Anda di halaman 1dari 21

1.

Sejarah Perkembangan Pemulihan

SINOPSIS Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan pemulihan yang merangkumi sejarah pemulihan dari luar Negara dan dalam Negara. Tajuk ini akan membincankan tentang projek khas; latihan guru; pelaksanaan program dan arahan dan surat pekeliling HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda akan dapat: 1. mengetahui sejarah perkembangan pemulihan di dalam dan luar negara 2. mengetahui tatacara pemilihan guru pemulihan yang sebenarnya 3. memahami latihan yang dilalui oleh guru pemulihan dan kemahiran yang dimliki oleh seorang guru pemulihan yang bertauliah 4. memahami konsep pelaksanaan program pemulihan 5. mengenal pasti tatacara bagi mewujudkan kelas pemulihan di sekolah

1. Sejarah Perkembangan Pemulihan Dalam Dan Luar Negara Dari Aspek Projek Khas, Latihan Guru, Pelaksanaan Program, Arahan dan Surat Pekeliling

1.1 Sejarah Luar Negara Secara ringkasnya dua buah negara yang terkenal kerana pendidikan pemulihannya ialah Amerika dan England. Perkembangan di Amerika berkembang pesat setelah termaktubnya PL 94-142, sementara di England pula selepas Laporan Warnock. Menurut Geof Sewell(1982) pendidikan pemulihan mula di perbincangkan lewat 1800.Perkembangannya dapat di lihat di dua buah negara: Ministry of Education (1946 &1953) ; mentakrifkan satu kategori kanak-kanak subnormal dari segi pendidikan sebagai kanak-kanak yang terencat lebih dari 20% daripada umur mereka dan gred kebolehannya tidaklah serendah dan seteruk mereka yang tidak boleh diberi pendidikan Department of Education and Science (1964) (ch.2,para.1);mencadangkan istilah educationally subnormal ditukar kepada pronounced educational backwardness dan yang selebihnya sebagai slow learner.Malangnya ordinan ini tidak begitu dipakai kerana kerana kebanyakkan orang berasa malu untuk menerima istilah slow learnerkerana kategori ini tidak menerima keistimewaan seperti golongan khas lain. Oleh itu istilah yang mudah diterima ialah pendidikan pemulihan Menurut Geof Sewell(1982);krisis ekonomi lewat 70an dan 80an telah menjejaskan pendidikan pemulihan dengan teruk.Kekosongan jawatan guru tidak diisi dan yang sedia ada dalam perkhidmatan terancam. Snell dan Anderson (2000);The Department of Education dalam penilaiannya terhadap program pemulihan yang telah dijalankannya selama 30 tahun dan telah berbelanja lebih 120 billion mendapati bahawa program pemulihan yang dijalankan gagal menaikkan pencapaian kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Maka pada 1994,penguatkuasaan semula dari program pemulihan bercorak individu kepada pemulihan seluruh sekolah dilakukan. Model-model dibina dan penilaian keseluruhan sekolah tidak terpisah dari program-program khas.Pada awal 1990,wujud di sekolah-sekolah awam private remedial education partnership dengan syarikat swasta seperti Sylvan Learning Systems dan Kaplan Educational Services.

Pada

1998,

Sylvan

Learning

System

mendapat

kontrak

13.8

million

di

Compton,California dimana mutu pendidikan sangat rendah sehingga kerajaan negeri terpaksa ambil-alih dari daerah.Penilaian awal menunjukkan pelajar di dalam program mendapat aras gred setanding selepas pengajaran selama 20 jam.Program Sylvan at School dijalankan keatas 80 000 pelajar di 850 buah sekolah tidak kira sekolah awam ataupun tidak. Latihan 1:
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Soalan Latihan : Berdasarkan kepada Akta PL 94-142 Amerika dan Laporan Warnock England, anda dikehendaki membina satu carta yang menggambarkan bagaimana kedua-dua akta tersebut telah berjaya memberi peneguhan kepada program pemulihan. 1.2 Sejarah Dalam Negara Bermula pada tahun 1965 apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan diluar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai Pilot Projek di sembilan buah Sekolah Rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. dari kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah tersebut didapati Program Pendidikan Pemulihan sangatlahdiperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Dalam tahun 1968 hingga 1974 kerajaan telah membekukan pengambilan guru-guru berkursus di bidang Pendidikan Pemulihan. Berdasarkan Laporan Murad 1971, didapati 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran kerajaan terhadap peratusan keciciran murid-murid di sekolah-sekolah rendah menguasai kemahirankemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira menyebabkan kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif Laporan Murad dari tahun 1971 hingga 1973 telah menyedarkan semula kerajaan akan pentingnya Program Pendidikan Pemulihan. Pada tahun 1975 seminar yang pertama telah diadakan di Universiti Malaya.

Disamping itu juga dalam tahun 1975, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan untuk Sekolah Rendah Bawah di dua belas buah sekolah dengan menggunakan strategi pendidikan pemulihan dijalankan oleh guru kelas biasa. Muridmurid yang terlibat dalam projek ini ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran ringan dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris. Muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran yang kompleks diserahkan kepada guru pemulihan khas. Projek Pendidikan Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan daripada status ekonomi sosial yang rendah. Mereka diberi bantuan dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan program pembangunan masyarakat. Walau bagaimanapun projek ini tidak berjaya kerana kanak-kanak lain yang mendapat faedah dan menyebabkan masih ada lagi kanak-kanak yang tercicir. Projek ini dihentikan dan ditumpukan terus kepada Pendidikan Pemulihan Khas. Pada tahun yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan Kursus Dalam Cuti (KDC). Peserta-peserta kursus adalah terdiri dari guru-guru terlatih dari sekolahsekolah rendah. Jawatankuasa kursus adalah seperti berikut :i. ii. iii. 2 minggu dalam cuti penggal pertama 2 minggu dalam cuti penggal kedu 4 minggu dalam cuti penggal ketiga

Adalah menjadi matlamat utama kerajaan dibawah pengelolaan Jabatan Pendidikan Malaysia untuk menyediakan setiap sekolah rendah dengan guru pemulihan yang terlatih. Ekoran dari itu beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara telah menyediakan kursus tersebut.

Tahun 1975 1976 1977 1978 1979

Pusat kursus Universiti Malaya Maktab Perguruan Teknik Maktab Perguruan Teknik Maktab Perguruan Teknik Di peringkat Negeri

Tempoh kursus 2 minggu 3 minggu 3 minggu 2 minggu 10 X Sabtu

Pada tahun 1977 kursus satu tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Pada tahun 1981 Kementerian telah mengadakan kursus dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang. Kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk menampung kekurangan guru-guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek.

Latihan 2

Hubung kaitkan peranan Laporan Murad 1971 dengan perkembangan program pendidikan pemulihan di Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

1.3 Projek Khas Dilaksanakan setelah mendapat sumbangan daripada yayasan Van De Leer dari Belanda. Pendidikan Imbuhan telah dilaksanakan. Projek khas ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaya. 1.4 Latihan Guru Selama ini kursus khas pemulihan hanya dijalankan dalam bentuk kursus dalam perkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat. Kursus yang ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan juga dalam cuti dari dua hari hinggalah satu tahun. Mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus pra perkhidmatan bagi kursus perguruan lepas ijazah. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa dan juga dalam mod LPBS. 1.5 Pelaksanaan Program Walau pun latihan guru pemulihan telah dilaksanakan secara intensif sejak tahun 80an tetapi pelaksanaan program masih lagi tidak dapat dijalankan dengan berkesan kerana pelbagai masalah yang akan dibincangkan kemudian. Mulai tahun 2007 Kementerian Pelajaran mula memberi perhatian serius bagi menjayakan program pemulihan. 1.6 Arahan dan Surat Pekeliling 1.6.1 Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara

tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahanbahan tertentu. 1.6.2 Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran: Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985.

Malaysia,

Guru Khas Pendidikan Pemulihan. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986. Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.

Malaysia,

Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah.

Rehat sebenar ..... sebelum anda meneruskan perbincangan

Dalam kumpulan berdua, bincangkan implikasi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program pendidikan pemulihan di sekolah-sekolah rendah.

Sila layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

2.

Strategi Pelaksanaan Program Pemulihan

SINOPSIS Topik ini akan membincangkan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan strategi pelaksanaan program pemulihan. Topik ini adalah berkaitan dengan aspek pencalonan murid, proses saringan, proses diagnosis dan analisis ujian serta tindakan susulan.Tajuk ini juga akan menerangkan mengenai proses-proses yang dilalui oleh seorang murid pemulihan yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini anda akan dapat: 1. mengenal pasti strategi pelaksanaan program pemulihan 2. mengetahui bagaimana pencalonan murid pemulihan dilaksanakan. 3. mengetahui proses pelaksanaan ujian diagnostik ke atas murid-murid pemulihan 4. memahami bagaimana proses pemilihan murid-murid pemulihan dilakukan.

2.1 Pengenalan Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu muridmurid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalam melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnosik dan analisis ujian dan tindakan susulan. 2.2 Proses Pelaksanaan Pemulihan
Carta Alir Proses Program Pemulihan
Pencalonan dan Pengumpulan Maklumat

Kelas Biasa / Tindakan Susulan

Ujian Saringan Sudah Menguasai 3M Belum menguasai Kemahiran 3M Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan Analisa Ujian Diagnostik Dan Ujian Pengamatan

Penyediaan Rancangan Pengajaran Sudah Menguasai Kemahiran 3M Pengajaran & Pembelajaran

Belum menguasai Kemahiran 3M. Meneruskan Pengajaran Pemulihan

Penilaian

2.2.1 Pencalonan Murid Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. dilakukan oleh : 2.2.2 Guru Kelas Guru Kelas boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis, membaca dan mengira), hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran. 2.2.3 Guru Mata Pelajaran Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan. 2.2.4 Guru Besar Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah. 2.2.5 Ibu bapa / penjaga Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Pencalonan murid pemulihan boleh

program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka

2.2.6 Ujian Pelepasan KIA 2 M Murid-murid boleh dicalonkan berdasarkan kepada Ujian pelepasan KIA 2 M bagi murid Tahun 1. Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA 2M maka mereka layak dicalonkan untuk mengikuti saringan program pemulihan. Masa yang paling baik sekali ialah di awal tahun persekolahan. 2.3 Proses Pengumpulan Maklumat (a) Butir-butir individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan

memahami murid yang dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. (b) Daripada rekod individu guru pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek

penting seperti kesihatan, taraf ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid. (c) Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-

mata pelajaran asas. (d) Lain-lain sumber maklumat ialah :(i) Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan. (ii) Guru kelas boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. (iii) Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran. (iv) Borang rujukan yang boleh menunjukkan secara umum kelemahan kelemahan murid. (e) Borang Rujukan mengandungi:-

(i) kemahiran asas membaca (ii) kemahiran asas mengira (iii) tingkah laku di bilik darjah

2.3.1 Proses Saringan (a) Fungsi: . Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk difailkan Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor antaranya ialah : Skor yang lemah. Jenis masalah yang dihadapi oleh murid. Ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas. (b) Instrumen Ujian Saringan: (i) Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) - mata pelajaran Bahasa Malaysia

(ii) (Arithmatics Screening Test)- Mathematics

2.3.2 Proses Diagnosis Ujian diagnostik adalah Ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengsan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid. (a) Fungsi: Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. (b) Instrumen Ujian Diagnostik Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Di dalam buku panduan tersebut terdapat pelbagai kemahiran yang sedia digunakan untuk menguji tahap kelemahan murid yang terpilih untuk mengikuti kelas pemulihan. Guru hanya perlu memilih dan merancang serta membina ujian diagnostik yang benarbenar tepat serta mencapai kriteria yang dikehendaki.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Bagaimanakah proses pencalonan, ujian saringan dan ujian diagnostik dapat membantu seorang guru melaksanakan program pemulihan di sekolah. Bincangkan.

2.3.3 Analisa Ujian Diagnostik dan Pengamatan Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik tersebut , guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. 2.3.4 Tindakan Susulan Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.

Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.. Mereka akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk

melihat perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

Dalam meneguhkan kemahiran yang telah dikuasai murid, guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu bekerjasama di antara satu sama lain. Mereka mesti membuat perancangan yang bersesuaian untuk murid tersebut agar mereka dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas biasa. Guru kelas dan mata pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang telah dipulihkan.

Kesimpulan Strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting ke arah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategi program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk pelaksanaan

melaksanakan program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu strategi pelaksanaan perlu mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan terhadap murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Hubung kaitkan peranan Jadual Penentu Ujian dalam membina instrumen ujian diagnostic dalam konteks pelaksanaan ujian dagnostik untuk murid-murid pemulihan.Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sila layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

3.

Pendidikan Murid Pemulihan

3.1

Definisi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak

Intervensi

berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia. Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,

mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pemulihan dan mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab

ialah kadar pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pemulihan dengan perkembangan lewat (delay developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut dislek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. Latihan 1

Dengan merujuk bahan multimedia, berikan 5 ( lima ) kepentingan melaksanakan intervensi awal kepada kanak-kanak pemulihan.

Berehatlah sambil minum-minum, sebelum anda memulakan latihan kedua

Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pemulihan menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah ketidakupayaan untuk memberi tumpuan atau hiperaktif (contohnya, tidak boleh duduk diam, murung atau sebagainya). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak pemulihan. Sebaliknya, mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.

3.2

Pentingnya Intervensi Awal

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanak-kanak pemulihan, kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa? Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak pemulihan dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanakkanak berkeperluan khas (Lerner, 2003). Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak. Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan kecewa. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat

persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

Latihan 2 Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan pelbagai fungsi intervensi awal dengan pelbagai kecacatan dan bagaimana ia berupaya menawarkan penjimatan kewangan.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan

3.3

Perlaksanaan Intervensi Awal

Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.

Rajah 1.1: Pendekatan intervensi awal 3.3.1 Intervensi Berpusatkan Guru Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila kanak-kanak tersebut sudah dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberi arahan kepada anak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. 3.3.2 Intervensi Berpusatkan Pelajar Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan. Istilah berpusatkan pelajar membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses

pemulihan dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk berdiri di atas kaki sendiri. 3.3.3 Intervensi Berpusatkan Keluarga Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pemulihan kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanakkanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Latihan 3 Hubung kaitkan peranan dan penglibatan personel dari pelbagai disiplin dalam usaha menjana tahap intervensi awal kanak-kanak. Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.