Anda di halaman 1dari 13

Modul Pembangunan Insan

(Pindaan Oktober 2010)


Diluluskan oleh JKP pada 28 Jan 2011
(Dengan semakan oleh Pakar Tarbiyyah IKRAM pada 28 Jan 2011)



Modul 2
Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 2
Pengenalan Modul 02 (Muayyid)

Definisi 02 (syarat kemasukan):

,
,t ,
t .
Peribadi yang memiliki sifat:
i) menyokong fikrah kita,
ii) mengambil berat untuk menyebarkan fikrah kita,
iii) mengambil berat isu-isu mengenai umat Islam, dan
iv) mempelajari beberapa mafahim asas dalam dakwah.

Objektif 02
(Pencapaian @ Hasil)
.

,
,

.
Peribadi yang:
i) merasai kepentingan amal jamai
ii) merasai kepentingan beramal untuk Islam
iii) merasai keperluan bersama-sama dalam jamaah bagi menegakkan agama
Allah di atas muka bumi
iv) mempunyai ciri-ciri asas sebagai seorang muslim


Masa : 2 (dua) tahun
(Selepas 2 (dua) tahun, calun boleh dicadangkan untuk ditingkatkan ke modul seterusnya.
Pengecualian boleh diberikan tidak lebih dari 6 (enam) bulan bagi yang layak)


Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 3
Modul 02 (Pindaan Okt 2010)
(BEBERAPA PERHATIAN DALAM PELAKSANAAN)


1. Murabbi hendaklah membaca dan memahami objektif setiap subjek samada umum dan khusus
dengan teliti. Objektif yang perlu diambil fokuskan ialah:
a. Objektif marhalah (Ciri muwasafat)
b. Objektif subjek diajar.
c. Objektif setiap bahagian dari subjek.
d. Tambahan berdasar pengalaman praktis.
2. Bahan terbahagi kepada 2 jenis:
a. Bahan asas
b. Bahan tambahan.
3. Bahan asas adalah perlu dihabiskan dalam apa bentuk sekalipun (dalam pelbagai wasilah).
Bahan tambahan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk wasilah juga dan boleh digunakan
sebagai bahan perbincangan dalam halaqah dengan syarat bahan asasi perlu dihabiskan juga
dalam bentuk wasilah yang lain.
4. Susunan didalam modul ini tidak menggambarkan keperluan untuk dilaksanakan secara urutan
dan rigid (tafsir, hadis dsb).
5. Wasilah pelaksanaan untuk setiap subjek lebih terbuka. Murabbi akan mengambil cara yang
difikirkan sesuai bagi subjek tersebut jika terdapat pilihan disebutkan (contoh: halaqah@bedah
buku@bacaan sendiri. Yang penting ialah ianya dilaksanakan dan mencapai objektif dari subjek
tersebut.
6. Jika sekiranya subjek untuk modul 02 tidak dapat dihabiskan pada jangkamasa yang telah
ditetapkan, murabbi hendaklah mencari inisiatif untuk mengadakan wasilah-wasilah lain bagi
memastikan ianya dapat di habiskan. Kenaikan seorang mutarabbi ke modul seterusnya tidak
memaafkan dia dari menghabiskan bahan asas sebelumnya. Murabbi seterusnya mesti mencari
jalan untuk menghabiskan modul asas sebelumnya. (Maksud menghabiskan ialah melalui,
menghadamkan, memahami dan mampu membentangkan fikrah dari bahan tersebut).
7. Untuk peningkatan ke modul seterusnya, calun perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 80%
dari bahan asas.
8. Murabbi hendaklah memastikan setiap mutarabbi mempunyai hard-copy dan bukan soft-
copy setiap bahan untuk modul. Usaha hendaklah dilakukan jika ada mutarabbi tidak
mempunyai kemampuan memilikinya.
9. Masa dan cara perlaksanaan wasilah tarbiyyah adalah lebih terbuka. Murabbi perlu menyusun
sendiri tempoh masa, pembahagian mukasurat buku mengikut masa yang sesuai. Yang penting
tajuk-tajuk mestilah di habiskan dalam tempoh 2 (dua) tahun. Jika sekiranya tidak dapat
dihabiskan, maka mutarabbi hendaklah menghabiskan semasa dalam tahun berikutnya
walaupun mereka telah menduduki modul 03.
10. Tajuk-tajuk tambahan modul 01 boleh dilaksanakan pada masa modul 02 dan keatas jika
dirasakan perlu dan belum dikuasainya semasa tempoh 01.
11. Sebarang perubahan, cadangan dan kreatif dari murabbi dialu-alukan oleh pihak Unit Manhaj
Sekretariat JKT IKRAM Pusat dan dimaklumkan kepada Tarbiyyah IKRAM Pusat.

Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 4

Muwasofat 02
Ciri-ciri terperinci yang akan dicapai selepas tamat tarbiyyah muayyid (02)

1. Akidah yang Sejahtera
1.1. Tidak mengkafirkan orang Islam
1.2. Tidak mendahului makhluk berbanding Allah
1.3. Mengengkari mereka yang meleret-leret membincangkan tentang sifat-
sifat Allah dan tidak duduk bersama mereka
1.4. Mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah dan Rububiyah
1.5. Tidak mensyirikkan Allah pada Asma`, Sifat dan Af`alNya
1.6. Menguasai mazhab-mazhab Islam yang membincangkan masalah Asma`
dan Sifat disamping mengikuti mazhab Salaf
1.7. Tahu had sempadan muwalat (sokong) dan mu`adat (memusuhi)
1.8. Sentiasa mendampingi, mendekati dan mengambil qudwah dari orang-
orang yang soleh
1.9. Yakin bahawa terhapusnya dosa dengan taubat nasuha
1.10. Sentiasa menjangkakan bahawa mati akan datang bila-bila masa
1.11. Yakin bahawa masa depan adalah untuk Islam
1.12. Merasai kemanisan iman
1.13. Merasai kemanisan ubudiah (tunduk kepada Allah)
1.14. Merasai kewujudan Malaikat Hafazah
1.15. Merasai istighfar dan doa dari malaikat

2. Ibadah yang Sahih
2.1. Khusyu` dalam solatnya
2.2. Qiam sekali dalam seminggu
2.3. Bersedekah
2.4. Puasa sunat 2 kali sebulan
2.5. Memelihara anggota tubuh badannya
2.6. Mengerjakan haji jika ada kemampuan
2.7. Khusyu` ketika membaca al Quran
2.8. Khatam al Quran setiap dua bulan sekali
2.9. Banyak zikir kepada Allah dan menghafal mana-mana yang termampu
2.10. Banyak berdoa disamping menjaga syarat dan adab-adabnya
2.11. Banyak bertaubat
2.12. Sentiasa memperbaharui niat dan memperbetulkan
2.13. Menyuruh kepada maruf
2.14. Mencegah kemungkaran
2.15. Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
2.16. Melazimi solat sunat rawatib
2.17. Sentiasa berfikir
2.18. Beriktikaf satu malam sebulan jika mampu

Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 5
3. Akhlak Mantap
3.1. Tidak degil dan keras kepala
3.2. Tidak banyak mulut
3.3. Sedikit senda gurau
3.4. Tidak berbisik-bisik perkara kebatilan
3.5. Tidak berdendam
3.6. Tidak berhasad
3.7. Rasa malu melakukan kesalahan
3.8. Menyayangi jirannya
3.9. Tawadhu` tapi bukan hina diri
3.10. Berani
3.11. Berhati lembut
3.12. Menziarahi orang sakit
3.13. Beriltizam dengan adab Isti`zan
3.14. Berterima kasih dengan orang yang melakukan kebaikan
3.15. Merendahkan suaranya
3.16. Menyambung silaturrahim
3.17. Beriltizam dengan adab mendengar
3.18. Beriltizam dengan adab bercakap
3.19. Memuliakan tetamunya
3.20. Senyum bila berdepan dengan orangramai
3.21. Membalas salam hormat dari orang lain

4. Mampu Bekerja
4.1. Bekerja dan berusaha mencari nafkah
4.2. Tidak terlalu ingin bergantung dengan kerja kerajaan
4.3. Utamakan pengkhususan yang tidak ramai orang lain, penting dan kritikal
4.4. Berusaha untuk membuat pengkhususan di dalam bidangnya
4.5. Sederhana dalam berbelanja
4.6. Mengutamakan produk syarikat-syarikat Islam
4.7. Tidak membiarkan duitnya pergi kepada orang bukan Islam
4.8. Sentiasa mementingkan mutu dan harga yang patut semasa berbelanja

5. Berpengetahuan
5.1. Menghafal dan dapat membaca secara bertajwid dua juzuk dari al Quran
5.2. Membaca tafsir sebanyak dua juzuk dari al Quran
5.3. Mampu menghubungkan antara al Quran dan realiti semasa
5.4. Menghafal 40 hadis daripada Matan Arba`ien Nawawi
5.5. Menghafal 50 hadis daripada Kitab Riadhus Salihin (20+30)
5.6. Mengkaji fasa Madinah dan menguasai ciri-cirinya
5.7. Mengetahui seerah 20 orang syuhada` dari kalangan sahabat
5.8. Mengetahui hukum-hakam mengenai zakat
5.9. Mengetahui fiqh haji
5.10. Membaca selama 7 jam seminggu bahan-bahan di luar bidang
pengkhususannya
5.11. Mengetahui aspek-aspek kesyumulan Islam
5.12. Mengetahui isu-isu umat Islam di dalam dan luar negara
Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 6
5.13. Mengetahui apa ruginya dunia dengan kejatuhan Islam
5.14. Mengetahui kepentingan khilafah dan kesatuan Muslimin
5.15. Mengetahui trend-trend pemikiran Islam masakini
5.16. Sentiasa menghadiri muktamar dan nadwah kita
5.17. Memahami dan mampu menerangkan 3 risalah kita
5.18. Memahami dan mampu menerangkan Risalah Aqaid
5.19. Memahami amal jamaai dan ketaatan
5.20. Mampu menyanggah syubhat-syubhat (salah faham) yang ditimbulkan
terhadap kita
5.21. Memahami bagaimana tegaknya negara Israel
5.22. Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini dunia
5.23. Mampu menjelaskan setiap perkara yang dibaca
5.24. Menyebarkan mesej yang disiarkan oleh suratkhabar dan media kita
5.25. Mengambil bahagian dalam memberi pendapat dan menyelesaikan
masalah-masalah kita

6. Tubuh Yang Sihat
6.1. Mematuhi semampu mungkin panduan kesihatan dalam makan dan
minum seperti:
6.1.1. Membasuh semua peralatan makan dan minum
6.1.2. Menjauhi makanan yang diawet
6.1.3. dan utamakan minuman semulajadi
6.2. Mengatur jadual makan
6.3. Mampu menyediakan makanan (masak)
6.4. Mengurangkan pengambilan lemak
6.5. Tidak keterlaluan dalam pengambilan garam
6.6. Tidak keterlaluan dalam pengambilan gula
6.7. Memilih syarikat pengeluar makanan
6.8. Mematuhi seboleh mungkin panduan kesihatan dalam tidur dan jaga
seperti :
6.8.1. Tidur 6 8 jam sehari
6.8.2. Bangun sebelum fajar
6.9. Bersenam 10 15 minit sehari
6.10. Berjalan kaki 2-3 jam sebulan
6.11. Merawat dirinya
6.12. Tidak mengambil ubat tanpa mendapat nasihat dari doktor

7. Mujahadah
7.1. Melawan dorongan nafsu
7.2. Tidak keterlaluan dalam perkara yang mubah
7.3. Sentiasa mempunyai niat untuk berjihad
7.4. Sentiasa berada bersama orang yang baik
7.5. Makan apa yang disaji dengan redha
7.6. Menyumbangkan sebahagian hartanya untuk amal Islami
7.7. Sabar di atas setiap ujian Allah
7.8. Perbuatannya membetuli perkataannya
7.9. Bersedia menanggung apa-apa bebanan dakwah
Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 7

8. Teratur Urusannya
8.1. Sembahyang menyusun waktunya
8.2. Tersusun rumahnya dan kerjanya
8.3. Tersusun cara fikir dan idea-ideanya
8.4. Sangat prihatin dengan jadual janji kerjanya
8.5. Memaklumkan kepada murabbinya tentang segala masalah

9. Sangat Menghargai Masa
9.1. Memelihara adab Islam ketika berziarah dan meringkaskan masa
menunaikan keperluannya
9.2. Menjaga waktu temujanjinya samada yang umum mahupun yang khusus
9.3. Mengisi masanya dengan perkara berfaedah dan bermanfaat

10. Bermanfaat kepada orang lain
10.1. Iltizam dengan adab Islam di rumah
10.2. Menunaikan tanggungjawab suami
10.3. Membantu isteri
10.4. Menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
10.5. Memberi hadiah kepada jirannya
10.6. Memberikan khidmat umum kerana Allah
10.7. Memberi apa yang dimiliki
10.8. Sentiasa bercampur dengan orang-ramai
10.9. Menggalakkan perkara-perkara yang baik
10.10. Membantu mereka yang memerlukan
10.11. Menolong orang dalam kesusahan
10.12. Menenangkan orang yang ditimpa bencana
10.13. Menolong orang yang dizalimi
10.14. Berusaha memenuhi keperluan orang lain
10.15. Prihatin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendakwahi keluarga,
anak-anak dan kaum kerabatnya.


Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 8
Modul Pembangunan Insan
RINGKASAN SUBJEK MENGIKUT MODUL 02
(pindaan Jan 2011)

Bahan (Muhtawa) Asasi

BIL SUBJEK Perlaksanaan Rujukan Utama
Rujukan
tambahan
Ringkasan Isi
1
Tafsir &
Tasawwur dari
Al-Quran
Halaqah
Tafsir al-Wadih

Tafsir Ibnu Kathir
Fi Zilal Al-Quran
Juz 29
(al-mulk- al-mursalat)
2 Aqidah
Halaqah @Daurah @
Bacaan sendiri
Kitab At-Tauhid
(Syeikh Zindani)
Al-Iman
(Dr Naim Yasin)
Jilid 2-3 Kitab At-
Tauhid
3 Seerah Daurah @ Bedah Buku
Fiqh Seerah
(Al-Buti)
(Fokus marhalah
madinah)
Al-Raheeq al-
Makhtum (al-
Mubarakfuri)
Marhalah Mekah telah
ditekankan semasa 01.
Peringkat 02
menekankan marhalah
Madinah.
4 Fiqh Dakwah Halaqah @ Daurah
Qawaid Dakwah
IlaLlah
(Dr Hamam Said)
Dakwah ila Llah
(Taufiq Wai)
Toriq Dakwah
(Mustafa
Masyhur)
Keseluruhan buku
Qawaid Dakwah
IlaLlah (21 Kaedah)
5 Hadis
Halaqah & Mabit @
Mukhayyam @
pembacaan sendiri wajib
Hadis 40 Nawawi
Hadis Adaab (Mabit
@ Mukhayyam)

Hadis 40 (11-25)
dibuat di dalam
halaqah @ daurah.
Hadis Adaab (ms 62-
akhir buku)
6 Fiqh Daurah
Fiqh Manhaji
(Dr Mustafa Khin
dll)
Taysir al-Fiqh
(Syeikh Faisal
Melvi)
Bab Puasa
Bab Zakat
Bab Haji
7 Tazkiyyah
Halaqah @ Mabit @
Mukhayyam
Akhlaq Muslim-
M.Ghazali
Minhaj Al-Qasidin
Riyadhussolin
(pada tajuk yang
berkaitan)
Sifat menjaga rahsia
Sifat elok budi pekerti
Sifat lemah lembut
Sifat tidak gopoh
Sifat Al-Hubb fillah
Sifat Al-Istiqamah
8 Kisah Tabiin Mabit @ Mukhayyam
30 Kesah Hidup
Tabiin
(Abd Rahman Rafat
Basya)

'Ato' bin Abi Rabah
Umar bin Abdul Aziz
Hasan Basri
Said bin Musayyab
Said bin Jubair
Abdul Rahman al-
Ghafiqi
Urwah bin Al-Zubair
9
Tokoh Islam
Moden
Mabit @ Mukhayyam
atau lain-lain
Tokoh Islam (Syeikh
Abdullah Al-Aqili)

Umar Telmesani,
Muhamad Kamal al-
Sananiri, Muhamamad
al-Fagharli, Abdul
Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 9
Qadir Audah
10
Kesah Nabi-Nabi
as
Daurah @ Mukhayyam
Buku Kesah Nabi-
nabi dari Al-Quran
(Dr Taufiq Wai -
dalam terjemahan)
Kesah Nabi-nabi
a.s (Ibnu Kathir)
Almustafaad min
qosos al anbiya
(Dr Abdul Karim
Zaidan)
Nabi Ibrahim
Nabi Ismail
Nabi Lut
Nabi Yusof
Nabi Syuaib
11
Bagaimana
sebenarnya
Baitul Muslim
menurut Islam?
Daurah Bahan Khusus JKT
12 Tajwid
Khusus
(dikendalikan oleh setiap
murabbi untuk pastikan
mutarabbi dapat
membaca dengan baik)

Bagi mereka yang
belum dapat membaca
Quran dengan tajwid
yang betul
* Rujuk lampiran di bawah


Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 10
RINGKASAN TAJUK-TAJUK TAMBAHAN UNTUK MODUL 02
(pindaan Jan 2011)

Bahan (Muhtawa) Tambahan

Tajuk-tajuk ini dilaksanakan di dalam daurah, mini daurah, halaqah gabungan,
mukhayyam dll wasilah.
Tidak semua tajuk-tajuk ini perlu dibentangkan. Tajuk dipilih berdasarkan
keperluan dan keadaan yang diperlukan oleh mutarabbi.
Susunan ini tidak mengikut turutan dan keperluan.
Semua bahan rujukan dan nota yang disebutkan boleh didapati dari Pejabat JKT
IKRAM Pusat

BIL TAJUK Rujukan Objektif dan Point utama Catatan
1 Qaedah Sulbah
Kertas/ power point
(Sedutan dari
Muqaddimah Surah At-
Taubah Fi Zilal)
Memahami kepentingan cara
kerja yang muntij.
Apa itu QS dan amali QS dari
seerah.
Kepentingan QS dan bahaya jika
tidak memahami QS
Bagaimana membentuk QS dan
sarana-sarana utamanya.

2
Tarbiyyah
Islamiyyah dan
madrasah al-
Banna
Buku Dr Yusof Al-
Qaradawi
Apa erti sebenarnya tarbiyyah
Bahagian dan sifat-sifat
tarbiyyah.
Bagaimana praktik tarbiyyah
dilaksanakan di zaman moden.
Melihat keberjayaan tarbiyyah
dalam Ikhwan.

3
Muntalaq
(Bab 6-9)
Buku
Bagaimana dakwah perlu
dilakukan perlukan
pengorbanan dai.
Dakwah adalah sebahagian dari
jihad.
Tidak akan selamat tanpa
dakwah.
Kerja Islam perlu dilakukan
secara bersama-sama.
Pelaksanaan dakwah secara
bersama dalam suasana hari ini
dan keperluannya.
Silibus 1994
5 Hazaddin Buku
Tabiat Islam dan tabiat
bagaimana Islam berfungsi
dalam dunia ini.
Kesilapan dalam memahami
tabiat Islam akan merosakkan
Silibus 1994
Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 11
amal.
Harapan untuk Islam naik
semula memang cerah jika
memahami tabiat Islam.
6
Proses Revolusi
Islam
Buku
(Maududi)
Tabiat bagaimana Islam dari
mula dan bergerak menuju
kepada kejayaan menguasai
dunia.
Cara kejayaan Islam tidak sama
dengan kejayaan lain-lain
ideologi.
Silibus 1994
7 Usul 20 Buku
Perkara-perkara asas dalam
fikrah IM
Perkara pokok dalam
memahami Islam mengikuti IM.
Dibentangkan secara
umum dan lebih tertumpu
untuk memahami fikrah
umum Islam
8 Zilal Ayat pilihan
Buku
(Seleksi dari Fi Zilal Al-
Quran)
Memperkenalkan beberapa
perkara asasi dalam fikrah Islam
mengikut penjelasan dari Al-
Quran
Ayat-ayat pilihan adalah
berdasarkan modul silibus tahun
1994.
Silibus 1994
9
Mengenal Umat
dan Musuh dan
pemikiran
semasa
Kertas JKT
Mazahib Muasirah
(WAMY)
Mengenali musuh Islam dan
bagaimana usaha mereka
menghancurkan Islam.
Ajaran sesat dalam Islam
mengenali pelbagai ajaran yang
lahir di kalangan orang Islam
yang dianggap menyeleweng.
Perlu menggunakan bahan-
bahan multimedia juga
untuk memahamkan tajuk
ini.
10
Daurah Khusus
Jalan Dakwah
Kertas kerja jalan
dakwah
Memahami tajuk marhalah
dakwah ; taarif , takwin dan
tanfiz.
Memahami tabiat jalan dakwah
Memahami beberapa perkara
asas dalam tarbiyyah dan
dakwah kepada masyarakat
Gabungan dari pelbagai
nota dan kertas kerja
mengenai dakwah dan
jalan dakwah secara
simple.
11
Penguasaan
Dalam
kehidupan
pendakwah
Buku Al-Istiab
(Ustaz Fathi Yakan)
Mengenal sifat-sifat yang perlu
ada pada dai untuk menarik
manusia kepada Allah dan mesej
dakwah yang di bawanya.
Mengenali cara-cara bagaimana
mengendalikan orang yang telah
berada dalam kerja dakwah
Silibus 1994
(terjemahan oleh Ustaz
Alias Othman)
12 Kita dah Wadah Kertas JKT Ikram
Memberi pendedahan kepada
mutarabbi tentang bagaimana
pentingnya wadah sebagai
salahsatu alat untuk
mengembangkan dakwah.
Panduan untuk memahamkan
bagaimana mengendalikan
wadah mengikut neraca kita.

13
Dakwah
Fardiyyah
Buku Dakwah
Fardiyyah (Ustaz
Mustafa Masyhur)
Nota JKT IKRAM
Memahami kepentingan
dakwah fardiyyah secara
ringkas.
Memahami step-step yang perlu

Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 12
dibuat semasa dakwah fardiyyah
14 Fiqh Ikhtilat Kertas JKT Ikram
Menjelaskan beberapa tatacara
akhlak pergaulan antara lelaki
dan perempuan
Digalakkan membaca
buku-buku seperti:
Purdah and the status of
Women in Islam (Al-
Maududi)
Wanita dan Kekeluargaan
(Abu Urwah)
15 Dakwatuna
Peta minda
Risalah al-Banna
Memperkenalkan prinsip-prinsip
dakwah IM
Menjelaskan prinsip-prinsip
dakwah IM terhadap prinsip
dakwah yang lain
Penjelasan secara tidak
mendalam terhadap
risalah dakwah kita dari
Majmu Rasail al-Banna.
Perbincangan detail akan
dibuat semasa 03


Kearah mana
kita mengajak
manusia
Risalah Al-Banna
Menjelaskan matlamat utama
dakwah IM
Menhuraikan kenapa manusia
menolak dakwah kita
Menjelaskan step-step
pemahaman yang perlu
diberikan ketika menyampaikan
mesej
Menjelaskan cara IM mencapai
matlamat tersebut.
Penjelasan secara tidak
mendalam terhadap
risalah Ke arah mana kita
menyeru manusia dari
Majmu Rasail al-Banna.
Perbincangan detail akan
dibuat semasa 03


Adakah Kita
golongan
pekerja
Risalah Al-Banna
Menjelaskan amal IM yang
benar
Menjelaskan keperluan kita
menyampaikan Islam kepada
manusia.
Menjelaskan ruanglingkup yang
sepatutnya dibuat di dalam
dakwah
Penjelasan secara tidak
mendalam terhadap
risalah Adakah kita orang
bekerja dari Majmu
Rasail al-Banna.
Perbincangan detail akan
dibuat semasa 03

16
Maruf akbar
dan mungkar
akbar
Kertas JKT Ikram
Memahami beberapa kaedah
dalam amar makruf nahi
mungkar
Menjelaskan prioriti dalam amar
makruf nahi mungkar.

17
10 sifat akh
muslim
(muwasafat 10)
Kertas JKT Ikram
Menjelaskan sifat-sifat muslim
yang ingin kita bina.
Membina kesyumulan dalam
memahami sifat peribadi muslim
mengikut penilaian kita.
Diambil dari sifat-sifat
peribadi Muslim di dalam
buku-buku al-Banna dan
syarahan terhadap buku
tersebut.
18
Masa depan di
tangan Islam
(mustaqbal)
Buku Al-Syaheed
Sayyid Qutb
Membina keyakinan kepada
mutarabbi bahawa Islam boleh
berjaya jika di usahakan.
Membunuh sifat putus asa
dalam usaha dakwah

19
Daurah iidad
murabbi
Rasm Bayan PKS
Menyediakan mutarabbi untuk
bersedia menjadi murabbi
Menjelaskan sifat-sifat yang
mesti ada pada murabbi
Memahami persediaan yang
perlu ada dalam melaksanakan

Modul Pembangunan Insan IKRAM Modul 02(Pindaan Okt 2010) 13
prog-prog tarbiyyah.
21
Saya mesti
hidup untuk
Islam
Tajuk akhir dari buku
apa erti saya
menganut Islam
bahagian pertama oleh
Ustaz Fathi Yakan
Penekanan kepada perlunya
kita hidup untuk menegakkan
agama
Hidup muslim tidak akan
sempurna jika hanya baik pada
diri sendiri sahaja.

22 Tamayuz Kertas JKT Ikram
Menjelaskan kepentingan kita
perlu berbeza dengan orang lain.
Bidang yang perlu di perbezai.
Perbezaan ini tidak menafikan
kita perlu berada di dalam
masyarakat.




* LAMPIRAN PENJELASAN TERPERINCI BAHAN SILIBUS:
1. Tafsir :
a. Di samping melalui ayat-ayat dalam semua surah juz 29, penekanan juga perlu
diberikan tentang hubungan antara surah-surah tersebut antara satu sama lain.
b. Bahan rujukan tambahan boleh digunakan di dalam halaqah jika dirasakan perlu dan
bahan asasi dilaksanakan dalam bentuk lain.

2. Hadis :
a. Buku Hadis al-adaab mesti dihabiskan pembacaannya oleh mutarabbi dalamasa
tempoh pembelajaran. Jika ada apa-apa kekeliruan pada isi, murabbi boleh
membincangkannya di dalam halaqah.
b. Hadis 11-25 hendaklah di bincangkan secara terperinci.

3. Tajwid :
a. Murabbi hendaklah mempastikan mana-mana mutarabbi yang tidak dapat membaca
al-Quran dengan baik agar mempelajarinya dari salah seorang ahli halaqah yang baik
bacaannya di luar halaqah. Pengajian tajwid hendaklah juga dipastikan dipelajari dari
mana-mana kelas pengajian yang sesuai.