Ilmu Rijal Hadis adalah ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalah
mengetahui satu bahagian yang besar dalam ilmu-ilmu Islam. Imam Ali
bin al-Madini berkata: "Kefahaman yang mendalam tentang makna-
makna hadis adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah
separuh ilmu. (Abu Ghuddah, Lamahat, hal. 80)
Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, ilmu sejarah perawi
dan kedua, ilmu Jarh wa Ta`dil. Dalam tulisan ini, penulis akan
membincangkan pecahan pertama sahaja yang skopnya itu sangat luas.
Dr. `Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini. Kata beliau, ilmu Tarikh
al-Ruwat ialah ilmu yang memperkenalkan perawi dari sudut yang
berkait dengan periwayatan hadis oleh mereka. Ilmu ini merangkumi
biografi dan penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri
mereka, tarikh mula mendengar hadis, pengembaraan, tarikh ketibaan
di sesebuah negeri, guru-guru, perawi lain yang menerima hadis
daripadanya dan mendengar hadis dari syaikh yang nyanyuk sebelum
atau selepas berlaku nyanyuk. (Usul al-Hadith, hal. 253) Ilmu ini sama
berkembang dengan ilmu hadis. Dari satu sudut, ilmu ini kelihatan
sebahagian dari ilmu sejarah. Cuma ia lebih tertumpu kepada keadaan
para perawi.
Pengenalan Para Perawi
Secara asasnya, seseorang perawi dikenali dengan nama asal tetapi ada
kalanya lebih dikenali dengan kunyah atau nisbahnya. Apabila seorang
perawi itu dikenali dengan abu fulan (bapa si fulan) atau ummu fulan
(ibu si fulan) maka itu dikatakan kunyah. Kunyah merupakan panggilan
yang cukup utuh dalam sistem panggilan masyarakat Arab yang
menggambarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Begitu juga
apabila perawi itu dikaitkan dengan sesuatu bangsa, tempat dan
keturunan maka itu dipanggil sebagai nisbah. Di samping itu, ada juga
perawi yang diberikan laqab atau gelaran yang melambangkan
kedudukannya dalam dunia ilmu seperti al-Imam, al-Hafiz, Syaikh al-
Islam dan lain-lain.
Pengembaraan Ilmiyyah
Ilmu Rijal Hadis ini sangat penting dalam berhadapan dengan pereka-
pereka hadis. Kata Sufyan al-Thauri: "Apabila para perawi menggunakan
dusta dalam periwayatan maka kami gunakan sejarah untuk melawan
mereka." (al-Khatib, al-Kifayah, hal. 119)
Kitab boleh lihat kepada Injil dengan keempat-empat buah iaitu Matta,
Markes, Yuhanna dan Loka. Keempat orang pengarang ini tidak pernah
bertemu dengan Nabi Isa a.s. Sejarah tidak dapat memberikan jawapan
siapakah yang meriwayatkan injil-injil ini daripada Nabi Isa a.s.
Tambahan pula, tidak diketahui bahasa asalnya. Bagaimana mungkin
diyakini kebenarannya. (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-
Muhammadiyyah, hal. 30)
Para imam ilmu rijal akan memeriksa keadaan perawi dari segi sejauh
mana dia menjaga perintah-perintah Allah dan menjauhi kemungkaran.
Untuk itu, ulama akan bertanya kepada orang yang lebih arif tentang
perawi tersebut. Al-Hasan bin Saleh berkata: "Apabila kami mahu
menulis tentang seorang perawi, kami akan bertanya tentangnya
sehingga dikatakan orang: "Adakah anda mahu mengahwinkannya?"
(bersambung…)
Sahabat Rasulullah s.a.w. merupakan generasi yang paling mulia kerana mereka
menerima pendidikan secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. di samping
terdidik dalam suasana wahyu. Melalui mereka sunnah Rasulullah s.a.w.
terpelihara dan dapat sampai kepada generasi kemudian. Allah s.w.t. telah
memilih satu generasi yang paling mulia untuk mendampingi dan menemani
RasulNya. Demi memastikan Islam tetap tersebar ke seluruh alam, mereka
sangup mengorbankan jiwa dan harta mereka.
Menurut Ibn Kathir, beberapa imam seperti al-Bukhari, Abu Zur`ah, Ibn Abd al-
Barr, Ibn Mandah, Ibn al-Athir dan Abu Musa al-Madini menegaskan semata-
mata bertemu Rasulullah s.a.w. sudah memadai dalam menentukan seseorang
itu sebagai sahabat. (Dirasat fi al-Jarh wa al-Ta`dil, hal 171)
Kedudukan sahabat yang utama
(خيير الناس: عين النيبي صيلى ال علييه وسيلم قال،عين عبيد ال رضيي ال عنيه
ثم الذين يلونهم، ثم الذين يلونهم،قرني.
Daripada Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebaik-baik manusia
ialah kurunku, kemudian yang mengikuti mereka dan kemudian yang mengikuti
mereka.
3470 فلو أن أحدكم، (ل تسبوا أصحابي: قال النبي صلى ال عليه وسلم:عن أبي سعيد الخدري رضي ال عنه قال
ما بلغ مد أحدهم ول نصيفه،(أنفق مثل أحد ذهبا.
Pengelasan generasi sahabat yang paling diakui ialah yang dibuat oleh al-
Hakim. Beliau telah mengelaskan generasi sahabat kepada 12 tingkatan.
Ahli Badar.
Ahli Sunnah juga sepakat mengatakan para sahabat kesemuanya adalah adil
berdasarkan kepada ta`dil Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. sendiri. Satu
penilaian yang tidak dapat ditandingi dan dipertikaikan oleh sesiapapun.
Seseorang perawi itu dapat ditentukan sebagai sahabat dengan melihat kepada
salah satu tanda-tanda berikut.
Keadilan sahabat
Secara mutlak, sahabat yang paling utama ialah Abu Bakar dan kemudian Umar.
Kenyataan ini berdasarkan kepada ijmak Ahli Sunnah wal Jamaah. Dinukilkan
juga dari Imam al-Syafie tentang ijmak para sahabat dan Tabi`in. Bagaimanapun
Syiah tidak bersetuju dalam hal ini kerana mereka berpendapat Ali adalah
sahabat yang paling mulia dan menjadi aqidah mereka semua sahabat telah
murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. kecuali beberapa orang sahaja.
Oleh itu tiada yang lain yang tinggal melainkan Ali dengan itu mereka
mengatakan Ali yang lebih mulia.
Sahabat yang paling akhir meninggal dunia ialah Abu Tufail `Amir bin Wathilah
al-Laythi. Beliau meninggal dunia di Mekah pada tahun 100H. tetapi ada
pendapat mengatakan lebih dari itu. Sementara yang paling akhir meninggal
dunia sebelum beliau ialah Anas bin Malik yang meninggal dunia pada tahun
93H di Basrah.
خوَانَنَا مِنَن
ْ خوَانَنَا مِنَن ال ُمهَاجِرينَن كانَن يَشْ َغُلهُمُن الصّن ْفقُ بالَسْنوَاقِ وإنّ إ ْ إنّ إ
الَنْصنَا ِر كانَن يَشْ َغُلهُمُن العَ َملُ فِي أ ْموَا ِلهِمْن وإنّ أبنا هُرَيْ َر َة كانَن َيلْزِمُن رسنولَ ال
َح َفظُون
ْ ح َفظُ ما ل َي
ْ بش َبعِ َبطْنِ ِه وَ َيحْضُرُ ما ل َيحْضُرُونَ و َي
Abu Hurairah menceritakan bahawa saudara-saudara kami dari kalangan
Muhajirin sibuk dengan jual beli di pasar sementara saudara-saudara Ansar pula
sibuk bekerja mengusahakan harta mereka. Sesungguhnya Abu Hurairah
sentiasa mendampingi Rasulullah s.a.w. dengan sepenuh perutnya, dia
menyertai majlis yang tidak disertai mereka dan menghafal apa yang tidak
dihafal oleh mereka. (Sahih al-Bukhari, Kitab al-`Ilm: Bab Hifz al-`Ilm, no: 117)
Para sahabat juga sentiasa memastikan hadis Rasulullah s.a.w. dengan
bertanya siapa dari kalangan mereka menyertai majlis baginda. Jabir bin
Samurah berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang
tonggak dari Quraish tidak akan digugat oleh permusuhan orang yang memusuhi
mereka. Kata Jabir kemudian saya berpaling tiba-tiba saya dapati Umar al-
Khattab dan bapa saya lalu mereka mengakui hadis itu sebagaimana yang saya
dengar. (al-Muhadith al-Fasil, 494)
عليكقم بالقرآن وسقترجعون إلى أقوام سقيبلغون الحديقث عنقي فمقن عققل شيئا
فليحدث به ومن قال علي ما لم أقل فليتبوأ بيتا أو مقعده من جهنم.
Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur’an, nanti kamu akan kembali kepada
kaum-kaum yang akan menyampaikan hadis daripadaku, oleh itu sesiapa yang
memahami sesuatu hendaklah dia menyampaikannya, sesiapa yang dusta di
atas aku maka hendaklah dia menyediakan rumah atau tempat tinggalnya di
dalam neraka jahannam. ( riwayat al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Kabir)
Oleh kerana itu kita dapati mereka sangat sedikit meriwayatkan hadis dan
merasa sangat berat kerana walaupun telah menghafalnya kerana takut tersilap
yang boleh membawa kepada berdusta sedangkan ada hadis menyatakan:
"كفقى بالمرء كذبقا: قال رسقول ال صقلى ال عليه وسقلم:عن أبقي هريرة؛ قال
"أن يحدث بكل ما سمع.
Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja
yang dia dengar. (Riwayat Muslim)
Sesetengah pihak mendakwa hadis tidak pernah ditulis pada awal sejarah Islam
tetapi ditulis kemudiannya selepas beberapa abad. Dakwaan ini tidak benar
kerana ada beberapa orang sahabat telah menulis dan mencatat hadis-hadis
pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Abu Hurairah berkata:
إل ما كان،ما من أصحاب النبي صلى ال عليه وسلم أحد أكثر حديثا عنه مني
فإنه كان يكتب ول أكتب،من عبد ال بن عمرو
Tidak ada sahabat Rasulullah s.a.w. yang lebih banyak meriwayatkan hadis dari
saya kecuali Abdullah bin `Amr, kerana beliau mencatat (hadis-hadis) tetapi saya
tidak.
ل صيلىّ كنيت أكتيب كيل شىء أسيمعه مين رسيول ا:عين عبيد الّ بين عمرو قال
أتكتييب كييل شىء تسييمعه: فنهتنييي قريييش وقالوا،الّ عليييه وسييلم أريييد حفظييه
فأمسكت عن،ورسول الّ صلى الّ عليه وسلم َبشَرٌ يتكلم في الغضب والرضا
فأوميأ باصيبعه إلى فييه،ل صيلى الّ علييه وسيلمّ فذكرت ذلك لرسيول ا،الكتاب
ّ "اكتب فوالذي نفسي بيده ما يخرج منه إل حق:"فقال.
Daripada Abdullah bin `Amr, katanya: Saya sering mencatat setiap yang saya
dengar daripada Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba kaum Quraish melarangku dan
berkata: Adakah kamu menulis setiap yang kamu dengari sedangkan Rasulullah
s.a.w itu manusia, bercakap dalam keadaan marah dan senang? Lalu saya pun
berhenti dari menulis. Saya menyebutkan hal ini kepada baginda lalu baginda
mengisyaratkan dengan jarinya ke mulutnya dan bersabda: "Tuliskanlah! Demi
diriku yang berada di TanganNya, tidak keluar darinya kecuali kebenaran".
Berikut ini beberapa sahifah atau catatan yang diusahakan oleh para sahabat:
al-Sahifah al-Sadiqah iaitu catatan hadis yang diusahakan oleh `Abdullah bin
`Amr bin al-`As. Beliau pernah menceritakan tentang hal dirinya: Saya telah
menghafaz daripada Rasulullah s.a.w. seribu mithal". Beliau amat berbangga
dengan catatannya itu. Al-Darimi menyebutkan dalam sunannya bahawa
Abdullah bin `Amar berkata: Tidak ada yang menyenangkan diriku di dunia ini
melainkan al-Sadiqah dan al-Wahat. Al-Wahat ialah tanah yang diwakafkan oleh
bapanya di Taif dan beliau menjaganya. ( Sunan al-Darimi, jil.1 hal. 127) Sahifah
ini kemudiannya diwariskan oleh cucu beliau iaitu `Amar bin Syu`aib. Imam
Ahmad di dalam al-Musnad pada musnad `Abdullah bin `Amr telah
mengeluarkan sebahagian besar hadis dari sahifah ini, melalui hadis `Amar bin
Syu`aib daripada ayahnya daripada datuknya.
Sahifah `Ali bin Abi Talib, catatan yang ringkas merangkumi masalah aql iaitu
kadar diyat dan hukum-hukum membebaskan tawanan. Al-Bukhari menyebutkan
di dalam sahihnya daripada Abu Juhaifah berkata: Saya bertanya kepada Ali:
Adakah di sisi kamu ada kitab? Beliau menjawab: Tidak ada melainkan kitab
Allah atau pemahaman yang diberikan kepada lelaki muslim atau apa-apa yang
ada dalam sahifah ini. Saya bertanya lagi: Apa yang ada dalam sahifah ini?
Beliau menjawab: Aql, pembebasan tawanan dan tidak boleh orang Islam
dibunuh kerana orang kafir. (Sahih al-Bukhari, no: 111, hal. 47)
Di kalangan sahabat ada yang menetap di Kufah seperti `Ali dan Ibn Mas`ud, di
Madinah seperti `Umar, Ibn `Umar dan Zaid bin Thabit, di Basrah Abu Musa al-
`Asy`ari, di Syam Mu`az bin Jabal dan Mu`awiyah bin Abu Sufyan, di Mekah Ibn
`Abbas dan di Mesir `Abdullah bin `Amar bin al-`As. Dari Bandar-bandar, inilah
tersebar hadis-hadis Rasulullah s.a.w. (Ibn al-Qayyim, I`lam al-Muwaqqi`in, jld. 1
hal. 61)