Anda di halaman 1dari 2

Soalan-soalan dan aktiviti MANUSIA DAN KEBENARAN

(tanda dalam kurungan adalah no mukasurat teks arabic buku manusia dan kebenaran)
Soalan-soalan 1. Istimewanya Quran.. (21) 1. Kenapa Quran istimewa dari buku-buku biasa? 2. Apa istimewa Quran dari kitab-kitab taurat, injil dan zabur? 3. Apa kandungan Quran secara ringkas? 2. Bagaimana Quran yang sedikit boleh cover everything? (22) 1. Quran hanya 6000 ayat lebih. Tapi bagaimana Quran boleh cover seluruh hidup manusia? 2. Quran diturunkan sejak 1400 tahun. Tapi bagaimana ia boleh dan sesuai digunakan oleh manusia yang hidup pada hari ini? 3. Bagaimana cara quran cover semua bidang hidup manusia? 3. Kenapa Quran hebat, tapi pengikut Quran jadi tak hebat (spt hari ini)?. Adakah pengikut al-haq akan jadi mundur? (23) 1. Doktrin bahawa pengikut Quran akan jadi hebat. Tapi yang berlaku di depan mata kita, pengikut Quran (orang Islam hari ini) tidak sehebat orang yang tidak mengikut Quran. Kenapa? 2. Manusia lebih mudah melihat dan faham apa yang dilihat dan bukan apa yang didoktrinkan. Bagaimanakah kita akan yakinkan (justifikasikan) bahawa Quran tetap betul sedangkan apa yang berlaku iaitu pengikut Quran tidak maju dan tidak hebat. 4. Kenapa ramai manusia lari dan tak mahu kepada kebenaran. Ada yang menentang pula. Kenapa yer? Apa sebabnya.(25) 1. Contoh dahulu dan contoh moden. Bawakan. 2. Apa sebeb setiap dari mereka itu menentang kebenaran? 5. Bagaimana manusia boleh tidak mengenali kebenaran sedangkan ia jelas? Apa sebab manusia jahil dgn kebenaran? (26) 6. Apa sebab manusia boleh membenci kebenaran dan ada yang memeranginya? (28) 7. Jika manusia jahil dgn kebenaran, maka lebih mudahlah untuk mengajak mereka kepada kebenaran dgn menceritakan kepada mereka. Betul tak? Atau jahil ni ada berapa jenis? (30) 1. Adakah manusia tak suka dan tak ikut kebenaran kerana mereka tak kenal kebenaran? 2. Kalau tak kenal kebenaran, ceritakan kebenaran pada mereka. Tapi adakah manusia yang kenal kebenaran akan ikut kebenaran? 8. Bagaimana cara sebenarnya untuk mengajak manusia kepada kebenaran? Dgn apa hendak di mulai? (30) 1. Tahu kebenaran tk mesti ikut kebenaran. Jadi bagaimana cara untuk jadikan manusia akan ikut kebenaran? 9. Ramai cari kebenaran, tetapi tidak juga sampai-sampai kepada kebenaran itu. Apa sebenarnya rahsia tidak sampai? (31-32) 1. Sebutkan 3 Contoh manusia yang mencari kebenaran. 2. Sebutkan kenapa mereka tidak mencapai kebenaran itu? 10. Apa yang sepatutnya pencari kebenaran lakukan? (34) 11. Kata Socrates kemuliaan itu ialah pengetahuan . Apa kah cukup kebenaran itu dikenali sahaja? (35) 1. Apa implikasi kata-kata socrates? 2. Bukankah mencari ilmu itu satu kemulian dalam Islam? Jadi sesiapa yang mencari ilmu mestilah telah dapat jumpai kebenaran. 12. Apa tuntutan kebenaran dari kita (apa tanggungjawab kita terhadap kebenaran?) 1. Sebutkan tanggungjawab-tanggungjawab kita terhadap kebenaran. 2. Apa akan jadi jika sekiranya manusia meninggalkan sebahagian dari tanggungjawab tersebut? 13. Apa balasan dunia untuk penegak kebenaran, sedangkan kelihatan kebatilan sentiasa menang? (36) 14. Apa rahsia kelihatan kebatilan sentiasa menang pada hari ini? Dan kebenaran kalah dan dipijak-pijak? 15. Tamaddun barat sekarang; haq atau batil? Bukankah mereka berjaya maju.. Bukankah ini tanda kebenaran mereka? (39) 16. Erti batil ialah hilang. Tetapi kenapa barat yang batil memegang dunia? Dan haq duduk di belakang? (40) 17. Ramai cendekiawan barat sedar kelemahan tamaddun mereka. Mengapa mereka tidak kembali kepada kebenaran? (40) 18. Apa ubat untuk kemanusiaan yang penat pada hari ini? (41) 19. Adakah kita mampu untuk memenangkan haq semula? (42) 20. Adakah orang yang akan bersama dalam menegakkan kebenaran ini? (43) 21. Adakah kerja menolak kebatilan hari ini seperti anjing menyalak bukit? (44) 1. Faham peribahasa? 2. Adakah mungkin secara lojiknya kebenaran boleh menghancurkan kebatilan pada hari ini?

Aktiviti-aktiviti
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ayat-ayat dan hadis yang menceritakan ttg haq dan batil (hafal 3 ayat dan 1 hadis) Statistik keadaan umat kita; mengenal haq dan batil atau tidak. Perkara yang paling banyak memalingkan manusia dari kebenaran dalam masyarakat kita. Menilai : sekular, demokrasi, kebebasan dll mengikut neraca al-haq. Relatekan kesah Salman dengan kesah pencari kebenaran. Cari contoh orang yang mencari kebenaran tetapi tidak mengikut cara yang betul lalu dia menjadi sesat. Bawakan contoh-contoh ilmul-yaqin, ainul-yaqin dan haqqul-yaqin. Contoh-contoh ajaran yang sesat dan kenapa mereka sesat. Buat peta minda untuk semua tajuk ini.