tidak melakukannya. Dendam yang mulai memutik di dada ini kian hari kian merebak menguasai ke segenap penjuru hatiku.

1. Apakah yang aku fikirkan apabila mendengar ayah merungut? A. Aku bersedia untuk menjadi mangsa ayah B. Aku akan dimarahi oleh ayah kerana masuk ke dalam biliknya C. Aku akan dituduh menjadi punca segala masalah D. Aku akan menjadi mangsa habuan segala kemarahan ayah

2. Mengapakan ayah menyekat wang kocekku selama sebulan? A. Kerana Angah telah mengoyakkan wang kertas sepuluh ringgit B. Kerana Angah memecahkan pasu bunga kesayangan ibu C. Kerana sikap Angah yang sering menimbulkan kemarahan ayah D. Kerana aku tidak menjaga Angah dengan baik

3. Di manakah peristiwa dalam petikan cerpen ini berlaku?

A. Di rumah B. Di sekolah C. Di pejabat ayah D. Di halaman rumah

4. Apakah persoalan yang dikemukakan dalam petikan cerpen tersebut? A. Kehidupan masyarakat Bandar yang sentiasa sibuk B. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak C. Dendam seorang kakak terhadap adiknya D. Kerenggangan hubungan adik-beradik

5. Berdasarkan cerpen Dendam ini, apakah perleraian bagi cerita ini? A. Angah disebat oleh ayah dengan tali pinggang B. Angah berjanji tidak akan menceritakan rahsia Along yang masuk ke bilik ibu C. Along berasa risau akan keadaan Angah yang masih lesu D. Along berasa kasihan akan Angah yang mungkin berada dalam kesakitan

MAAF KUPINTA (Rejab F.I) SINOPSIS Fauzi tidak berpuas hati terhadap sikap ayah tirinya yang sentiasa mengongkong hidupnya. Ayah tirinya tidak membenarkan dia menonton televisyen kecuali rancangan berfaedah sahaja. Fauzi tidak dibenarkan pulang lewat ke rumah dan ayah tirinya sering bertanyakan kerja sekolah dan pelajarannya. Kongkongan ayah tirinya itu memang menimbulkan kebosanan dalam diri Fauzi. Fauzi melarikan diri ke rumah neneknya dan dia juga tidak pergi ke sekolah selama beberapa hari. Dia benci dan marah akan ayah tirinya yang terlalu mengawal gerak-gerinya. Ayah tiri dan ibu Fauzi mengambil keputusan untuk menghantarnya ke asrama. Hasil bantuan Cikgu Zainuddin, Fauzi dapat tinggal di asrama. Semasa di asrama, ayah tiri dan ibunya sering melawati Fauzi. Ayah tirinya turut memberi Fauzi wang saku. Kini Fauzi sedar bahawa ayah tirinya berbuat demikian demi kebaikannya juga. Semasa Fauzi pulang ke kampung pada cuti sekolah, dia telah memohon maaf kepada ayah tirinya terhadap kesilapannya. Dia berjanji akan membantu ayah tirinya serta adik-adiknya dalam pelajaran. Fauzi yakin bahawa kehidupannya kini hanyalah untuk berbakti kepada keluarganya. TEMA Menghargai pengorbanan ibu bapa demi kecemerlangan masa depan anakanaknya. PERSOALAN Kasih sayang anak tiri kepada anak tiri - semasa di asrama, Fauzi sering dilawati ibu dan ayah tirrinya. Ayah tirinya turut memberi Fauzi wang saku serta bertanyakan pelajarannya Sikap tegas ibu bapa dalam mendidik anak-anak Ayah tirinya begitu tegas serta mengawal kehidupan Fauzi demi kebaikan anaknya itu. Pengorbanan ayah dan ibu demi pelajaran anak-anak Ayah tiri bekerja dengan gigih untuk menyara keluarga serta sering melawati Fauzi di asrama demi pelajaran anaknya.

WATAK DAN PERWATAKAN Fauzi Pintar dalam pelajaran

Duduk di asrama Aktif dalam sukan Mempunyai ayah tiri Tidak berpuas hati dengan ayah tirinya Kesal atas kesilapannya

Mokhtar/ Ayah tiri Ibu Penyayang Mengawal pergerakan Fauzi Kurang setuju akan cara suaminya mendidik Fauzi Percaya akan kata-kata Fauzi Berkahwin denagn ibu Fauzi Bekerja keras demi menyara keluarga Penyayang dan bertanggungjawab Tegas dalam mendidik anak-anak Amat menitikberatkan pelajaran anak-anak

LATAR Latar tempat di sebuah rumah, di asrama, di rumah nenek Sapiah, di stesen bas Latar masa pada zaman kini siang, malam, cuti sekolah akhir tahun Latar masyarakat masyarakat luar Bandar, pelajar sekoloah, petani, masyarakat yang mementingkan pelajaran, masyarakat penyayang, masyarakat bertanggungjawab

PLOT Plot disusun secara tidak kronologi. Terdapat penggunaan teknik imbas kembali dalam cerpen ini.

Permulaan Fauzi tidak dapat melelapkan mata pada malam itu. Dia tidak sabar untuk pulang ke kampung. Syahir, kawan Fauzi menegurnya kerana masih belum tidur walaupun hari telah lewat malam Perkembangan Fauzi teringat akan peristiwa yang menyebabkan dia tinggal di asrama. Fauzi tidak berpuas hati terhadap sikap ayah tirinya yang begitu tegas mendidiknya serta mengongkong hidupnya Konflik Fauzi berasa bosan kerana ayah tirinya yang sentiaasa menyuruhnya belajar. Fauzi tidak dibenarkan menonton rancangan televisyen berbentuk hiburan kecuali rancanagan berfaedah seperti Berita atau Hal Ehwal Semasa Klimaks Ibu dan ayah tiri Fauzi mengambil keputusan untuk menghantar Fauzi di asrama. Semasa Fauzi di asrama, ibu dan ayah tirinya sering melawatinya Peleraian Fauzi memohon maaf kepada ayah tirinya. Dia sudah sedar akan kesilapannya. Benjol di kepalanya dahulu bukan perbuatan ayah tirinya. Fauzi ingin membantu keluarganya semasa cuti sekola.

GAYA BAHASA NILAI Kasih sayang Ayah tiri Fauzi sangat sayang akan Fauzi dan sering mengambil berat tentang pelajarannya Bersyukur Fauzi berasa bersyukur kerana mempunyai ayah tiri yang mengambil berattentang dirinya Kegigihan Ayah tiri Fauzi begitu gigih bekerja untuk mencari rezeki demi menyara anak-anak Berdikari Fauzi belajar hidup berdikari semasa tinggal di asrama Simile sedangkan dia hanya mengangguk-angguk kepala seperti orang bodoh Personifikasi daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam Sinkope ku, tak Hiperbola kesedaran itu tumbuh dan merimbun Simpulan bahasa buah tangan

Keprihatinan Ayah tiri Fauzi sentiasa mengambil berat tentang pelajaran Fauzi

PENGAJARAN Kita haruslah taat kepada ibu bapa Fauzi menurut kehendak ibunya yang meminta dia tinggal di asrama Kita haruslah memohon maaf apabila sedar akan kesalahan kita Fauzi memohon maaf kepada ayah tirinya atas perangai dan kesalahannya Kita hendaklah berfikiran positif Ayah tiri Fauzi berfikiran positif kerana berusaha untuk memastikan bahawa Fauzi Berjaya dalam pelajaran dengan mengambil berat tentang pelajaran dan pergerakannya

PRAKTIS 4 : MAAF KUPINTA Baca cerpen Maaf Kupinta dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Saban hari, apabila ayah tirinya pulang dari sawah, dia pasti akan mengajukan pelbagai soalan. Sudahkah dia membuat kerja rumah yang disuruh oleh gurunya? Ke manakah dia pergi sehingga lewat pulang? Siapakah rakanrakannya? Yang paling membosankan Fauzi adalah apabila dia tidak dibenarkan menonton televisyen, terutama siaran larut malam. Dia hanya dibenarkan menonton rancangan yang membosankannya seperti Berita, Hal Ehwal Semasa atau Isu. Kata ayah tirinya, rancangan itu memberikan banyak faedah kepadanya. Rancangan yang lain, terutama yang bercorak hiburan, ayah tirinya sama sekali tidak membenarkan dia menonton. Kecuali sekali-sekali dia dibenarkan menonton siri drama atau tayangan gambar Melayu. Di sekolah, rakan-rakannya sering bercakap mengenai penyanyi kesukaan mereka, cerita penyiasatan atau filem yang menyeronokkan. Sedangkan dia hanya mendengar sambil mengangguk-anggukkan kepala seperti orang bodoh. Kadang-kadang timbul rasa malu apabila rakannya mengetakan bahawa ayah tirinya itu terlalu mengawal dirinya. Memang benar, dia mengakui hal ini. Bukan ayah tirinya saja yang mengawal dirinya, malah ibunya juga. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Fauzi percaya bahawa jika dia hidup bersama-sama dengan ayahnya sendiri tentu dia tidak akan dikongkong seperti itu.

1. Apakah masalah yang timbul antara Fauzi dengan ayah tirinya? A. Fauzi tidak suka akan sikap ayah tirinya sentiasa mengawal dirinya B. Fauzi berasa kecil hati akan ayah tirinya kurang mengambil berat akan dirinya C. Fauzi memberontak kerana ayah tirinya tidak berlaku adil D. Fauzi berasa tertekan akan sikap ayah tirinya yang bengis

2. Ungkapan seperti orang bodoh dalam petikan cerpen ini bermaksud A. Tidak mengetahui apa-apa perkara B. Tidak mengetahui apa-apa hal tentang orang lain C. Tidak memiliki ilmu pengetahuan D. Tidak mengambil tahu tentang keadaan sekeliling

3. Teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan cerpen ini ialah A. Imbas kembali B. Imbas muka C. Monolog D. Pemerian

4. Apakah perwatakan yang dapat dikaitkan dengan bapa tiri Fauzi berdasarkan petikan cerpen ini? A. Tabah dan sabar menghadapi karenah anak tiri B. Bertanggungjawab dan mementingkan pelajaran C. Gigih dan tabah membesarkan anak tirinya

D. Tegas dan garang terhadap anak tirinya

5. Apakah permulaan bagi plot cerpen Maaf Kupinta? A. Fauzi akan memohon maaf daripada bapa tirinya B. Fauzi akan berterus-terang dengan ibunya C. Fauzi berbaring selepas berkemas untuk pulang ke kampung D. Fauzi berazam untuk membalas jasa bapa tirinya

GEMA SEPI GADIS GENIUS ( Azmah Nordin) SINOPSIS Basirah genius dan mahir dalam menggunakan komputer. Dia merupakan siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer dan menjalani amali di Makmal Perdana walaupun baru berusia 13 tahun, kakaknya, Hanani baharu hendak menduduki PMR. Basirah berhadapan pelbagai cabaran untuk menangkap penceroboh maklumat Negara atau penjenayah digital. Basirah berusaha untuk menjalankan program antibusut yang belu ada di pasaran lagi. Usahanya itu sering dipandang remeh dan dikritik oleh ketua makmalnya yang tidak yakin akan kebolehan Basirah yang masih mentah. Basirah menganggap bahawa kritikan itu sebagai satu cabaran untuk dia terus berusaha menangkap penjenayah digital. Situasi semakin membimbangkan apabila Basirah dapat mengesan bahawa penceroboh digital sedang menyelongkar maklumat berkaitan ketenteraan Negara. Basirah telah membuat uji kaji dengan menggunakan alat osiloskop untuk menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Kakaknya, Hanani telah membawa kek untuk meraikan hari jadi Basirah yang ke-14 tahun, hanani dan rakan-rakannya turut membantu Basirah untuk mengesan kedudukan penceroboh digital itu. Akhirnya Basirah Berjaya mendedahkan maklumat tentang penceroboh maklumat ketenteraan Negara yang beroperasi di Los Angeles. Kejayaan ini menaikkan semangat Basirah untuk berusaha menghadapi masa depan dan berasaskan bahawa impiannya pada masa depan akan menjadi kenyataan. TEMA Kepintaran computer. PERSOALAN seorang remaja untuk menangani masalah dalam penggunaan

Kepintaran remaja dalam bidang perisian komputer Basirah yang berumur belasan tahun sudah mahir dalam bidang komputer dan berusaha untuk mencari penceroboh yang menceroboh maklumat komputer Kebolehpercayaan terhadap kebolehan remaja dalam bidang teknologi Ketua makmal kurang berkeyakinan terhadap kebolehan Basirah dalam bidang komputer kerana Basirah masih berumur belasan tahun Kasih sayang adik-beradik kukuh walaupun berbeza tahap kepintaran Hanani, kakak Basirah membawa kek hari jadi untuk Basirah serta membantunya untuk memerangkap penceroboh maklumatketenteraan Negara

WATAK DAN PERWATAKAN Basirah Berusia 13 tahun tetapi sangat genius Penuntut tahun akhir dalam bidang Sains Komputer Sedang menjalani latihan amali di Makmal Perdana Mempunyai seorang kakak Berasa sunyi kerana tiada kawan Bertanggungjawab Kuat semangat

Hanani LATAR Latar tempat di Makmal Perdana, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Institut Pengajian Tinggi Kuala Lumpur, rumah Basirah Latar masa pada zaman sekarang lewat malam, hari minggu Kakak kepada Basirah Berusia 16 tahun Periang Bertanggungjawab Penyayang

Latar masyarakat masyarakat yang celik computer, masyarakat terpelajar, masyarakat Bandar yang sibuk dengan urusan harian, masyarakat yang cekal menghadapi cabaran

PLOT Plotnya tidak tersusun secara kronologi. Terdapat penggunaan teknik imbas kembali terdapat dalam cerpen ini Permulaan Basirah mencongak kelebihan dan kekurangan system computer. Pada masa ini,yang ada di pasaran ialah antivirus tetapi belum ada lagi program antibusut Perkembangan Basirah yang sedang menjalani praktikal telah diberikan jawatan sebagai timbalan pengurus makmal sistem komputer di Makmal Perdana. Dia tercabar dengan masalah busut Konflik Basirah berasa sedih kerana usahanya dipandang remeh dan dikritik disebabkan dia masih berusia belasan tahun. Basirah menganggap kritikan itu sebagai cabaran. Klimaks Basirah berusaha untuk memerangkap penceroboh maklumat ketenteraan Negara. Akhirnya Basirah Berjaya mengesan pencerobohb maklumat ketenteraan Negara dengan menggunakan alat osiloskop Peleraian Basirah menerima ucapan tahniah daripada pensyarahnya atas kejayaannya mendedahkan maklumat penceroboh maklumat ketenteraan Negara. Basirah berasa seolah-olah impiannya untuk masa depan akan menjadi kenyataan

GAYA BAHASA Penggunaan Bahasa Inggeris Hyperintelligent, the examinator Penggunaan istilah teknologi maklumat antivirus, antibusut, software, user, hacker Penggunaan istilah Sains osiloskop Simile Gadis genius harus kelihatan serius macam orang dewasa kerana dia sering menjadi perhatian Metafora mata fikiran Hiperbola Sebelum kembali tenggelam dalam kerja pejabat yang dibawa pulang

Sinkof dah, tak

NILAI Kegigihan Basirah berusaha dengan tekun untuk menyekat dan menangkap penceroboh yang menceroboh maklumat dalam computer Bertanggungjawab - Basirah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab Kasih sayang Hanani membawa kek hari jadi Basirah sebagai tanda kasih sayangnya terhadap adiknya Tegas Basirah bertekad untuk berusaha bagi menangkap penceroboh yang menceroboh maklumat ketenteraan Negara Pengorbanan Basirah sanggup melupakan kepentingan dirinya sematamata ingin berkorban untuk keamanan Negara

PENGAJARAN Kita haruslah memiliki perasaan kasih sayang antara adik-beradik Hanani dating ke makmal tempat Basirah melakukan latihan amali semata-mata untuk meraikan hari jadi adiknya Kita haruslah melakukan sesuatu dengan tekun untuk mendapatkan kejayaan Basirah berusaha dengan tekun untuk memerangkap penceroboh system computer dan akhirnya dia Berjaya Kita haruslah rasional dan tidak memandang rendah terhadap kebolehan seseorang Pengurus makmal memandang rendah terhadap Basirah yang mahir dalam Komputer kerana usianya masih muda Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan Basirah yang dilantik sebagai timbalan pengurus makmal komputer telah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab

PRAKTIS 5 : GEMA SEPI GADIS GENIUS Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut. Siapakah dia, encik? Mengapakah dia menceroboh saluran internet kita? Basirah menulis pertanyaan itu di layar monitirnya. Jari-jemarinya bergetaran, gementar. Seorang pemuda genius bernama Roger Maris. Dia menjual maklumat ketenteraan kita yang dicurinya kepada Negara-negara saingan. Hah, kini dia yang sedang beroperasi sudah dapat kita kesani di sebuah pangsapuri di Los Angeles! Sekejap lagi pasti akan tersebar maklumat tentang penangkapannya di internet. Tahniah, tahniah atas kejayaan kamu semua dan selamat hari lahir Ira. Jelas pensyarah kursusnya di skrin computer itu lagi. Tahniah kembali daripada kami. Dan ucapkan terima kasih daripada kawan kami yang bernama Basirah, encik. Terima kasih! Secara lisan mereka menjawab serentak, lalu bersorak rinag. Terima kasihkawan-kawan yang baik hati, ujar Basirah, terharu apabila berasa bahunya digapai mesra oleh Hanani. Entah mengapa, tiba-tiba terbayang kembali bagaimana selama menuntut di Semenanjung, hanya pada cuti semester dia pulang ke Bumi bawah Bayu. Disambut dengan peluk cium oleh Hanan di hadapan kawan-kawan kakaknya itu, macam menyambut kepulangan anak kandungnya. Dipuji macam bidadari. Diraikan macam puteri, contohnya, macam hari ini. Cuma Basirah yang tidak Nampak semua itu kerana membiarkan dirinya terus dihantui oleh busut peribadinya yang pasti menghantui kakaknya juga. Dia 1. Siapakah yang mula-mula memberikan ucapan tahniah? A. Pensyarah kursus B. Roger Maris C. Basirah D. Hanani

2. Mengapakah Roger Maris telah ditangkap? A. Kerana menjual maklumat ketenteraan Negara kepada Negara-negara saingan B. Kerana menjalankan operasi secara haram di Los Angeles C. Kerana merancang untuk mencuri maklumat Negara demi kepentingannya D. Kerana menyebarkan maklumat yang menimbulkan huru-hara di Negara

3. Berdasarkan petikan cerpen, Basirah berasal dari A. Los Angeles B. Sabah C. Semenanjung Malaysia D. Sarawak

4. Nilai yang berikut tergambar dalam petikan cerpen tersebut, kecuali A. Berterima kasih B. Menghargai bantuan orang lain C. Kasih saying D. Pengorbanan

5. Apakah tema cerpen ini? A. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi yang memberikan manfaat B. Ketabahan para pelajar dalam menghadapi persaingan C. Kegigihan golongan pelajar berhadapan pelbagai masalah D. Sanggup menggadai maruah demi kepentingan diri

WARKAH DARIPADA IBU (Rohani Deraman) SINOPSIS Mira dan adik-adiknya dihantar oleh ibu untuk tinggal di kampung bersama-sama nenek dan datuk. Keputusan ibunya itu menyebabkan pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Mira. Mira menganggap bahawa ibunya tidak menyeyanginya lagi. Mira mendapati masyarakat kampung begitu mesra dan peramah. Mira mula berkawan dengan Suzana dan rakan-rakannya yang begitu tinggi nilai adab

sopannya. Suzana dan rakan-rakannya rajin belajar dan Mira amat senang dengan persekitaran kampung yang masih tidak tercemar. Sejak bersekolah di kampung, Mira begitu rajin mengulang kaji pelajaran. Setelah Mira membaca warkah ibunya barulah terjawab persoalan yang sering bermain dalam fikirannya. Mira dan adikadiknya dihantar untuk tinggal di kampung agar Mira tidak terlibat dalam gejala social. Ibunya mahu Mira menjadi anak soleh dan terdedah kepada nilai moral dan keagamaan. Corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih terkawal kerana masyarakat desa masih mengekalkan amalan hidup yang harmoni. Setelah setahun tinggal di kampung. Ibu berasa bangga kerana Mira telah hamper tamat mengaji al-Quran, menunaikan solat, bersopan santun dalam pergaulan, dan menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran. Kini Mira sudah faham akan tujuan ibu dan ayahnya menghantarnya ke kampung. Air mata Mira mengalir selepas membaca warkah ibunya dan kini barulah mira mengerti pengorbanan ibu dan ayahnya. TEMA Pengorbanan ibu dan ayah untuk memberikan pendidikan yang baik dan memupuk akhlak yang mulia dalam diri anak-anak. PERSOALAN Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya Ibu dan ayah Mira sanggup menghantar Mira dan adik-adiknya untuk tinggal di kampung agar mereka menjadi anak yang soleh dan memiliki adab sopan yang baik Kepatuhan anak terhadap keputusan ibu bapa Mira patuh akan keputusan ibu dan ayahnya agar dia tinggal di kampung walaupun pelbagai persoalan timbul dalam fikirannya Masalah kehidupan di Bandar Masalah social yang agak serius di kota menimbulkan kebimbangan dalam diri ibu Mira dan Mira dihantar ke kampung supaya dia tidak terlibat dalam gejala social

WATAK DAN PERWATAKAN Mira Anak sulung daripada tiga orang adik beradik Amat patuh kepada ibu bapa Sayang akan ibu dan bapanya Tabah menghadapi dugaan Menunjukkan prestasi yang baik setelah tinggal di kampung

Ibu LATAR

Berasa kesal kerana tersalah anggap terhadap keputusan ibunya

Beliau merupakan anak tunggal Tinggal di Bandar dan sibuk dengan urusan kerja Sangat sayang akan anak-anaknya Menghantar anak-anaknya tinggal di kampung demi kebaiakan mereka Lemah-lembut, bertanggungjawab dan penyayang Sentiasa mengambil berat akan anak-anaknya

Latar tempat di rumah Mira, rumah nenek dan datuk Mira, kedai Pak Uda Usop Latar masa zaman kini hamper senja, subuh Latar masyarakat masyarakat Bandar, masyarakat kampung, masyarakat yang mementingkan pendidikan, masyarakat yang patuh akan ajaran agama, masyarakat kampung yang bersopan santun

PLOT Plot cerpen ini disusun secara kronologi peristiwa mengikut urutan masa Permulaan Mira menerima warkah daripada ibunya setelah hamper setahun dia tinggal di kampung. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar tinggal di kampung mengundang pelbagai persoalan Perkembangan Mira dan adik-adiknya ditinggalkan oleh ibu dan bapanya di kampung. Mira bersekolah di kampung dan berkenalan dengan banyak kawan. Suasana persekolahan di kampung telah menyedarkan Mira akan pentingnya pelajaran Konflik Mira tertanya-tanya tujuan ibunya menghantar dia dan adik-adiknya tinggal di kampung. Mira beranggapan bahawa ibu dan ayahnya tidak sayang akan dia dan adik-adiknya Klimaks Mira telah menyedari tujuan sebenar ibu dan ayahnya menghantarnya untuk tinggal di kampung setelah membaca warkah ibunya

Perleraian Mira sedar betapa besarnya harapan dan pengorbanan ibu dan ayahnya terhadap dirinya supaya dia menjadi manusia yang berguna

GAYA BAHASA NILAI Kasih sayang Ibu dan ayah Mira sangat saaing akan anak-anaknya hingga sanggup menghantar mereka tinggal di kampung demi kebaikan mereka Pengorbanan Mira memahami betapa besarnya pengorbanan dan harapan ibu dan ayahnya terhadap dia dan adik-adiknya demi menjadikan mereka manusia yang mulia Kepatuhan Mira mematuhi arahan neneknya agar memakai tudung semasa keluar dari rumah Penggunaan Bahasa Arab - Assalamualaikum, ajnabi Simile Aku pula macam tidur-tidur ayam Metafora Sembilu rindu Sinkof nak, nek Simpulan bahasa anak tunggal, berat hati, tidur-tidur ayam, makan angina

PENGAJARAN Kita haruslah berkorban demi orang yang disayangi Ibu dan ayah sanggup berpisah dengan anak-anaknya demi memastikan mereka mendapat didikan agama dan adab sopan agar menjadi manusia yang berguna pada masa depan Kita haruslah reda dan tabah menghadapi pelbagai dugaan Mira tabah menghadapi pelbagai dugaan apabila dihantar ke kampung untuk tinggal bersama datuk dan neneknya Kita hendakalah menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan ayah Mira akhirnya mengetahui sebab-sebab ibu bapanya menghantar dia untuk tinggal di kampung agar dia menjadi manusia berguna Kita haruslah belajar dengan tekun demi masa depan Suzana dan rakanrakannya rajin mengulangkaji pelajaran mereka kerana mereka menyedari pentingnya pelajaran demi kecemerlangan hidup Kita mestilah menunaikan perintah Allah Mira menunaikan solat dan hamper tamat mengaji al-Quran

PRAKTIS 6 : WARKAH DARIPADA IBU Baca cerpen Warkah daripada Ibu dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Mira, kenapa masih berdiri di situ? mari ikut nenek ke kedai. Nanti di sana Mira akan dapat berkenalan dengan banyak teman sebaya, ajak nenek cuba memujuk hatiku yang rawan. Dengan malas aku bangun lalu berjalan kea rah nenek. Mira pergi ke bilik nenek dan ambil tudung, perintah nenek. Nak buat apa dengan tudung nek? Kan Mira nak ikut nenek pergi ke kedai, Mira kenalah pakai tudung kepala. Sebagai wanita Islam, kita wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi. Kedai itu dekat saja. Dekat atau jauh, apabila kita keluar dari rumah tentu terdapat orang yang bukan muhrim kita, kita wajib menutup aurat. Kalau datuk Mira Nampak Mira tak pakai tudung tentu dia akan berleter nanti, kata nenek seperti bersyarah.

1. Bagaimanakah situasi yang berlaku pada permulaan petikan cerpen ini? A. Nenek cuba mengambil hati Mira yang masih bersedih B. Nenek meminta Mira bersabar dengan masalah yang berlaku C. Nenek mengajak Mira ke kedai serta meminta Mira memakai tudung D. Nenek menasihati Mira agar tidak bersedih

2. Apakah nasihat nenek kepada Mira? A. Memakai tudung kerana kaum perempuan wajib menutup ayrat ketika keluar rumah B. Memakai tudung untuk mengelakkan diri daripada melakukan dosa C. Kaum perempuan merupakan penghuni neraka yang paling ramai D. Kaum perempuan yang tidak bertudung akan menimbulkan fitnah

3. Yang berikut adalah latar masyarakat yang tergambar dalam petikan cerpen ini, kecuali A. Masyarakat kampung yang bertanggungjawab B. Masyarakat yang mementingkan kebendaan C. Masyarakat yang peramah dan mesra D. Masyarakat yang menitikberatkan didikan agama

4. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan cerpen ini? A. Bertanggungjawab B. Kebersihan C. Kerjasama

D. Kegigihan

5. Pengajaran yang dapat diambil daripada cerpen Warkah daripada Ibu ialah A. Kita harus menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah kita B. Kita tidak harus mengongkong anak-anak C. Kita mesti bersyukur dengan rezeki yang diperoleh D. Ibu bapa harus mementingkan agama dan nilai murni dalam mendidik anak-anak