Anda di halaman 1dari 21

HADITH 40

Imam Nawawi
Perbahasan berdasarkan Modul Pemurnian IKRAM

ummuaaisy@gmail.com

CARTA ALIRAN HADITH 40

BAHAGIAN 1
Hadith 1-10

1.1

CARTA ALIRAN HADITH 1-10

1.2

HADITH 1
Tema: Niat

A) Hadith dan Terjemahannya

. : : . . . .

Diriwayatkan daripada Umar r.a., beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya segala amalan hanyalah dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

B) Tema dan Objektif

Tema utama hadis ini ialah niat. Himpunan 42 hadis Imam Nawawi ini dimulakan dengan hadis bertemakan niat ini sangat bertepatan dengan kehidupan seseorang Muslim yang mana setiap amalannya akan dihitung berdasarkan niat. Tema-tema kecil hadis ini ialah: 1. Niat yang Ikhlas 2. Hijrah Hadis ini merupakan hadis pertama yang akan dilalui oleh peserta tamhidi yang mana melalui hadis ini, diharapkan peserta menanamkan niat untuk lebih serius di dalam tarbiyah. Bukan itu sahaja, diharapkan juga peserta melakukan proses-proses penghijrahan dari sudut maknawi, bagi membantu dirinya mencapai objektif tarbiyah.

C) Niat yang Ikhlas

. .
Sesungguhnya segala amalan hanyalah dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maksud hadis: Segala amalan hendaklah dengan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan daripada amalannya. Sekiranya dia meniatkan perkara yang baik, dia akan

mendapat kebaikan. Sekiranya dia meniatkan perkara yang buruk, dia akan mendapat keburukan.

Niat: Niat dalam bahasa Arab adalah bermaksud tujuan dan kehendak.

Tujuan niat: 1. Membezakan antara sesuatu ibadah dengan ibadah yang lain. Seperti membezakan solat Zohor daripada solat Asar. Mandi janabah daripada mandi untuk menyejukkan badan dan membersihkan diri dan sebagainya. 2. Membezakan tujuan amalan tersebut dilakukan. Samaada dilakukan kerana Allah semata-mata atau selain-Nya. Niat semata-mata kerana Allah inilah yang dikatakan ikhlas.

Niat dalam al-Quran: Di dalam al-Quran biasanya niat digambarkan dengan perkataan yang bermaksud kehendak atau kemahuan. Cth: 3:152, 8:67, 42:20 etc. Al-Quran juga menerangkan perkataan niat dengan menggunakan perkataan yang bermaksud menuntut.

Cth: 92:20, 2:265, 2:272, 4:114 etc.

Syarat diterima amal: 1. Niat yang ikhlas 2. Bertepatan dengan syariah atau sunnah

Ikhlas, : Ikhlas berasal daripada perkataan yang bermaksud habis. Oleh itu, ikhlas bermaksud, tiada yang lain, melainkan Allah. Seseorang itu dikatakan ikhlas apabila segala niat, juga amalnya, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk Allah semata-mata.

Lawan perkataan ikhlas:

1. Asal daripada perkataan yang bermaksud tengok/tunjuk. Bermakna bermaksud melakukan sesuatu amal dengan tujuan supaya dilihat orang. 2. asal daripada perkataan yang bermaksud dengar. Ini bermakna, membawa maksud menceritkan kepada orang lain amalan kita.

3. Asal daripada perkataan yang bermaksud kagum. bermaksud melakukan sesuatu amal dengan perasaan kagum dengan diri sendiri. Merasakan diri sendiri lebih bagus dari orang lain. Lawan ialah iaitu meletakkan sesuatu pada tempat yang sesuai dengannya dan pada masa yang sesuai. Contoh aplikasi ialah, lemah lembut kepada orang mukmin, keras pada orang kafir. Ianya mirip dengan tapi, adalah di dalam diri manakala di luar, Tunjukkan kepada orang. Membesar-besarkan diri di hadapan orang lain.

Perbincangan: 1. Apakah niat kita ikut usrah atau ikut tarbiyah?

Adakah ikhlas kerana Allah? Atau nak tunjuk kepada orang lain yang kita ikut usrah? Atau nak bagi tahu kat orang yang kita ikut usrah? Atau ianya menjadi satu kebanggaan?

2. Apakah tanda yang amalan kita ikut usrah itu adalah sebab ? , ,

3. Apakah tanda kita dalam tarbiyah? - Nampak kesungguhan kita

4. Adakah hadis ini menekankan tentang ibadah?

- tidak. Main pointnya ialah dari sudut dalaman iaitu keimanan. Kena ikhlas. Kenapa?

Sebab masa di madinah, dah ada ruang-ruang untuk tidak ikhlas. Jadi Rasul ingatkan tentang niat supaya mereka sentiasa menjaga niat mereka.

A) Hijrah

. .
Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut.

Kisah disebalik potongan hadis: Kisah muhajir Ummu Qais

Maksud Hijrah: Berasal dari perkataan yang bermaksud meninggalkan.

Pada zaman Rasulullah, berhijrah ke satu tempat lain adalah perlu bagi meninggalkan jahiliah. Bagaimanakan kita mahu mengaplikasikan konsep hijrah ini di zaman sekarang?

Kena hijrahkan iman yang static itu kepada iman yang melahirkan amal

Hijrah terbahagi kepada dua bentuk. Iaitu bentuk sifat dan juga bentuk tempat. Sifat: 1. 2.
3. 4. 5.

Dari tak tahu kepada tahu Dari tahu kepada bergerak Dari maksiat kepada taat Dari jahilliah kepada Islam Dari kufur (engkar) kepada Islam (tunduk/patuh) Dari menduakan kepada mengesakan Dari salah kepada benar Dari berbolak balik kepada berterusan Dari haram kepada halal

6.
7. 8. 9.

Aplikasi hijrah dari sudut sifat dalam konsep tarbiyah ialah, meliputi perkara di atas.

Tempat:
1. 2. 3.

Keselamatan. Untuk orang yang lemah. Contohnya hijrah ke habsyah Untuk melarikan diri. Bersifat sementara. Contohnya hijrah dari Palestin. Dengan penuh keimanan. Untuk semua orang. Contohnya Hijrah ke Madinah.

Aplikasi hijrah dari sudut tempat dalam konsep tarbiyah ialah; Cth:

sekiranya tempat tidak menyokong proses tarbiyah (biah), maka boleh pindah pindah untuk dakwah atau atas arahan naqib etc.

A) Kesimpulan

Niat sangat penting dalam kehidupan seorang muslim. Perlulah sentiasa ikhlas dan tarbiyah dan dakwah. Hijrah sangat diperlukan dalam proses tarbiyah.

1.2

HADITH 2

Tema: Ad-Din

A) Hadis dan terjemahannya

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a., beliau berkata: Ketika kami sedang berada di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya

kesan perjalanan jauh dan tidak dikenali oleh sesiapa pun di kalangan kami. Dia datang hingga duduk menghadap Nabi s.a.w., lalu menyandarkan dua lututnya ke dua lutut Baginda, dan meletakkan dua tangannya di atas dua paha Baginda. Dia berkata, Wahai Muhammad, beritahu kepada saya tentang Islam. Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Islam ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan melakukan haji di Baitullah jika kamu mampu melakukannya. Lelaki itu pun berkata: Benar. Umar berkata lagi: Kami pun merasa hairan, kerana dia bertanya dan membenarkan Baginda. Lelaki itu bertanya lagi: Beritahu kepada saya tentang iman. Baginda menjawab: Kamu percaya kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Terakhir dan kamu percaya kepada qadar, samada yang baik dan yang buruk. Dia pun berkata: Benar. Dia berkata lagi: Beritahu kepada saya tentang ihsan. Baginda menjawab: Kamu menyembah Allah, seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranyan kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Dia bertanya lagi: Beritahu kepada saya tentang masa berlaku Kiamat. Baginda menjawab: Orang yang ditanya tentang Kiamat bukanlah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Dia bertanya lagi: Beritahu kepada saya tentang tandatandanya. Baginda bersabda: Hamba perempuan akan melahirkan tuannya. Kamu

akan melihat orang-orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan. Kemudian dia pun pergi. Saya berdiam diri agak lama (beberapa hari). Kemudian Baginda bertanya saya: Wahai Umar, adakah kamu tahu siapakah orang yang bertanya (tempoh hari)? Saya menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda pun bersabda: Sesungguhnya dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kamu tentang agama kamu. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim.

B) Tema dan Objektif Tema hadis ini ialah Ad-Din (cara hidup). Ini bermaksud menjadikan Islam sebagai Ad-Din. Objektif yang ingin disampaikan oleh hadis ini dari sudut tarbiyah ialah, untuk menjadikan Islam sebagai Ad-Din, perlulah mengambilnya secara keseluruhan. Dari aspek ibadahnya, aqidahnya juga akhlaknya. Sekiranya dia menolak salah satu, maka dia belumlah dikatakan mengambil Islam sebagai cara hidupnya. 3-1 bukanlah 2. Tetapi 3-1=0 Pendek kata, dalam hadis ini kita akan mempelajari apa itu Islam dan apa yang boleh membatalkan Islam kita.

C) Kaitan dengan hadis sebelumnya Hadis sebelumnya bertemakan niat. Manakala hadis ini pula bertemakan Islam sebagai Ad-Din. Kalau difikirkan secara logiknya, hadis inilah yang sepatutnya diletakkan sebagai hadis pertama. Kena tahu yang Islam itu adalah Ad-Din terlebih dahulu. Bila dah terima Islam sebagai ad-diin, untuk beramal dengannya barulah perlukan niat yang ikhlas. Tapi Imam Nawawi tidak meletakkan hadis ini terlebih dahulu sebaliknya meletakkan hadis niat sebagai pemula kepada himpunan hadis-hadis di dalam kitabnya. Kenapa?

Kerana himpunan hadis ini ditujukan kepada Muslim bagi membantu mereka memahami Islam. Bukannya kepada orang yang bukan Islam.

A) Adab menuntut ilmu B) Isi kandungan hadis:

1. 2. 3.
4.

Al-Islam Al-Iman Al-Ihsan As-Saah

A) Perbincangan 1. Kenapa belajar Islam dulu bukan iman dulu? - sebab kalau orang kafir tanya, dia akan tanya macam mana nak jadi muslim dulu. Iman datang selepas masuk Islam.

Syahadah muslim ibadah Dia buat ibadah dengan iman atau tidak, itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kita hanya boleh menghukum dari sudut zahir sahaja.

2. Kenapa ada juga hari kiamat dalam hadis ini? - tempoh ad-diin itu adalah sebelum hari akhirat. Selepas itu sudah tidak berguna ketiga-tiga hal tadi.

B) Kesimpulan

1.3

HADITH 3

Tema: Al-Bina

A) Hadith dan terjemahannya

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.anhuma, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam dibina di atas lima perkara: penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan. Hadis ini diriwayatkan oleh atTirmizi dan Muslim.

B) Tema dan Objektif Tema hadith ini ialah Al-bina iaitu pembinaan. Ada 5 asas binaan Islam.

Objektif hadith ini ialah untuk memberi kefahaman apakah dia asas binaan Islam dan apakah kesannya di dalam kehidupan.

C) Kaitan dengan hadith sebelumnya Dalam hadis sebelumnya, diceritakn Ad-Diin secara keseluruhan. Dalam hadis ini, diceritakan pula secara terperinci apa itu Islam dan apakah asas-asas pembinaannya.

D) Isi kandungan 1. 2. Syahadah Solat Kesan solat: mencegah keji dan munkar (29:45), (107:4,5) 3. Zakat Kesan zakat: 9:103 membersihkan luaran, menyucikan dalaman, berdoa 4. Haji Kesan haji: tadhiyah, tajarrud 5. Puasa Kesan puasa: 2:183) )

A) Perbincangan B) Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai